Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Mutiara Motivasi Untuk Blogger & Usahawan Internet

1. Tiada hanya satu definisi kejayaan. Ada orang kata, blog yang paling banyak mendapat komen, itulah blog terbaik. Dan ada yang kata, kandungan yang baik dan dibaca ramai, walau tidak mendapat banyak komen, itu juga terbaik. Jadi, mana satu yang terbaik? Saranan saya, ciptalah definisi sendiri dan berpegang kuat padanya.

2. Kejayaan itu tidak semestinya dipamerkan atau dibuktikan dengan hidup yang mewah. Ada yang pilih jalan sederhana dan ada yang pilih jalan mewah. Pilih yang mana satu. Kita, perlu menghormati pilihan orang lain seperti mana orang lain menghormati pilihan kita.

3. Kita perlu ada prinsip yang kuat. Maka, tidak perlu risaukan ‘undang-undang’ ciptaan manusia yang tidak bertanggungjawab seperti menghendaki kita melakukan itu dan ini yang tidak perlu kita ikut dan buat.

4. Kita tidak boleh memuaskan hati semua orang, tetapi kita juga perlu tahu, kita tidak selalu dapat memuaskan hati kita sendiri. Kata kunci di sini adalah toleransi, bertolak ansur dan menghormati cara dan prinsip orang lain. Namun hakikatnya, menjaga hati diri sendiri dahulu adalah lebih penting. Mengapa? Kerana siapa lagi yang boleh memahami dan menjaga hati kita melainkan diri kita sendiri.

5. Rezeki itu turun naik. Ada masa banyak, ada masa menurun. Ini adalah ketentuanNya yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kita perlu redha, namun perlu tetap berusaha kuat, tidak boleh selesa dengan hasil dan keadaan semasa.

6. Komen-komen dan kritikan negatif daripada manusia yang tidak mendedahkan diri mereka sebenar dan juga disampaikan dalam bahasa yang tidak beradab, adalah komen yang tiada nilai sama ada di sisi ALLAH atau di sisi mana-mana makhluk. Ia terlalu hina untuk manusia yang berakal waras. Jadi tidak perlu sakit hati atau kecewa dengan perkara yang tiada nilai.

7. Kita sebagai blogger atau usahawan internet perlu mempunyai prinsip, cara, model perniagaan, strategi dan perancangan sendiri. Maka kita perlu berpegang teguh padanya dan dalam masa yang sama menghormati cara dan pilihan orang lain.

8. Bersahabatlah dengan mereka yang sama usaha dengan kita agar kita sentiasa bersemangat dan bermotivasi. Tidak cukup bersahabat melalui Online seperti Facebook, tetapi keluarlah berjumpa untuk saling memberi semangat di antara satu sama lain.

9. Manusia yang dengki dengan kejayaan kita sentiasa ada. Kita tidak dapat lakukan apa-apa terhadap mereka. Cuma, kita masih ada senjata yang kuat, iaitu DOA. Kita perlu terus berusaha kerana hidup kita adalah tanggungjawab kita.

10. Kritikan adalah baik. Namun jika kritikan itu terlalu menyeksa jiwa dan hati, abaikan sahaja kritikan itu. Kita boleh memilih sama ada untuk menerimanya atau tidak, memikirkannya atau tidak. Tiada salah atau betul di sini, malah tiada hukum atau undang-undang yang mewajibkan kita menerima mana-mana kritikan. Melainkan kita jelas salah di sisi Agama. Abaikan manusia yang mahu mencipta peraturan hidup untuk kita.

11. Jangan takut melakukan sesuatu. Kita tidak akan tahu hasilnya selagi kita tidak melakukannya. Jika berjaya, teruskan lagi usaha. Jika gagal, kita juga belajar sesuatu yang baik iaitu perkara yang perlu dielakkan.

12. Jangan membazir masa dan tenaga kepada perkara-perkara yang tidak produktif. Termasuklah meluangkan masa untuk berdebat dengan pengkritik-pengkritik yang hanya mahu melihat kita jatuh. Fokuskan tenaga kita kepada usaha yang sedang dilakukan. Ucapkan terima kasih kepada mereka dan kemudian abaikan mereka (tidak perlu berdebat/berdiskusi apa-apa).

