Panduan Buat Duit Dengan Google Adsense

Ramai yang mahu belajar mengenai Google Adsense. Dan tak kurang juga ada mereka yang bertanyakan saya mengenai program ini. Padahal saya bukanlah orang yang sesuai untuk mereka bertanya mengenai Adsense kerana ia bukan bidang saya.

Namun, untuk tidak mengecewakan mereka atau anda yang berminat, anda boleh dapatkan panduan percuma bagaimana memulakan program buat duit dengan Adsense ini.

Untuk mendapatkan panduan asas Adsense tersebut, anda boleh ke laman web berikut:

http://www.RMSense.com

Bagi anda yang serius untuk buat duit dengan Adsense ini, sahabat saya Munawwar dari Jana-Wang-Adsense.com akan melancarkan Ebook Jana Wang Adsense (JWA) versi 2.0 pada hari Selasa ini, 27hb Mei 08. Kata beliau kepada saya, untuk versi kali ini, mungkin jualan akan diterhadkan seperti yang dilakukan pada versi sebelum ini.

Saya telah pun membaca, bahkan mengaplikasikan ebook JWA versi 1.1 sebelum ini. Ada beberapa perkara menarik yang disentuh di dalam panduan tersebut seperti mengenai keyword density. Ada ‘trik dalaman’ yang didedahkan.

Jika berkesempatan, saya akan buat ulasan mengenai ebook JWA ini nanti.

Cuma pesanan saya, jangan terlepas dengan versi JWA 2.0 ini kerana ramai mereka dan sedang tertunggu-tunggu yang tak sabar-sabar dengan pelancaran ebook ini. 😉

Apa pun, dapatkan dahulu panduan percuma Google Adsense di http://www.RMSense.com sekarang untuk pelajari asas Google Adsense.

Semoga bermanfaat.

Percuma: Ebook Bernilai RM30.00

Saya mahu komen anda mengenai imej (screenshot) di bawah:

pendapatan di internet

pendapatan internet

Sesiapa yang dapat meneka secara tepat jawapannya (tak kisah berapa orang), anda akan diberikan Ebook Panduan Mudah FTP secara percuma yang bernilai RM30.00. Berikan pendapat anda di bahagian komen ‘post’ ini. Tarikh tamat untuk anda membuat tekaan ialah sehingga jam 12.00 t/hari esok, Khamis, 17/1/2008.

Klu: Baca artikel-artikel saya yang lepas di blog ini.

Terkini*Ok. Mungkin ada yang kurang jelas apa yang saya mahukan. ‘Soalan’ kepada teka-teki ini ialah, apa pendapat anda terhadap imej di atas? Teka je lah apa pun berdasarkan kepada apa yang anda rasa. Klu pun saya dah bagi. 🙂 Saya tak boleh bagi soalan terlalu spesifik, nanti mudah untuk anda teka. Jadi, lihat imej di atas dan bagi pendapat anda.

**Pernah tak main ‘game’ teka gambar yang mana si pelukis tidak boleh bersuara dan kawan-kawan kumpulannya meneka? Haa, lebih kurang begitulah ‘permainan’ di Post ini.

Selamat mencuba. 😀

Terkini: Peluang untuk anda meneka sudah tamat. Saya akan beritahu jawapannya nanti beserta dengan senarai mereka yang meneka dengan betul. Terima kasih semua.

Buat Duit Sehingga RM45 Untuk Satu Jualan

Apa khabar para pembaca semua.

Sejak Rabu lepas, saya tidak menulis sehinggalah ke hari Sabtu. Kalau anda cuti, saya pun cuti juga lah. 😉 Namun sebenarnya, saya tidak menulis kerana menumpukan sepenuhnya kepada kerja-kerja yang perlu disiapkan. Ada beberapa projek lagi yang saya perlu siapkan sebelum masuk tahun 2008.

Baik, kita lupakan pasal cuti dan tahun 2008 tersebut. Kita bincang lain kali. Pada hari ini, setelah bertungkus-lumus menyiapkan sistem affiliate dan lain-lain perkara secara seorang diri, akhirnya siap juga walaupun tidaklah selengkap mana.

Mungkin belum ada yang tahu bahawa saya telah upkan sebuah laman web produk iaitu Panduan TeknikNiche di http://www.pasaranlumayan.com. Saya belum melakukan apa-apa promosi secara ‘agresif’ lagi untuk produk ini.

perniagaan internet teknik niche

Jadi pada hari ini, saya ingin membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi “rakan jv” kepada SmartUsaha.com dan menjana komisen sekurang-kurangnya RM25 untuk satu jualan bagi produk di pasaranlumayan.com.

