Gelumang Bisnes Internet | Erti Kejayaan

Gelumang? Hmm, yer kot perkataan ni.. hehe..

Ya, selama bergelumang dengan perniagaan internet ini, yang mana saya lebih fokus kepada model perkhidmatan seperti pendaftaran domain name, hosting, pembangunan portal dan laman web, saya rasa, memerlukan sedikit masa untuk ‘berehat’ untuk mencari ‘ilham’ agar cita-cita untuk menjadi usahawan siber yang berjaya akan tercapai. Selama ini bukan tiada perancangan, tetapi orang kata, suatu ‘formula’ baru perlu dirumuskan agar kejayaan akan cepat dicapai seperti yang dirancangkan.

Melakukan bisnes yang berbentuk perkhidmatan amat letih, ikhlas saya katakan. Satu tips yang belum saya praktikkan adalah mengupah orang lain, tetapi keuntungan perlulah dibahagikan.. InsyAllah, tips ini akan saya gunakan dalam masa yang terdekat nanti. Sekurang-kurangnya dapat membantu orang yang pakar menambah pendapatan sampingan. Cuma kini, saya melakukan sesuatu projek dengan seorang sahabat saya yang juga melakukan ebiz ini. Mudah cerita, beliau adalah hanya rakan kongsi, tetapi beliau bukan individu yang ada kaitan dengan smartusaha.com. Hanya perkongsian bagi projek terntentu sahaja.

Sebelum itu, ingin saya tekankan di sini, mengapa saya menulis serba-sedikit mengenai hal peribadi di blog ini? Mudah sahaja, saya ingin menunjukkan perjalanan hidup saya di dalam usaha menjadi usahawan internet yang berjaya. Begitulah tujuannya.. Dengan harapan, blog ini akan menjadi rujukan dan pelajaran kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadi usahawan internet. Selain itu, sedikit-sebanyak ia akan menjadi bukti bahawa saya bermula dari bawah dan orang mengenali saya. Maka mungkin suara belakang, “betul ke dia ni usahawan internet? Berapa lama dah dia ni buat ebiz?….” tak akan berlaku atau kedengaran seperti mana sekarang yang mempertikaikan kebenaran sesetengah usahawan internet.

Baiklah, tidak malu untuk saya katakan, cita-cita dan impian saya ialah, saya mahu duduk sepentas dengan mereka yang telah berjaya seperti Dr. Irfan Khairi, SaifulSham, Kidino, Gobala, Sunny Tan, Zamri Nayan dan lain-lain lagi.. Bagi saya, kejayaan ialah satu balasan atau anugerah dari Allah yang patut kita hargai kerana ia menunjukkan bahawa kita telah berusaha melalui hidup ini dengan sebaik-baiknya untuk menjadi orang yang bermanfaat kepada orang lain. Tidakkah begitu? Sebaliknya, ramai yang tidak melihat sedalam-dalamnya erti kejayaan ini yang mana kebanyakan mudah berdengki dan tidak menyenangi kesenangan orang lain. Malah ada yang menganggap usaha sebegini adalah keduniaan. Ternyata, mereka menafsir dengan sebelah mata dan tidak ber-asas sama-sekali. Hati manusia, tiada siapa yang tahu. Hanya Yang di Atas sahaja yang Maha Mengetahui segala niat manusia.

Saya cabar diri sendiri dan juga sahabat semua terutama yang sedang meningkat naik (nak sebut ramai sangat) atau yang telah memulakan perniagaan internet, kita jumpa di sebuah “pentas kerjasama” kita nanti bersama-sama dengan mereka yang telah berjaya.

Semoga Allah merahmati usaha kita semua.

Zulfadli. 😉

Sikit-sikit, lama-lama jadi gunung!!

AWAS:
Tulisan kali ini hanya untuk mereka yang berani menyahut cabaran dan berani untuk berjaya sahaja…

Apa khabar pembaca blog smartusaha? Moga sihat selalu..

Baiklah, terus kepada tajuk, kita selalu mendengar pepatah mengatakan, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tapi, bagi saya, saya tukar bukit tu kepada gunung.. hahaha… ok ok, kali ni saya bukan nak cerita pasal pepatah atau peribahasa, tetapi mengenai kesabaran, kesungguhan, kepercayaan dan keyakinan.

