Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Laman Facebook (FB Page) dan FB Group milik SmartUsaha.com (smartzul)

Berikut adalah beberapa buah laman Facebook yang dikendalikan oleh pihak SmartUsaha.com:

1. MohdZulfadli-IM: http://facebook.com/MohdZulfadli.IM

2. SmartUsaha.com: http://facebook.com/smartusaha

3. MotivasiUsahawan.com

4. Kit Blogger & Konsultan Blog WordPress: http://facebook.com/KitBlogger

5. Panduan Paypal – DuitDigital.com: http://facebook.com/DuitDigital

FB Group:

1. Komuniti Usahawan Ebook Malaysia

2.  Sukses! Perniagaan & Pemasaran Internet

Lain-lain:

Youtube Channel: http://www.youtube.com/smartusaha

-

Incoming search terms:

  • promosi facebook
  • promosi barang dalam facebook
  • promosi di fb percuma
  • group dan page facebook untuk promosi barang
  • promosi dengan facebook
  • pemasaran youtube
  • teknik promosi fanpage facebook
  • strategi promosi facebook
  • promosi barangan di facebook
  • promosi barang di facebook

Hak Jualan Pakej Kit Blogger v3

Saya sedang dalam usaha menyiapkan Pakej Kit Blogger versi 3. Seperti biasa, kemaskini adalah lebih menumpu kepada kandungan utama pakej ini iaitu ebook Panduan WordPress dengan menggunakan WordPress versi paling terkini, iaitu 3.0.

kit blogger

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Reseller (bagi yang belum sahaja), hubungi saya melalui Contact Form blog ini dan sertakan nama, emel dan No. Tel. Saya akan hubungi apabila kemaskini siap sepenuhnya.

Boleh baca mengenai peluang hak jualan bagi versi sebelum ini di sini.

Harga untuk pakej versi 3 ditetapkan sebanyak RM180.00. Peluang ini akan dibuka secara terhad kepada 38 orang sahaja.

Kepada Reseller sedia ada, tunggu maklumat daripada saya melalui emel. Kepada pembeli versi personal use, anda akan mendapat salinan percuma.

Harap maklum, terima kasih.

Incoming search terms:

  • belajar buat chicken chop
  • blog jualan

Pakej Kit Blogger – Revolusi

Pakej Kit Blogger terus bertahan jualannya dari tahun 2006 sehinggalah ke hari ini. Ya, sudah 4 tahun! Alhamdulillah. Itu bukan sahaja kata-kata saya, malah saya dilaporkan juga oleh beberapa orang Reseller Kit Blogger. Kata mereka, jualan pakej ini adalah amat konsisten.

Pakej Kit Blogger - Panduan WordPress

Sejak produk ini dilancarkan, ia telah membantu ramai usahawan dan perniagaan mengembangkan perniagaan mereka melalui Internet. Di antara perkembangan yang saya dapat tahu adalah:

  1. Daripada tidak tahu blog menjadi tahu. Blog dibina bukan hanya satu, tetapi banyak buah blog.
  2. Setelah pandai berblog, mereka membimbing orang lain pula melalui kursus dan bimbingan peribadi.
  3. Membuka peluang lain. Contohnya, selepas pandai berblog, pintu untuk mempelajari perkara lain terbuka luas seperti Affiliate Marketing, Online Advertising dan perniagaan melalui Internet.
  4. Pakej Kit Blogger adalah produk pertama yang mereka beli dan bermula dari situ, mereka mula mengenali pelbagai perkara lain.

Ke mana saja saya pergi, apabila menemui pembeli-pembeli Kit Blogger, itulah di antara yang mereka kongsikan. Saya tumpang gembira dan bersyukur.

