Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Rahsia Perniagaan Internet??

Adakah wujud rahsia dalam perniagaan internet? Sejujurnya, tiada.

Saya telah banyak menulis mengenai hal ini, tetapi saya terpanggil untuk menulis lagi walaupun secara ringkas agar kita sentiasa memperingati diri masing-masing.

Biarlah saya berterus-terang di sini. Sebelum itu, ingin saya katakan, saya tidak mahu mengganggu periuk nasi mana-mana perniagaan Internet Marketer yang memfokus pada ‘niche’ Internet Marketing, malah saya sendiri pun menjadikan niche ini bidang utama saya. Niat penulisan saya ini adalah baik agar bidang ini sentiasa berada dalam keadaan yang terkawal.

Hakikatnya, kebanyakan Internet Marketer tidak akan sama sekali mendedahkan kesemua ‘senjata-senjata’ yang mereka gunakan secara mendalam. Jika ada 10, mereka akan kongsikan satu, dua dan tiga sahaja. Dan itu pun, hanya secara berperingkat dan melalui tempoh masa tertentu.

Namun saya tidak nafikan, masih ada Internet Marketer yang telus dalam penyampaian ilmu mereka. Sebaliknya bergantung kepada orang yang belajar itu pula mahu bertindak ataupun tidak.

Saya tidaklah mahu menjadikan ilmu yang saya miliki sebagai satu bisnes, tetapi saya mahu menjadi seorang yang boleh membimbing orang lain dengan cara yang teratur dan terancang. Secara peribadi, saya kurang suka menggunakan trik untuk menarik minat orang lain semata-mata saya banyak tahu dan berpengalaman.

Bagi saya, ilmu yang ada pada diri kita adalah satu amanah. Jika mahu kenakan harga, biarlah ia mampu milik kebanyakan orang. Saya sentiasa memegang prinsip seorang mentor saya di mana katanya, “Ambillah sedikit sahaja keuntungan. Moga berkat yang kita dapat.”

Persoalan yang timbul, bagaimana kita akan kaya jika ambil sedikit untung sahaja? Kita boleh lakukan begini:

  • Cipta sumber pendapatan berulang (recurring income) dan juga passive income (buat kerja sekali dapat duit berkali-kali). Walaupun untung kecil, tetapi apabila pendapatan berulangan, maka di situ lah kita akan mula dapat mengumpul ‘kekayaan’ sedikit demi sedikit.
  • Perbanyakkan produk dan perkhidmatan.
  • Pelbagaikan lagi bisnes dalam bidang yang sama.
  • Pertingkatkan ‘volume’ jualan. Semakin tinggi jumlah jualan, semakin banyak wang yang kita dapat.
  • Tambah kekerapan aktiviti. Contoh: Adakah 4 kali kursus dalam sebulan, berbanding sekali sahaja.
  • Kaedah bersiri. Contoh: Tulis buku secara bersiri.

Dan itulah yang akan dan sedang saya lakukan.

Berbalik kepada topik artikel ini, benarkah ada rahsia dalam perniagaan internet?

Untuk berjaya, ia bukanlah berkaitan dengan rahsia, tetapi sejauh mana kita memiliki kemahiran perniagaan. Selain itu, kesungguhan, disiplin dan kerajinan kita juga adalah di antara faktor penyumbang kejayaan. Manakala, proses pembelajaran perlu terus berlangsung sampai bila-bila. Perlu banyak membaca, bertanya dan belajar.

Seseorang usahawan yang mahu berjaya perlu mempelajari skil (kemahiran), sebaliknya bukan hanya membaca dan mendengar informasi sahaja. Walaupun apa yang dibaca itu langkah demi langkah dan “how to”, namun jika tidak melatih dan melakukannya sehingga mahir (terbiasa), maka sedikit sukar untuk meraih hasil yang besar.

Saya kuat percaya bahawa selain soal hati yang bersih, usahawan yang berjaya adalah kerana mereka memiliki kemahiran dalam aspek tertentu seperti pemasaran, penggunaan komputer dan teknologi, pengurusan, keterampilan, estim diri, komunikasi dan beberapa lagi aspek lain yang penting.

Dan semua itu dipelajari, dilatih dan diamalkan secara berperingkat. Sebaik-baik jalan pintas adalah, tiada jalan pintas sama sekali.

