KISS: Keep It Simple Smart
Tidak sukar untuk menjana pendapatan di Internet, tetapi dengan syarat tidak terlalu membebankan diri menemui ‘secret formula’. Ia tidak wujud.
Apa yang perlu kita lakukan hanyalah simple formula sahaja yang sehingga kini digunakan sendiri oleh kebanyakan affiliate marketer senior.
Model KISS adalah:
1. Ada squeeze page – tawarkan sesuatu secara percuma
2. Produk percuma – ebook dan lain-lain
3. Autoresponder – setkan ‘at least’ 7 siri emel berkaitan dengan niche untuk LIST yang dibina.
Itu sahaja yang diperlukan. Tidak perlu fikir yang lain-lain.
Jadi, apa yang perlu dilakukan sekarang?
1. Sudah tentu perlu beli autoresponder dan tahu menggunakannya. Aweber dan Getresponse adalah dua yang terbaik. Yang lain boleh juga.
2. Tentukan niche (topik) bagi setiap list kempen dalam autoresponder. Contoh: Kerjaya, kesihatan, kekeluargaan, internet marketing, bisnes dan sebagainya. Setiap niche perlu buat satu group kempen tersendiri.
3. Buat produk percuma seperti ebook, audio dan video.
4. Siapkan Squeeze Page untuk subscriber daftarkan nama dan emel. Satu squeeze page untuk satu niche kempen promosi (list). Pastikan ebook atau produk percuma diberikan terus selepas mereka mengesahkan pendaftaran. Tip: Dalam ebook itu boleh promosi satu atau dua produk affiliate yang terbaik.
5. Cari produk affiliate yang mendapat sambutan.
6. Setkan emel bersiri dan setiap emel selitkan juga info produk affiliate selepas tip-tip yang diberikan dalam emel tersebut. Setiap emel perlu dijarakkan masanya seperti 2 atau 3 hari bagi satu emel. Setiap emel tidak perlu terlalu panjang. Padatkan tetapi ia mempunyai nilai.
7. Promosikan squeeze page dengan pelbagai cara seperti forum, Facebook, advertorial, iklan, review, Youtube, viral marketing dan sebagainya. Lakukan promosi ini secara konsisten pada setiap hari. Ia hanya memerlukan tidak sampai 10 minit untuk setiap teknik promosi. Yang penting fokus.
8. Broadcast (hantar emel) kepada list (subscriber) jika ada produk lain terutama produk yang baru dilancarkan. Selain itu, hantar juga emel tip-tip lain dan berkongsi informasi tanpa sebarang promosi. Teruskan berhubungan dengan mereka, tetapi jangan terlalu kerap. Jarakkan masa di antara setiap emel.
Lain-lain:
1. Belajar cara penulisan yang baik iaitu ilmu copywriting. Ilmu ini boleh digunakan untuk penulisan emel, artikel, dan ayat iklan/tawaran (offer).
2. Belajar trik-trik affiliate marketing seperti tawaran bonus terhad.
3. Disebabkan autoresponder datang dengan fungsi unlimited (tanpa had), maka buat lebih daripada satu niche produk. Di pasaran Malaysia sekarang sudah begitu banyak produk dalam pelbagai niche.
4. Perhatikan cara affiliate marketer berjaya terutama emel yang mereka gunakan. Tetapi, sebaik-baiknya adalah perlu masukkan gaya kita tersendiri. Perlu ada keunikan.
5. Keep track. Lihat perkembangan dari masa ke semasa. Perbaiki mana yang dirasakan kurang sama ada pada squeeze page dan cara emel ditulis.
6. Tetapkan matlamat pendapatan affiliate. Contoh: RM1000 sebulan. Untuk dapat jumlah itu, berapa produk yang perlu dijual dan apakah cara promosinya. Selain bergantung pada emel berisiri automatik, kita juga mungkin perlu hantar emel broadcast.
Emel bersiri (follow up) akan dihantar secara automatik berdasarkan sela masa yang ditetapkan.
Emel broadcast kita hantar pada bila-bila masa secara manual, seperti mana kita send emel apabila perlu.
7. Wujudkan blog sama ada blog pasang sendiri ataupun blog percuma. Tulis artikel-artikel dan setiap artikel letakkan link ke squeeze page. Digalakkan setiap blog adalah khas mengenai satu niche topik sahaja. Boleh buat blog dengan menggunakan subfolder atau subdomain sahaja.
Kesimpulan:
1. Hanya perlukan tiga perkara sahaja iaitu Squeeze Page, produk percuma dan autoresponder.
2. Siapkan sahaja dahulu. Tidak perlu terlalu sempurna pada peringkat awal sebab kita boleh perbaiki dari masa ke semasa.
Bacaan lain wajib baca: Rahsia Perniagaan Internet Automatik
Komen Terkini