13. Bercuti. Hidup perlu seimbang. Blogger dan usahawan internet biasanya melakukan kerja di hadapan komputer. Ia nampak mudah, tetapi memenatkan juga sebenarnya, terutama mata. Jadi, luangkan juga masa untuk bercuti. Paling kurang, bersiar-siar ke tempat yang menenangkan jiwa dan mata.

14. Tidak perlu pakar semua perkara. Dalam Internet Marketing atau Blogging, ada banyak teknik dan kaedah. Jadi kalau ada orang kata kita tidak pakar dalam satu-satu perkara, hakikatnya kita pandai dalam bab yang lain. Mereka juga sama. Mereka tidak tahu semua. Jadi tidak perlu gundah gulana atau kalut memikirkan kita perlu tahu semua perkara. Tip di sini: Belajar dengan mereka yang tahu dan berkongsi apa yang kita tahu.

Kesimpulan

Hidup bersandarkan definisi orang lain hanya menyeksa diri melainkan ia sesuai untuk kita. Ciptalah definisi kejayaan dan hidup kita sendiri. Yang penting, ia berlandaskan Agama dan budi pekerti seorang manusia.

Hidup, tiada hanya satu jalan. Pilihlah jalan kita, dan laluilah ia dengan penuh ketenangan. Tiada apa-apa yang perlu dikejar, ditandingi atau yang perlu dilawan. Biarlah mereka yang lain berlawanan satu sama lain. Kita tidak perlu, kerana kita tahu, apa yang kita mahu. Dan kita tahu, ke mana hala tuju dan destinasi kita.

Sekian.

Incoming search terms:

  • mutiara kata perniagaan
  • kata-kata motivasi usahawan
  • mutiara kata usahawan
  • kata-kata motivasi perniagaan
  • kata motivasi perniagaan
  • mutiara kata berniaga
  • kata-kata motivasi dalam perniagaan
  • kata-kata usahawan
  • kata kata mutiara berkaitan perniagaan
  • motivasi untuk usahawan

Betulkah Newbie Tidak Hebat?

Baru-baru ini, saya ada menulis satu artikel bertajuk “Aku Bukan Newbie” yang dikhaskan kepada mereka yang melabelkan diri sebagai newbie. Pada asasnya, tidak salah pun mahu menggunakan istilah tersebut sebagai memudahkan penerangan… Tetapi, sampai bila mahu berpangkat newbie?

Di dalam artikel itu, saya senaraikan lebih kurang 15 keburukan meletak diri sebagai newbie. Antaranya, diri akan terus menerus dipergunakan oleh ‘otai’ yang amat suka mengambil kesempatan. Ya, saya terkadang menggelengkan kepala melihat segolongan otai yang asyik mahu ‘membedal’ wang daripada para newbie, tidak kisah otai dari luar negara atau dalam negara…

Dari sudut minda atau psikologi, apabila kita meletak diri kita sebagai newbie, maka kita akan merasakan segala informasi adalah diperlukan. Segala jenis ebook atau produk dibeli kerana diri merasakan terlalu kerdil, amat tidak tahu dan segala macam perasaan. Inilah salah satu sebabnya, ramai yang mudah tertipu dan terus membeli dan terus membeli tanpa ada tindakan yang sepatutnya.

Dengan membuang jauh perlabelan newbie kepada diri, insyaAllah sedikit sebanyak diri kita akan dapat menapis dan menilai apa yang perlu dan apa yang tidak diperlukan. Malah tahap keyakinan diri akan meningkat naik kerana kita sedar, semua manusia adalah sama. Cuma yang berbeza hanyalah dari segi prestasi dan perhasilan sahaja.

Don’t be perfect. Just good enough.

