Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Mengapa saya menamatkan penggunaan ‘Facebook Comment’

Lama juga saya menggunakan plugin Facebook Comments, hampir setahun lebih rasanya. Fungsi plugin ini adalah memberikan peluang untuk pengguna Facebook memberikan komen tanpa perlu bersusah payah memasukkan nama, emel dan URL website mereka seperti di ruangan komen blog.

Daftar SSM

Boleh dikatakan rata-rata pembaca memberikan komen atau membuat pertanyaan melalui Facebook Comment tersebut. Kita semua tahu, bahawa boleh dikatakan ramai orang yang selalu online Facebook, jadi mereka lebih senang memberi komen pada bahagian komen FB di blog.

Salah satu perkara yang saya sedari adalah, fungsi paparan di bahagian admin blog atau notifikasi untuk memaklumkan wujudnya komen-komen baru pada entri berkaitan, tidak berfungsi atau mungkin tidak ada langsung. Tetapi saya biarkan saja dengan harapan ia menjadi viral di Facebook, walaupun saya tidak tahu ada komen-komen baru yang masuk.

Namun pandangan saya mula berubah apabila saya baru menyedari komen berikut yang diberikan melalui fungsi FB Comment, sebulan selepas komen itu dimasukkan:

Facebook Comments

Satu peluang yang saya terlepas begitu sahaja…

Sebaik sahaja selepas saya menyedari komen di atas dan membalas komen tersebut, saya terus menutup ruangan komen Facebook untuk blog ini.

Saya membuat beberapa kesimpulan berikut:

  • Komen di blog menggunakan fungsi FB Comment memang menjadi sumber viral di Facebook.com, namun ia hanyalah viral yang sementara.
  • Komen di ruangan FB Comment ‘sukar’ untuk dieksport kembali ke ruangan komen blog yang sebenar.
  • Komen adalah sesuatu yang bernilai untuk sesebuah blog. Jadi jika menggunakan Facebook Comment, ia sukar untuk dikekalkan untuk selamanya kerana ia adalah ‘berasingan’ dengan sistem blog.
  • Segala komen biasanya akan masuk ke sistem Facebook, bukan ke sistem blog, melainkan plugin yang digunakan ada fungsi untuk memasukkan komen itu ke dalam database blog.
  • Apa yang dimasukkan ke Facebook adalah juga akan menjadi hak milik Facebook.
  • Apabila komen diberikan melalui fungsi FB Comment, kekuatan sesebuah blog mungkin akan berkurangan, berbanding menggunakan sistem komen sedia ada.

Jadi, saya tidak akan lagi menggunakan plugin Facebook Comments, melainkan jika benar-benar ada satu plugin yang memenuhi beberapa aspek berkaitan. Namun buat masa ini, saya akan menggunakan sepenuhnya ruangan komen sistem blog ini. Kembali kepada asal dan asas…

.

Incoming search terms:

  • kesimpulan dalam membina blog
  • mengapa facebook tidak berfungsi

Minggu Media Sosial Malaysia (Malaysia Social Media Week) 2012

Minggu Media Sosial Malaysia (Malaysia Social Media Week) 2012 akan diadakan di PTWC pada 13 hingga 17 Februari 2012.

Saya sebagai seorang blogger perniagaan Internet dan juga pengguna tegar media sosial terutama Facebook dan blog, sudah pasti tidak akan melepaskan peluang menyertai program ini.

Malaysia Social Media Week

Banyak aktiviti yang akan diadakan dan ia boleh dilihat di laman web utama program ini:

http://socialmediaweek.com.my

Salah satu program yang akan diadakan adalah World Bloggers Summit, iaitu sebuah program yang akan menghimpunkan blogger dari seluruh dunia. Program ini akan berlangsung selama dua hari, iaitu pada 13 dan 14 Februari 2012.

