Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Membuka Cawangan Perniagaan Internet

Setiap usahawan biasanya mempunyai satu ‘kedai online’ sahaja. Contohnya menggunakan shopping cart, lelong, forum ataupun blog. Mereka hanya memfokus kepada satu itu sahaja. Segala usaha menarik trafik hanya ke satu desitinasi, iaitu laman utama tersebut.

Namun di Internet, peluang untuk kita mendapat lebih ramai pelanggan adalah amat besar. Jadi, bukalah cawangan perniagaan internet kita itu di tempat-tempat yang lain atau dengan kaedah-kaedah yang lain selain cara utama.

Contohnya, jika selama ini kita hanya memfokus kepada laman web minisite sahaja, maka selepas ini kita buka ‘cawangan’ bisnes kita itu seperti di Facebook, forum online, mudah.my, Lelong dan banyak lagi.

Mengapa kita perlu ‘membuka cawangan’?

  • Tidak semua orang suka membeli menggunakan Shopping Cart
  • Tidak semua orang mahu membeli di Ebay atau di Lelong
  • Tidak semua orang suka berforum
  • Tidak semua orang suka dengan Facebook
  • Tidak semua orang akan mencari produk melalui Google.

Bermaksud, setiap ‘lokasi’ itu mempunyai kumpulan tersendiri yang hanya berada di situ sahaja.

Jadi tugas kita adalah, menjual terus produk kita di setiap laman web di atas. Menjual barang di Facebook, menjual dengan laman web sendiri, menjual di forum, Ebay dan lain-lain lagi. Lagi banyak ‘cawangan’ yang dibuka, maka potensi untuk mendapat pelanggan yang lebih banyak adalah lebih tinggi.

Selamat membuka cawangan. :)

ps. Mahu buka cawangan perniagaan internet anda di forum? Dapatkan panduannya di sini.

Sertai FB Page SmartUsaha: http://www.facebook.com/smartusaha

Incoming search terms:

  • kenapa perlu buka cawangan baru
  • kursus untuk membuka cawangan
  • langkah utama pembukaan cawangan perniagaan

Ada Apa Dengan 2011?

Berikut adalah beberapa perkara yang saya jangkakan akan berlaku pada tahun 2011 dalam dunia Internet Marketing, terutama pasaran tempatan.

1. Affiliate Marketing: Perkembangan dunia pemasaran Affiliate semakin berkembang terutama pada suku tahun terakhir 2010 yang lepas. Kita dapat melihat orang-orang baru yang berkembang dengan lebih cepat berbanding sebelumnya. Jadi pada tahun 2011, perkembangan dijangka akan lebih hebat.

Pro: Produk-produk baru dan sedia ada dapat dipromosikan dengan lebih berkesan dengan kos yang minima. Joint Venture (JV) boleh dilakukan dengan lebih mudah dan dalam jumlah yang ramai.

Kontra: Akan lebih banyak produk yang mengajar cara melakukan program affiliate. Terlalu banyak pilihan untuk orang-orang baru.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • ada apa dengan 7 disember 2011
  • ape perniagaan yang boleh diterokai sekarang
  • perkara penting terjadi pada tahun 2011 di malaysia

Mengurus Penipuan Pembelian Online

Tip berikut saya petik dari Facebook MohdZulfadli-IM.

Jika bukti pembelian meragukan atau tidak cukup, jangan terus menguruskan tempahan mereka. Hubungi mereka dahulu dan minta butir transaksi bayaran yang lengkap. Sebagai penjual, kita ada hak untuk bertindak sebegitu. Berikut adalah beberapa situasi yang biasa berlaku:

Kes 1: Isi borang dahulu tapi belum bayar. Biasanya tidak sertakan butir transaksi bayaran. Ada dua keadaan kes ini. Satu, mereka isi dulu bayar kemudian. Atau memang saja-saja isi. Penyelesaian: Hubungi mereka. Tunggu sampai mereka respon. Kalau mereka tidak respon, tidak perlu lakukan apa-apa. Pembeli yang benar akan cuba hubungi kita sampai dapat.

