Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Fiverr : Buat duit USD $5.00 dengan cara mudah

Jika anda inginkan pendapatan sampingan dengan cara yang mudah, Fiverr.com adalah salah satu tempat yang boleh anda cuba. Caranya mudah, iaitu sediakan apa sahaja servis yang simple dan caj ia sebanyak $5.00 USD. Bayaran untuk anda akan dilakukan oleh pihak Fiverr melalui Paypal.

Di sana, pelbagai servis yang pelik dan unik ditawarkan dengan harga tersebut. Contohnya:

  • “Saya akan tolong nyanyikan lagu melalui telefon sampai anda tidur.”
  • “Saya akan lukis gambar bos anda dengan gaya yang kelakar.”
  • “Saya akan tulis apa sahaja di kaki saya untuk anda.”
  • “Saya akan bantu anda membuat keputusan perkara yang sukar.”

Nampak pelik servis-servis itu, namun ada orang yang mahu membayar untuknya. Terserah kepada anda, yang penting servis tersebut tidak salah di sisi agama, undang-undang dan akhlak. ;)

duit-fiverr

duit-fiverr2

Bagaimana cara untuk buat duit di Fiverr? Klik di sini untuk panduan langkah demi langkah.

Incoming search terms:

  • buat duit 2012
  • teknik mudah di fiverr

Cek komisen $63.16 dollar USD

Sekadar perkongsian. Mungkin bermanfaat untuk para pembaca sekalian apabila mendapat cek pertama dari luar negara.

Baru-baru ini, saya telah masukkan (deposit) sekeping cek komisen affiliate Getresponse di bank Maybank pada 21 Disember 2011. Tarikh cek itu ditunaikan (duit dimasukkan ke akaun) adalah pada 25 Januari 2012.

cek-getresponse-affiliate

Kesimpulan:

  • Masa yang diambil untuk cek luar negara ditunaikan melalui bank Maybank adalah selama 1 bulan.
  • Caj yang dikenakan adalah lebih kurang RM50+-.
  • Cek luar negara boleh ditunaikan melalui dua cara: (1) Melalui kaunter (guna borang deposit cek). (2) Mesin deposit cek segera / Fast Cheque Deposit (dimasukkan dengan sampul borang deposit). Borang ini boleh diminta daripada staf yang bertugas di kaunter penyambut tetamu.
  • Pastikan maklumat yang diisi pada borang adalah betul dan tepat seperti no. akaun bank, nama penuh dan maklumat cek (bank, no. cek, tempat dan jumlah dalam USD).
  • Pada belakang cek, catatkan no. telefon dan juga no. akaun bank. Jika ada sebarang perkara, pihak bank akan hubungi anda melalui telefon.
  • Anda boleh tunaikan cek di mana-mana bank yang anda ada akaun simpanan bersama mereka. Tidak semestinya Maybank.

.

Info tambahan – Beberapa income yang saya pernah perolehi dari pasaran luar selain affiliate Getresponse adalah:

.


Incoming search terms:

  • belian cek luar maybank
  • belian cek luar
  • panduan ke luar negara
  • panduan host gator
  • jus buahan
  • deposit cek google
  • contoh ayat iklan promosi
  • cara tunaikan cek maybank
  • cara deposit ke bank luar negara
  • buat duit tanpa modal dengan email 2012

Top Affiliate NetKL 2011

Alhamdulillah, untuk tahun 2011, saya telah ‘dinobatkan’ sebagai top affiliate bagi pertandingan affiliate oleh pihak NetKL Network (syarikat hosting). Boleh dikatakan, setiap bulan saya sentiasa mendapat komisen daripada program affiliate ini. Apakah rahsia atau strateginya? Saya telah lama kongsikan rahsia itu di sini.

program affiliate netkl smartzul

Pendapatan affiliate seperti di atas adalah menggunakan cara pasif dan halus. Cara yang saya guna tidak semestinya untuk program affiliate seperti di atas sahaja, tetapi untuk produk-produk tertentu juga. Saya ada nyatakan dalam ebook Teknik Mudah Affiliate.

Nota: Saya telah membawa lebih daripada 600 orang pelanggan kepada NetKL.