-

Layari blog Motivasi Usahawan

Incoming search terms:

  • benarkah internet boleh menjadikan kita kaya
  • rahsia perniagaan

9 Formula Mencipta Kejayaan Bisnes Internet

Melihat kisah Mark Zuckerberg membina empayar Facebook bermula tahun 2006, sehingga syarikat itu mempunyai aset lebih daripada 1 bilion dolar, merupakan satu kisah yang menakjubkan. Meskipun Mark Zuckerberg memperoleh gelaran sebagai bilionair termuda di dunia, pada beliau wang bukan menjadi ukuran kejayaan.

Pasti kita hairan mengapa rata-rata pemula yang memulakan bisnes, kerana mahu memperoleh wang semata-mata sering mengalami jalan kebuntuan atau kegagalan. Dalam satu kajian yang telah dibuat oleh pihak Forbes, individu yang melakukan bisnes demi mengejar wang akan mengalami tiga situasi iaitu:

  • Akan menemui jalan buntu meskipun empayar bisnes sudah berkembang.
  • Sanggup melakukan perkara-perkara kotor, demi mendapatkan wang.
  • Tidak mempedulikan apa jenis bisnes selagi ia menguntungkan.

Dalam mana-mana bisnes, pegangan, disiplin dan konsep untuk berjaya tidak lari jauh. Salah satu daripada kajian Bill Murphy dalam bukunya The Intelligent Entrepreneur menyatakan, hampir 90% daripada usahawan yang lahir dari Universiti Harvard mempunyai persamaan yang ketara iaitu:

  • Tidak pernah mengaku kalah.
  • Minat adalah punca menjalankan bisnes, wang hanya bonus untuk menyara kehidupan.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • biodata usahawan berjaya
  • biodata usahawan berjaya di malaysia
  • profil usahawan berjaya
  • biodata usahawan malaysia
  • profil usahawan berjaya di malaysia
  • contoh usahawan berjaya di malaysia
  • biodata usahawan berjaya malaysia
  • contoh profil usahawan
  • biodata usahawan
  • usahawan yang berjaya di malaysia biodata

Kejayaan kita adalah TANGGUNGJAWAB kita SENDIRI

Saya kerap kali membaca keluhan ini di Internet: “Otai (orang lama) hanya membantu sesama mereka sahaja. Orang baru diabaikan.”

Ia membuatkan saya terpanggil untuk menulis sedikit coretan ini.

Kejayaan kita adalah TANGGUNGJAWAB kita SENDIRI

Kenyataan yang mengatakan ‘orang lama’ yang berjaya tidak membantu usahawan-usahawan baru adalah tuduhan yang tiada bukti. Jika ada, kesnya boleh dibilang dengan jari. Biar saya katakan, “begitu ramai orang lama bersedia untuk membantu kita jika kita besedia untuk dibantu.” BERSEDIA dari aspek mental, kesabaran, ilmu dan kesungguhan.

Kata seorang “mentor” saya, kita hendaklah bertanggungjawab pada diri sendiri. Elakkan menuding jari kepada orang lain walaupun mereka yang silap. Kita mahu sesuatu, USAHA. Jika gagal, teruskan berikhtiar mencari jalan lain. Kita sentiasa ada PILIHAN.

Saya masih ingat pada 10 tahun yang lepas, sewaktu saya masih “zero” ilmu membina website. Saya meminta seorang rakan yang pandai membuat laman web untuk mengajar saya, namun beliau menolak tidak mahu. Bermula daripada hari itu, saya tekad untuk berikhtiar sendiri dengan merujuk panduan di Internet, membeli buku dan meminjam buku-buku di perpustakaan.

Tidak cukup dengan itu, saya menyertai kursus membina laman web dan membeli pula panduan yang mereka tawarkan. Akhirnya, saya sedikit demi sedikit boleh membina laman web sendiri. Saya gunakan cara yang sama untuk ilmu dan kemahiran yang lain, iaitu memikulkan tanggungjawab pada diri sendiri kerana saya sudah ‘berputus asa’ untuk meraih simpati orang lain.

Mencari penyelesaian adalah lebih baik daripada menuding jari dan mengungkit-ngungkit salah orang lain. Ia hanya membazir masa sahaja dan akhirnya kita akan terperosok sama dalam kancah kerugian. Kita tidak akan mendapat apa-apa melainkan menambah potensi untuk sakit jantung kerana marah-marah.

Mendapatkan bantuan orang lain juga ada seninya

Setiap sesuatu ada nilai ‘bayarannya’, sama ada tenaga, masa dan wang ringgit. Kejayaan tidak mudah datang begitu sahaja. Kejayaan orang-orang lama kerana mereka telah berusaha bukan setahun dua, tetapi telah melalui jatuh bangun berkali-kali banyaknya. Maka jika mahu berjaya seperti mereka, kita juga perlu bersiap sedia melalui seperti mereka.