Kes 2: Isi borang tapi tidak buat bayaran. Kes ini memang jelas mahu menipu. Kita dapat hidu penipuan pada bukti bayaran yang mereka berikan pada borang pesanan (emel) dan juga rekod di akaun bank. Kalau meragukan, hubungi mereka. Penipu biasanya tak akan balas emel kita.

Kes 3: Bayaran melalui MESIN DEPOSIT (offline). Ada juga kes di mana pembeli bayar pada sebelah siang dan isi borang pada sebelah malam. Dan si penipu pula memang bernasib baik isi borang pada sebelah siang pada hari itu itu. Jadi kita sangka mereka buat bayaran, tetapi orang lain yang buat bayaran (yang akan isi borang pada waktu malam).

Untuk kes ini, cadangan saya adalah, bagi sesiapa yang mahu buat bayaran dahulu (memasukkan wang ke akaun bank kita), MINTA MEREKA SMS dengan segera maklumat bayaran.

Kes 4: Sama seperti Kes 3 tetapi bayaran secara Online. Pembeli A bayar dahulu, tetapi lupa mengisi borang. Kena pula ada seorang penipu pada waktu yang sama yang mengisi borang. Untuk kes ini, semak bukti bayaran dengan teliti. Hubungi mereka jika butir bayaran meragukan.

TIP TAMBAHAN:

1. WAJIBKAN pembeli memberikan maklumat yang penuh seperti NAMA PENUH, NO. TEL, NO I/C (jika perlu). Kalau mereka tidak berikan NAMA PENUH, tempahan tidak akan diuruskan.

2. Ini TIP PENTING, terutama untuk penjual ebook. Jangan terlalu cepat respon tempahan pembelian. Kita sudah beritahu awal-awal di laman pembelian bahawa urusan penghantaran link download akan dilakukan dalam tempoh 24 jam.

3. Perlu buat satu page khas untuk polisi. Atau paling kurang nyatakan di page maklumat bayaran. Nyatakan: Pesanan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Bayaran tidak akan dipulangkan kembali.

*Macam mana mahu pulangkan balik, maklumat mereka pun tidak lengkap. ;)

4. Berikan No. Telefon bimbit kita agar mereka boleh hubungi andaikata mereka benar-benar telah melakukan bayaran. Letak nombor di laman web jualan. Biasanya penipu tidak akan SMS atau menelefon. Mereka hanya berani melalui emel sahaja.

Berikan masa untuk anda melakukan semakan dengan teliti. Jangan terlalu ingin menunjukkan servis kita cepat, akhirnya penipu dapat ganjaran.

KESIMPULAN: Semuanya bertitik tolak pada diri kita sendiri. Kita ada hak untuk TEGAS dan “menyoal siasat” pembeli yang meragukan. Sebagai penjual, kita perlu sederhanakan sikap terlalu teruja semasa menerima bayaran. Lakukan dengan PENUH TELITI, sabar, buat dalam keadaan SEDAR dan yang penting, mulakan dengan BISMILLAH.

Daripada pengalaman saya, para penipu sebegini tidak akan membalas emel SOAL SIASAT dihantar.

Semoga perkongsian ini tidak melemahkan semangat mereka yang baru ingin memulakan perniagaan Internet. Seperti mana perniagaan OFFLINE, perniagaan ONLINE juga ada 1001 ujiannya tersendiri.

-

Incoming search terms:

  • pembelian online
  • kes penipuan perniagaan online
  • penipuan pembelian online
  • smartzul penipu
  • senarai penipu jualan secara online
  • penipuan cash deposit
  • tips pembelian on line
  • penipuan dalam perniagaan internet
  • penipuan pembelian dari internet
  • penipuan pembelian kamera online

101 Idea dan Tip Perniagaan Internet 2010 – Siri 3

Bagi mereka yang belum membaca 50 tip sebelum ini, boleh membacanya di sini: Siri 1 Tip Perniagaan Internet dan Siri 2 Tip Perniagaan Internet.

Berikut adalah siri ketiga di mana ditambah lagi 25 tip. Jadi, masih berbaki 26 tip lagi untuk mencukupi 101. Nantikan siri yang terakhir nanti.

