Archive for the 'panduan-paypal' Category

Panduan Asas Paypal

Sunday, November 9th, 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Sejak tahun 2006, Ebook Panduan Asas Paypal saya terus menerus dimuat-turun (download) sehingga mencecah ribuan orang. Ya, sudah dua tahun berlalu. Dengan harapan Ebook Percuma ini memberi manfaat kepada mereka.

Malah, ada yang menghubungi saya mengatakan bermula dengan Ebook ini lah mereka mengenali dunia keusahawanan internet dan juga mengenali laman web yang lain seperti WangCyber.com dan IM-IM Malaysia.

Namun, sebahagian besar kandungan di dalam Ebook ini perlu dikemaskini agar lebih terkini terutamanya mengenai proses pemindahan dana daripada paypal ke akaun bank.

Dahulu, tak boleh transfer terus ke Malaysia. Kena landing dulu di negara lain. Tapi sekarang sudah boleh melakukannya dengan transfer dana tersebut ke akaun kad debit/kredit Visa.

Selain itu, ada beberapa bahagian yang perlu diubah agar tidak jauh berbeza dengan perkembangan terkini yang berkaitan dengan paypal.

Apa pun, saya mempunyai perancangan tersendiri selepas ini. Kemungkinan besar saya akan wujudkan dua versi iaitu versi berbayar dan juga versi percuma. Jangan risau, versi percuma bukan sekadar ‘teori’, tapi ia tetap membantu seperti sekarang.

Tujuan ebook ini hanya satu iaitu menggalakkan rakyat Malaysia memiliki akaun paypal agar para usahawan internet Malaysia dapat menggunakan paypal semaksima yang mungkin bagi penerimaan bayaran selain menggunakan sistem manual (online banking).

InsyaAllah, Panduan Asas Paypal versi berbayar akan menemui anda selewat-lewatnya awal tahun hadapan. Saya telah pun merancang apa isi kandungannya.

Semoga bidang perniagaan internet dan pembelian secara Online di Malaysia semakin meningkat dari semasa ke semasa. Hanya ini sumbangan yang mampu saya lakukan melalui SmartUsaha.com.

Harap maklum.

ps. Belum download ebook ini? Klik di sini.

pps. Sudi kiranya menjawab poll berikut:

Adakah Anda Telah Memiliki Akaun Paypal Yang Verified?

View Results

Loading ... Loading ...

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Tulisan Terakhir + Ringkasan + Pesanan

Thursday, October 19th, 2006

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera semua.

Sebelum saya balik ke kampung (tak tahu berapa lama), ini adalah tulisan saya yang terakhir sebelum saya bercuti.

Bulan ramadhan kali ini banyak pengalaman sendiri yang telah saya tempuhi samada dari aspek kehidupan dan keusahawanan internet itu sendiri. Pengalaman-pengalaman yang dilalui itu sedikit sebanyak menambahkan lagi kematangan saya di dalam bidang ini dan ia juga memberikan saya satu titik tolak kepada sesuatu perkara yang lain.. InsyaAllah, saya akan kongsikan apa yang saya tempuhi untuk manfaat semua. :)

Sebagai ringkasan, saya senaraikan rentetan beberapa perkara yang telah saya lakukan sebelum ini:

1. ‘Newsletter’ SmartUsaha dilancarkan (awal September)

2. Menghasilkan “ebook panduan paypal” dan memberikannya sebagai percuma hanya kepada subscriber newsletter smartusaha.com

3. Memberikan dua special report percuma yang bertajuk “mitos perniagaan internet” dan “kelebihan perniagaan internet”. Juga khas untuk subscriber newsletter smartusaha.com sahaja

4. Mengeluarkan satu lagi ebook percuma yang bertajuk “buat duit dengan blog”. Hanya yang berdaftar sahaja yang dapat

5. Menghasilkan lagi ebook percuma (special report) iaitu “pengiklanan banner berkesan, satu kajian..”. Boleh didownload secara percuma tanpa perlu mendaftar.

Itulah beberapa rentetan perkara yang telah saya di smartusaha.com lakukan, dan sudah semestinya untuk anda. Saya insyaAllah, seikhlas yang mungkin mahu memberikan yang terbaik untuk anda walaupun yang diberikan adalah percuma. Saya mahu anda benar-benar terdidik dengan cara yang “ilmiah”, bukan di atas angin atau sekadar “borak kosong”. Harap-harap manfaatkanlah pemberian saya tersebut. :)

InsyaAllah, smartusaha.com akan terus mara di dalam bidang ini walaupun kadang-kadang terasa juga “motivation down”-nya, namun saya meletakkan tanggungjawab sebagai no. 1 dan membuat keuntungan sebagai no. 2. Sebab itu saya terus berdiri teguh di dalam bidang ini. InsyaAllah. Sebagai orang yang tahu (sikit jer tahunya), saya terasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk memberikan didikan melalui saluran yang mampu saya lakukan. Dalam englishnya berbunyi, “it’s not just about business, this is responsibility..”. Kalau salah grammar bi tu, harap maaf, saya tak expert sangat. Tapi mat salleh tak kisah pun grammar broken, orang-orang kita jer sibuk nak komen itu ini, bukan nak bagi semangat pun.. ;) Jangan terasa nooo.. hehe..