Berbalik kepada tajuk artikel pada kali ini, benarkah seseorang newbie itu tidak hebat? Jawapannya adalah mereka amat hebat. Cuma sahaja kehebatan terpendam mereka itu tidak diasuh, tidak diasah, tidak dicungkil dan tidak dididik oleh seseorang yang mampu membimbing mereka mengeluarkan kehebatan mereka itu.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • jumlah pendapatan juruterbang

Tujuh Kaedah Mudah Menulis Artikel Untuk Blog

Bagaimanakah kita dapat menulis sesebuah artikel atau post di blog dengan cara yang mudah? Berikut adalah tujuh cara mudah untuk menulis artikel di blog:

1. Gunakan emel jawapan terhadap soalan yang ditanya kepada kita melalui emel.

2. Memberi pendapat terhadap tulisan di blog lain. Ini juga amat bagus untuk membuat ‘connection’ dengan blog dan juga blogger tersebut.

3. Lawati forum yang berkaitan dengan topik blog anda. Lihat apakah soalan-soalan yang ditanya di sana dan tulis satu artikel di blog yang berkaitan dengan persoalan tersebut (jawapan, saranan, pendapat..).

4. Lawat laman web artikel seperti ezinearticles.com dan masuk ke bahagian kategori yang sama dengan topik blog anda. Di sana banyak artikel yang boleh anda rujuk untuk mendapatkan idea penulisan.

5. Tulis artikel dalam bentuk senarai. Contohnya seperti 10 Perisian Yang Wajib Diguna Untuk Perniagaan Internet, Lima Langkah Memulakan Perniagaan Internet dan Tujuh Sebab Mengapa Gagal Dalam Bisnes. Apabila menulis dalam bentuk senarai, ia tidak perlu tulisan yang panjang. Jadi ini memudahkan penulisan kita. Sama seperti artikel yang sedang anda baca ini. :D

6. Senaraikan semula beberapa artikel terbaik yang pernah anda tulis di blog. Contoh yang saya lakukan seperti di sini: 13 Artikel Terbaik SmartUsaha.com.

7. Jika anda ada memberikan tip, pendapat, saranan atau berbentuk nota ringkas sama ada di forum atau di Facebook, kumpulkan beberapa daripadanya ke dalam satu post di blog.

Tip Bonus: Ambil sedikit kandungan daripada mana-mana bab buku/ebook berbayar dan letakkan di post blog. Di akhir artikel nyatakan untuk pembacaan sepenuhnya, sila beli buku atau ebook anda. :lol:

Kesimpulan

Apa pun, semuanya bergantung kepada kemahiran penulisan seseorang. Banyak mana idea pun, tapi kalau tidak biasa menulis susah juga. Tip di sini, tulis sahaja. Soal ayat yang tunggang langgang, itu biarkan dahulu. Lama-kelamaan rentak penulisan akan diperolehi, malah kita akan dapat menulis tanpa sebarang masalah.

Keduanya, belajarlah cara penulisan. Penulisan pun ada teknik-tekniknya. Jangan tiru gaya penulisan orang lain. Jadilah diri sendiri kerana setiap orang ada keunikan tersendiri.

ps. Jika mahukan pelbagai tip mengenai blog dan blogging, sila ke blog berikut:

http://bloggingsteps.com/tips/

Iklan: Mahu membina blog dot com sendiri sama ada untuk perniagaan atau peribadi? Dapatkan panduan membina blog dot com sendiri di sini.

Incoming search terms:

  • menulis mudah
  • artikel untuk blog
  • boleh ke artikel dari ezinearticle com diguna utk blog adsense
  • cara menulis report
  • cara penulisan report
  • idea untuk penulisan artikel

Setiap Sesuatu Memerlukan Proses

Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa seseorang yang membeli sesebuah panduan seperti ebook, masih tidak berjaya menjana pendapatan. Pelbagai jenis panduan model bisnes internet yang mereka cuba, tapi tidak juga menampakkan hasil. Agaknya mengapa? Ya, perlu fokus, ada matlamat dan sebagainya. Tapi ada lagi sebab yang lain selain itu..

Ada ebook yang menunjukkan cara untuk menjana pendapatan di Clickbank. Walaupun ebook tersebut amat bagus, tapi kebanyakan yang membelinya tidak berjaya menjana pendapatan walaupun satu sen.

Begitu juga dengan mana-mana model bisnes internet, Adsense, Ebay, buat duit dengan blog atau sebagainya, sama sahaja hasilnya iaitu tiada apa-apa. Mengapa ini berlaku?

