Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Apakah perkara yang lebih penting daripada pendapatan puluhan ribu ringgit?

Katakan hari ini kita mendapat RM10,000 setelah berhempas pulas siang dan malam selama sebulan. Ia merupakan satu hasil yang amat besar di mana jika orang lain bekerja makan gaji bagi jawatan pertengahan (bergaji RM2000), mereka perlu mengambil masa lebih kurang 5 bulan untuk mendapat jumlah sebanyak itu.

Namun sahabat saya sekalian, selama ini kita mungkin terlalu dihidangkan dengan gambaran-gambaran yang menarik mengenai jumlah hasil perniagaan Internet mana-mana individu. Tetapi amat jarang kita didedahkan atau mendapat saranan bagaimana mengurus hasil itu.

Pendapatan puluhan ribu itu bukanlah satu jaminan untuk kita kerana ia boleh habis dalam sehari dua sahaja, sama ada digunakan untuk peribadi ataupun untuk kos-kos bisnes.

Sebaliknya, perkara yang paling penting untuk kita lakukan apabila mendapat hasil sebegitu atau apa jua jumlah adalah, MENYIMPAN sebahagian daripadanya.

Simpanan itu boleh dilakukan sama ada ke dalam akaun simpanan peribadi ataupun akaun perniagaan. Jika mahu, boleh tukarkan wang tunai itu kepada bentuk yang lebih menguntungkan seperti emas kerana nilai emas lebih stabil berbanding wang kertas.

Apabila kita mempunyai simpanan yang tidak disentuh, kita mempunyai ‘satu jaminan’ yang boleh menyenangkan diri kita terutama pada saat kejatuhan, kegagalan dan kecemasan, sama ada pada aspek peribadi ataupun perniagaan.

“Berapakah simpanan kita setakat hari ini?”

.

Incoming search terms:

  • bagaimana memohon lesen pms
  • bagaimana mendapatkan lesen pms
  • maksud kadar bayaran
  • pendapatan lebih dengan blog

Bagaimana bangkit kembali dalam bidang perniagaan Internet?

Andaikata anda sedang berada dalam saat kejatuhan, keresahan, kegagalan, jatuh terduduk dan apa jua keadaan, sudah pasti anda mahu bangkit kembali.

Soalnya, bagaimanakah caranya? Saya tahu, salah satu cara yang pasti akan dicadangkan adalah kembali kepada Allah. Ia benar, tidak dapat dinafikan dan ia adalah 100% tepat. Sudah semestinya kita perlu kembali kepada-Nya, memohon kekuatan dan membina kembali hubungan yang baik bersama-Nya.

Bagaimana pula dari aspek teknikal, bisnes, pemasaran dan realiti? Berikut adalah di antara cadangan yang boleh anda lakukan:

  • Hubungi kembali rakan-rakan usahawan dan rakan-rakan kerjasama. Bina kembali hubungan yang baik bersama mereka. Tip: Cipta satu file Word ataupun Notepad dan senaraikan nama beserta emel dan nombor telefon mereka sebagai rujukan (rekod).
  • Wujudkan atau sertai kembali kumpulan usahawan yang boleh saling berkongsi maklumat, pengalaman dan semangat. Tidak dapat dinafikan, mereka pasti menjadi orang pertama yang akan menghulurkan bantuan apabila kita memerlukan. Merekalah salah satu sumber utama semangat, motivasi dan kekuatan dalam bisnes kita.
  • Luangkan masa untuk merancang semula hala tuju bisnes. AWAS, jangan terlalu ‘over planning’! Rancang seminima mungkin terutama usaha yang boleh dilakukan dalam jangka masa pendek (1 – 3 bulan). Tangguhkan dahulu matlamat yang besar, sebaliknya bina dan kukuhkan kembali ‘tapak yang telah retak’. Dan yang penting adalah kita benar-benar jelas apa yang kita mahu dan apa yang akan kita lakukan.
  • Hubungi kembali subscibers mailing list (jika ada). Berikan mereka maklumat yang berguna dan berinteraksilah bersama mereka.
  • Aktifkan kembali penulisan di blog. Blog adalah satu aset bisnes yang tidak terkira nilainya. Ia adalah sumber trafik/prospek percuma dan tempat kita membina kredibiliti.
  • Jika sebelum ini anda aktif di Facebook dan kemudian mendiamkan diri, kembalilah ke sana kerana sudah pasti ramai yang sedang menunggu kehadiran semula anda.
  • Hubungi pelanggan yang tertangguh projek mereka (jika ada). Mohon kepada mereka memberikan sedikit masa untuk anda selesaikan semua perkara yang tertunda. Tidak perlu beritahu puncanya, cuma cukup nyatakan ada perkara yang tidak dapat dielakkan. Satu masa nanti jika berpeluang, lakukan sesuatu secara percuma kepada mereka sebagai ucapan terima kasih dan penghargaan.
  • Wujudkan dana (simpanan) kecemasan jika sebelum ini ia belum wujud. Ini adalah perkara penting untuk usahawan sepenuh masa.
  • Perkara paling penting, iaitu terus berusaha tanpa ada rasa mahu berputus asa. Kali ini, sematkan dalam diri bahawa anda tidak akan mudah mengalah lagi! Anda adalah Pejuang Impian!
  • Kembali konsisten dalam melalukan pemasaran produk dan perniagaan.
  • Mula membina strategi marketing autopilot yang akan terus beroperasi tanpa perlu kita melakukan kerja yang sama berulang-ulang kali.