Sebelum itu ingin dinyatakan, tip-tip ini tidak semestinya dipraktikkan untuk tahun ini semata-mata, malah pada bila-bila masa sahaja. Kedua, pilih mana-mana tip yang boleh dilakukan. Tidak semestinya semua.

51. Menilai prestasi tahun ini. Graf turun, naik atau mendatar? Ada peningkatan atau masih di takuk lama? Dengan meluangkan masa untuk membuat penilaian, kita dapat tahu kita sedang berada di mana. Jadi mudah untuk merancang sesuatu atau merubah apa-apa yang perlu.

52. Merancang untuk tahun hadapan (2011 dan seterusnya…). Hasilkan perancangan yang ‘rapi’ agar dapat fokus sepenuhnya pada tahun tersebut.

53. Membina senarai emel (jika belum). -email marketing-

54. Tambah sekurang-kurangnya satu lagi teknik promosi.

55. Menyertai sekurang-kurangnya satu seminar atau bengkel. Selain belajar di sana, kita juga dapat menambah kenalan malah prospek.

56. Menambah kenalan-kenalan ‘siber’ dari semasa ke semasa. Gunakan Facebook dan forum Online sebaiknya untuk tujuan ini.

57. Membantu mempromosikan sekurang-kurangnya sebuah produk usahawan lain yang tiada kita menjualnya. Cadangkan kepada mereka yang memerlukan. InsyaAllah kelak, perniagaan lain pula yang akan melakukan sebegitu untuk kita.

58. Bekerjasama dengan usahawan-usahawan lain sama ada untuk jangka pendek atau jangka panjang.

59. Menyertai pertemuan-pertemuan rasmi atau tidak rasmi bersama usahawan lain.

60. Melawat rakan-rakan usahawan di premis atau kedai mereka (jika ada). Atau pergi memberikan sokongan pada program-program yang mereka anjurkan.

61. Menghasilkan sekurang-kurangnya satu laporan (ebook) viral yang ringkas dan amat berisi. Nyatakan di dalam ebook itu, sesiapa sahaja dapat menyebarkannya dengan syarat tidak diubah isi kandungannya.

62. Memastikan sekurang-kurangnya satu matlamat untuk tahun ini tercapai sebelum masuk tahun yang baru.

63. Menghasilkan blog dan menulis sekurang-kurangnya 20 artikel untuk tahun ini. Artikel yang ditulis pada tahun ini akan memberikan kesan baik untuk tahun hadapan dan seterusnya. Artikel adalah salah satu kaedah promosi automatik dan ‘bekerja’ pada setiap masa tanpa penglibatan kita.

64. Bercuti sepenuhnya tanpa melakukan sebarang kerja, walaupun sekadar sehari dua. Ini bagi menyegarkan minda dan ‘mengosongkan’ otak agar kita terus ‘bertenaga’ untuk berusaha.

65. Mengeluarkan zakat perniagaan setelah cukup syarat.

66. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.

67. Membaca sekurang-kurangnya 10 buah buku berkaitan perniagaan dan pemasaran internet. Baca, faham, catat dan praktikkan.

68. Meningkatkan prestasi diri dengan menambah baik sekurang-kurangnya satu aspek pada diri. Contohnya kemahiran berkomunikasi, kepimpinan, bahasa dan penulisan.

69. Melakukan sesuatu perkara baru yang belum pernah dilakukan, di mana ia bermanfaat untuk diri dan perniagaan.

70. Meningkatkan produktiviti kerja harian. Contohnya gunakan masa dengan seoptimum yang mungkin untuk menyiapkan sesuatu. Fokus satu perkara pada satu masa sahaja. Elakkan ‘multi tasking’.

71. Menyertai mana-mana pelan perlindungan kewangan takaful, jika belum. Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku. Kos rawatan perubatan semakin tinggi pada zaman ini. Tip: Ambil pelan takaful yang ada Medical Card. Rujuk mana-mana perunding takaful yang berdedikasi, dipercayai dan jujur. Pastikan menyertai pelan yang diperlukan sahaja. Tip tambahan: Baca buku pengurusan kewangan.

