Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Sedang Siapkan Ebook Terbaru

Saya ada banyak artikel untuk dipublishkan, tapi saya mahu simpan dahulu dan akan kongsikan dengan anda satu demi satu. :) Lagipun, menulis blog juga perlu ada strategi oleh seorang usahawan. Dia mesti tahu, apa yang perlu ditulis pada satu-satu hari dan apakah tujuan atau manfaat tulisan tersebut untuk usaha perniagaannya di samping memberi faedah kepada para pembaca.

Jika ada produk terbaru yang akan dilancarkan oleh seseorang usahawan Internet, anda boleh ‘hidu’ dengan melihat siri-siri artikel yang topiknya agak sama dari hari ke hari di blog mereka. Teknik ini biasa digunakan oleh ramai usahawan Internet. Mereka akan menulis satu-satu topik secara berterusan sehinggalah produk mereka dilancarkan.

Sedang Siapkan Ebook Terbaru

Untuk pengetahuan anda semua, saya sekarang dalam proses menyiapkan EBook untuk Projek RM20.00 yang saya umumkan baru-baru ini. InsyaAllah, saya akan melancarkannya dalam minggu ini jika sempat. Bergantung kepada keadaan teknikal, jika tiada masalah yang timbul, saya tidak mahu lagi menangguhkan projek ini. :)

Apa yang dapat saya katakan, Ebook ini ada banyak kelebihan dan perbezaan dengan Ebook yang lain. Antaranya ialah:

1) Penulisannya mudah difahami, InsyaAllah.

2) Menyentuh topik-topik yang khusus mengenai _________ (anda akan tahu nanti). Yang pasti, huraian dan gaya penulisan yang saya gunakan amat menarik untuk dibaca dan ditatap.

3) Model dan sistem. Ini ‘part’ yang paling best. Saya akan sediakan peluang perniagaan Internet untuk anda juga iaitu melalui lesen Master Resell Rights. Sistem yang dimaksudkan di sini adalah amat simple, tapi ia dihasilkan untuk memudahkan anda memulakan perniagaan Internet dengan langkah yang mudah dengan produk ini.

4) Tajuk-tajuk yang disentuh dalam Ebook mungkin anda sudah biasa dan lama mendengarnya, TETAPI mungkin anda tidak tahu perkara yang sebenarnya. ;)

Jadi, anda bukan setakat mendapat ilmu di sini, tapi dalam masa yang sama anda boleh meniagakan Ebook tersebut walaupun anda tiada pengalaman dalam soal teknikal. Namun seperti yang saya jelaskan dahulu, anda mestilah berusaha untuk memahami asas komputer dan juga Ebiz. Saya sama-sekali tidak akan menyentuh perkara ini, sebaliknya akan lebih menumpu kepada produk agar semua mendapat manfaat yang baik.

Oklah, saya tidak dapat luangkan banyak masa untuk menulis. Cuma yang pasti, tunggukan pelancaran Ebook ini nanti. Kepada 175 orang yang telah mendaftar dahulu, saya akan mengutamakan anda dahulu apabila projek ini dilancarkan dan kemudian baru akan saya umumkan di blog ini kepada semua orang.

Sekian, harap maklum.

ps. Satu Ebook percuma siap sedia untuk dilancarkan pada bila-bila masa. Tunggu je lah yer. ;)

pps. Saya dapati industri Ebook semakin rancak di Malaysia. Syabas, syabas. :)

sistem rahsia perniagaan internet

Laporan Lima Pembohongan Dilancar!

bisnes internet

Seperti yang dijanjikan semalam, berikut adalah laman web untuk anda mendownload Laporan Khas bertajuk “Lima Pembohongan BESAR Perniagaan Internet”:

http://www.sistemrahsia.com/lima/

Sila ke laman tersebut dan dapatkan laporan di atas pada hari ini juga. Saya tidak akan menceritakan apa yang ada di dalam Ebook tersebut sebab anda boleh membacanya sendiri (hanya 25 muka surat sahaja). Laporan itu tidak bosan untuk dibaca kerana format dan corak penulisannya yang menarik dan mudah difahami.

Selain membaca, anda juga boleh menjana pendapatan dengan menyebarkan Ebook tersebut. Untuk mengetahui caranya, sila download di laman web tersebut dan langkah penerangan ada disertakan sekali.

Semoga anda mendapat manfaat.

Wassalam.

Incoming search terms:

  • format laporan perniagaan

Dua Ebook Percuma Perniagaan Internet

Ebook Pertama

Esok, satu laporan percuma (Ebook) akan dilancarkan oleh sahabat seperniagaan Internet saya, saudara Amirul Faisyal. Tajuk special report tersebut ialah “Lima Pembohongan Terbesar Perniagaan Internet”. Saya telah membaca dari awal sehingga tamat laporan tersebut dan ia memang satu laporan yang amat ‘pedas’ dan direct to the point.

ebook percuma

Apakah yang akan terkandung di dalam Ebook (report) tersebut? Anda bacalah sendiri nanti. Pastikan esok anda datang ke blog ini untuk mengetahui link ke laman web Special Report tersebut.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • ebook bisnes internet download percuma
  • ebook percuma berniaga internet
  • panduan percuma bisnes internet

Apakah Mitos Terbesar Perniagaan Internet?

