Archive for the 'panduan blog' Category

Pakej Kit Blogger Versi 2.7!

Thursday, December 18th, 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Alhamdulillah, setelah bertungkus-lumus, akhirnya siap juga Pakej Kit Blogger versi 2.7.

Ada yang tanya, apa yang ‘gempak’ sangat dalam versi 2.7 ni? Jawapan saya, tak ada apa-apa yang gempak pun. Cuma, ia dikemaskini seiring dengan perubahan besar di dalam sistem Wordpress.

Jadi, sebaik sahaja release Wordpress 2.7, saya terus melakukan kemaskini ebook. Hampir 100 muka surat juga kemaskini tersebut! Bukan sahaja lebih 200 imej screenshot yang dilakukan dan dimasukkan ke dalam ebook, malah ayat-ayat di dalam ebook sekali lagi di’proof-read’!

Setakat ni, telah lebih 10 kali rasanya Pakej Kit Blogger dikemaskini seperti ditambah apa yang perlu dan dibuang mana yang tak penting.

Keep It Simple

Pada versi 2.7 ini, saya amalkan konsep KISS (Keep It Simple). Maksudnya, saya tidak berikan beribu-ribu bonus atau berikan apa-apa produk tambahan. Apa yang saya perhatikan, semakin banyak kita bagi item kepada pelanggan, mereka semakin keliru!

Jadi dengan itu, beberapa material saya telah buang dan tinggalkan yang penting sahaja. Item asas Pakej Kit Blogger adalah:

1. Panduan dan Asas Blog (dulu bertajuk Buat Duit Dengan Blog). Saya tukar tajuknya sebab tidak mahu pembeli Kit Blogger salah faham. Jadi, tajuk Panduan Asas Blog sudah memberikan kefahaman bahawa ebook ringkas ini adalah mengenai asas blog, bukan mengenai buat duit.

Panduan ini adalah asas mengenai blog. Wajib dibaca sebelum mula bina blog.

2. Pelan Tindakan Kit Blogger. Inilah kekuatan utama Pakej Kit Blogger. Pelan Tindakan ini disaduri dengan langkah demi langkah apa yang perlu dibuat satu demi satu. Kejayaan pembinaan blog dot com memerlukan langkah dan perancangan yang tersusun rapi!

Apa yang ada dalam Pelan Tindakan ini? Secara mudah, Pelan Tindakan ini akan mengarahkan satu persatu apa yang perlu dibuat. Ada pembaca ebook ini tidak ikut saranan Pelan ini dan kata saya, “anda akan hadapi masalah yang besar kalau tak ikut Pelan Tindakan ini!”.

Saranan saya kepada pembeli amat mudah: “Baca File Baca Ini Dahulu (Read Me First). Kemudian baca Panduan Asas Blog dan kemudian IKUT satu demi satu langkah di dalam Pelan Tindakan Kit Blogger”.

Ramai yang mahu ekspress dalam buat blog. Tapi ikhlaslah saya bagitahu, saya sebelum tulis panduan ini, hampir setahun saya melalui proses pembelajaran dan trial & error untuk mahirkan diri dengan sistem Wordpress. Macam-macam kesilapan yang saya buat.

Tapi kalau kebanyakan orang yang nak berjaya dalam sehari dua, saya tak dapat membantu. Tak ada jalan pintas. Cuma yang gembiranya, Pakej Kit Blogger membimbing anda untuk tidak melakukan kesilapan-kesilapan yang telah saya buat. Jadi, proses pembelajaran anda lebih cepat dan mudah (tempoh learning curve yang singkat).

Dan inilah yang menjadi masalah kebanyakan orang: Mindset. Mereka tidak mahu melalui PROSES pembelajaran. Nasihat ikhlas saya, tenangkan diri dan buat satu demi satu. Ada masalah, sila emel saya. Saya akan cuba membantu. Malah terkadang, saya tolong buat lagi walaupun ia di luar skop support saya.

