Archive for the 'Buat Duit' Category

Pendapatan Affiliate 1 Produk : RM2000++ (dalam masa sebulan)

Wednesday, September 17th, 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Artikel kali ini padat dengan pelbagai tips dan panduan yang praktikal. Walaupun saya sedang mengejar dateline beberapa projek yang wajib disiapkan sebelum raya, namun saya mahu juga meluangkan sedikit masa untuk menulis artikel ini.

Sebelum ini, saya telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan promosi beberapa buah produk. Dan yang terakhir tempoh hari adalah promosi untuk Panduan Clicbank, iaitu produk saudara Mawardee.

Hasil yang diperolehi adalah lebih RM2000.00 dalam masa sebulan. Apa yang anda lihat di dalam video di bawah bukan jumlah sebenar sebab ia belum ditambah dengan pendapatan ‘One Time Offer’, iaitu tawaran Pakej Emas Panduan Clickbank.

(more…)

Popularity: 16%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Bonus Kepada Produk: Perlu Atau Tidak?

Wednesday, August 20th, 2008

Seperti yang saya janjikan sebelum ini, saya akan menulis sedikit pandangan saya mengenai bonus.

Bonus dalam maksud yang lain ialah hadiah atau pemberian percuma terhadap pembelian produk utama. Katakan anda menjual satu produk A, maka untuk menggalakkan orang membeli produk utama tersebut, maka anda menyediakan bonus (hadiah) tertentu.

Saya yakin, paling kurang anda pasti menemui sekurang-kurangnya sekali tawaran bonus di mana-mana laman web jualan, tak kisah ebook atau apa jenis produk pun.

Apakah Pro dan Kontra Bonus?

Walaupun bonus bagus untuk meningkatkan jualan, namun ada juga kontranya. Sepertimana kata Alang (yang saya nyatakan di artikel sebelum ini), beliau tidak meletak bonus kepada jualan ebook Rahsia Zango kerana tidak mahu pembeli kecewa atau ‘tidak bersuara’ semata-mata kerana telah ‘disuap’ dengan bonus. Saya setuju dengan pendapat Alang.

Jika dilihat secara asasnya, seolah-olah meletak bonus adalah semata-mata untuk menutup kekurangan produk utama. Pernyataan ini ada betulnya hanya apabila produk utama ada kekurangan. Jika produk bagus dan bonus pun bernilai, maka pembeli pasti berpuas hati berkali-kali ganda berbanding hanya mendapat produk utama sahaja.

Kontra meletak bonus hanya akan berlaku jika produk utama amat kurang nilainya berbanding bonus yang diberikan. Kesimpulan pertama di sini ialah, pastikan produk utama anda lebih bagus daripada bonus yang diberikan. Jika kurang yakin, jual sahaja dulu produk utama untuk mendapat maklum balas pembeli.

Manakala kelebihan dengan memberikan bonus ialah, sudah pasti jumlah jualan akan naik mencanak. Nisbah antara meletak bonus dengan tidak meletak bonus mungkin sedikit berbeza. Ini kerana lumrah manusia yang sukakan sesuatu secara percuma.

Tapi awas! Tak ada gunanya memberikan hadiah jika produk utama tak seperti yang digambar dan dijanjikan di laman web jualan. Jangan sesekali jejaskan ‘maruah’ produk utama akibat kerana ‘rasuah’ bonus.

Jika anda ingin memberi bonus kepada produk utama anda, ada beberapa tip yang boleh diamalkan:

1. Pastikan ia unik dan berkualiti. Jika bonus tersebut turut diberikan oleh pihak lain, maka kekuatan bonus itu mungkin menurun. Bagaimana inginkan bonus yang unik? Salah satu caranya ialah dengan menyediakan bonus yang dihasilkan sendiri.

2. Bonus yang berkaitan dengan produk. Ramai yang lakukan kesilapan besar dalam pemberian bonus. Contohnya mereka menjual produk berkaitan kesihatan, tapi bonusnya yang bernilai ribuan ringgit adalah berkaitan dengan Internet Marketing yang langsung tak berkait dengan kesihatan. Cara ini kurang berkesan. Sebaliknya, berikanlah bonus yang berkaitan dengan produk utama.