Jika kita mengatakan mereka tidak membantu kita, mengapa jadi begitu? Kerana salah satu sebabnya adalah kerana mereka ‘dipaksa’ memberi bantuan dengan segera dan cepat, umpama memesan ‘burger special daging double’. Sepatutnya, mulakan dahulu hubungan yang baik sesama mereka.

Sokong usaha mereka dan TIDAK BOLEH sama sekali mengkritik mereka, walaupun hanya sekali (ini pantang paling utama!). Luka boleh sembuh, tetapi parut tetap berbekas. Mereka boleh memaafkan, tetapi sebagai manusia biasa, mereka tetap mengingati kritikan pedas kita itu. Jika mereka terbuat kesilapan, BANTU mereka, berikan cadangan atau hulurkan tangan membantu. BUKAN MENGKRITIK.

Belajar daripada mereka dan catat perkongsian ilmu mereka. Kenalkan diri kita apabila sudah tiba masanya. Perkenalkan mereka kepada kawan-kawan kita dan saudara mara kita yang dirasakan bermanfaat untuk menimba ilmu ataupun produk mereka. Beli produk-produk mereka dan sertai seminar ataupun bengkel yang mereka anjurkan. Itu adalah beberapa cara untuk membina hubungan baik yang berkekalan.

Semua ini adalah bertahap dan memerlukan komitmen. Menjadi usahawan memerlukan komitmen yang besar, bukan sedikit atau suam-suam kuku. Umpama menaiki tangga, kita tidak akan sampai terus ke tingkat teratas, sebaliknya perlu menaiki anak tangga demi anak tangga.

Artikel khas

Artikel berikut yang saya tulis pada 3 September 2010 memberikan panduan bagaimana cara untuk kita membina persahabatan yang IKHLAS dengan seseorang termasuk dengan mereka yang dikatakan sebagai “orang lama” itu. Semuanya hanya menggunakan ‘kuasa’ yang tersedia pada Facebook.

IKHLAS adalah kata kunci utama di sini. Tanpa keikhlasan, maka itulah punca utama mengapa kebanyakan usaha kita gagal dan membuatkan hati kita kalut.

Tajuk artikel: “Kunci ‘Sakti’ Pembuka ‘Hubungan Intim’ : Tip Joint Venture (JV) Menggunakan Facebook”

Yang ikhlas,
SMARTZUL

(c) www.SmartUsaha.com

“Kejayaan kita adalah TANGGUNGJAWAB kita SENDIRI”

Incoming search terms:

  • tanggungjawab terhadap diri sendiri
  • tanggung jawab terhadap diri sendiri
  • blog kejayaan
  • tanggung jawab pada diri sendiri
  • Tanggungjawab kita
  • tanggungjawab kepada diri sendiri
  • tanggungjawab diri sendiri
  • membina hubungan baik yang berkekalan
  • kejayaan sendiri
  • Tanggungjawab diri

Jana Keuntungan Dengan Menjual CD Secara OFFLINE

Salam sejahtera,

Bagaimana kita boleh menjual produk informasi dalam bentuk CD/DVD dengan mudah secara offline?

Salah satu caranya adalah menjual di mana-mana program yang kita anjurkan atau program yang kita kendalikan atas jemputan pihak penganjur.

Katakan jika kita menjual sekeping CD atau DVD dengan harga RM20 dan ia dibeli oleh seramai 10 orang, kita telah memperolehi pendapatan tambahan sebanyak RM200. Bagaimana pula hasil pendapatan jika mendapat jualan lebih daripada itu, dan dalam sebulan kita anjurkan program lebih daripada sekali?

Kos untuk menyiapkan satu set pakej CD biasanya di antara RM5 hingga RM10. Satu set CD terdiri daripada CD, sampul CD dan label pelekat CD.

Kiraan Kos

Buat sendiri
- sekeping CD kosong: RM1.00 atau kurang
- Sampul CD: RM0.50 atau bergantung kepada jenis sampul
- Print label: [kos dakwat printer]
==> JUMLAH = RM1.50

Upah kedai
- Duplicate CD: RM4.00 sekeping
- Print label: RM1.50 sekeping
- Sampul CD: RM0.70 sekeping
==> JUMLAH = RM6.20

*Kiraan di atas hanya mengambil kadar purata sahaja dan menggunakan kaedah packaging yang simple.