.

Incoming search terms:

  • wordpress jana duit tanpa jual

Tiga cara utama meraih pendapatan melalui Internet [Formula RM3000 sebulan]

Secara asasnya, terdapat tiga cara para usahawan Internet memperolehi pendapatan melalui Internet, iaitu:

  1. Berdasarkan projek
  2. Berdasarkan jualan harian
  3. Pendapatan pasif

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • contoh buat akaun perniagaan ringkas
  • pendapatan melalui internet
  • perniagaan tahun2012
  • meraih pendapatan
  • benarkah bisnes online
  • cara untuk mendapatkan rm 3000 sehari
  • cara pendapatan melalui internet
  • jualan melalui internet
  • cara mendapatkan pendapatan melalui internet
  • cadangan untuk internet

Nak jual apa di Internet?

Salah satu persoalan popular dalam bidang perniagaan internet adalah “nak jual apa?” Soalan ini sentiasa bermain dalam minda dan fikiran usahawan online sama ada yang baru ataupun lama.

Secara asasnya, terdapat tiga cara untuk kita menentukan barangan ataupun produk untuk dijual di Internet:

  1. Melakukan kajian pasaran (market research). Biasanya ia dilakukan dengan menggunakan perisian kajian kata kunci (keyword research). Paling kurang, kita boleh membuat kajian melalui soal selidik dan mengkaji di forum online.
  2. Menjual produk yang ramai orang jual dan ia terus menerus dijual. Ia adalah produk jenis yang sentiasa ada permintaan ataupun ‘hot’ pada masa tertentu. Apabila kita melihat ramai orang menjual sesuatu dan ramai yang membelinya, maka itu petanda produk itu mempunyai potensi untuk dijual. Tidak timbul soal persaingan di sini kerana kita perlu lakukan sesuatu yang unik, tawaran yang bebaloi dan pemasaran yang agresif untuk menarik pembeli.
  3. Inovasi. Cipta produk baru. Namun kaedah ini mempunyai risiko kerana tidak semua produk baru yang bagus bagi kita, bermaksud bagus juga bagi orang lain. Contoh produk inovasi adalah seperti iPhone dan iPad. Tidak salah mencuba kaedah ini kerana yang penting adalah pastikan dahulu produk itu ada potensi untuk terjual.

Kesimpulan

Bagi peniaga-peniaga kecil, utamakan kaedah pertama dan kedua kerana risikonya adalah rendah. Jika anda pening kepala, gunakan saja kaedah kedua kerana ia cepat dan tidak perlu lakukan kajian pasaran yang mendalam.

Untuk kaedah kedua, lihat iklan-iklan yang dilakukan sama ada iklan Adwords, banner, di Facebook, emel dan sebagainya. Jika ramai orang yang menjualnya, bermaksud ia mempunyai potensi yang besar. Kemudian, lakukan kaedah pemasaran yang lebih baik daripada pihak lain agar kita mempunyai perbezaan.

Dunia perniagaan online begitu mudah untuk dilaksanakan, termasuklah mendapatkan idea ‘nak jual apa’. Dengan hanya perlu online melalui talian Internet dan kita boleh melakukan sedikit kajian dan melihat apakah produk-produk yang sedang laris dijual. Atau, kita membuat kajian mengenai pasaran yang boleh kita terokai dengan menggunakan perisian-perisian online yang percuma ataupun yang berbayar.

Walau bagaimanapun, perkara yang paling penting adalah menjual produk yang ramai orang perlu dan mahu beli (ada permintaan), bukannya apa yang kita hendak jual semata-mata.

Artikel lain: Produk terbaik untuk dijual di Internet.

.

Incoming search terms:

  • nak jual
  • APAKAH BARANGAN YANG UNTUK DI JUAL
  • perbezaan antara pasaran antarbangsa dan pasaran tempatan
  • jual internetr
  • maybank2u untuk bayaran p1wimax
  • conversion rate smartusaha
  • idea jual online
  • idea produk laris 2012
  • menjual di internet
  • apa barang yang perlu dijual di internet

16 Cara Buat Duit Dengan Menulis di Internet

Bagaimana menampung kehidupan dengan hanya menulis di Internet? Fokus utama perniagaan saya adalah penulisan, sejak 6 tahun yang lepas. Saya amat komited dengan kerjaya dan bisnes penulisan. Ia mempunyai potensi yang begitu besar dan bertahan lama.