Contohnya, jika anda menjual produk menurunkan berat badan, mungkin anda boleh berikan bonus carta pemakanan seimbang dan juga contoh jadual pemakanan seharian. Bonus sebeginilah yang amat digalakkan kerana ia menambahkan lagi nilai dan kekuatan produk utama.

3. Bonus yang boleh digunakan. Jangan bagi bonus yang bernilai ribuan ringgit, tapi ia tak boleh digunakan sebaik mungkin. Berikan bonus yang bermanfaat dan bernilai kepada pembeli. Biar mereka puas hati. Jangan sekadar untuk mengaburkan mata mereka semata-mata.

4. Biar logik dan masuk akal di fikiran pembeli. Saya ingat lagi tip yang diberikan oleh Osman Affan dalam bukunya Menjual Perkhidmatan di Internet. Katanya, mungkin ada ’something wrong’ dengan produk yang berharga sekian, tapi diberikan bonus yang berpuluh kali ganda daripada harga produk utama.

Pelik tapi benar. Bayangkan, anda perlu bayar RM100 sahaja, tapi diberikan bonus bernilai RM2000. Mesti ada sesuatu yang tak kena. Mungkin produk utama tak berkualiti sangat, atau mungkin bonus itu hanya indah khabar dari rupa. Jangan buatkan pembeli rasa ada sesuatu yang tak kena (ada kurang).

Jadi, kalau nak letak nilai bonus, biar berpada-pada. Jangan over dan ekstrem sangat. Seperti yang anda pernah lalui, ramai IM jika jual apa-apa produk dan kata akan bagi bonus bernilai ribuan ringgit, biasanya kita dah dapat agak apa bonus tersebut (terutama produk digital). Biasanya ia adalah himpunan ebook atau produk digital yang dah ketinggalan zaman, hype dan sudah tak boleh dipakai lagi.

Hakikat

Jika ada bakal pembeli bertanya “ada bonus tak kalau saya beli produk kamu ni?”, maka itu tandanya pembeli tu tak ada masalah kalau kita bagi hadiah kepada mereka. Bahkan sampai satu tahap, kalau kita tak bagi hadiah, mereka tak akan membeli produk kita.

Memanglah kita mahu menjual produk utama sahaja, tapi dalam masa yang sama, kita juga mahu menjual kepada mereka yang suka kepada bonus. Mereka ini adalah jenis yang tak kisah. Kalau ada kekurangan pada produk utama pun, mereka tak kisah. Janji mereka dapat bonus di samping produk utama.

Strategi

Saya ada beberapa cadangan strategi yang boleh digunakan untuk tingkatkan hasil jualan di laman web jualan:

1. Janjikan pemberian item percuma dari masa ke semasa. Jadi, mereka akan membeli produk utama dahulu. Pemberian percuma pula anda boleh bagi pada bila-bila masa untuk menambah-baikkan lagi hubungan anda dengan mereka. Tapi, jangan sekadar janji kosong. Kalau tak mampu, jangan buat cara ni.

2. Jadikan produk bonus sebagai back-end. Saya panggil cara ni sebagai teknik “reverse” iaitu di mana kita tak jadikan ia sebagai bonus terus dengan satu jualan. Sebaliknya, kita bagi pilihan kepada pembeli nak beli produk utama sahaja atau pakej back-end. Dengan cara ini, tak ada istilah bonus dah sebab kita dah buat dua pakej.

Saya amat sarankan cara kedua ini sebab seperti yang saya katakan sebelum ni, pembeli ni banyak jenis. Ada yang tak suka bonus dan ada yang suka. Jadi, buat dua pilihan pembelian (produk utama dan jualan back end).

Dengan menggunakan strategi back-end ini, anda akan buat keuntungan lebih jika ada yang membeli pakej back-end. Berbanding dengan hanya menjual produk utama sahaja, saya rasa lebih bagus jika buat dua pakej sebegini. Back-end ni bukan ‘janji manis’ seperti bonus, tapi ia adalah sebagai pilihan kepada pembeli.

Terserah kepada anda nak panggil cara ni sebagai back-end ke apa, asasnya ialah sediakan satu tawaran khas kepada pembeli selain produk utama.