Fuuh, macam motivator lakkss. hehe… Ya, saya cuma ingin berkongsi pengalaman saya sahaja. Bagaimana saya pandai dalam bidang komputer ni? “sebab zul budak sains komputer lah”. ho ho ho…. (ketawa cara shuth).. 🙂 Salah sama sekali. Walaupun saya budak IT, namun anda perlu lari dari kepercayaan karut yang mengatakan budak IT adalah pandai komputer dan internet. Mengapa? Sebab, segalanya bermula dan mesti ada minat. Rata-rata yang saya perhatikan, kebanyakan pelajar atau mahasiswa belajar adalah untuk LULUS A++ dalam setiap subjek, bukan untuk menggunakan ilmu bagi kehidupan, atau mengaplikasikannya. Sebaliknya, habis belajar, hati lega, “aku nak lari dari dunia IT, susah!!”. Itulah dilema kebanyakan pelajar IT. Kebanyakan kalau disuruh format komputer, install windows, ‘lawan’ pakcik makcik virus, troubleshooting perkakasan walau masalah kecil, semuanya tidak dapat dilakukan atau hanya separuh jalan… Maaf dipinta, inilah kebenaran. Ia bukan direka-reka atau nak menunjukkan saya ni tahu semuanya, tidak sama sekali. Apa yang ingin disampaikan adalah, minat dan usaha. Nak atau tak nak sahaja..

Oklah, dah ada minat, belum cukup untuk berjaya atau pandai dalam sesuatu perkara. Anda perlukan kesungguhan, kesabaran, percaya yang anda akan bercaya (selagi Allah menghendaki) dan anda yakin anda boleh melakukan! KETAHUILAH, hanya ALLAH sahaja yang boleh ‘menghalang’ anda!!

Sedikit sedutan kisah saya yang lalu, semasa di awal tahun pengajian, saya amat sedih sebab rakan sendiri tidak mahu mengajar saya membina website yang simple. “Tak apa, aku boleh belajar sendiri…”. Dari waktu itu, sedikit demi sedikit saya belajar dan usaha sendiri, gunakan sepenuhnya buku-buku di perpustakaan, beli buku rujukan, rujuk di internet, trial and error dan mengikuti kursus berbayar.

Alhamdulillah, walaupun rekabentuk website yang saya bina tidaklah sebagus mana, tetapi sekurang-kurangnya saya tersenyum kepuasan…. Usaha beransur-ansur kini sudah menghasilkan wang untuk poket-ku…… ‘Poketku tersenyum riang’… :p
Itulah kuasa keyakinan, kepercayaan pada diri, kesabaran dan kesungguhan. Percayalah, jika anda tidak percaya pada diri-sendiri, anda tidak akan sampai ke mana.. Beranilah untuk mencapai kejayaan, dan janganlah takut untuk gagal. Mulakan sedikit-sedikit, sehari selembar benang, lama-lama jadi kain….

Perhatikanlah mereka yang berjaya, semuanya bermula dari bawah, dari kemiskinan, dari kesusahan, dari kaki lima, dari dalam stor, dari bilik tidur, dari tak tahu apa-apa… Mereka semua mengambil masa untuk berjaya, banyak kali mencuba, bukan sekali atau dua kali..

Moga anda mengerti tulisan saya kali ini. Ia berbentuk motivasi dan inspirasi. Bertujuan agar anda tahu bagaimana untuk berjaya di dalam sesuatu perkara dan supaya anda tahu, ‘tidak mudah’ untuk berjaya.. Ia perlukan usaha, kesungguhan, kepercayaan dan keyakinan..

Saya cabar anda untuk berjaya, yakin boleh!! 🙂

PERHATIAN: Curahkanlah ilmu anda seikhlas yang mungkin jika ada orang yang datang meminta bantuan. Tidak kisahlah, berbayar atau percuma (hal ini perlu dikupas lebih lanjut, jadi jangan cepat bersangka)... Janji ikhlas…… Namun sebaiknya, berikanlah secara percuma selagi tidak membebankan anda. Anda beri satu, Allah gandakan 100. Tak percaya?? Cuba dulu. Fullstop. 8)

Usahawan Internet Sepenuh Masa??