Hidup di dunia adalah satu perjuangan. Mahu tidak mahu kita perlu terus berjuang. Kita bukan hidup keseorangan dan untuk mengenyangkan perut sendiri sahaja, tetapi kita ada ibu, ayah, isteri, anak-anak dan keluarga yang perlu disara. Kita perlu berani bangkit kembali dari kegagalan untuk terus berjuang.

“Jangan kejar kejayaan, tetapi binalah kekuatan diri kerana itu yang akan menyebabkan kita mencapai kejayaan!”

.

Incoming search terms:

  • kebaikan hidup berkumpulan
  • cara bayar p1wimax melalui maybank
  • jatuh untuk bangkit kembali
  • kursus keusahawanan percuma 2012
  • motivasi kekuatan kembali
  • semangat tidak mudah mengalah dalam bisnes

Bagaimana meraih kejayaan dengan cepat dan mudah pada tahun ini (2012)

Berikut adalah formula ringkas, bagaimana untuk meraih kejayaan dengan cepat dan mudah bagi tahun 2012 ini:

  • Lakukan sesuatu yang sudah kita ketahui dan kuasai sebelum ini. Contohnya jika saya, kekuatan saya adalah menulis dan menerbitkan produk informasi. Elakkan melakukan sesuatu yang baru, di mana ia pasti akan menyebabkan kita mengambil masa yang lama untuk belajar dan menguasainya.
  • Gunakan apa sahaja platform yang telah kita miliki. Contohnya saya mempunyai blog perniagaan internet ini, Facebook Page (yang kini sudah lebih 3000 Like) dan juga mailing list.
  • Gunakan pemasaran berbayar seperti iklan dan Pay per Click (PPC). Pemasaran berbayar lebih cepat hasilnya berbanding cara percuma yang biasanya mengambil masa.
  • Gunakan “Email Marketing”. Ini adalah wajib dan mandatori. Ia bukan lagi satu pilihan.
  • Outsource kerja-kerja teknikal yang memakan masa walaupun kerja itu kita tahu melakukannya. Upah orang lain melakukan kerja-kerja teknikal seperti design grafik, website dan seumpamanya. Kerja-kerja yang memakan masa itu amat merugikan kita di mana kita boleh melakukan kerja produktif yang lain. Contohnya: Saya boleh fokus pada penulisan, marketing dan content.
  • Jual produk atau perkhidmatan yang betul-betul mempunyai potensi dalam pasaran (ada permintaan). Jadi perlu luangkan sedikit masa membuat kajian dan pemerhatian.
  • Lupakan model bisnes yang lain dan apa sahaja perkara yang tidak berkaitan sehingga kita meraih hasil yang amat membanggakan terhadap usaha yang sedang kita lakukan. (FOCUS – Forget Other Commitment Until Success)
  • Bekerjasama (joint venture) dengan usahawan lain. Ya, kerjasama adalah salah satu ‘rahsia’ untuk kita berjaya dengan pantas.
  • Rancang sesuatu untuk bertindak. Rancang tindakan, bukan hanya sekadar merancang sahaja. Bersama rancangan itu, tetapkan masa dan cara untuk melaksanakannya.
  • Buat rancangan penuh untuk tahun 2012 dan laksanakan rancangan itu dengan sepenuh hati!
  • Fokus pada menjual dan menghasilkan ‘profit’ (untung). Perlu berani menjual produk dan perkhidmatan kita tanpa sedikit pun rasa tidak yakin dan ragu.
  • Lakukan sahaja apa yang telah dirancang tanpa ada rasa ragu-ragu. Katakan TIDAK kepada perasaan mahu menunda tindakan.
  • Hargai pelanggan sedia ada (seperti memberikan diskaun dan sebagainya). Mereka lebih mudah diyakini berbanding pelanggan baru.
  • “Tiru” orang-orang berjaya. Belajar teknik dan strategi yang terbukti berkesan daripada sesiapa sahaja yang telah mendapat hasil kejayaan. Contohnya, jika kita mengetahui usahawan A berjaya melancarkan produk sehingga meraih puluhan ribu dalam masa 30 hari, segerakan hubungi dirinya dan katakan kita mahu belajar strategi beliau. Tetapi, ia tidak semudah itu. Lakukan dengan cara yang profesional seperti ada perkongsian timbal balik yang diberikan kepadanya. Setelah belajar, segerakan untuk mempraktikkannya.