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Pertemuan Bersama Rohaizad (Problogger)

Tanpa sebarang perancangan awal, saya dan saudara Rohaizad telah bertemu pada malam hari Selasa lepas. Pertemuan ini dilakukan selepas kami terserempak di sebuah supermarket semasa membeli baju raya dan kemudian melakukan ‘temujanji’ untuk bertemu di sebuah kedai makan di Kampung Melayu Majidee (Johor).

ijad

Maaf. Gambar kurang berkualiti. Beliau lebih hensem daripada gambar di atas.

aku-smartzul

Siapakah jejaka di sebelah beliau itu? :D (gambar ihsan rohaizad.com)

Katanya, kedai tersebut adalah tempat beliau berniaga dahulu yang mempunyai 1001 cerita pahit dan manis. InsyaAllah katanya beliau akan menghasilkan sebuah buku mengenai ceritanya dari dulu sehinggalah dirinya berjaya menjadi seorang problogger yang berpendapatan lumayan pada setiap bulan..

Berbalik kepada pertemuan kami, antara yang kami sempat bincangkan adalah:

1. Isu semasa Internet Marketing & Blogging di Malaysia.

2. Berkongsi idea dan hala tuju masing-masing dalam bisnes yang dilakukan.

3. Perkongsian serba sedikit pengalaman masing-masing.

4. Dan beberapa lagi perkara…

Perbincangan berlangsung tanpa sedar sehingga jam 2.30 pagi selama hampir empat jam lamanya. Ini adalah pertemuan kami yang pertama walaupun kami tinggal di kawasan perumahan yang sama. Saya sebenarnya baru pindah ke kawasan tersebut.

Tanpa juga disedari, kami masing-masing telah menghabiskan dua gelas air. Yang paling syok, Rohaizad telah membelanja saya dengan makanan western food (lamb chop dan chicken chop). Punyalah nak makan benda ni pada waktu berbuka puasa hari tu, tapi rupanya ada rezeki di sebelah malam. Ada orang nak belanja rupanya.

makan

Beliau telah ‘mendera’ saya untuk makan lamb chop dan chicken chop sekaligus. Huh..

Kesimpulan Mengenai Rohaizad

1. Peribadinya adalah jujur dan tidak suka berlapik kata (berkias). Beliau akan menegur secara ikhlas untuk kebaikan bersama.

2. Ada prinsip & pemikiran tersendiri.

3. Mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang blogging. Siapa sangka, beliau bukanlah berasal daripada bidang IT atau Internet, tapi boleh berjaya…

4. Sesiapa yang menjadi pelajarnya, sokongan beliau memang bagus. Rata-rata pelajarnya telah mendapat hasil daripada usaha blogging melainkan pelajarnya yang tidak berusaha apa yang perlu dilakukan.

5. Seorang yang berkarisma walaupun gayanya ‘simple’.

6. Mempunyai pemikiran yang matang dan jauh ke hadapan bukan sekadar dalam hal blogging, malah dalam soal hidup.

Layari blog beliau di www.rohaizad.com.

Atau boleh dapatkan temubual bersama beliau di laman web majalah IM.

Untuk membaca laporan beliau mengenai pertemuan kami, sila klik di sini.

Sekian laporan ringkas daripada saya.

ps. Saya juga ada buat sedikit review di blog saya satu lagi mengenai seminar beliau iaitu seminar Smart Blogging. Klik di sini untuk membacanya.

Incoming search terms:

  • perniagaan lamb chop

Apa Itu Program Affiliate?

Sudah lama saya tidak menulis mengenai program affiliate. Pada kali ini, kita kembali kepada asas. Tanpa menguasai asas, amat sukar untuk berjaya meraih hasil yang memuaskan. Maka sebab itulah ramai yang “kecundang” gara-gara melakukan teknik yang ‘advance’, tapi yang asas dipinggirkan.

Cara saya dalam perniagaan amat mudah iaitu “keep it simple”. Setelah menguasai yang asas, maka kita akan tahu apa yang perlu dibuat, malah daripada yang asas itu pun kita akan mendapat pelbagai idea yang kreatif.

Saya dapati kebanyakan orang yang tidak ke mana hasil usahanya adalah kerana perkara yang mudah dikomplekskan. Yang asas atau yang mudah, diletakkan pelbagai syarat sebelum melakukannya. Permudahkanlah sesuatu dan kita akan senang melakukannya tanpa sebarang halangan yang terlampau banyak.