Pelbagai Jenis Harga

Jika anda pernah perasan, ada Internet Marketer yang buat pelbagai jenis harga. Pakej A harga sekian, Pakej B harga sekian dan Pakej C harga sekian. Saya bagi contoh (cadangan) untuk produk Alang:

Pakej A (RM30.00) : Ebook Rahsia Zango + Forum Support

Pakej B (RM65.00) : Ebook Rahsia Zango + Forum Support + Konsultasi 1 jam di YM 1-to-1

Pakej C (RM135.00) : Ebook Rahsia Zango + Forum Support + Konsultasi 1 jam YM + Servis Website

Kesimpulan

1. Berikan bonus yang berkualiti, unik dan berguna kepada pembeli.

2. Jangan jadikan bonus semata-mata untuk mengumpan sahaja. Mengumpan dan betul-betul memberikan hadiah amat berbeza sekali. Hadiah seperti yang kita fahami adalah sesuatu yang boleh dihargai dan berharga. Jadi berikan sesuatu yang bernilai, bukan yang “sampah”.

3. “Convert” bonus kepada kaedah/strategi lain seperti back-end atau pelbagai pakej (harga). Maksimakan keuntungan jualan di laman web jualan dengan kaedah-kaedah sebegini. Kaedah ini bukan mengumpan, tapi kita sediakan pilihan kepada pembeli untuk memilih sesuatu yang mereka mahu. Berbeza dengan meletak bonus dengan satu harga, ia seolah-olah sogokan dan paksaan kerana tiada pilihan lagi untuk mereka.

Sekian.

Popularity: 27%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Ulasan Produk: Panduan Clickbank

Tuesday, July 15th, 2008

Panduan Clickbank (tulisan saudara Mawardee) telah pun dilancarkan. Seperti biasa, untuk mana-mana produk yang saya promosikan, saya akan cuba review setakat yang saya mampu.

panduan clickbank malaysia

Sebelum saya review dan menyatakan perkara yang bagus-bagus, suka saya pesan awal-awal. Apa-apa rujukan atau panduan sekali pun, anda tetap memerlukan asas Ebiz dan sedikit hal teknikal. Ini kerana sebagai contoh, dalam Panduan Clickbank, ia adalah panduan Clickbank, BUKAN panduan buat web, cara guna komputer dan sebagainya. Jadi asas-asas itu, anda perlulah usahakan sendiri.

Pesanan kedua, dapatkan panduan ini setelah anda membuat keputusan yang bijak. Caranya, baca ulasan produk ini dahulu dan pastikan anda memang perlukan panduan ini untuk buat duit di Clickbank. Bukan apa, saya tidak mahu anda beli semata-mata hanya kerana ghairah. Lepas beli, tak buat apa-apa tindakan dan kemudian salahkan orang lain. Jadilah pembeli yang bijak.

Baik, secara keseluruhan, dalam Pakej Panduan Clickbank ini adalah 5 item utama iaitu:

1. Panduan Asas Clickbank

2. Sistem Kajian Clickbank

3. Sistem Trafik Clickbank

4. Video Tips Clickbank

5. Ezine ClickBank Setiap 4 Kali Setahun

Daripada kelima-lima item atau modul di atas, modul 1, 2 dan 3 adalah yang terpenting atau menjadi intipati kepada Pakej Panduan ini. Setelah meneliti dan membaca ketiga-tiga modul itu dalam satu malam, berikut adalah pendapat awal saya:

1. Teknik yang diajarkan ialah cara memilih produk. Seperti biasa, ada dua cara penentuan produk iaitu melakukan kajian pasaran / keyword dahulu atau terus memilih produk. Tapi dalam Panduan Clickbank ini, anda akan diajar bagaimana memilih produk yang bagus dan menguntungkan.

2. Modul yang paling detail ialah modul Sistem Trafik. Setebal 140++ muka surat. Walaupun dinyatakan 9 teknik promosi/pemasaran, tapi penulis ebook lebih banyak memberikan tip dan trik untuk dua teknik iaitu menggunakan Google Adwords dan juga Pemasaran Emel. Teknik-teknik lain hanya disentuh secara seimbas lalu sahaja tanpa begitu detail.