Berbalik kepada Pelan Tindakan ini, ia megandungi langkah awal sehinggalah kepada asas promosi blog. Langkah demi langkah.

3. Senarai Semak Tindakan. Ini merupakan ringkasan bagi Pelan Tindakan Kit Blogger. Digalakkan cetak senarai semak ini agar semasa proses pemasangan blog anda boleh semak apa yang telah dibuat dan apa yang perlu dibuat seterusnya.

4. Panduan Asas Wordpress. Inilah ‘core item’. Setebal 100 lebih muka surat! Penuh dengan imej agar pembaca faham dan nampak apa yang perlu dilakukan.

Jika versi sebelum-sebelum ini sedikit teknikal, dalam panduan versi 2.7 ini saya telah permudahkan pembaca dengan menggunakan satu cara pemasangan sahaja! Panduan ini semakin mudah difahami selaras dengan perubahan di dalam sistem Wordpress.

Contohnya pemasangan plugins. Kalau sebelum ini perlu upload guna FTP, tetapi di dalam sistem Wordpress 2.7, kita boleh upload terus dari bahagian dashboard blog!

Apa pun, saya amat yakin panduan versi 2.7 (kemaskini) ini lebih mudah difahami. InsyaAllah.

Antara kandungan Panduan Asas Wordpress adalah proses pemasangan (hanya 13 langkah mudah!), setting sistem blog, pasang theme dan plugin, serta yang baru saya masukkan adalah penggunaan Widget untuk sidebar.

Nota: Versi panduan adalah mengikut versi sistem Wordpress yang digunakan. Bagi kes sekarang, panduan ini menggunakan Wordpress 2.7. Jadi versi Panduan Kit Blogger ini adalah versi 2.7. Harap tidak keliru mengenai penggunaan versi terhadap produk ini.

Telah Membantu…

Pakej Kit Blogger ini telah banyak membantu ramai orang yang dari tiada blog kepada ada blog dot com sendiri. Daripada penulis buku, motivator, penceramah, pendakwah, pelajar IPT dan sekolah, usahawan dan ramai lagi! Saya bersyukur dapat membantu mereka walaupun dengan sedikit usaha ini.

Berikut adalah beberapa testimoni pelanggan Kit Blogger yang mana mereka berikan testimoni ini tanpa saya minta. Sila klik untuk paparan yang lebih besar:

Banyak lagi sebenarnya testimoni pembeli. Tapi tak dapat saya masukkan kesemuanya di sini..

Bagi anda yang berminat, dapatkan panduan ini dan bina blog dot com anda sendiri. Sehingga kini saya telah mempunyai banyak buah blog. Begitu juga dengan pembeli Kit Blogger ini, ada antara mereka begitu teruja untuk membina dan terus membina blog dot com mereka sendiri. Asasnya, mereka belajar daripada panduan ini!

Salah seorang pelanggan saya yang mana kini juga adalah sahabat saya adalah Jimie. Beliau memang tidak tahu apa-apa sebelum mendapatkan Kit Blogger. Tetapi dengan kesungguhannya di samping merujuk panduan ini, beliau telah berjaya memasang dua buah blog iaitu jimieray.com dan juga http://tips.jagakesihatan.com.

Contoh lain adalah seorang pelanggan saya ini membina blog bersama isterinya untuk projek-projek yang mereka lakukan. Dari satu kepada satu blog mereka bina. Mereka sungguh teruja dengan blogging.

Saya hanya berikan satu dua contoh sahaja dan sebenarnya ramai lagi membina lebih daripada satu blog. Kalau saya ingin ceritakan kisah-kisah mereka dan blog mereka, terlalu banyak. Cuma yang ingin saya katakan, untuk membina blog dot com sendiri, anda perlu:

1. Ada kesungguhan

2. Rela menjalani proses pembelajaran

Panduan yang hebat sekali pun tidak dapat membantu kita jika kita hanya mahu cepat dan tidak mahu belajar. Bagi diri saya, saya hanya dapat membantu mereka yang ada kesabaran sahaja.