Inilah masanya para blogger seperti anda, baru, sedang, akan ataupun yang lama bertemu muka ataupun sekurang-kurangnya mendapatkan maklumat terkini dunia media sosial dan teknologi berkaitan, terus daripada ‘live event’.

Bersempena dengan Minggu Media Sosial 2012 ini, pihak penganjur juga menganjurkan pertandingan Blog Terbaik untuk pelbagai kategori. Blog SmartUsaha.com ini juga turut serta bagi kategori Blog Bisnes. Mana-mana blog yang mendapat undi terbanyak, blog itu akan dinobatkan sebagai yang terbaik.

Blog Terbaik

Saya menghargai jika anda mengundi blog ini. Cara untuk undi adalah hanya dua langkah berikut:

1. Daftarkan diri anda di sini: http://socialmediaweek.com.my/awards/signup.php

2. Selepas selesai mendaftar, klik di sini untuk untuk ‘vote’ (undi) blog SmartUsaha.com.

Minggu Media Sosial Malaysia 2012

Jika anda menyertai program Minggu Media Sosial 2012 nanti, jumpa kita di sana. Jika ternampak saya, tegurlah. :)

.

ps. Jika anda belum bergelar seorang blogger, mulakan langkah pertama di sini!

.

Incoming search terms:

  • mediasosialweek
  • social media week logo malaysia
  • blog bisnes
  • malaysia social media week
  • socialmediaweek malaysia
  • pertandingan blog 2012
  • social media week malaysia 2012
  • promosi barang di juanl di internit
  • pertandingan blog terbaik 2012
  • minggu media sosial malaysia

Blog untuk perniagaan ubat-ubatan secara kecil-kecilan

Saya menerima satu soalan berikut melalui emel:

“Saya ini ada menjual ubat-ubat secara kecil-kecilan tapi tak pandai nak promosi. Adakah saya kena ada blog sendiri?” – Cikpuan S.

Jawapan:

Secara ringkas, mempunyai blog adalah satu kelebihan untuk mendapatkan prospek dan kemudian menyakinkan mereka. Dengan adanya blog, kita dapat kongsikan tip-tip kesihatan, maklumat produk, testimoni dan sebagainya.

Blog juga adalah salah satu ‘alat’ untuk kita berinteraksi dengan pelanggan dan akhirnya mereka yakini bahawa kita benar-benar wujud.

Selain menulis tip-tip di blog, kita sebenarnya juga dapat membuka tempahan (pembelian produk) terus melalui blog. Pilih produk-produk yang terlaris dan paparkan ia pada bahagian tepi blog (sebagai contoh salah satu cara).

Kesimpulannya, kita mampu mendapat pelanggan tanpa mengeluarkan kos pengiklanan. Inilah kelebihan menggunakan blog kerana kebanyakan pelanggan datang daripada enjin carian seperti Google, tanpa perlu mengeluarkan bayaran.

Hubungi saya jika inginkan panduan membina blog dot com atau layari terus website di sini.

Terima kasih.

Smartzul

Incoming search terms:

  • pakej perniagaan ubat-ubatan
  • perniagaan kecil-kecilan 2012

Cara mendapat idea menulis blog

Mendapatkan idea penulisan bukanlah sesuatu yang sukar. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan:

  • Daftar newsletter bagi topik yang sama dengan topik blog.
  • Sertai forum-forum yang mempunyai topik sama dengan blog.
  • Minta subscribers mailing list ataupun pembaca blog bertanya soalan.
  • Baca buku yang berkaitan dengan topik blog.
  • Layari website EzineArticles.com dan klik pada topik yang sama dengan topik blog kita.
  • Sertai group-group di Facebook yang sama topik dengan blog kita.

Setelah mendapat idea, maka tulis sesuatu yang lebih kurang sama (bukan copy & paste), ataupun respons (pendapat) terhadap perkara tersebut (contohnya respons terhadap tulisan blogger lain).