Komisen Produk Panduan TeknikNiche

  1. RM25.00 untuk satu jualan bagi harga RM50.00
  2. RM35.00 untuk pakej RM70.00
  3. RM45.00 untuk pakej terhad RM95.00

Untuk mendapat komisen RM45.00 itu, anda usahalah menggalakkan prospek anda membeli pakej terhad RM95.00 itu. Pakej berharga RM95.00 itu hanya dibuka kepada 67 orang sahaja. Apabila cukup bilangan tersebut, saya akan tutup pakej itu serta-merta.

Daftar Sekarang

Jika anda berminat untuk menjadi rakan JV kepada SmartUsaha.com, sila lakukan dua langkah mudah berikut:

1. Daftarkan diri anda ke dalam senarai Rakan JV SmartUsaha.com di sini:

http://smartusaha.com/rakanjv

Pendaftaran ini amat digalakkan agar mudah untuk saya mengumumkan apa-apa berita dan informasi kepada anda, di samping berkongsikan tip dan panduan program affiliate. Saya akan siapkan panduan-panduan berkaitan dan akan emelkan terus kepada anda. Jadi, sila daftarkan diri anda.

Selain itu, dengan menjadi Rakan JV Affiliate SmartUsaha.com, anda akan diberikan keutamaan untuk menyertai apa-apa program affiliate bagi produk-produk yang dikeluarkan oleh SmartUsaha.com dari semasa ke semasa.

2. Kemudian, sila daftarkan diri anda untuk program affiliate PasaranLumayan.com di sini:

http://www.pasaranlumayan.com/pro

Selepas mendaftar, anda boleh terus login dan dapatkan ‘tools’ yang telah disediakan. Buat masa ini, hanya banner sahaja yang disediakan. Lain-lain ‘tools’ akan saya sediakan nanti.

Kira-Kira Komisen

Baik. Mari kita kira berapakah komisen (pendapatan) yang akan anda dapat. Andaikata anda berjaya mempromosikan kepada 3 orang dan mereka masing-masing membeli pakej RM50, Pakej RM70 dan Pakej RM95, ini yang akan anda dapat:

Buat Duit Di Internet: Tanpa Sebarang Modal!

Itu hanya kiraan, namun segalanya bergantung kepada cara anda mempromosi. Kena caranya, banyaklah dapat komisen. 🙂

Pembayaran Komisen

Pembayaran komisen anda akan di lakukan pada 16hb setiap bulan terus ke akaun bank anda. Pastikan anda isi maklumat akaun bank semasa pendaftaran.

Pertandingan

Mana-mana agen (affiliate) yang berjaya membawa 5 pembeli (lima jualan) ke atas kepada mana-mana pakej tersebut, saya akan berikan bonus sebanyak RM25.00. Dan jika membuat 10 jualan ke atas, saya akan berikan bonus RM50.00.

Selain itu, untuk sehingga 15hb Januari 2008 ini, mana-mana affiliates (rakan JV) yang membawa paling ramai pembeli akan diberikan satu hadiah misteri oleh saya. Saya tidak mahu beritahu apakah hadiah tersebut. Yang pasti, ia amat bernilai.

Jadi, anda ada masa lebih kurang 3 minggu bermula hari ini bagi melakukan promosi untuk produk ini sehinggalah sebelum tarikh pembayaran komisen.

Akhir kata, daftar pada hari ini juga dan mulakan promosi anda secepat mungkin.

Selamat mencuba.

Ingin Menghubungi Saya?

Terdapat beberapa cara untuk anda menghubungi saya. Namun cara yang amat saya galakkan ialah gunakan Support Desk di sini:

http://malaysiasoho.com/support

Harap maklum.

p.s: Peringatan penting kepada para affiliates, JANGAN lakukan SPAM. Kalau saya dapati anda buat SPAM, akaun affiliate anda akan diterminate tanpa apa-apa amaran pun.

Menambah Duit Dengan ‘Menaip’ Melalui Internet

Salam sejahtera.

Terdapat banyak cara yang sah dan betul untuk membuat duit di internet. Cuma sahaja ramai yang tidak tahu apakah cara-cara tersebut.

Biar saya bongkarkan satu rahsia yang tidak ramai mengetahuinya.