Katakan kita jual dengan harga RM20 untuk satu set CD, kita masih mampu mendapat jumlah keuntungan yang tinggi.

UNTUNG ==> RM20 – RM6.00 = RM14.00

Tip Tambahan: Jika guna perkhidmatan dari mana-mana kedai pencetak, tempah dalam kuantiti yang banyak kerana kos/caj akan semakin berkurangan.

STRATEGI JUALAN CD

1. Seminar Percuma: Anjurkan seminar atau ceramah percuma mengenai topik bidang anda. Sediakan satu meja (biasanya meja urusetia pendaftaran) dan letak produk anda di situ.

Jual produk CD yang selari dengan tajuk program. Jika buat program ceramah perniagaan, jual CD yang berkaitan dengan perniagaan, cara promosi dan motivasi.

2. Tumpang Program: Dapatkan maklumat mengenai program-program anjuran pihak lain dan hubungi mereka. Letak produk anda dan minta mereka uruskan jualan. Kemudian hasil jualan dibahagi mengikut persetujuan.

Jika kita menjual di program anjuran orang lain, pastikan mendapat kebenaran pihak penganjur terlebih dahulu.
Biasanya, ada pembahagian keuntungan di antara kita dan mereka. Contohnya, 50% untuk mereka dan 50% kita.

3. Jual di mana-mana tempat dan keadaan yang sesuai.

Mungkin anda pernah melihat cara-cara di atas dilakukan di kebanyakan program seperti seminar, kursus dan bengkel. Namun anda mungkin tertanya, bagaimana cara memiliki produk untuk dijual di mana-mana program ataupun mungkin secara santai di mana-mana situasi sesuai?

Terdapat tiga cara untuk memiliki produk CD:

a. Hasilkan kandungan (video, audio..) sendiri.
b. Dapatkan daripada pembekal. Jual dan ambil untung.
c. Beli hak jualan produk. Ia umpama produk kita sendiri dan boleh tentukan harga yang kita mahu.

-

Incoming search terms:

  • kursus perniagaan printing
  • jual cd
  • jual cd ceramah
  • anjurkan program dapatkan hasilnya
  • tempat jual cd
  • menjual cd
  • kursus usahawan printing 2012
  • keuntungan menjual buku
  • keuntungan jualan kandungan digital
  • jualan secara offline

Affiliate Model KISS

KISS: Keep It Simple Smart

Tidak sukar untuk menjana pendapatan di Internet, tetapi dengan syarat tidak terlalu membebankan diri menemui ‘secret formula’. Ia tidak wujud.

Apa yang perlu kita lakukan hanyalah simple formula sahaja yang sehingga kini digunakan sendiri oleh kebanyakan affiliate marketer senior.

Model KISS adalah:

1. Ada squeeze page – tawarkan sesuatu secara percuma

2. Produk percuma – ebook dan lain-lain

3. Autoresponder – setkan ‘at least’ 7 siri emel berkaitan dengan niche untuk LIST yang dibina.

Itu sahaja yang diperlukan. Tidak perlu fikir yang lain-lain.

Jadi, apa yang perlu dilakukan sekarang?

1. Sudah tentu perlu beli autoresponder dan tahu menggunakannya. Aweber dan Getresponse adalah dua yang terbaik. Yang lain boleh juga.

2. Tentukan niche (topik) bagi setiap list kempen dalam autoresponder. Contoh: Kerjaya, kesihatan, kekeluargaan, internet marketing, bisnes dan sebagainya. Setiap niche perlu buat satu group kempen tersendiri.

3. Buat produk percuma seperti ebook, audio dan video.

4. Siapkan Squeeze Page untuk subscriber daftarkan nama dan emel. Satu squeeze page untuk satu niche kempen promosi (list). Pastikan ebook atau produk percuma diberikan terus selepas mereka mengesahkan pendaftaran. Tip: Dalam ebook itu boleh promosi satu atau dua produk affiliate yang terbaik.

5. Cari produk affiliate yang mendapat sambutan.

6. Setkan emel bersiri dan setiap emel selitkan juga info produk affiliate selepas tip-tip yang diberikan dalam emel tersebut. Setiap emel perlu dijarakkan masanya seperti 2 atau 3 hari bagi satu emel. Setiap emel tidak perlu terlalu panjang. Padatkan tetapi ia mempunyai nilai.