Apa Itu Program Affiliate?

Program affiliate bermaksud kita sebagai agen (orang tengah) akan mempromosikan produk pihak lain (usahawan atau syarikat) dan akan mendapat bayaran (komisen) jika ada orang membeli produk tersebut melalui link affiliate kita.

AGEN (link affiliate) > PEMBELI > LAMAN WEB = KOMISEN

Sedikit istilah yang perlu difahami:

Affiliate Marketer – Juga dipanggil sebagai affiliates atau agen.

Affiliate Manager – Pemilik program affiliate. Dikenali juga sebagai Merchant.

Link Affiliate – Link unik khas untuk setiap affiliate marketer.

Komisen – Jumlah bayaran terhadap setiap jualan yang berjaya dihasilkan.

Sistem Affiliate – Perisian Online yang akan mengesan/menjejak (track) setiap aktiviti yang tertentu seperti klik, rekod jumlah komisen dan lain-lain lagi.

Contoh link affiliate adalah seperti berikut:

http://www.kuasaforum.com/index.php?ref=smartzul

Bahagian akhir yang saya warnakan dengan warna merah iaitu ref=smartzul adalah ID pengenalan diri kita agar Sistem Affiliate dapat mengenalpasti sebarang aktiviti yang berlaku melalui promosi seperti jumlah klik pada link dan juga jumlah jualan yang telah berjaya dilakukan.

Tanpa ID ini, maka sistem akan gagal untuk mengesan dan merekod sebarang data untuk anda. Jadi pastikan link affiliate yang anda gunakan adalah betul. Setiap link affiliate adalah unik di mana setiap orang mempunyai ID yang berbeza. Contohnya:

Ali: http://www.kuasaforum.com/index.php?ref=smartzul

Ahmad: http://www.kuasaforum.com/index.php?ref=ahmad

Abu: http://www.kuasaforum.com/index.php?ref=abu

Ali, Ahmad dan Abu mempunyai link affiliate masing-masing. Jadi, barulah sistem affiliate dapat mengesan siapakah ‘punca’ yang telah menghasilkan jualan yang berlaku. Jika produk itu dibeli melalui link Abu, maka Abu lah yang berhak mendapat komisen tersebut. Begitulah sebaliknya…

Bagaimana Sistem Affiliate Berfungsi?

Aliran asasnya adalah begini:

Link Affiliate Agen > PEMBELI > Laman Web Jualan > Sistem Rekod Jumlah Komisen

Penerangan:

Pembeli akan klik pada link affiliate agen. Apabila pembeli melakukan pembelian produk yang dipromosikan itu, maka sistem akan merekod jumlah komisen yang berhak agen dapat.

Contohnya satu produk berharga RM50.00 dan komisennya pula ditawarkan sebanyak RM25.00 (50%) untuk satu jualan. Jadi, jika ada 3 orang yang membeli produk itu melalui link affiliate anda (agen), anda akan mendapat RM75.00. Maknanya di sini, anda akan mendapat upah/komisen, apabila anda berjaya menjual produk yang dipromosikan tersebut.

Anda tidak perlu faham secara teknikal bagaimana sistem affiliate berfungsi. Tidak mudah untuk memahaminya terutama yang tidak biasa dengan istilah teknikal. Cukuplah dahulu anda memahami bagaimana aliran prosesnya, apa yang perlu dan juga bagaimana caranya sistem dapat mengenal-pasti sesuatu link affiliate itu milik siapa iaitu melalui ID yang unik. Faham asas ini pun sudah memadai.

Sistem Affiliate banyak jenis di Internet. Ada yang simple dan ada yang kompleks. NAMUN, semuanya melakukan fungsi asas yang sama sahaja iaitu merekod aktiviti bagi setiap link affiliate agen seperti di mana link itu dipromosikan, jumlah klik pada link dan juga merekod komisen jualan jika ada pembelian produk melalui link tersebut.

Contoh Paparan Pada Akaun Affiliate

Contoh jumlah komisen yang dihasilkan:

sales 

Contoh jumlah klik pada link affiliate:

click

Bagaimana Cara Untuk Dapatkan Link Affiliate?