Oh tidak. Rusell Brunson telah mendahului saya di dalam menyebarkan satu mitos yang bermaharajalela di dalam pemikiran kebanyakan usahawan Internet! Hakikatnya, saya mahu menulis mengenai mitos tersebut sebelum ini, tetapi Rusell telah berkongsikan satu laporan khas yang lebih padat.

perniagaan internet

Ya, saya tidak bergurau mengenai perkara ini kerana saya sudah lama memerhatikan pemahaman yang diamalkan oleh kebanyakan usahawan Internet selama ini. Bukan hanya mereka yang memahami dan mempercayai mitos tersebut tanpa sedar, malah mereka telah menyebarkan mitos itu tanpa menyedari akan impak yang negatif di sebaliknya.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Mengapa Perlu Beli Ebook? Kan Banyak Yang Percuma di Internet?

Inilah ayat atau persoalan yang sering digunakan oleh sebilangan orang…

“Kenapa beli Ebook? Kan banyak di Internet… Berlambak pulak tu!”.

Cuba anda hayati perkataan yang saya bold tersebut.

Banyak.

Berlambak.

Teruskan membaca…

Rasanya saya tak perlu ulang berkali-kali mengenai konsep Ebook berbayar sebab saya dah banyak tulis di blog ini.

Cuma sekali lagi saya ingin ulangi, Ebook adalah produk dan biasanya ia disertai dengan SERVIS untuk pembeli.

Contoh: Saya jual Ebook cara pasang blog WordPress. Hakikatnya, ia banyak dan berlambak di Internet. Tapi kenapa ratusan orang beli Ebook ini? Kenapa tak perlu cari sendiri di Internet? Sebab:

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • 1000 ebook percuma

Ebook Percuma Lagi?

Ya! SmartZul ada banyak lagi Ebook percuma untuk sesiapa sahaja yang berminat…

Dan yang terdekat adalah yang ini:

ebook percuma

Ada sesiapa dapat teka? :)

Klunya ialah, Ebook ini adalah sebuah Interview bersama dengan seorang usahawan Internet yang sedang meningkat kejayaannya dari hari ke sehari. Hampir setahun saya mengenalinya dan bekerjasama dengannya beberapa kali, kini beliau semakin berjaya.

Biasanya kita hanya dengar usahawan Internet lelaki sahaja. Sikit-sikit lelaki, alih-alih lelaki… Di mana kaum wanita? Ya, orang yang saya interview ini adalah seorang wanita.

Inilah yang akan saya kongsikan dengan anda semua, terutama kaum hawa yang sedang mencari contoh atau individu yang boleh dijadikan contoh teladan. Klunya lagi, usahawan Internet ini masih muda. Umurnya baru 22 tahun. Muda bukan?

Para pelanggan untuk perniagaannya bukan sahaja dari Malaysia, bahkan dari luar negara. Bukan setakat orang biasa, malah ada sifu-sifu perniagaan Internet pun menjadi pelanggan bagi perniagaannya!

Di dalam Interview itu, ketahui bagaimana beliau bermula dan turut dikongsi, apakah perancangannya untuk masa hadapan. Katanya, dua kerja dalam satu masa. Kerjaya dan juga bisnes… Nah, kini anda akan berjumpa lagi dengan seorang yang bekerja tapi melakukan bisnes dalam satu masa. Sama seperti saudara Shuth kita. ;)

Siapakah si gadis itu?

Anda akan mengetahuinya kelak… :D

Wassalam.

ps. Psst, si dia tu selalu juga masuk ke blog saya ni. Mesti tengah tersenyum lebar masa baca Post ni. Hehe… Good luck for you.

Pakej Kit Blogger Re-born!

Assalamu’alaikum dan salam bahagia!

Selepas bekerja keras beberapa minggu, akhirnya saya telah selesai mengemaskini Pakej Kit Blogger walaupun tidak banyak yang berbeza daripada versi yang lepas. Apa yang telah dilakukan adalah:

1. Kesalahan ejaan yang wujud telah dibetulkan

2. Ayat yang ‘berjela-jela’ kini dipendekkan

3. Mana-mana ayat yang dirasakan sukar difahami, telah dipermudahkan!

4. Pelan Tindakan telah dikemaskini agar mudah diikuti

5. Jika versi sebelum ini membuatkan pembaca tertanya-tanya apa yang perlu dibuat selepas belajar buat blog, di dalam versi terkini saya telah sediakan satu panduan ringkas apa yang perlu anda lakukan untuk membina blog anda yang sebenar.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)