72. Menambah baik kesihatan diri dengan beriadah, berehat dan mengamalkan pemakanan yang sihat. Pergi lakukan pemeriksaan kesihatan (medical checkup) sekurang-kurangnya sekali setahun untuk tahu status kesihatan. Usahawan perlu tahu status semasa kesihatan mereka, maka barulah senang untuk merancang usaha tanpa gusar di hati.

73. Ambil atau cipta peluang untuk bercakap di hadapan orang ramai, walaupun dalam bilangan yang kecil. Dikatakan, orang yang sering bercakap di hadapan, hidup mereka berubah secara mendadak! Ini mungkin ada kaitan dengan peningkatan estim diri yang terhasil daripada usaha tersebut.

74. ‘Membuang’ barang-barang yang tidak diperlukan lagi atau sesuatu yang menyemakkan ruang kerja atau rumah atau pejabat. Derma atau jual mana-mana yang sesuai. Amalkan prinsip ‘keep it simple’. Dengan ruang kerja yang selesa, produktiviti kerja akan lebih tinggi.

75. Mengurus wang dengan lebih cekap. Ia boleh dipelajari daripada mereka yang tahu dan berpengalaman, menyertai kursus dan juga membaca buku-buku yang banyak di pasaran.

…bersambung.

.

Incoming search terms:

  • 101 idea perniagaan internet diblog
  • apakah visi dan misi saya sebagai perunding takaful
  • data idea perniagaan kecil
  • idea perniagaan

Buat Surat Jualan Cara Mudah!

Surat jualan (sales letter) adalah sebuah laman web yang mengandungi ayat-ayat promosi, imej dan beberapa unsur lain bagi menarik minat pelawat laman web jualan melakukan belian atau tindakan tertentu. Contoh surat jualan adalah seperti di sini.

Di antara banyak-banyak perkara yang menjadi halangan bagi kebanyakan para peniaga Internet adalah surat jualan. Kata mereka, surat jualan amat sukar untuk dibuat, tidak pandai, tidak mahir dan tidak tahu bagaimana untuk memulakannya.

Walaupun pelbagai panduan telah diterbitkan, namun perkara ini seperti belum menemui titik penyelesaiannya. Namun bagi mereka yang merasai kesukaran itu, kini sudah boleh menarik nafas lega sedikit.

Sahabat IM saya, Bearnerd Bondly (dari Sabah), telah menghasilkan satu lagi produk berkualiti iaitu perisian yang boleh menghasilkan surat jualan tanpa perlu menggunakan sebarang perisian lain! Cuma, kita hanya perlu mempunyai maklumat produk sahaja. Selebihnya, kita hanya perlu memasukkan satu demi satu maklumat yang diperlukan sehingga proses siap.

Cuba lihat screenshot perisian yang diberi nama Sales Letter Creator ini:

surat jualan

Hasil surat jualan:

surat jualan

Menarik bukan? Kita hanya perlu masukkan maklumat-maklumat yang diperlukan sahaja seperti nama produk, URL imej (perlu upload dahulu), penerangan-penerangan produk, nama kita, no. akaun bank, kod Paypal (jika perlu), bonus (jika perlu) dan lain-lain lagi.

Kelebihan menggunakan perisian ini adalah kita tidak perlu tahu bagaimana cara untuk merekabentuk sebuah laman web jualan. Semuanya telah diformatkan secara automatik. Kita hanya perlu masukkan maklumat sahaja. File-file laman web seperti index, page thank you dan lain-lain akan dijana secara automatik!

Berita baiknya, bukan hanya satu perisian ini sahaja yang akan anda dapat melalui Pakej Software ini. Antara perisian lain yang turut disertakan adalah:

  1. Landing Page Creator (dipanggil juga Squeeze Page).
  2. Order Form Creator.
  3. Contact Form Creator.

Nah, kini kita sudah boleh menghasilkan satu laman web jualan yang lengkap dengan menggunakan perisian-perisian tersebut.

