Archive for the 'melayu boleh' Category

Kenapa Orang Kita Susah Nak Maju?

Thursday, February 14th, 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Sebabnya amat mudah: Masih mempertikai dan berdebat persoalan yang remeh temeh.

Antara contoh terbaik ialah:

“Betul ke buat bisnes melalui internet boleh kaya raya?”

“Perlu ke aku jadi kaya?”

“Kaya ni, boleh ke dalam Islam?”

“Nanti kaya kan, terseksa pula kat akhirat sana

“Buat apa lah pergi ke angkasa, membazir duit jer”

Akibat daripada pemikiran dan perdebatan perkara ranting ini, maka sebab itulah bangsa kita amat sukar untuk pergi jauh dan maju. Boleh dikatakan, orang-orang kita masih ramai yang begitu asyik dan leka memperdebatkan sesuatu yang sudah ada jawapannya.

Bangsa lain sudah jauh ke depan dalam soal tindakan, orang kita masih lagi di peringkat mempersoalkan sesuatu yang sudah ada jawapannya. Lainlah jika sesuatu perkara itu belum ada jawapannya, maka tidak salah untuk memperbincangkannya. Tapi apa yang mahu saya perkatakan ini ialah, perdebatan mengenai perkara yang sudah ada jawapannya.

Kita perlu ke angkasa (walaupun menumpang - salah ke?) untuk memulakan misi pertama pendidikan minda orang-orang kita agar suka memikirkan kejadian dan kehebatan alam ini dan mendidik anak-anak muda agar cintakan ilmu berbanding hanya tahu berhibur semata-mata.

Orang kita perlu kaya agar yang miskin tidak lagi tertindas dan dapat membawa mereka ke zon yang sedikit selesa. Bagi saya, perlu kaya atau tidak, itu bukan persoalannya di sini. Kekayaan yang terbaik ialah kekayaan yang bukan menjadikan kekayaan itu sebagai matlamat utama. Jika kita berusaha kuat, ikhlas, gigih, maka sudah pasti kita akan kaya tanpa perlu memikir-mikirkannya.

Pernahkah anda membaca kisah para sahabat Rasulullah atau mereka yang kaya-raya ada menyatakan “impian aku ialah mahu jadi kaya”? Setahu saya, tidak ada. Cuma yang pasti, mereka ini kuat berusaha, ikhlas, jujur dan gigih dalam apa sahaja yang mereka lakukan. Itulah penyebab kekayaan mereka.

Kaya itu tidak haram, maka mengapa perlu dipersoalkan? Kekayaan adalah kurniaan Ilahi. Ia halal jika sumbernya adalah halal. Kita atau bangsa kita tidak akan dapat apa-apa jika kita asyik memperdebatkan persoalan ranting ini. Jika mahu miskin, silakan. Jika mahu kumpul banyak harta, silakan. Kedua-duanya tidak salah, tapi yang salah ialah sikap suka menyalahkan orang lain.

Tidak ada di dalam Al-Qur’an ataupun sunnah yang mengatakan kekayaan itu adalah haram dan akan membuatkan si pemilik harta itu memasuki neraka di akhirat nanti. Bagi mereka yang mempercayai prinsip ini, ketahuilah, anda melebihi Allah dalam soal hukum. Yang dicerca ialah mereka yang ego dan angkuh dengan kekayaan mereka. Yang dipesanNya ialah jangan terleka dengan harta. Itu sahaja. Bukannya tidak boleh kaya.

Berhentilah daripada mempertikaikan itu dan ini yang boleh melemahkan bangsa dan Agama sendiri. Berusahalah sekuat yang termampu. Sebanyak mana harta yang anda dapat, itulah rezeki namanya. Semiskin mana sekali pun anda, mungkin ada hikmahnya dengan syarat anda sudah berusaha dengan kuat dan betul.

Tiada siapa yang bersalah di sini melainkan mereka yang hanya tahu bercakap itu dan ini, tapi cakap kosong mereka itu sedikit pun tidak menyumbang kepada kebaikan Agama, bangsa dan negara. Jangan cakap tak serupa bikin dan jangan cakap sesuatu yang boleh merosakkan orang lain.

Bagaimana Anda Boleh Berjaya?

1. Jangan melibatkan diri dengan perdebatan yang ranting. Fokus pada usaha anda. Fokus pada mereka yang positif dengan apa yang anda mahu dan lakukan. Jangan sesekali memberikan pendapat anda kepada perkara remeh-temeh yang sudah ada jawapannya.

2. Lakukan usaha anda dengan cara yang tepat, betul dan konsisten.

3. Banyakkan bertindak daripada cakap kosong. Lebihkan bertindak daripada hanya membaca banyak buku semata-mata. Utamakan tindakan daripada hanya tahu berfikir dan berangan-angan sahaja. Anda tidak akan mendapat hasil selagi tiada tindakan.

Perhatikan orang yang berjaya. Ada tak mereka cakap banyak? Tak ada. Mereka hanya buat kerja mereka sahaja dengan begitu fokus dan bersemangat sekali. Soalnya, adakah kita juga begitu?

Wassalam.

ps. Mohd Amirol sudah pun melancarkan Pakej Web Jualan Evolusi. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Popularity: 34%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Di Manakah Mereka Menghilang??

