Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Mengapa menjadi usahawan sepenuh masa

Berikut adalah beberapa kelebihan berniaga sepenuh masa terutama perniagaan melalui Internet:

  • Bebas melakukan apa sahaja tanpa sebarang sekatan kreativiti dan skop tugas.
  • Berhak menentukan hala tuju perniagaan tanpa halangan orang lain.
  • Boleh bercuti tanpa perlu meminta izin sesiapa.
  • Bebas daripada politik pejabat.
  • Tiada lagi bos yang sering marah-marah.
  • Tidak perlu bergegas bangun pagi dan bersesak-sesak di jalan raya.
  • Bebas menentukan masa bekerja dan waktu berurusan.
  • Boleh menyertai program pada bila-bila masa (terutama hari bekerja).
  • Membeli-belah (shopping) di pasaraya pada waktu orang lain berada di pejabat.
  • Banyak peluang perniagaan tanpa batasan yang boleh dilakukan.
  • Lebih mudah untuk fokus berbanding berniaga secara sambilan.
  • Lebih banyak masa untuk mengusahakan perniagaan. Lebih banyak projek dan perkara yang boleh dilakukan.
  • Berniaga pada hari bekerja dan pada hari minggu, boleh meluangkan masa bersama keluarga.
  • Boleh tentukan sendiri jumlah ‘gaji’ yang dimahukan.
  • Boleh tentukan sendiri jumlah pendapatan untuk setiap bulan.
  • Peluang untuk memajukan diri lebih terbuka luas kerana tiada kekangan masa dan batasan.
  • Bekerja makan gaji, kita biasanya ‘dibentuk’ dan ditentukan dari awal. Jika berniaga sepenuh masa, kita menentukan sepenuhnya apa yang kita mahu jadi, buat dan capai.
  • Tidak mudah bosan kerana boleh lakukan kepelbagaian usaha dan cara.

Walaupun indah pada pandangan mata, namun berikut adalah syarat-syarat penting dan utama untuk usahawan sepenuh masa:

  • Berdisiplin tinggi.
  • Mempunyai sikap yang baik.
  • Berfikiran besar.
  • Yakin diri dan berani.
  • Kemahuan yang sentiasa membara.
  • Tidak mudah berputus-asa.
  • Membaca dengan konsisten mengenai bidang perniagaan yang diceburi.
  • Berkenalan dan bekerjasama dengan usahawan lain. [networking]
  • Ada perancangan yang jelas dan melaksanakannya mengikut waktu yang ditetapkan.
  • Menyegerakan segala perancangan.
  • Tidak membuang masa.
  • Menjual produk / perkhidmatan yang benar-benar ada permintaan.
  • Rajin dan bersungguh-sungguh.
  • Rela bekerja keras pada peringkat awal perniagaan.

Akhir kata, siapa kata berniaga sendiri secara sepenuh masa itu semudah memetik jari? Ia lebih mencabar berbanding bekerja makan gaji. Namun yang pasti, ia mempunyai lebih flesibiliti dan kebebasan.

Anda sanggup melalui cabaran sebagai seorang usahawan? Jika anda sanggup, teruskan impian anda itu!

.

Incoming search terms:

  • mengapa jadi usahawan
  • teknik berniaga

42 cara menjadi pakar dalam bidang pilihan anda

Adakah anda ingin menjadi seorang pakar dalam bidang tertentu?

Pakar bidang adalah seorang yang memberikan maklumat, nasihat dan bimbingan kepada mereka yang memerlukan, seperti melalui konsultasi, coaching, ceramah, seminar, ebook berbayar, kursus (workshop) dan sebagainya.

Menjadi pakar terutama pada satu subjek/topik akan memudahkan orang mengenali dan mengingati kita dengan lebih mudah, berbanding mengetahui kesemua perkara tanpa ada satu pengkhususan. Selain itu, kita juga lebih mudah untuk membuat pembacaan dan kajian kerana hanya perlu memfokus pada satu topik sahaja.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • cara nak jadi pakar dalam bidang rangkaian
  • cara terbitkan hasilkan buku

Menjadi usahawan yang sibuk, produktif dan berjaya

Terdapat dua jenis orang yang sibuk:

  • Sibuk dengan perkara yang merugikan
  • Sibuk dengan perkara yang menguntungkan

Apabila kita menyibukkan diri dengan perkara yang menguntungkan sahaja sama ada untung dari segi kewangan, kesihatan, perhubungan sesama keluarga dan sebagainya, kita akan menjadi seorang yang amat produktif, yang hasil akhirnya adalah sebuah kejayaan. Namun syaratnya adalah kita perlu melakukan dengan efektif (cara yang betul).

Kemudian, terdapat dua jenis usahawan:

  • Usahawan yang berniaga cara biasa-biasa
  • Usahawan yang kreatif dan berbeza.

Usahawan yang hanya melakukan cara yang sama, ditambah lagi dengan cara yang biasa-biasa, usahawan ini akan sukar untuk meraih kejayaan yang besar. Mereka teramat sukar untuk mengalami perubahan dan peningkatan dalam perniagaan.