Kebanyakan daripada kita menganggap bahawa perlu menaip sebuah buku yang beratus muka surat barulah boleh menulis sebuah buku. Ini sebenarnya pemahaman yang amat karut.

Tahukah anda, sebuah buku yang sekitar 50 mukasurat sahaja dijual lebih mahal daripada buku yang beratus mukasurat?

Apakah beza kedua buah buku yang mahal dan murah ini? Hanya satu sahaja jawapannya:

Kesan yang diperolehi oleh pembaca

Ya, jika pembaca buku anda adalah orang bermasalah, tetapi selepas membaca buku anda yang hebat, mereka akan berubah menjadi seorang yang berjaya.

Jika pembaca buku anda seorang yang miskin, tapi mereka akan bebas daripada kemelut kewangan selepas membaca buku anda itu.

Persoalannya, perlukah anda menulis buku? Jawapannya Ya dan juga Tidak. Namun saya tidak mahu anda pening-pening untuk persoalan perlu atau tidak ini kerana saya akan beritahu satu cara yang sentiasa ‘hot’ di Internet iaitu Ebook.

Ebook adalah produk informasi. Anda boleh tulis (taip) apa sahaja yang boleh menyelesaikan masalah-masalah orang ramai. Jika ramai yang mahu duit cepat, anda tulislah ebook yang menerangkan langkah demi langkah bagaimana menghasilkan wang yang cepat, tetapi melalui cara yang halal dan sah di sisi undang-undang.

Tidak perlu ratusan mukasurat, tetapi cukuplah dalam sekitar 10 hingga 50 mukasurat sahaja. Sebelum saya menulis artikel ini, saya baru saya lepas membeli sebuah Ebook bernilai usd7.00 yang hanya setebal 13 mukasurat sahaja. Dan penulis ebook itu telah menghasilkan ratusan USD seminggu dengan menjual ebook-ebook yang mudah.

Saya tidak kecewa dengan ebook setebal itu, bahkan penulis ebook itu sudah memberitahu awal-awal bahawa ebooknya hanya setebal itu. Tapi, kenapa saya dan ratusan yang lain tetap membelinya?

Jawapannya mudah, kandungannya unik, dia banyak tahu mengenai topik itu dan yang pasti, ebooknya itu dapat memberikan manfaat besar kepada pembaca.

Harga tidak menjadi masalah bagi pembeli. Yang penting di sini ialah, apa yang mereka (pembaca) akan dapat selepas membaca/merujuk ebook anda itu seperti yang saya katakan di awal artikel ini.

Saya sendiri pun menjana 4 angka sebulan (lebih RM1000) dengan menjual Ebook di Internet. Orang sekarang mahukan informasi yang dapat menambah-baikkan hidup mereka. Janji mereka senang, masalah mereka selesai, maka harga bukan lagi menjadi masalah.

Jumpa lagi di lain masa.

==================================================
Mahu menulis Ebook? Dapatkan panduan langkah demi llangkah
bagaimana menulis dan menjual Ebook anda sendiridan mula
membuat duit di internet TANPA perlu berhadapan dengan pembeli!
Klik di sini untuk mendapatkan panduan ini.
=================================================

ps. Banyak cara untuk membuat duit melalui dengan ‘menaip’ dan salah satunya ialah menaip ebook anda sendiri dan menjualnya. 🙂

pps. JANGAN terpedaya dengan janji-janji manis penipu yang meminta anda membayar untuk bekerja sebagai jurutaip dengan mereka. Ia langsung tidak wujud! Hakikatnya, anda akan disuruh menjual benda yang sama iaitu panduan buat duit dengan menaip.

Nah, anda bukan bekerja dengan mereka, tetapi disuruh menjual! Saya tidak menipu akan hal ini kerana saya telah berkali-kali ditipu. Tulislah ebook sendiri dan simpan 100% keuntungan.

Adakah Ada Iklan Adsense untuk web anda?

Post kali ni mengajak anda semua menggunakan satu tools percuma, iaitu Adsense Toolbox. Tools ini digunakan untuk melihat iklan sepertimana yang akan keluar di web anda berdasarkan kandungan atau keyword web anda.

Langkah menggunakannya cukup mudah, cuma masukkan URL website anda di box di bawah ini dan tekan ENTER:

View AdSense Ads For:

Brought to you by Digital Point Solutions

Oh ya, dah download ebook percuma Raja Adsense? Jika belum, sila download di sini:

http://smartusaha.com/download/RajaAdsense.zip – sila klik kanan, save as file..