Kesimpulan: Tetapkan produk/perkhidmatan yang pasti ada permintaan + Rancang tindakan setahun penuh + Lakukan pemasaran yang berkesan + Bertindak sepenuh hati + FOKUS!

Apa pendapat anda mengenai formula di atas? Atau mungkin anda ada tambahan yang lain. :)

Terima kasih kerana membaca.

Ingin memulakan perniagaan Internet sendiri? Dapatkan konsultasi terus daripada smartzul. Dalam masa 1 jam 30 minit, segala kebuntuan anda akan terhapus! Diskaun RM50 untuk 10 orang pertama! Klik di sini sekarang.

.

Incoming search terms:

  • potensi diri najib
  • biodata seorang usahawan
  • biodata uahawan berjaya
  • perjalanan usahawan berjaya
  • potensi diri nicol david
  • potensi diri nicol ann david
  • potensi diri najid
  • potensi diri najib untuk mendapat kejayaan
  • biodata usahawan yang berjaya pada masa kini
  • contoh usahawan malaysia berjaya

Apakah beza Majlis Daerah dan SSM?

Soalan: “Saya nak tanya, adakah sekarang SSM masih ada lesen untuk perniagaan melalui internet? Saya nak menjual barang cosmetic di internet, adakah susah nak memohon lesen?? Hari ini saya ada pergi majlis daerah untuk pertanyaan menggenai lesen ini, tapi pekerja sana beritahu saya lesen ini sudah tiada.

Adakah majlis daerah sama dengan SSM?

Terima kasih kerana menjawab soalan saya.”

Jawapan:

1. Untuk jual produk kosmetik atau apa jua produk yang tidak salah di sisi undang-undang, melalui Internet, tidak perlu ada lesen. Kita hanya perlu mendaftar perniagaan sahaja di SSM. Pada borang pendaftaran itu, tulis aktiviti bisnes seperti “Menjual produk kosmetik” dan lain-lain jika ada. Tidak perlu beritahu bahawa kita menjualnya di internet. Cukup beritahu begitu sahaja.

2. Lesen di Majlis Daerah hanya untuk mereka yang ada premis sahaja seperti kedai, warung dan sebagainya.

3. Majlis daerah dan SSM adalah tidak sama. Majlis daerah menguruskan perniagaan yang ada premis khas untuk perniagaan sahaja. Bisnes kecil-kecilan yang dilakukan dari rumah tidak memerlukan kita mendaftar bersama mereka. Manakala SSM pula tempat untuk kita mendaftar perniagaan sahaja. Mereka tidak akan bertanya sama ada kita berniaga dari rumah ataupun di kedai. Tugas mereka hanya mendaftarkan perniagaan kita sahaja.