Bagi perisian Order Form Creator, kita boleh buat halaman borang tempahan (order form) dengan hanya memasukkan maklumat yang diperlukan seperti harga produk, emel dan no. akaun bank. Selepas klik Finish, file-file halaman tempahan dan juga thank you akan dihasilkan secara automatik.

borang tempahan

Dengan menggunakan perisian berbentuk Wizard ini (step by step instructions), menghasilkan surat jualan (laman web jualan) yang lengkap bukan lagi satu kesukaran. Anda boleh mendapatkan set perisian ini dengan harga yang amat rendah.

Perlu dimaklumkan, perisian ini tiada dijual di mana-mana laman web sama ada dalam atau luar negara, melainkan hanya melalui Bearnerd Bondly atau Reseller produk ini sahaja. Pakej perisian ini dihasilkan sendiri oleh Bearnerd Bondly. Beliau adalah seorang pengaturcara (programmer) yang boleh menghasilkan pelbagai perisian.

*Anda boleh menjadi Reseller bagi produk ini dengan membeli Pakej Upgrade yang ditawarkan di laman web jualan pakej perisian ini. Selagi kuota masih ada.

Jalan penyelesaian sudah ada. Yang kita hanya perlu tahu adalah maklumat produk yang ingin kita tawarkan sahaja. Dapatkan pakej perisian ini sebelum harganya dinaikkan.

-

Incoming search terms:

  • contoh surat jualan
  • cara buat surat jualan
  • jenis perisian laman web
  • buat surat jualan
  • contoh promosi jualan
  • contoh kad jemputan seminar
  • contoh ayat promosi
  • coontoh surat promosi produk
  • panduan surat jualan
  • order form

Mengapa Pelancaran Besar-Besaran GAGAL?

Kita sering mendengar, si “A” berjaya buat berpuluh-puluh ribu dalam masa 24 jam dan beberapa hari sahaja. Ia bukanlah satu rahsia atau perkara mustahil. Saya telah terangkan di sini ‘rahsia’ tersebut.

Ia tidak salah. Itu adalah rezeki dan usaha mereka. Cuma apa yang ingin saya nyatakan pada kali ini adalah mengapa tidak semua orang mendapat hasil sebegitu? Kalau kita perhati elok-elok, hanya segelintir sahaja yang meraihnya. Si A, B, C dan D. Dan kemudian mereka menyatakan sesiapa sahaja mampu meraihnya. Adakah ia benar?

Setakat ini, saya tidak pernah lagi melakukan pelancaran besar-besaran untuk mana-mana produk saya. Sebaliknya sahaja hanya lakukan pelancaran biasa-biasa sahaja. Saya mempunyai alasan dan target tersendiri.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • manfaat hubungan usahawan dengan komuniti
  • apa maksud joint dalam bahasa malaysia
  • pemasaran joint venture
  • malaysia internet marketer jv
  • maksud kemahiran teknikal yang perlu ada pada seorang usahawan
  • maksud jv dalam akaun
  • maksud joint
  • kata-kata hikmah dalam keusahawanan
  • joint venture dalam bahasa
  • jenis perniagaan pasif di malaysia

Ciri Produk ‘Terbaik’ Untuk Jualan Di Internet

Pada asasnya, apa-apa produk pun boleh dijual di Internet. Tiada syarat tertentu. Hatta, mahu jual lori, trak dan kapal pun boleh. Semuanya “bisa diatur”.

Tetapi, ia bertitik tolak kepada kemampuan. Adakah kita mampu menjualnya? Modal, pekerja, ruang simpanan, kos penghantaran dan lain-lain faktor, adakah kita mampu menyediakannya? Kalau tidak mampu, maka apa yang perlu kita lakukan?

Maka atas sebab itulah kalau kita perhatikan, kebanyakan usahawan-usahawan kecil dan sederhana, hanya menjual produk yang ‘biasa-biasa’ sahaja atau beberapa jenis sahaja dalam jumlah kuantiti yang tidak besar. Contoh:

  1. Pakaian (kanak-kanak, lelaki, perempuan, Muslimah…)
  2. Makanan Tambahan
  3. Kosmetik
  4. Makan sejuk beku
  5. Hadiah
  6. Ebook / Produk digital
  7. Produk turun berat badan
  8. Kelengkapan rumah seperti cadar, langsir…
  9. Makanan tradisional seperti kerepek, dodol, kuih bahulu…
  10. T-Shirt
  11. Makanan kering seperti serunding daging
  12. Buku
  13. Cenderamata
  14. Perisian
  15. Gajet elektronik.