Walaubagaimanapun, saya tidak mahu begitu mudah berpuas-hati kerana masih banyak yang perlu saya perbaiki dan tambah nilaikan. Di antara apa yang akan saya lakukan adalah:

  1. Lesen Resell Rights akan ditukar kepada PLR. Reseller sedia ada perlu tambah sejumlah tertentu sahaja untuk memiliki hak PLR, jika mereka berminat. Dengan PLR, mereka bebas melakukan beberapa perkara yang selama ini terlarang. *Namun ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi demi kebaikan semua*.
  2. Saya akan batalkan Resell Rights. Bermakna, saya akan tiada kaitan lagi dengan mana-mana Reseller. Saya sarankan mereka mengambil tawaran PLR nanti. Saya tidak akan bertanggung-jawab lagi untuk sebarang kemas kini ebook Kit Blogger untuk mereka.
  3. Selepas saya melaksanakan perkara di atas, saya akan keluarkan versi Kit Blogger saya sendiri yang akan dijenamakan semula dan nilai tambah kandungan yang lebih terkini dan lebih banyak ‘content’. Ya, pembeli sedia ada akan mendapat secara percuma sahaja.
  4. Saya akan laksanakan satu perkara yang sepatutnya saya lakukan sejak dahulu lagi. Tunggu pengumumannya kelak.

Untuk makluman semua, saya sekarang dalam proses mengurangkan komitmen dan tanggungjawab. Mana-mana produk Resell Rights akan saya jadikan sebagai PLR. Dengan itu, bebanan dan tanggungjawab saya akan semakin berkurangan. Maka dapatlah saya berbisnes dengan lebih fokus dan konsisten.

Akhir kata tetapi bukan yang terakhir, terima kasih untuk sokongan anda semua yang selama ini banyak menyokong saya walaupun secara senyap. Saya amat menghargainya, dan hanya ALLAH yang sahaja mampu membalas jasa-jasa baik itu. Semoga ALLAH membalas dengan rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang baik.

Ikuti perkembangan saya di Facebook: http://www.facebook.com/MohdZulfadli.IM

Terima kasih.

-

Incoming search terms:

  • razali zecka

WordPress 3.0

WordPress versi 3.0 telah pun dilancarkan pada 17 Jun 2010 lepas. Saya telah pun menggunakan versi ini dan setakat ini, belum menghadapi apa-apa masalah walau ada yang mengalami masalah tertentu.

Pada versi 3.0 ini, banyak fungsi-fungsi baru yang telah dimasukkan. Anda boleh membaca mengenai versi terbaru ini di laman web WordPress.org.

Tonton video di bawah:

PS. Saya juga akan melakukan perubahan besar-besaran terhadap Pakej Kit Blogger. Mungkin mengambil masa untuk melakukannya.

Mutiara Motivasi Untuk Blogger & Usahawan Internet

1. Tiada hanya satu definisi kejayaan. Ada orang kata, blog yang paling banyak mendapat komen, itulah blog terbaik. Dan ada yang kata, kandungan yang baik dan dibaca ramai, walau tidak mendapat banyak komen, itu juga terbaik. Jadi, mana satu yang terbaik? Saranan saya, ciptalah definisi sendiri dan berpegang kuat padanya.

2. Kejayaan itu tidak semestinya dipamerkan atau dibuktikan dengan hidup yang mewah. Ada yang pilih jalan sederhana dan ada yang pilih jalan mewah. Pilih yang mana satu. Kita, perlu menghormati pilihan orang lain seperti mana orang lain menghormati pilihan kita.

3. Kita perlu ada prinsip yang kuat. Maka, tidak perlu risaukan ‘undang-undang’ ciptaan manusia yang tidak bertanggungjawab seperti menghendaki kita melakukan itu dan ini yang tidak perlu kita ikut dan buat.

4. Kita tidak boleh memuaskan hati semua orang, tetapi kita juga perlu tahu, kita tidak selalu dapat memuaskan hati kita sendiri. Kata kunci di sini adalah toleransi, bertolak ansur dan menghormati cara dan prinsip orang lain. Namun hakikatnya, menjaga hati diri sendiri dahulu adalah lebih penting. Mengapa? Kerana siapa lagi yang boleh memahami dan menjaga hati kita melainkan diri kita sendiri.

5. Rezeki itu turun naik. Ada masa banyak, ada masa menurun. Ini adalah ketentuanNya yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kita perlu redha, namun perlu tetap berusaha kuat, tidak boleh selesa dengan hasil dan keadaan semasa.