Baca artikel berikut untuk maklumat lanjut: Pendaftaran Perniagaan Internet di SSM

Dapatkan buku saya, “Urus Sendiri SOHO Anda” untuk memahami konsep bisnes dari rumah.

Layari dan Like page Facebook saya di bawah untuk tip-tip terkini terus di Facebook.

Terima kasih.

SmartZul
http://www.facebook.com/MohdZulfadli.IM

Incoming search terms:

  • daftar jenis perniagaan internet ssm
  • perlukah mendaftar untuk perniagaan online
  • cara chek nama pernigaan yang dah didaftarkan
  • paypal maybank cara baru tanpa msos
  • peniaga online perlu lesen
  • perbezaan ssm dan lesen niaga
  • perlu daftar perniagaan
  • perlukah mendaftar perniagaan online
  • perlukah mendaftar untuk memulakan homestay
  • adakah homestay memerlukan lesen?

Empat bahagian penting dalam bisnes

Secara asasnya, terdapat empat bahagian penting dalam sesebuah perniagaan, iaitu:

  1. Management (Pengurusan)
  2. Marketing & Sales (Pemasaran dan Jualan)
  3. Production (Pengeluaran)
  4. Customer Service (Khidmat Pelanggan)

Pengurusan adalah perkara pertama yang penting dalam bisnes. Tanpa pengurusan yang baik, perniagaan yang dilakukan akan mengalami kepincangan. Pengurusan terdiri daripada pengurusan projek, pengurusan kewangan (keluar masuk duit, pendapatan, kos dan gaji pekerja) dan pengurusan pekerja/team.

Bahagian Pemasaran & Jualan pula berfungsi sebagai sebuah jentera yang akan menentukan perniagaan terus ‘bernyawa’, iaitu dengan membawa masuk hasil terutamanya wang tunai (cash).

Bahagian Pengeluaran juga adalah aspek yang terpenting dalam bisnes. Bahagian ini berfungsi menghasilkan ataupun menyediakan produk-produk akhir yang akan dibeli oleh pelanggan. Jika bahagian ini tidak menghasilkan sesuatu yang tidak menepati sasaran (target) harian/mingguan/bulanan, maka ia akan memberikan kesan buruk kepada perniagaan. Dengan sebab itu, bahagian ini perlu sentiasa produktif dan menepati sasaran yang telah ditetapkan.

Keempat, bahagian Khidmat Pelanggan. Bahagian ini adalah aspek yang akan menentukan nama perniagaan akan disebarkan sebagai baik ataupun sebaliknya, dan yang akan menentukan perniagaan akan terus mempunyai pelanggan yang setia. Layanan pelanggan yang baik, cepat dan mesra akan memastikan perniagaan akan terus berdaya tahan.

.

Incoming search terms:

  • apa yang penting dalam tahun
  • maksud membina rangkaian usahawanan
  • nama-nama bisnes yang baik
  • penting dalam peerniagaan
  • tip mencari pekerja bahagian pemasaran

Bagaimana mencapai kejayaan pada tahun 2012?

Bermula 1 Januari 2012, kita mempunyai 365 hari untuk mencipta sesuatu kejayaan ataupun hasil dalam tahun 2012 ini. Ia bukanlah satu jumlah yang banyak mahupun sedikit, tetapi ia satu jumlah hari yang cukup untuk kita lakukan sesuatu.

Jadi, persoalannya adalah bagaimana cara kita untuk mencapai impian pada tahun 2012 ini, ataupun melaluinya dengan penuh sukses? Tidak ada sesuatu yang mustahil selagi kita mahu dan berusaha dengan cara yang betul.

Apabila ditanya apakah rahsia kejayaan, secara ringkas dapat saya katakan tiga perkara berikut:

  • Rajin (disiplin)
  • Cara yang betul
  • Konsisten

Rajin dapat juga kita katakan sebagai bersungguh-sungguh dan bekerja keras tanpa memikirkan untuk berputus asa. Tanpa kerajinan, kita semua tahu sesuatu impian, matlamat dan juga usaha yang dilakukan tidak akan dapat dicapai. Malah hasil juga suam-suam kuku dan kita mudah jatuh ke lembah kegagalan.