Jumpa lagi kita pada kali ini. Hmm, saya adalah seorang pelajar Universiti dan baru saja menamatkan pembelajaran. Seperti biasa, semua yang dah bergraduan bersibuk-sibukan mencari kerja di sana-sini. Mak ayah dan keluarga saya pula sibuk bertanya, cari kerja ke? Nak kerja kat mana? Kenapa tak balik Kelantan je? Saya dipersoalkan dengan 1001 persoalan yang saya jawab dengan satu jawapan yang ringkas:

“Saya nak jadi usahawan.”.

Siapa yang kenal saya, dia tahulah sikap saya yang bila menetapkan sesuatu keputusan, saya amat sukar dan tak mudah goyah dengan keputusan tersebut dan bila saya kata A, A lah.. Mereka faham dan mereka diam sahaja. hehe..

Persoalan sekarang, saya nak minta pendapat rakan-rakan dan pembaca semua, patutkah saya terus menumpu atau menggunakan masa 24 jam untuk perniagaan internet pada peringkat permulaan sekarang? Mudah citer, 24 jam untuk buat duit di internet?? Patutkah? Atau sahabat semua mempunyai cadangan seperti saya patut bekerja sambilan di mana-mana? Suarakan pandangan anda semua.. Saya nak mendengarnya. Inilah kemelut kebanyakan graduan dan orang yang baru nak memulakan bisnes.

Tapi ingin saya katakan, hidup dan mati saya adalah dalam bidang keusahawanan!

PS. Saya mempunyai pelan perniagaan internet saya sendiri, cuma dalam kes ini, saya mahukan pendapat anda semua terhadap budak u yang baru abis belajar ni.. 😉

PPS. Blog ini selain memaparkan tips perniagaan internet, ia adalah tempat anda ‘memantau’ perkembangan saya di dalam menjadi usahawan internet yang berjaya. 🙂

Nota: Sudahkah anda mendaftar Seminar Perniagaan Internet Anjuran Team SaifulSham.Com? Jika belum, mendaftar sekarang! Klik di sini!!

Perniagaan Internet | Usahawan Internet | SOHO

Apa khabar para pembaca blog smartusaha semua. Minta maaf jika setiap kali anda masuk tiada info, tips atau tulisan terbaru dari saya. Bukan ketiadaan idea, sebaliknya saya perlu menyelesaikan beberapa hal yang membuatkan pergerakan saya terhalang dan perlahan daripada meningkatkan usaha dan perhasilan di dalam perniagaan internet ini. InsyaAllah, saya akan cuba mengemaskini dan memasukkan tulisan dan perkembangan saya di blog ini.

Baiklah, cerita kali ini adalah mengenai perniagaan internet dan perniagaan konvensional. Di JB baru-baru, saya bertemu dengan seorang kawan dan telah melakukan bisnes offline dalam bidang ICT. Di kesempatan itu, saya berbincang dan bertanya mengenai modal untuk memulakan sebuah bisnes offline seperti kedai komputer, software developer, perkakasan komputer dan lain-lain. Pendek katalah, kalau setakat meminjam 30 hingga 50 ribu, itu sangat sikit. Maksudnya, sebahagian wang pinjaman itu habis untuk waktu permulaan sahaja, jadi pinjaman yang banyak amat diperlukan.

Baiklah, apa yang saya ingin sampaikan di sini adalah, bukannya bermaksud untuk menidakkan mengenai perniagaan konvensional, tetapi sebaliknya selain memulakan sesuatu yang besar, di sana terdapat jalan yang mudah dan rendah risiko untuk anda. Apakah itu? Ya, tak salah dan tak lain adalah idea kecil yang menjadi. Sebagai contoh terbaik adalah perniagaan internet yang mana bukan setakat anda boleh memiliki satu perniagaan, malah lebih dari itu dan lebih bagus adalah, anda boleh menguruskannya seorang diri.