Manakala bagi usahawan yang kreatif dan melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza, mereka biasanya akan lebih jauh ke hadapan. Perbezaan ini bukanlah pada asas dan prinsipnya, tetapi pada ‘pandangan mata’ dan strategi sahaja. Contohnya dua buah kereta yang menggunakan enjin yang sama, tetapi mempunyai rekabentuk yang jauh berbeza, di mana rekabentuk yang lebih menarik dan ergonomik biasanya lebih mendapat sambutan.

Jadi tuan dan puan para pembaca, kita pilih untuk menjadi usahawan yang bersungguh-sungguh, mempunyai visi dan misi yang menggugah jiwa, bersemangat waja, bertindak tanpa bertangguh dan melakukan usaha dengan cara yang berbeza. Semoga kita menjadi usahawan yang berjaya di dunia dan akhirat.

.

Incoming search terms:

  • iklan emas
  • sibuk
  • usahawan yang kreatif

Motivasi Sejuta Ringgit

Seorang usahawan ditanya, bagaimana cara untuk terus ligat berusaha tanpa henti dan berputus asa?

Beliau berkata, “Saya tetapkan target aset bernilai satu juta ringgit. Selagi saya tidak mencapainya, selagi itu saya tidak akan berhenti.”

Jawapannya itu menimbulkan satu persoalan, “Bagaimana pula setelah impian itu dicapai?”

Dengan tenang beliau menjawab, “Saya mempunyai lebih daripada 100 impian dan perkara yang perlu dilakukan. Sasaran yang dinyatakan tadi adalah salah satu daripadanya.”

Si penanya belum berpuas hati lantas bertanya, “Saya juga ada sasaran dan impian, tetapi itu tidak menggerakkan saya ke hadapan. Bagaimana pula tuan boleh berkata sasaran itu adalah sebab tuan tidak berhenti berusaha?”

Usahawan itu melebarkan senyuman dan kemudian menjawab, “Kita perlu ada sebab apabila melakukan sesuatu perkara. Atau kita sering menyebut ia sebagai niat. Saudara ada sebab sendiri apabila saudara melakukan sesuatu. Begitu juga saya yang mempunyai sebab tersendiri.”

Beliau meneruskan penerangan, “Andaikata saya tidak lakukan yang terbaik untuk diri saya sendiri, saya pasti akan meraih simpati kepada orang lain. Hal ini amat memalukan dan menjatuhkan maruah diri, walhal Islam menyuruh kita menjaga maruah kita dan keluarga kita sebaik-baiknya.”

Sumber: MotivasiUsahawan.com

Berani Berimpian!

Video yang dihasilkan oleh kenalan saya:

Adakah anda seorang Pejuang Impian?

.

Motivasi Usahawan: Teruskan perjuangan!

Terpanggil pula untuk menulis entri sebegini… Semasa saya sedang menyiapkan kerja, tiba-tiba terkeluar satu paparan yang menyatakan hard disk laptop saya rosak dan semua file akan hilang. Ia betul-betul membuatkan dada saya sesak.

Dalam fikiran saya terus mula terbayang, habislah semua hasil kerja selama ini. Habislah file-file ebook (format Word) saya. Habislah segalanya. Ini kerana, kebanyakan kerja saya menggunakan laptop.

Fikiran saya mula pergi lebih jauh bahawa saya perlu bermula sekali lagi, betul-betul dari awal. Oh, tidak….

Namun kerana saya ada sedikit asas komputer dan pengalaman troubleshoot komputer, maka saya tidak mahu membuat kesimpulan yang terlalu awal. Lagi-lagi paparan tadi ada sedikit keraguan, nampak seperti ‘palsu’ (fake). Hasil pemeriksaan, rupa-rupanya ia bukan paparan oleh Windows yang saya gunakan, sebaliknya ia adalah “spyware”!

Spyware adalah adik-beradik virus, tetapi tidaklah sehebat virus. Tugasnya hanya mahu mengintip apakah website yang kita layari dan lain-lain maklumat, kemudian barulah mereka mulakan operasi seperti yang saya alami.

Walaupun tidak sehebat virus, namun ia telah menyebabkan sistem Windows di dalam laptop saya ini sedikit terganggu. Beberapa file sistem hilang, beberapa setting telah di’reset’ dan yang paling menyakitkan hati adalah semua bookmark di Google Chrome saya hilang. Bookmark yang saya simpan itu adalah untuk rujukan penulisan saya.

Namun, semuanya ada hikmah. Malah, saya tetap memegang prinsip-prinsip kejayaan seperti tidak memikirkan masalah, teruskan perjuangan dan terus berusaha (bekerja). Memikirkan masalah dan mengeluh sama sekali tidak membantu.

