Undang-Undang : Daftar Perniagaan Anda

Persoalan perlu daftar atau tak perniagaan internet kita adalah salah satu soalan yang sentiasa berlegar di kepala kita. Ada dua ‘mazhab’ / pendapat dalam hal ini, perlu daftar dan tak daftar pun tak apa.

Tapi pendapat saya pula, lebih baik kita daftar (saya belum daftar lagi, insyaAllah dalam masa terdekat).

Saya ada tanya pihak SSM sendiri dengan soalan berikut:

Assalamu’alaikum / salam sejahtera,

Saya merupakan usahawan internet sepenuh masa.

Saya ingin bertanya, adakah perlu bagi perniagaan yang berasaskan internet sepenuhnya (tiada kedai, tetapi hanya di rumah – SOHO) mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM?

Terima kasih.

Dan ini Jawapannya;

Tuan

Jika kita lihat pada tafsiran seksyen 2 Akta Pendaftaran Perniagaan 1957 berhubung dengan perniagaan adalah

“Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud keuntungan..”

Malahan perniagaan tersebut di buat di rumah di mana ianya termasuk dalam Jadual (seksyen 2) iaitu di bangunan atau struktur

Oleh itu, saya menasihat tuan mendaftar perniagaan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Maka, saya rasa amat wajar kita mendaftar perniagaan kita sebab, jika ada apa-apa yang berlaku, tak susah nanti. Sebab kita ada perniagaan yang sah di sisi undang-undang. Selain itu, pelanggan kita pun lebih yakin dengan kita.

Wassalam.