Bagi saya, dua teknik utama itu sudah memadai di dalam melakukan promosi. Saya amat tertarik dengan tip dan trik PPC (Adwords) yang diberikan oleh Mawardee. Salah satunya ialah bagaimana untuk bersaing dengan keyword yang tinggi persaingannya.

Bagi email marketing pula, anda akan diberikan contoh dan kajian kes sekali agar anda tahu apakah teknik yang berkesan di dalam pemasaran emel. Bagi saya, Mawardee sendiri mempraktikkan tip dan trik pemasaran emel yang beliau kongsikan. Masakan tidak beliau Top Affiliate untuk produk Rahsia 10K sebelum ini.

3. Untuk melakukan iklan PPC di Adwords, anda perlukan keyword. Masalah tak tahu nak guna keyword apa tak perlu dirisaukan sebab ada teknik mudah dan simple yang disentuh. Saya pun ketawa sendirian apabila membaca teknik ini.  Bukan sebab ia mudah, tapi sebab terlalu mudah, kita selalu mengabaikannya sampai menyusahkan diri. Padahal yang mudah itulah boleh membantu. :)

4. Walaupun penulis ebook ini amat banyak juga kongsikan tip dan trik Google Adwords, namun anda memerlukan asas Adwords dan PPC. Beliau ada sentuh sikit asasnya, tapi anda tetap perlu ada asas. Di dalam Panduan Clickbank, anda hanya diberikan strategi bagaimana untuk mengoptimasasikan penggunaan Adwords. Jadi, cara guna apa semua tu, kena usaha sendiri seperti merujuk Panduan PPC Percuma.

5. Bagi anda yang sudah biasa dalam Internet Marketing, istilah landing page sudah biasa bagi anda. Jika selama ini anda disogok dengan pentingnya landing page, tapi adakah ia benar-benar perlu? Dalam panduan ini anda akan dijelaskan pro dan kontra penggunaan landing page.

6. Beruntungnya jika anda mendapatkan Panduan Clickbank ini sebab penulis ebook ini adalah ‘anak murid’ kepada Chris X iaitu penulis ebook Day Job Killer dan yang terbaru iaitu Google Nemesis. Dalam Panduan Clickbank, anda akan didedahkan dengan satu teknik mudah untuk memastikan anda hanya target kepada mereka yang betul-betul sedang mahu membeli. Walaupun teknik ini mudah, tapi peratusannya tinggi untuk orang membeli.

7. Bagi anda yang masih baru dalam Internet Marketing dan juga Clickbank, usah risau sebab anda dibekalkan dengan modul satu iaitu Asas Clickbank. Anda akan diterangkan asas-asas yang penting sebelum anda melangkah jauh.

Itu sahaja ulasan saya kali ini. InsyaAllah, jika ada perkembangan terkini, saya akan tambah lagi dari semasa ke semasa.

Dapatkan Sekarang!

Jika berminat, dapatkanlah dengan segera panduan ini. Untuk menjadikan pembelian anda lebih berbaloi, saya akan berikan hadiah secara percuma untuk anda jika anda membeli melalui link affiliate saya.

Klik di sini untuk tindakan anda!

BONUS: Jika anda mahu membeli, apa kata beli melalui link di atas? Sebagai balasan, anda akan mendapat bonus percuma daripada saya. Sila ke laman web berikut untuk mengetahui bonus-bonus tersebut dan cara untuk mendapatkannya:

http://malaysiasoho.com/bonus-pc

Popularity: 55%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Ore Kelate, Ni Rahsia Perniagaan Yang Masih Belum Diteroka!

Thursday, June 26th, 2008

Khas untuk ore Kelate, atau kepada mereka yang berminat, maklumat ini mungkin yang anda nanti-nantikan selama ini.

——————–

Anda pernah dengar bagaimana Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) boleh menghasilkan pendapatan kepada anda? Saya ingin berkongsi satu peluang perniagaan yang boleh anda bina melalui sistem SMS.

Kalau kita lihat persekitaran masyarakat pada hari ini, rata-rata di antara mereka tidak mengira peringkat umur pasti memiliki sekurang-kurangnya satu telefon bimbit sebagai alat perhubungan suara dan SMS.

