Archive for the 'hosting malaysia' Category

Awas, Laman Web Anda Diceroboh!

Friday, July 11th, 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Apa pendapat anda mengenai imej di bawah?

hack blog

Mengerikan atau tidak?

Saya tidak mahu menulis banyak, tapi saya ada tip mudah untuk anda amalkan agar laman web atau blog anda tidak mudah diceroboh begitu sahaja:

1. Gunakan username dan password yang sukar diteka oleh orang lain. Antaranya jangan guna perkataan yang ada dalam kamus.

2. Jika pihak hosting berikan anda password cpanel sementara, ubah segera password tersebut! Kebanyakan pembeli hosting tidak menukar password default yang diberikan oleh pihak hosting.

3. Ubah password blog anda secara konsisten.

Tip di atas adalah asas dan paling mudah untuk dilakukan. Namun tahukah anda? Imej di atas adalah imej yang diletakkan oleh hacker di sebuah laman web yang mana password default hostingnya tidak diubah. Nah, perkara mudah yang diperlekehkan akhirnya mengundang padah. :)

Apa tunggu lagi? Buatlah apa yang patut.

ps. Sudahkah anda mendapatkan Sistem EZSurvey? Klik di sini jika belum.

Popularity: 43%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Trademark Diri Anda Melalui Nama Domain

Friday, July 27th, 2007

Apa khabar pembaca sekalian? Semoga sihat dan ceria di hari ini.

Trademark yang saya maksudkan di sini adalah sesuatu cara, perkataan, warna atau apa sahaja yang membuatkan orang mudah teringatkan kita. Ia bukan mengenai pendaftaran Trademark yer. ;)

Jika anda mengenali John Delavera, anda pasti perasan dua perkara:

1. Warna eCover kebanyakan Ebook dia

2. Nama domain

Apa yang saya perhatikan, John Delavera banyak menggunakan warna kuning dan kadang-kadang biru untuk eCover Ebook, produk atau web beliau. Manakala domain name dan juga kebanyakan projek/produk pula menggunakan perkataan Turbo.

Mengapa Begitu?

Mungkin anda sudah tahu mengenai USP dan salah satunya melalui warna. Dr. Irfan warna merah, SaifulSham warna oren, Osman Affan warna biru dan SmartUsaha? Hoho, tunggu. SmartUsaha dalam proses re-branding sekarang. ;)

Itu branding melalui warna, semua orang dah tahu. Tapi ramai yang kurang tahu pembinaan USP atau jenama melalui nama domain. Salah satu caranya adalah seperti yang John gunakan iaitu menggunakan perkataan Turbo bagi mana-mana nama domain produk beliau. Antaranya:

http://www.turboreferer.com

http://www.turbohelpdesk.com

http://www.turbomembership.com

http://www.turbohq.com

Ok, cukup, tak pasal-pasal promote free jer produk dia. :D

Kesimpulan di sini adalah, kalau orang membaca atau melihat perkataan Turbo, biasanya secara automatik akan teringatkan John Delavera. Atau apabila terlihat nama domain yang ada perkataan Turbo, secara automatik mereka akan tahu itu adalah milik John. Itulah tujuannya, sama seperti penggunaan warna. Lihat merah, KFC. Lihat hijau, Petronas. Lihat biru, BN. ;)

Sebenarnya, selain tujuan trademark, cara sebegini juga memudahkan kita untuk membeli domain name sebab kita hanya perlu tambah ‘perkataan trademark’ kita sahaja. Katakan perkataan trademark saya adalah ali. Maka ini domain name saya (contoh): alicorner.com, aliebooks.com, nasilemakali.com, alisoftwares.com… Tak perlulah saya berebut-rebut membeli nama domain seperti biasa.

Dengan itu, apa kata anda fikirkan apakah perkataan trademark yang mahu anda gunakan untuk perniagaan Internet anda selain menggunakan warna.

Sekian dahulu untuk kali ini.

TERKINI:

Tahniah kerana membaca sehingga ke garisan ini. Pastikan anda datang kembali ke blog ini pada pukul 02.07 petang ini. Ada sesuatu yang anda tidak sama-sekali menjangkakan akan berlaku. Jualan Hebat? Tawaran Istimewa? Mega Sale? Tidak. Si dia? Juga tidak… Datang sajalah yer.

Popularity: 31%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!