Ada beberapa bentuk ataupun cara penghasilan pendapatan melalui penulisan online:

1. Menulis ebook dan orang beli.

2. Menulis artikel disertakan dengan link affiliate.

3. Menulis artikel di blog, dan dijemput menjadi penceramah.

4. Menulis artikel di blog dan laman sosial, kemudian mendapat ramai pembaca setia. Mereka bantu sebarkan informasi produk kita. Rakan-rakan mereka membeli produk kita.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • buat duit dengan blog
  • cara buat duit dengan blog
  • cara buat duit dengan internet
  • cara buat duit
  • buat duit dengan menulis
  • cara buat duit di internet
  • tulis artikel dapat duit
  • buat duit dengan internet
  • buat duit internet pdf
  • buat duit melalui blog

Tip Menjadi Penulis Ebook Tegar

Penulis ebook dalam topik ini adalah mereka yang menulis dan menjual karya (hasil kerja) mereka.

Penulis ebook tegar adalah mereka yang:

  • Sentiasa menulis ebook. Fokus.
  • Meraih hasil yang berterusan.

Tidak ada formula yang terbaik untuk menjadi penulis ebook yang terbaik (bagi diri sendiri). Jika ditanya kepada saya, apakah formula mudah, maka saya nyatakan seperti berikut:

  • Belajar cara menulis
  • Belajar cara menulis
  • Belajar cara menulis
  • Belajar cara menulis
  • Banyakkan membaca
  • Banyakkan membaca
  • Banyakkan membaca
  • Banyakkan membaca
  • Banyakkan membaca
  • Tulis
  • Tulis
  • Tulis
  • Tulis
  • Tulis
  • Tulis
  • Tulis
  • Tulis
  • Tulis
  • Tulis
  • Tulis
  • Tulis
  • Tulis
  • dan terus menulis….

Sebagai penulis ebook, kita perlu menulis dan terus menulis agar bakat dan kebolehan yang dimiliki, tidak disia-siakan. Selain itu, kita juga perlu sentiasa terus belajar sedikit demi sedikit, menambah ilmu di dada bagaimana menulis dengan baik.

Sewajarnya, dengan kecanggihan teknologi sekarang seperti komputer, internet dan perisian ebook (seperti PDF), itu semua mampu membantu kita untuk menghasilkan karya demi karya dengan lebih kerap dan pantas.

Keperluan seorang penulis adalah:

  • Bahan bacaan dan rujukan sama ada buku, artikel, blog, ebook, majalah dan sebagainya. Penulis perlu sentiasa banyak membaca terutama topik (bidang) fokus. Membaca mempunyai dua kelebihan utama: (1) Menambah kosa kata ke dalam memori kita. (2) Menambah pengetahuan (input).
  • Ilmu, teknik dan kemahiran penulisan. Perlu belajar sama ada membaca buku dan menyertai kursus.

Nota tambahan:

1. Anda kini mampu menjadi penulis ebook sepenuh masa, di mana anda hanya perlu menyiapkan karya dan serahkan ia kepada penerbit ebook seperti EducatticMind untuk diuruskan sehingga ia diterbitkan.

2. Menulis ada dua cara: Dengan menggunakan pen dan kertas, dan juga komputer. ;)

3. Ebook yang ditulis juga boleh diberikan secara percuma kepada pembaca. Satu, ia sebagai usaha perkongsian tanpa caj. Kedua, ia adalah promosi tidak langsung kepada penulis.

.

Incoming search terms:

  • contoh resolusi buka akaun bank
  • bukak akauan syarikat di may bank
  • bagaimana menulis pantas
  • resolusi buka akaun syarikat
  • resolusi buka akaun bank
  • perlu penulis melayu article internet
  • penulis e book
  • penggunaan ebook malaysia
  • menjadi penulis blog
  • kelebihan menjadi penulis
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)