6. Komen-komen dan kritikan negatif daripada manusia yang tidak mendedahkan diri mereka sebenar dan juga disampaikan dalam bahasa yang tidak beradab, adalah komen yang tiada nilai sama ada di sisi ALLAH atau di sisi mana-mana makhluk. Ia terlalu hina untuk manusia yang berakal waras. Jadi tidak perlu sakit hati atau kecewa dengan perkara yang tiada nilai.

7. Kita sebagai blogger atau usahawan internet perlu mempunyai prinsip, cara, model perniagaan, strategi dan perancangan sendiri. Maka kita perlu berpegang teguh padanya dan dalam masa yang sama menghormati cara dan pilihan orang lain.

8. Bersahabatlah dengan mereka yang sama usaha dengan kita agar kita sentiasa bersemangat dan bermotivasi. Tidak cukup bersahabat melalui Online seperti Facebook, tetapi keluarlah berjumpa untuk saling memberi semangat di antara satu sama lain.

9. Manusia yang dengki dengan kejayaan kita sentiasa ada. Kita tidak dapat lakukan apa-apa terhadap mereka. Cuma, kita masih ada senjata yang kuat, iaitu DOA. Kita perlu terus berusaha kerana hidup kita adalah tanggungjawab kita.

10. Kritikan adalah baik. Namun jika kritikan itu terlalu menyeksa jiwa dan hati, abaikan sahaja kritikan itu. Kita boleh memilih sama ada untuk menerimanya atau tidak, memikirkannya atau tidak. Tiada salah atau betul di sini, malah tiada hukum atau undang-undang yang mewajibkan kita menerima mana-mana kritikan. Melainkan kita jelas salah di sisi Agama. Abaikan manusia yang mahu mencipta peraturan hidup untuk kita.

11. Jangan takut melakukan sesuatu. Kita tidak akan tahu hasilnya selagi kita tidak melakukannya. Jika berjaya, teruskan lagi usaha. Jika gagal, kita juga belajar sesuatu yang baik iaitu perkara yang perlu dielakkan.

12. Jangan membazir masa dan tenaga kepada perkara-perkara yang tidak produktif. Termasuklah meluangkan masa untuk berdebat dengan pengkritik-pengkritik yang hanya mahu melihat kita jatuh. Fokuskan tenaga kita kepada usaha yang sedang dilakukan. Ucapkan terima kasih kepada mereka dan kemudian abaikan mereka (tidak perlu berdebat/berdiskusi apa-apa).

13. Bercuti. Hidup perlu seimbang. Blogger dan usahawan internet biasanya melakukan kerja di hadapan komputer. Ia nampak mudah, tetapi memenatkan juga sebenarnya, terutama mata. Jadi, luangkan juga masa untuk bercuti. Paling kurang, bersiar-siar ke tempat yang menenangkan jiwa dan mata.

14. Tidak perlu pakar semua perkara. Dalam Internet Marketing atau Blogging, ada banyak teknik dan kaedah. Jadi kalau ada orang kata kita tidak pakar dalam satu-satu perkara, hakikatnya kita pandai dalam bab yang lain. Mereka juga sama. Mereka tidak tahu semua. Jadi tidak perlu gundah gulana atau kalut memikirkan kita perlu tahu semua perkara. Tip di sini: Belajar dengan mereka yang tahu dan berkongsi apa yang kita tahu.

Kesimpulan

Hidup bersandarkan definisi orang lain hanya menyeksa diri melainkan ia sesuai untuk kita. Ciptalah definisi kejayaan dan hidup kita sendiri. Yang penting, ia berlandaskan Agama dan budi pekerti seorang manusia.

Hidup, tiada hanya satu jalan. Pilihlah jalan kita, dan laluilah ia dengan penuh ketenangan. Tiada apa-apa yang perlu dikejar, ditandingi atau yang perlu dilawan. Biarlah mereka yang lain berlawanan satu sama lain. Kita tidak perlu, kerana kita tahu, apa yang kita mahu. Dan kita tahu, ke mana hala tuju dan destinasi kita.

Sekian.