Yang lebih menariknya, hasil kajian mendapati Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai pemilikan telefon bimbit paling tinggi dan penggunaan sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) juga paling tinggi. Ini adalah satu peluang yang patut kita rebut!

Sebenarnya, teknologi SMS telah lebih sedekad berada di pasaran Malaysia, saban hari pasti kita terlihat iklan-iklan di majalah dan juga surat khabar menawarkan pelbagai khidmat menggunakan teknologi SMS.

Tetapi, berapa ramai dari kita yang mengambil kesempatan kepada teknologi ini? Saya pasti ramai yang telah tahu mengenai peluang perniagaan ini tetapi ramai juga yang masih belum tahu bagaimana hendak memulakan Perniagaan SMS ini?

Secara umumnya, perniagaan SMS boleh dikatakan juga sebagai satu perniagaan online yang dijana melalui komputer dan internet. Jika anda adalah seorang usahawan internet, tidak menjadi masalah besar kepada anda untuk memulakan perniagaan SMS ini kerana sistem perniagaan ini adalah lebih kepada aplikasi web, dan juga tidak menjadi masalah besar kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan online kerana aplikasi yang disediakan adalah mesra pengguna.

Analoginya, jika anda boleh dan tahu menggunakan aplikasi emel seperti Yahoo atau Gmail, anda sudah boleh memulakan perniagaan SMS! Macam senang jer bunyi kan?

Jom kita tengok bagaimana SMS boleh menghasilkan pendapatan pula. Perniagaan SMS secara umumnya boleh dijana melalui beberapa bidang atau aplikasi seperti berikut :

1. SMS IOD
2. SMS PAGES
3. SMS VOTE
4. SMS SUBSCRIBE

Saya cuma senaraikan 4 sahaja diatas. Sebenarnya terdapat pelbagai lagi aplikasi SMS yang boleh dijana bagi menghasilkan pendapatan kepada kita. Cukuplah saya katakan, jika anda berjaya menjana satu sahaja aplikasi SMS di atas, anda telah boleh tersenyum setiap hari melihat hasil pendapatan anda!

Untuk memulakan apa-apa pun kita mesti berguru kan? Begitu juga dengan Perniagaan SMS ni. Anda pernah dengar nama Irwan Dahnil? Beliau dikenali sebagai ‘Guru Perniagaan SMS’ di Malaysia dan merupakan Penulis Buku terlaris – Buat Duit Dengan SMS.

Jika anda berminat untuk mempelajari ilmu Perniagaan SMS yang menjanjikan satu peluang perniagaan kepada anda. Saya ingin menjemput anda semua menyertai ‘Seminar Perniagaan SMS‘ yang bakal diadakan pada 05 Julai 2008 ini bertempat di Sutera Inn Hotel, Kota Bharu Kelantan.

Seminar ini julung-julung kali diadakan di Pantai Timur! So, rebutlah peluang ini!

Sekali lagi, berikut adalah maklumat Seminar Perniagaan SMS tersebut:

Tarikh Seminar : 05 Julai 2008
Tempat : Sutera Inn Hotel
Masa : 8.30 am - 5.00 pm
Speaker : En. Irwan Dahnil

Klik di sini untuk maklumat lanjut!

perniagaan usahawan SMS

Popularity: 35%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Pengenalan Lelongan Online

Tuesday, May 27th, 2008

Artikel kali ini disediakan oleh penulis buku Rahsia Raja Lelong, iaitu saudara Eruwan Gerry Norsen mengenai perniagaan lelongan Online.

Semoga bermanfaat.

—————————————————————

Terdapat pelbagai model perniagaan internet pada masa kini. Di antara yang utama adalah seperti berikut:

  • Blog
  • Adsense
  • Lelongan online
  • Pemasaran email
  • Laman web keahlian (membership)
  • Laman web penjualan (menjual barangan atau perkhidmatan)
  • MLM
  • Program Affiliate

Setiap model perniagaan internet mempunyai kelebihan dan kekurangannya masing-masing.

Di dalam kesempatan yang diberikan oleh sahabat saya Zul di dalam blog beliau, saya ingin berkongsi mengenai model perniagaan internet lelongan online.