Saturday, July 28th, 2007

Tidak perlu saya sebutkan nama-nama Internet Marketers yang sudah berjaya di sini. Mereka hadir, mereka menulis, mereka berkongsi. Bermula dengan senyuman, tawa dan ria…

TAPI KINI…

Di manakah mereka menghilang?

Blog mereka sepi dan kurang bermaya.

Di forum pun sudah lama tidak aktif. Kejap timbul, kejap tenggelam.

Bila ditanya kenapa lama tak update blog? Alasan mereka, “saya sibuk”. Tetapi saya mohon maaf jika saya bongkarkan di sini:

Mereka hilang dan sepi kerana sikap biadap manusia yang satu bangsa dan Agama dengan mereka! Mereka kecewa sebenarnya!!

Saya bukan cakap sebarangan, tetapi saya tahu sebab saya sentiasa berhubungan dengan mereka. Kata mereka,

“Saya kecewa dengan orang-orang kita. Kita ikhlas ingin berkongsi, tapi kita dilayan dengan biadap dan tak beradab…”.

“Saya rasa menyesal mendedahkan diri kepada rakyat Malaysia. Kalaulah saya tahu perangai mereka macam ni, saya tentu tidak perlu bersusah payah begini…”.

“Pengalaman saya lah kan. Kebanyakan pelanggan dari Malaysia ni jauh beza dengan pelanggan dari luar negara. Rasa malas pulak nak buat market Malaysia”, keluh seorang IM yang anda semua kenali…

“Saya nak ‘rehat’ kejap dari market Malaysia ni…”.

“Ada orang cuba hack blog saya zul!”, beritahu seorang IM kepada saya.

Oh, mengapa begini perangai kebanyakan orang Malaysia ye? Jangan dan tidak perlu compare dengan orang luar. Kita adalah kita, orang Malaysia. Tak perlu sibuk-sibuk banding dengan orang luar…

(more…)

Popularity: 40%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Mengapa Asyik-Asyik Persalahkan Melayu??

Friday, July 13th, 2007

Pemikiran saya dulu terlalu mudah mengikut apa kata orang. Maklumlah, di sekolah selama 11 tahun saya hanya diajar ikut sahaja apa yang cikgu ajar, tapi tidak atau kurang diajar mempersoalkan dan berfikir… Tapi kini, saya cuba mempersoalkan apa sahaja perkara kerana amat rugi saya ada akal, tapi hanya ikut-ikut sahaja.

Jika anda mengikut perkembangan Sains contohnya, sudah banyak penemuan-penemuan dahulu yang kita belajar dalam buku sekolah sudah dinafikan di zaman ini. Jika di sekolah kita percaya mengenai A, hakikatnya ia tidak benar. Begitu juga hal-hal adat yang mana ada dianggap sebagai syariat Islam, padahal ia adalah perkara syirik dan kurafat. Ini berlaku kerana adanya golongan manusia yang terus berfikir dan mempersoalkan.

Saya membahagikan pemikiran manusia kepada dua jenis:

1. Pemikiran lapuk atau klasik

2. Pemikiran bijak (akal yang cerah)

Pemikiran klasik adalah pemikiran yang dimiliki oleh orang yang hanya taklid buta atau tidak menggunakan akal dengan sebaiknya. Akal hanya berfungsi dengan baik jika ada ilmu dan pengetahuan. Mudah dikatakan, mereka hanya angguk-angguk, geleng-geleng, ya ya dan tidak-tidak. Mereka tidak mempersoalkan. Akal mereka lesu, takut atau malas untuk mempersoalkan.

(more…)

Popularity: 41%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Sebelum Anda Menyertai Mana-Mana Bengkel, Seminar… + Oh MLM!

Tuesday, June 26th, 2007

Dahulu, nak jumpa seminar perniagaan Internet di Malaysia punyalah susah. Kalau ada pun, course yang tak semua orang mampu untuk mengikutinya. Tapi berbeza dengan sekarang, kita dapat lihat bengkel, program dan juga seminar semakin bertambah.

Tetapi, di sebalik ‘keghairahan’ itu, adakah ia satu petanda yang baik?

Tidak sama sekali. :)

Kali ni saya nak kongsi dengan anda bagaimana nak selamatkan diri anda daripada program (bengkel, seminar…) yang menggunakan topeng dan tipu muslihat…

(more…)

Popularity: 46%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Please Vote For Him!

Monday, June 4th, 2007

Akhirnya, ada juga rakyat Malaysia yang berani menyertai satu pertandingan yang agak heboh juga ketika ini di dunia perniagaan Internet global iatu program realiti The Next Internet Millionaire yang dianjurkan oleh Joel Comm. Anda boleh baca tulisan saya yang lepas jika belum tahu mengenai program tersebut. Klik di sini untuk membacanya.

Siapakah satu-satunya rakyat Malaysia yang menyertai program tersebut? Ya, hanya beliau seorang dan kiranya beliau mewakili Malaysia!

Mungkin anda sudah kenal atau mungkin tidak. Dia adalah Mohd Faisal atau dikenali sebagai Fai dari IMMalaysia.com. Biar saya ceritakan sedikit mengenai dia dan setelah mengetahui sedikit cerita yang berkaitan, saya rasa anda akan memberikan undi kepadanya walaupun satu mata. :)

(more…)

Popularity: 55%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!