Incoming search terms:

  • mutiara kata perniagaan
  • kata-kata motivasi usahawan
  • mutiara kata usahawan
  • kata-kata motivasi perniagaan
  • kata motivasi perniagaan
  • mutiara kata berniaga
  • kata-kata motivasi dalam perniagaan
  • kata-kata usahawan
  • kata kata mutiara berkaitan perniagaan
  • motivasi untuk usahawan

Bagaimana Menulis Artikel Yang Panjang?

Saya ada menerima satu soalan daripada seorang rakan di Facebook. Soalannya adalah seperti berikut:

Boleh saya minta nasihat daripada Tuan Zulfadli?
Di blog SmartUsaha saya lihat saudara boleh menulis artikel dengan baik dan dengan ayat yang panjang…
Saya nak tanya saudara ada tips tak dalam penulisan blog ini?

Saya sangat susah hendak tulis artikel yang sangat panjang

Dan berikut adalah jawapan ringkas yang saya berikan:

Secara mudah, berikut adalah salah satu cara untuk menulis artikel dengan mudah terutama untuk menulis artikel yang panjang:

1. Sebelum terhasil artikel yang panjang, buat senarai isi kandungan dahulu.

2. Kemudian pada setiap isi (point) tersebut, tuliskan penerangan mungkin dalam 1-2 perenggan. Jadi jika ada 4 point, dan setiap point ada 2 perenggan, maka sudah ada 8 perenggan. Itu belum termasuk pembuka dan penutup artikel.

3. Setiap artikel perlu ada pendahuluan dan juga penutup. Pendahuluan adalah ringkasan isi kandungan yang akan kita sampaikan. Penutup pula adalah rumusan terhadap artikel yang ditulis tersebut.

4. Tulis sahaja sehingga siap tanpa perlu menyemak ejaan, tatabahasa atau susun atur ayat. Buat sehingga siap dahulu agar idea yang ada tidak hilang.

5. Sudah siap menulis draf, buat semakan ejaan dan sebagainya sebelum menerbitkan (publish) artikel tersebut di blog.

Mengikut contoh di atas, kita sudah ada 10 perenggan dengan mudahnya, termasuk pendahuluan (pembuka) dan juga penutup artikel (kesimpulan).

Apa pun, yang penting adalah kita banyak tahu atau sekurang-kurangnya kita tahu apa yang ingin ditulis. Sudah semestinya ia akan diperolehi dengan membaca. Mungkin membaca artikel di internet, buku dan sebagainya.

Ada satu cara mudah sebenarnya untuk mudah menulis artikel iaitu kaedah “adaptasi”, di mana kita membaca beberapa artikel berkaitan (di internet, buku, majalah dan sebagainya), kemudian kita tulis di dalam bentuk (gaya) ayat kita sendiri. Saya selalu gunakan cara ini. Ia bukan copy & paste, tetapi ia adalah proses mencerap idea penulisan orang lain dan kemudian ditulis dalam bentuk tersendiri.

Tip Tambahan: Di dalam penulisan artikel, kita perlu melihat dengan pecahan bahagian seperti pendahuluan, isi dan penutup. Dan isinya pula boleh dipecah-pecahkan lagi. Di dalam bahasa lain kita panggil ia sebagai “FRAME”.

Frame

Kalau kita melihat dengan SATU skop yang besar, sudah pasti kita akan melihat ia satu perkara yang amat susah. Tetapi apabila kita melihat dari sudut “pecahan” dan melakukan satu demi satu bahagian, ia menjadi satu perkara yang amat mudah.

Namun suka saya nyatakan, untuk mendapat kemahiran menulis, tidak cukup dengan hanya membaca. Tetapi kita perlu berlatih menulis dan melakukannya secara konsisten. Lama kelamaan, kita sudah terbiasa, dan menulis artikel yang panjang atau pendek, ia bukan satu masalah lagi. Bak kata pepatah, “belakang parang kalau selalu diasah, akan tajam jua akhirnya.”

—————-

Kaedah yang saya syorkan di atas adalah salah satu cara. Sebenarnya banyak lagi cara-cara yang lain. Biasanya mereka yang memfokus kepada bidang penulisan banyak tahu petua-petua penulisan. Bertanya dan belajarlah dengan mereka.