Sedikit tip yang ingin saya kongsikan di sini mengenai hal di atas:

  • Elakkan memasuki website yang tidak perlu dan mencurigakan. Ia amat berisiko kerana biasanya website sebegitu adalah sumber virus, spyware, adware dan sebagainya.
  • Jangan install perisian yang tidak perlu dan yang hanya memberatkan operasi komputer/laptop. Utamakan ‘kesihatan’ laptop seperti mana kita menjaga kesihatan badan kita.
  • Buat ‘backup’ file-file penting yang ada di dalam laptop.
  • Pasang perisian antivirus seperti AVG, Avast dan Kapersky. Pasang satu sahaja.
  • Pasang perisian Anti Spyware seperti Spybot. Ia dapat mengesan spyware yang ada dalam komputer dan membuangnya.
  • Jika teruji dengan situasi yang mencemaskan, atau sesuatu kejadian yang menguji kesabaran kita, usahakan untuk tidak marah-marah, cemas, mengeluh dan sebagainya, walau apa pun yang terjadi. Teruskan perjuangan!

.

Incoming search terms:

  • teruskan perjuangan

Bagaimana bangkit kembali dalam bidang perniagaan Internet?

Andaikata anda sedang berada dalam saat kejatuhan, keresahan, kegagalan, jatuh terduduk dan apa jua keadaan, sudah pasti anda mahu bangkit kembali.

Soalnya, bagaimanakah caranya? Saya tahu, salah satu cara yang pasti akan dicadangkan adalah kembali kepada Allah. Ia benar, tidak dapat dinafikan dan ia adalah 100% tepat. Sudah semestinya kita perlu kembali kepada-Nya, memohon kekuatan dan membina kembali hubungan yang baik bersama-Nya.

Bagaimana pula dari aspek teknikal, bisnes, pemasaran dan realiti? Berikut adalah di antara cadangan yang boleh anda lakukan:

  • Hubungi kembali rakan-rakan usahawan dan rakan-rakan kerjasama. Bina kembali hubungan yang baik bersama mereka. Tip: Cipta satu file Word ataupun Notepad dan senaraikan nama beserta emel dan nombor telefon mereka sebagai rujukan (rekod).
  • Wujudkan atau sertai kembali kumpulan usahawan yang boleh saling berkongsi maklumat, pengalaman dan semangat. Tidak dapat dinafikan, mereka pasti menjadi orang pertama yang akan menghulurkan bantuan apabila kita memerlukan. Merekalah salah satu sumber utama semangat, motivasi dan kekuatan dalam bisnes kita.
  • Luangkan masa untuk merancang semula hala tuju bisnes. AWAS, jangan terlalu ‘over planning’! Rancang seminima mungkin terutama usaha yang boleh dilakukan dalam jangka masa pendek (1 – 3 bulan). Tangguhkan dahulu matlamat yang besar, sebaliknya bina dan kukuhkan kembali ‘tapak yang telah retak’. Dan yang penting adalah kita benar-benar jelas apa yang kita mahu dan apa yang akan kita lakukan.
  • Hubungi kembali subscibers mailing list (jika ada). Berikan mereka maklumat yang berguna dan berinteraksilah bersama mereka.
  • Aktifkan kembali penulisan di blog. Blog adalah satu aset bisnes yang tidak terkira nilainya. Ia adalah sumber trafik/prospek percuma dan tempat kita membina kredibiliti.
  • Jika sebelum ini anda aktif di Facebook dan kemudian mendiamkan diri, kembalilah ke sana kerana sudah pasti ramai yang sedang menunggu kehadiran semula anda.
  • Hubungi pelanggan yang tertangguh projek mereka (jika ada). Mohon kepada mereka memberikan sedikit masa untuk anda selesaikan semua perkara yang tertunda. Tidak perlu beritahu puncanya, cuma cukup nyatakan ada perkara yang tidak dapat dielakkan. Satu masa nanti jika berpeluang, lakukan sesuatu secara percuma kepada mereka sebagai ucapan terima kasih dan penghargaan.
  • Wujudkan dana (simpanan) kecemasan jika sebelum ini ia belum wujud. Ini adalah perkara penting untuk usahawan sepenuh masa.
  • Perkara paling penting, iaitu terus berusaha tanpa ada rasa mahu berputus asa. Kali ini, sematkan dalam diri bahawa anda tidak akan mudah mengalah lagi! Anda adalah Pejuang Impian!
  • Kembali konsisten dalam melalukan pemasaran produk dan perniagaan.
  • Mula membina strategi marketing autopilot yang akan terus beroperasi tanpa perlu kita melakukan kerja yang sama berulang-ulang kali.

Hidup di dunia adalah satu perjuangan. Mahu tidak mahu kita perlu terus berjuang. Kita bukan hidup keseorangan dan untuk mengenyangkan perut sendiri sahaja, tetapi kita ada ibu, ayah, isteri, anak-anak dan keluarga yang perlu disara. Kita perlu berani bangkit kembali dari kegagalan untuk terus berjuang.

“Jangan kejar kejayaan, tetapi binalah kekuatan diri kerana itu yang akan menyebabkan kita mencapai kejayaan!”

.

Incoming search terms:

  • kebaikan hidup berkumpulan
  • cara bayar p1wimax melalui maybank
  • jatuh untuk bangkit kembali
  • kursus keusahawanan percuma 2012
  • motivasi kekuatan kembali
  • semangat tidak mudah mengalah dalam bisnes
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)