….dan banyak lagi.

Berbalik kepada tajuk artikel ini, jika boleh, utamakan ciri-ciri produk yang berikut sebelum memutuskan untuk menjual apa-apa produk melalui Internet:

  1. Tidak terlalu berat. Ini untuk jimatkan kos penghantaran.
  2. Rendah risiko. Kalau rugi pun, ia tidak terlalu besar.
  3. Tidak cepat rosak / tahan lama. Jangan masa hantar OK, tetapi apabila sampai pada pembeli, sudah rosak.
  4. Elakkan barangan yang mudah pecah.
  5. Elakkan barangan yang salah di sisi undang-undang seperti barangan tiruan, cetak rompak dan lain-lain.
  6. Pembelian berulangan. Contohnya seperti makanan.
  7. Mesti ada untung. Kalau untung sedikit, cuba pastikan produk itu ada pembelian berulangan agar kita dapat menjana keuntungan sedikit demi sedikit dan berterusan.
  8. Stok mudah didapatkan daripada pembekal atau mudah dihasilkan sendiri.
  9. Kredibiliti produk. Jika ia didapatkan daripada pihak lain (pembekal). Contohnya, elakkan menjual produk yang tidak diluluskan oleh undang-undang Malaysia seperti produk kesihatan.
  10. Mampu dibeli oleh golongan sasaran / pelanggan (pasaran).

Itu beberapa ciri yang boleh kita jadikan sebagai kayu ukur terhadap produk yang berada dalam fikiran kita. Kalau kita mampu dan selaras dengan ciri-ciri di atas, maka mungkin produk itu boleh kita jual.

Namun berbalik kepada soal KEMAMPUAN, sampai satu tahap, ciri-ciri di atas (sebahagian atau semua) sudah tidak boleh diguna-pakai lagi.

Soalnya sekarang, adakah tuan/puan juga berminat untuk berniaga di Internet? Kalau sudah melakukannya, tahniah. Kalau belum memulakannya lagi, apakah faktor yang menyekat kehendak murni itu?

Tiada modal atau banyak kemampuan? Pesan seorang mentor bisnes, Tuan Shamsuddin Kadir, “Mulakan sahaja apa yang ada di tangan.” Dan seperti kata Chef Li, “Gunakan apa sahaja kemudahan yang ada di dapur rumah. Itu sudah memadai sebagai permulaan.”

Baru-baru ini, saya berjumpa kembali seorang kenalan setelah setahun tidak bertemu. Beliau berkata, salah satu bisnes pertama yang dimulakan setelah mengikuti kursus Tuan Shamsuddin Kadir, modalnya hanya dalam sekitar RM50 sahaja. Kemudian mendapat jualan dalam RM200. Itulah hasil pertama perniagaan beliau di Internet. Kini, sudah pasti lebih daripada itu. Beliau menjual pakaian kanak-kanak menggunakan blog percuma sahaja.

Maka jelas, tiada alasan lagi, melainkan kita sahaja yang tidak mula bertindak. Kalau tidak sekarang, bila lagi? Sesungguhnya, hari esok belum pasti untuk kita.

Selamat berniaga.

Yang ikhlas,
Mohd Zulfadli (smartzul)
www.smartusaha.com

//Hakcipta Terpelihara (c) SmartUsaha.com. Tidak boleh digunakan untuk apa jua tujuan tanpa kebenaran.

Incoming search terms:

  • jualan internet
  • jualan di internet
  • ciri-ciri produk
  • produk internet
  • bisnes terbaik
  • barang paling laku utk berniaga dari indonesia
  • bisnes paling laku
  • bisnes internet terbaik
  • jualan bisnes di internet
  • jualan dalam blog
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)