Di blog saya yang satu lagi (blog buat blog dot com), ada artikel yang berkaitan, tetapi lebih kepada penulisan artikel berasaskan SEO iaitu bagaimana menulis artikel yang akan mendapat kedudukan yang baik di senarai hasil enjin carian seperti Google.com. Klik pada pautan berikut untuk membaca artikel tersebut: Merancang Penulisan Artikel.

Lain-lain artikel berkaitan:

1. Tujuh Kaedah Mudah Menulis Artikel Untuk Blog

2. Lapan Teknik Menulis Artikel Yang Hebat

Semoga berguna.

-

Incoming search terms:

  • contoh penulisan rencana
  • format bahagian penutup penulisan artikel
  • ayat facebook panjang
  • format menulis rencana
  • format penulisan artikel bahasa melayu bahagian penutup
  • kemahiran menulis rencana
  • menulis artikel dalam facebook
  • menulis artikel yang baik
  • nota panduan menulis blog
  • panjang artikel

Tujuh Kaedah Mudah Menulis Artikel Untuk Blog

Bagaimanakah kita dapat menulis sesebuah artikel atau post di blog dengan cara yang mudah? Berikut adalah tujuh cara mudah untuk menulis artikel di blog:

1. Gunakan emel jawapan terhadap soalan yang ditanya kepada kita melalui emel.

2. Memberi pendapat terhadap tulisan di blog lain. Ini juga amat bagus untuk membuat ‘connection’ dengan blog dan juga blogger tersebut.

3. Lawati forum yang berkaitan dengan topik blog anda. Lihat apakah soalan-soalan yang ditanya di sana dan tulis satu artikel di blog yang berkaitan dengan persoalan tersebut (jawapan, saranan, pendapat..).

4. Lawat laman web artikel seperti ezinearticles.com dan masuk ke bahagian kategori yang sama dengan topik blog anda. Di sana banyak artikel yang boleh anda rujuk untuk mendapatkan idea penulisan.

5. Tulis artikel dalam bentuk senarai. Contohnya seperti 10 Perisian Yang Wajib Diguna Untuk Perniagaan Internet, Lima Langkah Memulakan Perniagaan Internet dan Tujuh Sebab Mengapa Gagal Dalam Bisnes. Apabila menulis dalam bentuk senarai, ia tidak perlu tulisan yang panjang. Jadi ini memudahkan penulisan kita. Sama seperti artikel yang sedang anda baca ini. :D

6. Senaraikan semula beberapa artikel terbaik yang pernah anda tulis di blog. Contoh yang saya lakukan seperti di sini: 13 Artikel Terbaik SmartUsaha.com.

7. Jika anda ada memberikan tip, pendapat, saranan atau berbentuk nota ringkas sama ada di forum atau di Facebook, kumpulkan beberapa daripadanya ke dalam satu post di blog.

Tip Bonus: Ambil sedikit kandungan daripada mana-mana bab buku/ebook berbayar dan letakkan di post blog. Di akhir artikel nyatakan untuk pembacaan sepenuhnya, sila beli buku atau ebook anda. :lol:

Kesimpulan

Apa pun, semuanya bergantung kepada kemahiran penulisan seseorang. Banyak mana idea pun, tapi kalau tidak biasa menulis susah juga. Tip di sini, tulis sahaja. Soal ayat yang tunggang langgang, itu biarkan dahulu. Lama-kelamaan rentak penulisan akan diperolehi, malah kita akan dapat menulis tanpa sebarang masalah.

Keduanya, belajarlah cara penulisan. Penulisan pun ada teknik-tekniknya. Jangan tiru gaya penulisan orang lain. Jadilah diri sendiri kerana setiap orang ada keunikan tersendiri.

ps. Jika mahukan pelbagai tip mengenai blog dan blogging, sila ke blog berikut:

http://bloggingsteps.com/tips/

Iklan: Mahu membina blog dot com sendiri sama ada untuk perniagaan atau peribadi? Dapatkan panduan membina blog dot com sendiri di sini.

Incoming search terms:

  • menulis mudah
  • artikel untuk blog
  • boleh ke artikel dari ezinearticle com diguna utk blog adsense
  • cara menulis report
  • cara penulisan report
  • idea untuk penulisan artikel
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)