7. Promosikan squeeze page dengan pelbagai cara seperti forum, Facebook, advertorial, iklan, review, Youtube, viral marketing dan sebagainya. Lakukan promosi ini secara konsisten pada setiap hari. Ia hanya memerlukan tidak sampai 10 minit untuk setiap teknik promosi. Yang penting fokus.

8. Broadcast (hantar emel) kepada list (subscriber) jika ada produk lain terutama produk yang baru dilancarkan. Selain itu, hantar juga emel tip-tip lain dan berkongsi informasi tanpa sebarang promosi. Teruskan berhubungan dengan mereka, tetapi jangan terlalu kerap. Jarakkan masa di antara setiap emel.

Lain-lain:

1. Belajar cara penulisan yang baik iaitu ilmu copywriting. Ilmu ini boleh digunakan untuk penulisan emel, artikel, dan ayat iklan/tawaran (offer).

2. Belajar trik-trik affiliate marketing seperti tawaran bonus terhad.

3. Disebabkan autoresponder datang dengan fungsi unlimited (tanpa had), maka buat lebih daripada satu niche produk. Di pasaran Malaysia sekarang sudah begitu banyak produk dalam pelbagai niche.

4. Perhatikan cara affiliate marketer berjaya terutama emel yang mereka gunakan. Tetapi, sebaik-baiknya adalah perlu masukkan gaya kita tersendiri. Perlu ada keunikan.

5. Keep track. Lihat perkembangan dari masa ke semasa. Perbaiki mana yang dirasakan kurang sama ada pada squeeze page dan cara emel ditulis.

6. Tetapkan matlamat pendapatan affiliate. Contoh: RM1000 sebulan. Untuk dapat jumlah itu, berapa produk yang perlu dijual dan apakah cara promosinya. Selain bergantung pada emel berisiri automatik, kita juga mungkin perlu hantar emel broadcast.

Emel bersiri (follow up) akan dihantar secara automatik berdasarkan sela masa yang ditetapkan.

Emel broadcast kita hantar pada bila-bila masa secara manual, seperti mana kita send emel apabila perlu.

7. Wujudkan blog sama ada blog pasang sendiri ataupun blog percuma. Tulis artikel-artikel dan setiap artikel letakkan link ke squeeze page. Digalakkan setiap blog adalah khas mengenai satu niche topik sahaja. Boleh buat blog dengan menggunakan subfolder atau subdomain sahaja.

Kesimpulan:

1. Hanya perlukan tiga perkara sahaja iaitu Squeeze Page, produk percuma dan autoresponder.

2. Siapkan sahaja dahulu. Tidak perlu terlalu sempurna pada peringkat awal sebab kita boleh perbaiki dari masa ke semasa.

Bacaan lain wajib baca: Rahsia Perniagaan Internet Automatik

Cara Buka Akaun Semasa Perniagaan

Berikut saya nyatakan secara ringkas, langkah demi langkah bagaimana untuk membuka akaun semasa perniagaan di bank Maybank.

1. Perlu daftarkan perniagaan terlebih dahulu sama ada persendirian, perkongsian atau Sdn. Bhd. Dapatkan sijil pendaftaran SSM dan juga salinan detail yang disertakan.

2. Buat cop perniagaan (rubber stamp). Pada cop ada nama perniagaan dan alamat. Letak no. telefon juga jika mahu. Saya kurang pasti sama ada alamat wajib atau tidak diletak pada rubber stamp tersebut. Rubber stamp perlu dibawa semasa pendaftaran dan semasa mengisi borang (ada ruangan yang perlu dicop).

3. Pergi ke mana-mana cawangan Maybank (digalakkan cawangan Islamik). Minta mereka borang permohonan akaun semasa perniagaan. Borangnya ‘simple’ sahaja.

4. Lengkapkan borang tersebut dan kepilkan bersama dengan satu salinan fotostat sijil pendaftaran perniagaan dan salinan kad pengenalan (termasuk rakan kongsi jika perniagaan perkongsian).

Syarat untuk buka akaun semasa perniagaan adalah perlu ada seorang Introducer yang telah memiliki akaun semasa sekurang-kurangnya setahun. Cari sesiapa yang boleh jadi introducer sama ada rakan-rakan usahawan, adik beradik dan yang kita kenali. Atau, boleh juga rakan kongsi sendiri atau diri kita sendiri (jika ada akaun semasa peribadi).

Kedua, perlu ada deposit RM2000. Deposit ini perlu dimasukkan melalui mesin cash deposit selepas sebaik sahaja akaun selesai dibuka. Mereka akan berikan no. akaun kepada anda.