Pakej Kit Blogger adalah PANDUAN

Ramai yang salah faham. Selepas mereka dapatkan panduan ini, mereka mahu saya lakukan segalanya bagi mereka termasuk support sepenuh masa.

Sebenarnya, bayaran yang dilakukan terhadap produk ini hanyalah untuk produk ini sahaja. Support yang saya berikan terutama bantuan yang berkaitan adalah percuma daripada saya.

Produk ini adalah PANDUAN dan BUKAN KURSUS atau coaching. Harap tidak tersalah faham. Seperti mana anda membeli buku di kedai, begitu jugalah ebook ini. Cuma yang bezanya, saya akan cuba membantu anda semampu yang saya boleh melalui emel.

Begitu juga dengan kawan-kawan saya yang lain menghadapi dilema yang sama. Pembeli ebook panduan mereka mengharapkan 100% sokongan selepas pembelian. Ini silap sebab ebook adalah panduan sama seperti buku, BUKAN kursus yang perlu dibantu secara mendalam dan menyeluruh.

Pendek ceritanya, ebook atau buku adalah bahan rujukan SELF LEARNING (pembelajaran kendiri) dan bukan training, course, coaching atau bengkel. Harap jelas mengenai hal ini agar tiada perkara berbangkit kelak.

Support Selepas Belian

Saya memang ada berikan support. Sokongan asas adalah terhadap produk seperti kemaskini percuma dan masalah-masalah yang berlaku seperti file rosak dan sebagainya.

Bagaimana dengan bantuan isi kandungan panduan? Saya juga berikan. Tetapi ia bukan kewajipan kepada saya. Seperti yang saya katakan di atas, Pakej Kit Blogger adalah PANDUAN, bukan kursus, coaching atau training.

Mana-mana yang dapat saya bantu, maka saya akan bantu. Setakat ini (sejak dua tahun produk ini wujud), seingat saya kebanyakan emel pelanggan produk ini saya balas walaupun bukan dalam masa 24 jam. Malah ada yang saya tolong buatkan secara percuma walaupun saya boleh kenakan caj.

Prinsip saya dalam bisnes amat mudah. Saya amat tidak suka berikan janji besar seperti support 24 jam, sokongan sepanjang hayat dan lain-lain lagi. Saya amat ngeri dengan janji-janji manis sebegini. Ia seumpama hutang besar yang wajib dipenuhi. Cukuplah janji yang biasa-biasa tapi selepas pembelian oleh pelanggan, kita berilah lebih daripada itu. Inilah prinsip under promise, over deliver.

Nota: Tiada lagi support melalui forum. Setelah saya fikirkan masak-masak, support melalui forum amat time consuming dan susah untuk diurus. Jadi kini saya hanya support melalui emel sahaja dan beberapa cara lain yang akan diberitahu hanya kepada pelanggan sahaja. Yang pasti (insyaAllah), ada sesuatu yang menarik.

Kesimpulan

Saya amat teruja dengan Kit Blogger versi 2.7 ini. Banyak perubahan yang telah dilakukan. Kepada pembeli sedia ada, anda akan dapat secara percuma dan kepada pembeli baru, anda terus dapat bermula dengan sistem Wordpress yang terkini. Satu sistem yang hebat.

Kepada mereka yang telah memasang blog wordpress sebelum versi 2.7, anda boleh upgrade dengan mudah. InsyaAllah saya akan siapkan satu video panduan ringkas proses upgrade ini. Anda wajib menggunakan Wordpress 2.7 sebab ia lebih ‘hebat’.

Selepas upgrade, sila rujuk Panduan Asas Wordpress dalam Kit Blogger ini terutama mengenai Plugins. Apa pun, anda digalakkan baca dari awal sampai akhir edisi kemaskini ini sebab sistem Wordpress sudah banyak berubah. Secara ringkasnya, jika anda tidak tahu upgrade blog, tunggu emel daripada saya mengenai hal ini. Saya akan berikan beberapa cadangan penyelesaian.