Daftarkan diri anda pada mana-mana program affiliate. Untuk sertai program affiliate, satu cara yang amat mudah adalah anda ke forum WangCyber.com dan di sana ada banyak pengumuman mengenai program affiliate terkini.

Salah satu program affiliate milik saya adalah Program Affiliate Kuasa Forum:

http://www.kuasaforum.com/proaff/signup.php

Dan ada boleh membaca sedikit syarat-syarat asas program:

http://www.kuasaforum.com/proaff/

Daftarlah diri anda di sana dan sebaik sahaja login masuk, anda akan dipaparkan dengan link affiliate unik khas untuk anda seperti berikut:

 link-affiliate

Setelah mendapat link tersebut, promosikanlah dengan cara yang berkesan. Cara promosi ada banyak. Anda boleh dapatkan mana-mana panduan cara promosi. Sedikit nota di sini, mempromosikan produk orang lain ada sedikit perbezaan teknik berbanding dengan menjual produk sendiri.

Antara cara yang terbukti berkesan adalah dengan menawarkan bonus jika ada orang membeli melalui link affiliate anda dan juga melakukan ulasan yang jujur terhadap produk tersebut. Kedua-dua teknik ini diguna-pakai secara meluas oleh kebanyakan Affiliate Marketer.

Mungkin kita boleh berbincang lebih lanjut teknik promosi produk affiliate ini pada artikel yang akan datang. Atau anda boleh merujuk mana-mana artikel yang telah saya tulis sebelum ini terutama yang ini:

http://blog.smartusaha.com/teknik-pemasaran/2007/08/panduan-program-affiliate/

Pembayaran Komisen

Bayaran komisen bergantung kepada syarat Pengurus Program Affiliate. Biasanya ia dibayar sekali sebulan tanpa sebarang jumlah minima. Lain-lain syarat tambahan bergantung kepada mereka.

Penting: Pastikan anda menyertai program affiliate yang dipercayai dan masih aktif.

Kesimpulan

Penerangan yang saya lakukan ini sudah teramat asas. Namun saya rasakan ia pun sudah cukup memeningkan bagi mereka yang amat-amat baru dalam model perniagaan internet ini. Tip saya, baca berulang-ulang kali dan tanya jika tidak faham.

Kebanyakan panduan hanya menceritakan bagaimana melakukan promosi atau teknik yang keterhadapan, tetapi tidak menghurai secara jelas apa itu program affiliate secara mendasar. Padahal ia adalah lebih penting terutama untuk orang-orang yang baru ingin menjana pendapatan dengan program affiliate.

Mengetahui strategi adalah tidak mencukupi jika di dalam fikiran masih lagi tertanya-tanya “apakah yang aku lakukan ini?”. Keadaan ini akan menyebabkan kita tidak mempunyai tapak yang kukuh untuk terus melakukan model perniagaan yang amat menguntungkan ini. Jadi, bina tapak yang kukuh dahulu sebelum terus ke hadapan.

Pada artikel yang akan datang, kita akan berbincang pula mengenai bagaimana cara mempromosikan produk affiliate, teknik/strategi yang berkesan dan perkara-perkara yang lebih teknikal.

Sekian. Majulah program affiliate untuk negara. :lol:

Incoming search terms:

  • apa itu affiliate
  • apa itu program affiliate
  • apakah affiliate
  • apa itu affiliate marketing
  • apa itu affiliate program
  • apa itu sistem affiliate
  • program affiliate
  • apa affiliate
  • contoh rekod jualan
  • apa itu affiliate programs

Pakej Kit Blogger Versi 2.7!

Alhamdulillah, setelah bertungkus-lumus, akhirnya siap juga Pakej Kit Blogger versi 2.7.

Sebaik sahaja release WordPress 2.7, saya terus melakukan kemaskini ebook. Hampir 100 muka surat juga kemaskini tersebut! Bukan sahaja lebih 200 imej screenshot yang dilakukan dan dimasukkan ke dalam ebook, malah ayat-ayat di dalam ebook sekali lagi di’proof-read’!

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • duit affiliate niagakit
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)