InsyaAllah, melalui blog ini saya akan menggunakan konsep idea kecil, membawa hasil besar, dan menjadi.. Sekali lagi, yang menjadi. 😉

SOHO

Anda boleh berniaga hanya di rumah dengan kelengkapan yang paling minima dengan sebuah laptop dan talian internet sahaja. Tidak perlu perabot yang mahal, pekerja yang ramai, ruang pejabat yang besar dan bayaran sewa yang mahal dan tak perlu pecah kepala! Sekali lagi, jika anda tidak mampu memulakan yang besar, bermulalah dari yang kecil. Lihatlah, orang yang berjaya sekarang semuanya bermula dari bawah. Ada yang bermula dari stor di belakang rumah, ada yang bermula di bilik tidur, bahkan ada yang bermula dari tepi kaki lima!!! Tapi, dengan kesabaran dan ‘berkat’ idea yang kecil, kini mereka sudah boleh menarik nafas lega dan memiliki aset yang besar. Namun di sebalik kejayaan itu, tersembunyi satu ‘rahsia’…. Tak lain dan tak bukan: MULAKAN DENGAN KECIL atau dalam bahasa inggerisnya, start small..

Ruang salah seorang krew TuahEmas.Com

Terserah kepada anda untuk memilih dan menentukan… 🙂

Trafik ke Blog SmartUsaha.Com semakin tinggi!

Alhamdulillah, usaha saya selama ini dah nampak hasil. Kalau anda lihat hits di sebelah kanan/sidebar, hits laman blog saya ini sejak 21 Feb sentiasa bertambah. Ingat, hits itu bermaksud kalau blog ini di-reload atau dimasuki oleh orang yang sama, bilangan tetap bertambah. Jadi, ia bukan unik hits.. Tapi kat sebelah side ni pun saya ada letak bilangan hits unik. Walau apapun, yang pasti setiap hari pasti jer bertambah hits blog ini. Macam mana orang boleh jumpa blog ni? Nanti saya akan ceriatakan..

Tujuan saya menyatakan hal ini bukan untuk mengatakan ramainya yg nak tahu apa yg saya tulis atau famousnya blog saya ini. Tidak sesekali.. Apa yg saya nak sampaikan di sini adalah, rakyat Malaysia semakin hari semakin sedar akan potensi internet!!

Tak percaya? Percayalah.. Kelak, akan begitu ramai orang yang akan melakukan perniagaan di internet. Era untuk hanya ber-chatting atau borak2 kosong mungkin akan menjadi tujuan kedua pengguna internet! Lihatlah, setiap hari, akan wujud dan lahirnya usahawan internet.

Jadi, anda mulalah sekarang untuk menjadi pendahulu di dalam bidang perniagaan internet ini. Jadilah perintis. Kerana biasanya, yg menjadi perintis dan pendahulu inilah yang akan dirujuk kelak.. Ehem, saya pun nak begitu juga. Selain itu, jika anda bermula sekarang, 2 tahun kelak, anda sudah pakar dan tahu asam garam dunia perniagaan internet. Kenapa dua tahun? Itu hanya anggaran, maksud saya adalah, jika anda bermula 2 tahun nanti, anda masih di tahap ‘zero’. Tetapi jika anda memulakan hari ini, 2 tahun nanti anda sudah berpengalaman!!

Ketepikan alasan-alasan tidak cukup masa dan lain-lain. Nak seribu daya. Sebagai satu contoh, seorang cikgu yg mempunyai tugas di sekolah, sudah semestinya sibuk juga.. Namun, masih sempat menambah pendapatan di internet. Ya, empat tahun dahulu!! Kini beliau sudah tahu asam garam dunia perniagaan di internet ini. Cuba kita lihat, jika cikgu itu baru nak mula hari ini, apa yg dia tahu? Mesti tak banyak kan? Cikgu itu adalah Mohd Fairuz yg saya perkenalkan di blog ini tempoh hari.

Jadi, mulalah sikit-sikit.. Mula sikit-sikit.. Saya pun begitu.. Sekarang saya hanya mengkaji dan menulis. Hanya ini sedikit usaha yg saya lakukan untuk menceburi bidang ini. Yang juga merupakan cita-cita saya. Bila dah nak mula, ia tidak menjadi masalah, kerana saya sudah mula mengkaji dan memahami..!

Bijak pandai usahawan internet ada berkata: tindakan lah yang akan menentukan kejayaan idea anda, bukan hanya idea yang hebat!”.

Wassalam.