Ramai rakyat Malaysia yang masih kurang mendapat pendedahan terhadap model perniagaan internet ini. Cuma semenjak akhir-akhir ini ia semakin mendapat perhatian ramai.

Saya sendiri sudah berada di dalam bidang ini selama hampir 5 tahun. Oleh itu, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit sebanyak pengalaman dan pengetahuan yang saya miliki.

Apabila kita bercakap mengenai lelongan online, portal lelongan online #1 di Malaysia pada masa kini adalah www.Lelong.com.my. Manakala portal lelongan online #1 di dunia adalah www.eBay.com. Saya mempunyai kedai online di kedua-dua Lelong.com.my dan eBay.com.

Walaupun terdapat laman web eBay untuk negara Malaysia iaitu di www.eBay.com.my, ia tidak dapat menandingi jumlah trafik (pengunjung) yang diterima Lelong.com.my.

Berdasarkan ranking yang dibuat oleh Alexa.com, portal Lelong.com.my terletak di ranking ke-30 untuk 100 laman web paling ramai pengunjung di Malaysia. Ia merupakan laman web perniagaan yang mendapat kedudukan paling tinggi berbanding kesemua laman web perniagaan lain di Malaysia.

Berikut merupakan beberapa sebab mengapa portal lelongan online semakin mendapat perhatian:

Tidak perlu mereka laman web

Berbanding model perniagaan internet yang lain, lelongan online tidak memerlukan anda mereka laman web sendiri. Ini seterusnya akan menjimatkan masa dan wang anda untuk memulakan perniagaan internet.

Tidak perlu mencari pembeli

Portal Lelong.com.my menerima purata pengunjung seramai 1 juta orang pada setiap bulan manakala portal eBay.com menerima purata pengunjung melebihi 2 juta orang pada setiap hari!

Apabila anda memulakan perniagaan di dalam portal tersebut, anda sudah boleh menjimatkan masa dan wang untuk mendapatkan trafik kerana pembeli memang sudah berada di situ dengan tujuan untuk membeli barangan yang dijual oleh penjual.

Berbanding memulakan laman web sendiri yang memerlukan anda untuk meluangkan masa dan wang untuk mendapatkan trafik, dengan menggunakan portal lelongan online ternyata ianya adalah lebih mudah.

Tidak memerlukan pengalaman penjualan internet

Walaupun menjalankan perniagaan internet lebih mudah berbanding menjalankan perniagaan konvensional. Namun demikian, anda masih memerlukan pengalaman untuk mengendalikan perniagaan internet yang berjaya.

Kelebihan lelongan online adalah anda tidak perlu terlalu mengetahui perkara-perkara teknikal berkenaan perniagaan internet seperti hosting, mereka laman web dan mendapatkan kedudukan carian yang lebih baik. Portal lelongan online telah memudahkan sesiapa sahaja untuk memulakan perniagaan internet yang berjaya.

Kos permulaan yang rendah

Portal lelongan online cuma memerlukan anda untuk menjadi ahli untuk membolehkan anda menjual di dalam portal tersebut. Sebagai seorang ahli, anda boleh terus menjual barangan tanpa dikenakan sebarang bayaran. Bayaran cuma dikenakan apabila anda ingin melakukan promosi tambahan untuk lelongan anda.

Namun demikian, bayaran tersebut masih dianggap lebih murah jika dibandingkan dengan kos yang perlu dikeluarkan untuk perniagaan internet konvensional.

Di samping memiliki kedai lelongan online di portal Lelong.com.my dan eBay.com, saya juga memiliki laman web sendiri. Saya telah mendapati bahawa portal lelongan online dan laman web mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.

Namun demikian, kepada mereka yang baru sahaja ingin menceburi dunia perniagaan internet, ternyata portal lelongan online boleh membantu untuk mempercepatkan perjalanan ke arah mencapai impian kewangan anda.

Kita berjumpa lagi di kesempatan yang lain.

Salam kejayaan!

Eruwan Gerry Norsen,
Pakar Lelongan OnlineTM
www.RahsiaRajaLelong.com

************************************************************
Dapatkan newsletter bulanan PERCUMA yang mengandungi
tip-tip terkini mengenai lelongan online dengan mendaftar
di laman web www.RahsiaRajaLelong.com

************************************************************

Popularity: 28%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!