5. Jumpa pegawai yang bertugas. Mereka akan uruskan permohonan anda. Sebarang pertanyaan dan perbincangan akan dilakukan pada masa itu.

6. Mereka akan mengambil masa 3-7 hari bekerja untuk menyemak status perniagaan anda di SSM. Pihak bank akan hubungi anda untuk memaklumkan status permohonan. Jika tiada masalah, anda perlu datang ke bank untuk selesaikan proses membuka akaun.

7. Semasa hadir ke bank untuk buka akaun, bawa cop perniagaan.

8. Buku cek akan diberikan dalam masa tiga hari bekerja.

Maybank2u.com Untuk Akaun Semasa

Sudah pasti Maybank2u.com amat diperlukan untuk perniagaan internet yang dilakukan. Jika tidak, bagaimana kita mahu menyemak bayaran daripada pembeli. Jadi, kita perlu daftar juga.

1. Perlu isi satu borang lain untuk mendapatkan akses ke akaun semasa melalui Maybank2u.com.

2. Jika akaun itu berbentuk perkongsian, satu borang perlu diisi dengan senarai no. akaun bank yang boleh menerima transfer (wang) daripada akaun semasa. Bermaksud, no. akaun lain yang tidak didaftarkan tidak dapat menerima transfer daripada akaun semasa (jenis perkongsian) tersebut.

3. Satu surat ber-letterhead perniagaan/syarikat perlu dikepilkan bersama. Mereka berikan contoh format surat yang mereka mahukan. Surat ini adalah untuk akaun jenis akaun semasa jenis perkongsian sahaja. Perlu tandatangan kesemua rakan kongsi.

4. Akaun Maybank2u akan siap terus pada hari kita mengembalikan borang permohonan Maybank2u tersebut.

Segala maklumat di atas adalah setakat sedikit yang saya tahu. Selebihnya, anda boleh bertanya kepada pegawai yang bertugas untuk maklumat yang lebih tepat dan lengkap.

Incoming search terms:

  • contoh akaun perniagaan
  • contoh akaun syarikat
  • akaun semasa maybank
  • akaun semasa
  • buka akaun syarikat
  • akaun perniagaan
  • buka akaun semasa maybank
  • cara membuat akaun syarikat
  • cara buat akaun
  • cara membuat akaun perniagaan

Produktif

Segala perkara (aktiviti) yang dilakukan di Internet haruslah menghala sepenuhnya kepada hasil positif terhadap perniagaan.

Jika kita memasuki Facebook, sebaiknya apa yang kita lakukan di sana akan memberi kesan baik sama ada jangka pendek ataupun panjang terhadap bisnes.

Jika kita memasuki forum dan bersosial di sana, sebaiknya ia akan memberikan impak positif terhadap diri kita, bisnes dan jualan produk.

Dalam perniagaan, kita perlu pantas mendapat hasil. Mungkin benar kata pepatah “biar lambat asalkan selamat”. Tetapi ia benar dalam sesuatu hal sahaja. Sebaliknya dalam dunia pada masa kini yang serba pantas, siapa lambat biasanya akan ketinggalan.

Namun tidak bermaksud kita perlu gelisah dan tertekan. Maksudnya adalah kita perlu produktif. Apa sahaja yang kita lakukan seboleh mungkin akan memberi manfaat dan hasil kepada perniagaan kita. Sebaliknya bukan membuang masa dan melakukan sesuatu yang langsung tidak berguna. Umpama memakan “jajan” yang langsung tiada zat, tetapi hanya rasa sedap di lidah sahaja.

Selepas ini, senaraikan perkara utama yang perlu dibuat pada setiap hari, seminggu dan sebulan, dan senaraikan juga perkara yang jangan dibuat. Baca, rujuk dan buat pada setiap hari agar diri kita semakin produktif. Jika kita mendisiplinkan diri melakukan perkara produktif sekurang-kurangnya 28 hari, selepas itu ia akan menjadi rutin yang terbiasa (habit).

ps. Tiada lagi masa untuk dibazirkan.

Sertai FB Page SmartUsaha: http://www.facebook.com/smartusaha

Incoming search terms:

  • pengurusan masa dalam perniagaan
  • ceramah pengurusan masa dalam tugasan
  • kajian pengurusan masa
  • artikel pemasaran untuk pengurus mengurus dalam perniagaan
  • manfaat pengurusan masa
  • objektif kajian pengurusan masa
  • orang yang rajin amat menjaga masa
  • pegurusan masa
  • pengurusan internet
  • pengurusan masa
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)