Saya rasa setakat ini dahulu. Selebihnya, saya akan ceritakan melalui emel (kepada pelanggan sedia ada). Bagi anda yang belum beli, boleh buat pembelian di sini:

http://bloggingsteps.com/kit/

Sekian.

ps. Ramai yang bertanyakan mengenai Program Affiliate. Buat sementara saya tutup kepada pendaftaran baru. Kemungkinan besar ia akan dibuka kepada pembeli kit blogger dan mereka yang terpilih sahaja. Harap maklum.

pps. Kepada reseller sedia ada dan reseller baru yang telah buat tempahan berbayar, saya akan hubungi anda nanti. Saya perlu siapkan Kit Reseller untuk anda. Kepada yang berminat, saya akan buka laman tempahan nanti. Versi hak jualan untuk Kit Blogger ini dibuka secara terhad sahaja dengan harga RM150.00 untuk satu lesen.

Setakat ini telah hampir 10 orang telah melakukan tempahan berbayar dan ramai lagi yang sedang menunggu. Jika berminat, sila tunggu Post terbaru nanti di blog ini. Pastikan tidak terlepas sebab ia dijangka mendapat sambutan yang hebat!

Artikel berkaitan: Pakej Kit Blogger akan lebih menyengat di pasaran

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Lapan Teknik Menulis Artikel Yang Hebat

Tuesday, November 11th, 2008

Ramai yang mengatakan mereka tidak pandai menulis di blog. Sebenarnya itu hanya alasan semata-mata. Menulis di blog tidak memerlukan kita memiliki ijazah atau pun sijil penulisan.

Sebaliknya, kita perlu sedikit kreatif dan tahu mendapatkan idea untuk menulis. Itu sahaja. Kreatif di sini bermaksud bagaimana cara kita menulis untuk berinteraksi dengan pembaca. Artikel itu seboleh mungkin akan membuatkan pembaca merasakan kita bercakap dengan mereka (berinteraksi).

Penulisan di blog sebenarnya adalah satu perkara yang amat ‘kritikal’. Ia bukan sekadar tulisan, tetapi dibaca oleh ratusan sehingga mencecah ribuan orang. Salah satu unsur kritikal yang saya maksudkan adalah sejauh mana para pembaca dapat menerima tulisan kita.

Penulisan di blog adalah satu ’seni’. Walaupun kita boleh menulis ‘ikut suka hati aku’, tapi kita perlu menerima bahawa para pembaca tidak akan selalu mengikut apa yang kita suka. Namun semuanya berbalik kepada apa tujuan kita berblog.

Tapi tidak di dalam blog untuk bisnes, penulisan artikel memerlukan kita kreatif di dalam penulisan agar pembaca seronok dan akan terus kembali membaca tulisan-tulisan kita yang akan datang.

Sebelum saya menyenaraikan lapan teknik mudah berikut, anda perlu mengikut satu syarat sebelum melaksanakan mana-mana teknik yang akan saya kongsikan ini.

Syaratnya adalah: Tulisan anda mesti original dan unik. NO COPY & PASTE.

Tidak kisahlah tulisan anda pendek, panjang atau sebagainya, yang penting 95% tulisan anda mestilah unik.

Baik, berikut adalah lapan teknik yang saya maksudkan:

1. Guna imej atau video yang berkaitan

Di dalam tulisan, jika sesuai untuk anda selitkan video, maka masukkanlah sekurang-kurangnya satu video. Kalau video yang dibuat sendiri lagi bagus.

Alasan memasukkan imej atau video ini salah satunya adalah menghilangkan bosan mata pembaca. Kalau setakat teks semata-mata, ‘keseronokan’ mereka kurang sedikit.

2. Jangan terlalu banyak smiley

Apa :) perasaan :D anda :) semasa :) membaca :D ayat :) ini?

Tidak begitu enak untuk dibaca bukan? Berpada-padalah di dalam penggunaan smiley.

3. Guna blockquote

Di dalam memetik kata-kata seseorang atau rujukan tertentu, sebaiknya gunakan blockquote.