Ingin juga saya nyatakan secara umum di sini, buat tempoh tertentu, saya terpaksa “menolak” undangan untuk memberikan ceramah, seminar atau bengkel perniagaan internet. Ya, saya terpaksa menolak seketika kerana, saya ada perancangan tertentu berkaitan dengan seminar atau bengkel perniagaan internet. Nak tahu apa? Tunggu.. Saya pun tak tahu bila saya akan memberitahu apa yang akan saya lakukan. Mungkin paling cepat pun tahun depan.. ;) Cuma apa yang saya dapat katakan secara keseluruhan adalah, saya mahu benar-benar BAKAL peserta bengkel saya boleh membina dan memulakan perniagaan.

Saya tak nak bayaran ratus-ratusan untuk join bengkel atau seminar itu masuk ke perut saya, tapi anda sebagai peserta terkontang-kanting dan saya pula dalam kekenyangan.. Tidak sama-sekali.. Saya mahukan “they know what they learn”. Faham bukan dalam keadaan mimpi, tapi betul-betul faham.. Saya menyatakan hal ini apabila melihat, begitu ramai yang teruja dan diakibatkan oleh hal itu, ilmu tidak diutamakan, sistem pembelajaran tiada standard, tak ada flow yang membantu dan akhirnya, impian berkubur begitu saja dan seterusnya bidang ini akan dipersalahkan.. Stop here, kita sambung lain kali pasal ini. :)

Banyak nak taip sebenarnya ni. Ya lah, lepas ni nak cuti. Saper-saper yang online time raya tu, tengok-tengoklah smartusaha.com ni yer. Kalau kena hack lagi ke, cepat-cepat hantar SMS kat saya. :) Kalau anda hacker-nya (cracker), huhu, “saya ucapkan selamat hari raya kepada anda dan semoga Allah merubah kelakuan burukmu itu. Tinggal-tinggalkanlah kerja hack server orang tu. Nanti susah nak jawab depanNYA kelak, banyak sangat buat salah.. Dan saya tak simpan dendam pun. Gunakanlah ilmu yang ALLAH bagi tu untuk kebaikan bersama, bukan saling memusnahkan orang kita sendiri. Tak baik, berdosa. Kelak ilmu tu sendiri makan tuan, tak percaya tengok.. Amin..”.

Apa lagi yer.. Rasanya dah tak ada dah kot. Cuma nak bagitahu, lepas cuti raya ni, saya ada sedikit info yang akan saya berikan kepada anda. :) Tunggulah apa info tersebut..

Baiklah, saya berhenti di sini sahaja dan semoga anda selamat sampai ke destinasi. Bergembiralah di hari raya.. Gembira kerana kita masih bernafas, diberi ruang dan waktu oleh ALLAH untuk memperbaiki lagi amal kita. Di kesempatan ni, saya mohon maaf banyak-banyak kepada kawan dan lawan saya. Sebagai manusia biasa, maka tak boleh untuk kita elak sesuatu yang salah.

Kalau saya TER-sindir, anda terasa, maafkan saya, ia tak sengaja. Kalau saya sentuh sesuatu perkara dan terkena batang hidung anda, saya juga minta maaf. Saya tak tuju pada anda, tapi saya tuju kepada semua. Kekadang saya tegas, kekadang saya berlembut, dan jika kita ingin berjaya, jangan terlalu “manja”.. Orang ‘jentik’ sikit pun dah nak berjauh hati dan berputus-asa.. Kekadang, kita kena menerima teguran daripada orang lain. Kita kena keluar dan latih diri agar tidak begitu manja dengan zon selesa kita selama ini. Amat berbahaya jika anda tidak cuba berusaha keluar dari comfort zone anda. Jangan jadi orang yang manja, sebaliknya hati kena kuat.. InsyaAllah.

Dan saya juga, memaafkan anda jika anda ada salah dengan saya. Kalau ada lah. Kalau tak ada tak per.. ;)

Oklah, jumpa lagi nanti. Semoga Allah memberikan kita umur yang panjang dan rezeki yang murah.. Jika ada benci di hati, buangkanlah.. Kita semua sama, manusia biasa, tak mampu menjadi yang sempurna sepenuhnya.

Wassalam.

Ikhlas,

Mohd Zulfadli @ SmartZul.
“insan yang biasa-biasa saja..”
PS. Daftar percuma newsletter smartusaha.com dan dapatkan ebook percuma yang saya nyatakan di atas. http://smartusaha.com/news.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

“Kek Coklat Sudah Sampai…!” :)

Sunday, October 8th, 2006

Kek coklat yang anda tunggu-tunggukan sudah sampai…

Ia ada di dalam… Klik untuk ‘menjamu selera..’ ;)

(more…)

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Panas Panas! ;)

Saturday, October 7th, 2006

Apa khabar pembaca blog smartusaha semua? Moga sihat selalu dan ehem, puasa baik-baik.. ;)

gulai pucuk paku

Baiklah, kali ini saya ingin bercerita mengenai kek coklat yang lazat dan berkrim, yang baru sahaja keluar daripada ketuhar. Panas, harum dan menyelerakan.. Ditambah lagi dengan masak lemak pucuk paku dan ikan goreng, sungguh menyelerakan sekali di waktu berbuka puasa… ;) Kalau orang kelantan, lagi sedap ditambah dengan budu.. hohoho.. Teruskan membaca..

(more…)

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!