Kemudian, cara yang betul adalah kita lakukan sesuatu dengan cara yang berkesan, sebaliknya bukan secara membuta tuli. Sebab itu perlu ada ilmu dan kemahiran, dan perlu belajar daripada orang lain. Salah satu sebab kita sukar mendapat hasil adalah kita melakukan pemasaran dan bisnes tanpa berdasarkan ilmu, teknik berkesan dan perancangan yang baik.

Kemudian perkara ketiga, adalah konsisten. Konsisten juga bermaksud fokus yang berterusan. Fokus ini ada dua maksud:

  1. Fokus melakukan sesuatu perkara, tugas, aktiviti dan tindakan. Contohnya fokus semasa menulis ebook: Menulis dengan fokus selama 30 minit.
  2. Fokus pada model bisnes (bentuk perniagaan) yang dilakukan, sama ada satu ataupun banyak. Contoh: Fokus menjadi seorang Internet Marketer yang fokus pada kepakaran SEO.

Kesimpulan

Untuk memastikan tiga perkara itu memberikan hasil, maka dalam bisnes, sebaiknya usahawan tidak mudah makan hati, atau dalam bahasa mudahnya, terlalu lemah semangat.

Tidak kisahlah ada orang mengkritik, ataupun kita sendiri ada kekurangan, ataupun melalui kegagalan, teruskan sahaja usaha yang dilakukan tanpa memikirkan apa-apa yang membuatkan langkah kita berhenti.

Wassalam.

ps. Ada impian? Penuhi 7 perkara dan anda mampu mencapai impian itu. Klik di sini.

Incoming search terms:

  • bisnes 2012
  • apa lesen PMS?
  • kursus lesen pms
  • kesilapan bisnes
  • sasaran perniagaan kedai buku
  • mencapai kejayaan
  • bagaimana mencapai kejayaan
  • tahun 2012 365 hari
  • panduan perniagaan online 2012
  • usaha untuk mencapai kejayaan

5 langkah mudah menamakan bisnes

Memilih nama perniagaan adalah satu perkara yang kritikal, kerana kita akan menggunakannya dalam jangka masa yang lama. Walaupun kita terpaksa meluangkan masa dan kerahan akal untuk memikirkan nama yang terbaik, namun sudah pasti ia satu usaha yang amat berbaloi.

Berikut adalah 5 langkah mudah proses memilih nama perniagaan:

Langkah 1. Senaraikan apa jua nama yang terlintas di fikiran termasuk yang pelik dan tidak logik pada akal. Tidak perlu fikirkan bagus, betul, salah ataupun tidak. Senaraikan dahulu sebanyak mungkin.

Langkah 2. Semak setiap idea jenama atau nama bisnes itu dengan menggunakan Google.com. Sebolehnya, kita mahu membina sebuah jenama yang unik dan belum digunakan oleh mana-mana pihak, terutama dalam bidang yang sama.

Selain itu, nanti kita mahu membeli satu domain name dot com yang sama seperti nama yang digunakan nanti.

Langkah 3. Senarai pendekkan nama yang terbaik. Contohnya 5 hingga 10 nama.

Langkah 4. Semak nama yang disenarai pendekkan itu di laman web SSM sama ada nama itu sudah digunakan oleh orang lain ataupun belum. Daftar akaun di website mereka dahulu (percuma). Link: https://www.ssm-einfo.my/index.php?id=register

Langkah 5. Seeloknya, elakkan meniru nama bisnes atau jenama orang lain. Walaupun ia diperbolehkan di sisi undang-undang (melainkan ia adalah trademark), namun kita pasti akan digelar sebagai usahawan yang tidak kreatif, suka mengambil jalan mudah, malah ia boleh mengundang rasa tidak selesa pihak lain.

Tip tambahan: Jenama yang digunakan mudah diingat, ringkas dan sesuai untuk bidang ataupun produk yang diniagakan.

.

*Belajar asas nama domain, hosting dan cpanel melalui video yang mudah difahami!*

Incoming search terms:

  • bisnes mudah
  • semak nama perniagaan di ssm
  • definisi pemasaran internet
  • promosi digunakan usahawan
  • mudah
  • cara mempromosi rancangan perniagaan
  • nama nama perniagaan di internet
  • nama bisnes
  • nama perniagaan internet
  • nama-nama blogspot perniagaan
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)