Contoh:

Ini adalah contoh blockquote.

Gunakannya untuk menaip petikan ayat-ayat tertentu atau untuk menekan ayat yang penting.

Itu bentuk quote bagi blog ini. Setiap theme blog wordpress mempunyai bentuk style blockquote tersendiri.

4. Jangan panjang lebar

Saya pernah lawati satu blog. Katanya, “saya tulis panjang-panjang ni, suka hati andalah nak baca sampai habis atau tak. Saya tulis benda baik, jadi kalau nak yang baik, pandai-pandailah baca sampai habis”.

Saya walaupun kuat membaca orangnya, tapi membaca di komputer dan membaca buku adalah dua perkara yang berbeza. Bagi kes blog tadi, saya tak baca sampai habis artikelnya. Bukan sebab isinya, tapi sebab terlalu panjang. Sakit mata nak baca sampai habis. Lainlah ebook, kita boleh buka bila-bila masa tanpa perlu sambungan internet.

Artikel yang panjang boleh dibahagikan kepada beberapa siri. Malah ini akan mengembalikan semula pembaca blog setia pada setiap kali siri diterbitkan. Jangan sesekali membosankan para pembaca anda.

Atau, jika anda tidak mahu menulis secara bersiri, anda boleh tulis sedikit di blog dan jadikan semua keseluruhan artikel sebagai sebuah ebook. Contoh:

Ini hanyalah sebahagian. Untuk pembacaan yang lebih lanjut, sila download ebook berikut.

5. Berbentuk senarai

Bentuk senarai atau point adalah bentuk yang paling disukai oleh ramai orang. Bahkan artikel yang sedang anda baca sekarang ini pun adalah berbentuk senarai.

Contoh Senarai Numbering:

  1. Item 1
  2. Item 2
  3. Item 3

Contoh Dalam Bentuk Point:

  • Point 1
  • Point 2
  • Point 3

6. Hidupkan blog anda!

Para pembaca setia blog anda ingin tahu siapa anda. Jadi ceritakan serba sedikit apa yang anda telah, sedang atau akan buat.

Penulisan yang terlalu strict kepada topik utama semata-mata terkadang amat membosankan. Ceriakanlah pembaca anda dengan sesuatu seperti menceritakan hal-hal kehidupan atau di luar daripada topik utama.

7. Link!

Ramai yang ingat kalau letak link ke artikel orang lain pada artikel yang ditulis, maka itu amat merugikan. Ini adalah amat silap. Sebabnya mudah:

Jika anda berkongsikan sesuatu yang amat bermanfaat kepada pembaca anda, maka mereka semakin berterima kasih kepada anda dan semakin mahu membaca blog anda.

Blog adalah sumber ilmu dan informasi. Jadi salah satu cirinya ialah meletak link ke artikel blog atau laman web lain sama ada sebagai perkongsian atau sebagai bahan rujukan tambahan kepada tulisan anda.

Tapi jika blog anda khas untuk bisnes, cara ini adalah tidak wajib, lagi-lagi kepada pesaing anda sendiri. Jangan tikam diri anda sendiri. Bisnes tetap bisnes.

8. Selitkan dengan angka yang menarik!

Contohnya begini:

Jika saya ada dalam 500 orang di dalam autoresponder saya dan kemudian saya jual ebook berharga RM37.00, maka hasil yang saya akan perolehi jika 20 orang membeli adalah sebanyak RM740.00.

Penggunaan angka atau nombor sebenarnya akan membuatkan fikiran pembaca ‘berinteraksi’ dengan artikel yang ditulis. Maka di sini hasilnya adalah mereka tidak akan kebosanan.

Tapi, penggunaan angka tersebut janganlah terlalu kompleks. Mentang-mentanglah anda best student Matematik, habis semua formula dimasukkan dalam artikel. :p

Angka di sini juga boleh diertikan sebagai fakta. Manusia amat sukakan fakta sebab ia adalah satu perkara yang benar dan ada bukti (sandaran).