Selamat mencuba.

ps. Ada sesiapa berminat untuk mendapatkan ‘coaching’ WordPress dan Blogging? Pengambilan peserta secara terhad akan dilakukan dalam masa terdekat. Para peserta akan dibimbing secara personal dalam satu tempoh masa untuk menghasilkan projek blog masing-masing untuk tujuan tersendiri sama ada untuk bisnes, buat duit online, membina jenama dan sebagainya. Hubungi saya untuk tempahan awal dan maklumat lanjut.

Sumber artikel: BloggingSteps.com Cara mendapat idea menulis blog

Incoming search terms:

  • blog untuk bisnes
  • idea menulis
  • bagaimana memulakan menulis newsletter
  • bagaimana mendapat idea untuk menulis
  • cara nak promosi barang di fb
  • cara untuk menulis online PENULIS 2012
  • mendapat
  • panduan menulis blog

16 Cara Buat Duit Dengan Menulis di Internet

Bagaimana menampung kehidupan dengan hanya menulis di Internet? Fokus utama perniagaan saya adalah penulisan, sejak 6 tahun yang lepas. Saya amat komited dengan kerjaya dan bisnes penulisan. Ia mempunyai potensi yang begitu besar dan bertahan lama.

Ada beberapa bentuk ataupun cara penghasilan pendapatan melalui penulisan online:

1. Menulis ebook dan orang beli.

2. Menulis artikel disertakan dengan link affiliate.

3. Menulis artikel di blog, dan dijemput menjadi penceramah.

4. Menulis artikel di blog dan laman sosial, kemudian mendapat ramai pembaca setia. Mereka bantu sebarkan informasi produk kita. Rakan-rakan mereka membeli produk kita.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • buat duit dengan blog
  • cara buat duit dengan blog
  • cara buat duit dengan internet
  • cara buat duit
  • cara buat duit di internet
  • buat duit dengan internet
  • buat duit dengan menulis
  • tulis artikel dapat duit
  • buat duit internet pdf
  • buat duit melalui blog

Panduan Buat Blog Sendiri

Bagi mereka yang belum memiliki Panduan Lengkap Membina Blog Sendiri (PMBS) ini, boleh dapatkan ia di laman berikut:

http://smartusaha.com/buatblog

buat blog sendiri

Nota: Terdapat dua jualan daripada saya iaitu Panduan Membina Blog Sendiri (PMBS) dan satu lagi adalah Pakej Kit Blogger. Ia mempunyai perbezaan terutama dari segi bonus, walaupun kandungan ebook utamanya adalah sama. Jadi bagi mereka yang telah beli Kit Blogger, tidak perlu lagi beli PMBS.

Pakej Kit Blogger kini dalam proses kemas kini dan akan didatangkan dengan content yang lebih hebat.

 

Incoming search terms:

  • bina blog perniagaan
  • manual buat blog
  • membuat blog sendiri
  • nota buat blog
  • panduan buat blog
  • panduan buatblog
  • nota kursus buat blog
  • nota buat blog sendiri
  • membina blog perniagaan
  • bina blog bisnes

Terhad – PLR Panduan Bina Blog Sendiri (Kit Blogger)

[Terkini: Terbuka kepada 3 orang saja lagi]

“Hanya 12 orang sahaja yang segera bertindak, akan memiliki ebook PLR ini di mana tawarannya tidak akan dibuka kembali selama-lamanya…”

Setelah bertungkus lumus mengemaskini ebook Panduan Lengkap Membina Blog Sendiri, akhirnya ia siap jua. Versi WordPress yang digunakan adalah versi terkini iaitu WordPress 3.2.1.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • berita terkini
  • plr kit blogger
  • buku dan panduan bina blogspot
  • smartzul web kit
  • percuma plr
  • perkara penting untuk buat blog
  • bagai nak guna ftp dekat blog
  • seo blog plr
  • smartzul plr
  • panduan blog resell rights
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)