Kesimpulan

Di dalam penulisan, kita sebenarnya beriteraksi dengan psikologi manusia. Maka penulisan anda haruslah bervariasi yang mana dapat menawan minda dan hati mereka. Jadi, pelbagaikankan cara (style) penulisan artikel anda.

Sekian.

ps. Artikel lain mengenai blogging boleh baca di sini: Blog Panduan Blogging & Wordpress

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Anda Wajib Ada Gravatar!

Sunday, November 2nd, 2008

Gravatar adalah satu imej yang akan terpapar pada bahagian komen apabila anda memberikan komen di mana-mana blog. Tidak kisah anda memiliki blog atau tidak (sekadar memberi komen di blog orang lain), anda perlu memiliki gravatar.

Bagi saya, tujuan gravatar adalah untuk mewakili identiti tersendiri di samping membina tarikan orang lain. Untuk lebih mudah faham, ini contohnya:

Kelebihan gunakan gravatar ni, selain daripada komen anda yang menarik, ia membuatkan pembaca yang lain ingin tahu lebih lanjut mengenai anda. Malah, ruangan komen di sesebuah blog akan nampak lebih ‘happening’.

Bagi saya, sebagai blogger, gravatar adalah wajib dan mana-mana blog pula haruslah enable-kan fungsi gravatar ini di blog mereka.

Bagaimana Nak Miliki Gravatar Sendiri?

Mudah sahaja. Anda hanya perlu buat dua langkah iaitu mendaftar di Gravatar.com dan sediakan satu gambar (imej) yang anda ingin gunakan sebagai gravatar.

Berikut saya tunjukkan langkah demi langkah untuk memiliki gravatar dengan mendaftar di gravatar.com.

Langkah 1: Pergi ke gravatar.com

Langkah 2: Klik link menu Sign Up Now!

Langkah 3: Masukkan emel anda dan klik button Signup:

Anda akan mendapat emel pengesahan.

Langkah 5: Buka emel anda dan pastikan anda telah menerima emel daripada mereka. Kalau tak terima dalam 24 jam, sila hubungi mereka di emel support[at]gravatar.com. Kalau ada emel tersebut, buka dan klik link pengesahan yang disertakan:

Langkah 6: Isi borang seperti berikut:

*Username dalam huruf kecil sahaja yang dibenarkan

Langkah 7: Siap! Sekarang anda perlu tetapkan imej/gambar. Klik pada link Add one by clicking here!

Ada tiga pilihan iaitu pilih dari komputer anda, dari internet atau setting dari wordpress.com jika ada. Untuk contoh di sini, saya gunakan pilihan mengambil imej daripada komputer.

Pilih imej yang anda mahukan daripada komputer anda:

Kemudian, klik Next:

Seterusnya, anda perlu crop imej jika ia terlalu besar:

*Kalau tak nak crop, terus sediakan imej bersaiz 416×512.

Dah pilih bahagian imej, klik button Crop and Finish.

Dah siap ke? Eh belum, satu langkah je lagi.

Langkah 8: Sekarang anda kena pilih apakah jenis gravatar anda tu. Ada empat pilihan iaitu G, PG, R, X. Alah, macam klafikasi cerita kat TV tu la (18SX, 18PL dan U). Kalau anda letak gambar yang sesuai untuk semua golongan, maka pilih G.

Pilihan ni tak ada apa-apa sebenarnya. Mudah ceritanya, letaklah sahajalah gambar yang baik-baik. :) Jadi, klik pada petak yang berkaitan. Bagi saya, saya pilih G.

Siap! Haa, lega rasanya. Akhirnya siap juga!

Ok semua pembaca. Penat juga saya buat panduan ni. Dekat sejam lebih juga. Balaslah usaha saya ini dengan membuat gravatar anda sendiri. Boleh kan?

Selepas anda siap buat gravatar, apakah langkah seterusnya? Mudah sahaja.

Apabila (setiap kali) melakukan sebarang komen di mana-mana blog, gunakan username dan emel yang anda daftar di gravatar.com. Saya ulang ya, username dan emel Gravatar.com anda. Maka baru imej gravatar akan keluar. Contohnya seperti ini:

Dan ini hasilnya:

Sekali lagi seruan saya, daftarlah gravatar anda sekarang. Kan best kalau pada bahagian komen blog keluar gambar (imej) yang berwarna warni. Tak gitu?

Ok, anda cuba siapkan gravatar anda dulu dan kemudian cuba komen di blog ini. Komen ya, saya nak tengok gravatar anda! Dan kalau rasakan artikel ini bermanfaat bagi orang lain, bolehlah anda linkback ke artikel ini di blog anda.

‘Happy Gravataring’.

-smartzul

>> Inginkan artikel terbaru dari blog ini terus ke emel anda? Klik di sini.

Atau jika ingin membaca melalui RSS Reader sahaja, klik di sini.

ps. Jemput ke Blog Tip Blogging dan Wordpress. Buat Duit Dengan Blog.

pps. Mencari penyedia Pakej Laman Web Perniagaan Internet? Klik di sini.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Perkembangan Terkini Produk SmartUsaha.com

Tuesday, September 2nd, 2008

Sekadar pengumuman kepada semua pembaca blog SmartUsaha.com dan juga kepada mereka yang terlibat.

Saya kini sedang berusaha untuk menyiapkan beberapa produk. InsyaAllah, saya harap semuanya siap sebelum hari raya nanti. Antara produk tersebut ialah:

1) Sistem DP Protector (Resell Rights. Buat masa ni dibuka kepada 50 orang sahaja dulu. Dua orang dah bayar. Jadi terbuka kepada 48 orang lagi.). :)

2) Teknik Mudah Affiliate (Special Report. Dibuka kepada 100 orang sahaja. Saya tak mahu teknik yang didedahkan cepat tepu atau persaingan tinggi).

3) Versi Terbaru Pakej Kit Blogger (Versi 2.6)

Saya cuba siapkan tiga produk di atas dahulu. Dan jika ada kesempatan, kemungkinan besar ada produk lain akan menyusul.

Dan yang pasti, ada dua produk yang saya mendapat hak jualan untuk menjualnya akan saya buka jualan dalam masa terdekat ini. Sekarang sedang merangka apakah tawaran yang terbaik kepada bakal pembeli.

Perkara Berbangkit

1) Bonus Panduan Clickbank

Ada beberapa orang lagi yang belum dapat bonus yang saya janjikan. Jika anda salah seorang daripadanya, sila hubungi saya.

2) Sistem DP Protector

Ada beberapa orang yang telah membuat bayaran untuk sistem ini. InsyaAllah, saya akan hubungi anda apabila produk ini telah siap. Maaf di atas kelewatan yang tak terjangka.

3) Resell Rights Untuk Pakej Kit Blogger

Saya akan buka semula peluang hak jualan untuk Pakej Kit Blogger. Yang pasti, tawaran ini adalah terhad kepada bilangan tertentu sahaja. Tawaran ini akan dibuka sebaik sahaja versi terbaru Kit Blogger siap.

4) Kurang Aktif Di Forum WangCyber.com

Buat masa ini, saya tidak akan aktif di forum buat sementara (dah hampir sebulan tak masuk forum). Sebarang permasalahan, sila hubungi saya melalui emel. Gunakan contact form di blog ini. Jadi, segala PM anda di forum tidak akan terjawab.

Apa lagi ya.. Rasanya itu sahaja kot. Kalau ada perkara berbangkit yang lain, sila hubungi saya.

Salam kejayaan dan selamat berpuasa.

ps. Nanti saya akan dedahkan satu teknik Affiliate yang mudah untuk dilakukan. Tak perlu LIST dan promosi besar, tapi conversion rate tinggi. Ramai dah tahu teknik tersebut, tapi artikel nanti saya akan sertakan dengan Case Study, trik dan contoh pendapatannya sekali. Nantikan artikel tersebut.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!