Archive for the 'blogger malaysia' Category

Emel Saya di RTM 1

Monday, April 21st, 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Pada hari semalam (Ahad, 19 April 2008), RTM 1 telah melangsungkan satu segmen rancangan TV yang bertajuk “Blog: Apa itu blog?”. Tak silap saya, ia adalah melalui rancangan yang bernama “Galeri Perdana” selama 15 minit sahaja bermula jam 8.45 malam. Rancangan tersebut telah menjemput Datuk A. Kadir Jasin untuk mengupas tajuk tersebut.

Saya tidak dapat mengikut secara jelas rancangan tersebut kerana saya terpaksa melayan tetamu yang datang ke rumah saya, tetapi saya hanya menonton sambil melayan tetamu sahaja (tak fokus). Jadi saya tak pasti persoalan yang diperbincangkan, namun apa yang saya dengar, ia hanya membicarakan mengenai persoalan asas sahaja terutama mengenai “kuasa blog”.

Sebelum itu, rancangan tersebut telah memberi peluang kepada penonton untuk memberikan pendapat melalui SMS, Telefon atau Emel. Di kesempatan yang ada, saya terus menaip emel pendapat saya secara ringkas mengenai blog.

Pada rancangan tersebut, emel yang saya hantar itu dipaparkan beberapa saat sahaja sebab rancangan itu sudah menghampiri waktu tamat siarannya. Jadi pengacara TV tak dapat mengulas dengan detail emel saya tersebut (sekadar tunjuk dengan scroll down).

Berikut adalah emelnya:

emel zul

*Emel saya ini ditaip dalam beberapa minit sahaja. Nak kejar masa sebenarnya sebab rancangan tu cepat sangat tempoh dia. Tambahan pula, tak sangka ada tetamu datang ke rumah semasa saya menaip emel ini. So, ada kesalahan typo sikit sebab nak cepat (sebab nak layan tetamu). Harap tak kisah lah yer. ;)

Emel ini secara ringkas ingin menyatakan bahawa, blog bukan untuk topik politik atau isu semasa semata-mata. Dan blog bukan hanya ada ‘kuasa’ untuk mempengaruhi orang ramai di dalam pemilihan kerajaan. Sebaliknya, blog juga berkuasa untuk perkara-perkara yang lain seperti untuk pemasaran perniagaan, pendidikan dan lain-lain lagi.

Adalah sesuatu yang tidak wajar jika blog hanya dikaitkan dengan politik semata-mata sehinggakan sampai satu tahap, apabila disebut blog atau blogger, orang ramai hanya menganggap blog hanya untuk ‘luahan’ perasaan mengenai politik semata-mata. Padahal blog boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk sebarang tujuan.

Ini adalah kali pertama saya menonton rancangan ini sebab saya jarang menonton TV. Sekarang ni pun, saya sedang berada di kampung (cuti dua minggu). Sebab tu ada masa untuk menonton TV (bersama keluarga). Kalau tak, jangan haraplah nak menonton TV.

Cadangan saya kepada pihak RTM, teruskan rancangan sebegini kerana topik mengenai blog ini amat menarik untuk diperbincangkan. Dan saya menyarankan, jemputlah para blogger yang betul-betul mempraktikkan ilmu dan kemahiran ‘blogging’ ini untuk berkongsi ilmu dan pengalaman mereka. Tak kisahlah blogger politik ke, blogger bisnes ke, janji blogger yang ada pengalaman.

Saya tidak pasti hanya pada kali itu sahaja perbincangan mengenai blog atau selalu disiarkan pada hari dan waktu yang sama. Atau RTM ada rancangan TV sendiri untuk topik blog seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini? Ada sesiapa yang tahu?

Nota: Ahli panel yang dijemput untuk rancangan ini iaitu Datuk A. Kadir Jasin adalah juga seorang blogger. Beliau ada menulis beberapa buah buku dan salah satunya bertajuk “Blogger A. Kadir Jasin”.

Sekian.

Popularity: 35%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Keputusan Pilihanraya Umum Ke-12 | Kuasa Internet

Sunday, March 9th, 2008

Pertama sekali, saya bukan blogger politik. Jadi, saya tak pandai untuk mengulas panjang mengenai politik terutama mengenai pilihanraya umum ke-12 yang telah berlangsung pada 8 Mac 2008 lepas. Tapi sebagai rakyat Malaysia, saya perlu mengambil tahu perkara ini dan ada hak untuk meluahkan pendapat selain ada kaitan sikit dengan blog.

 

keputusan pilihanraya 12

Carta Keputusan (www.Utusan.com.my)

Secara mudah, kerajaan BN tidak berjaya mendapat kuasa majoriti 2/3 di parlimen yang menyebabkan mereka akan sukar untuk bersuara lebih lantang. Lebih-lebih lagi kemungkinan bersar DS Anwar Ibrahim dikatakan akan memasuki parlimen nanti melalui kerusi yang disandang oleh isterinya, Datin Seri Wan Azizah.

Jika pilihanraya pada 2004 dulu menyaksikan BN mendapat 219 kerusi di parlimen, tapi pada kali ini BN hilang beberapa kerusi dengan mendadak sekali. Pada kali ini mereka hanya mampu mendapat 140 kerusi* sahaja. Jelas, rakyat Malaysia mahukan perubahan dan mahukan Malaysia yang baru. Pihak BN perlu peka dengan keadaan ini. Rakyat Malaysia sudah memberi isyarat awal.

Apa yang menarik pada pilihanraya kali ini ialah kekalahan teruk yang dihadapi oleh pihak Barisan Nasional. Inilah pertama kali BN tidak berjaya mendapat majoriti kuasa 2/3 di parlimen. Malah yang lebih mengejutkan, pihak pembangkang menyapu bersih kesemua kerusi parlimen di Pulau Pinang yang mana selama ini lebih didominasi oleh pihak Gerakan (Barisan Nasional).

(more…)

Popularity: 31%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Awas, Hakcipta Terpelihara!

Monday, November 19th, 2007

Saya terdetik untuk menulis perkara ini semalam, apabila mendapati ramai orang berminat untuk ‘mengambil’ artikel-artikel di blog ini. Itu belum lagi dikira dengan mereka yang telah mengambilnya tanpa kebenaran.

Kepada pembaca yang budiman,

Ingin saya katakan di sini, segala tulisan saya di blog ini sama-sekali TIDAK BOLEH diambil dengan sewenang-wenangnya untuk diletakkan di blog anda atau di laman web anda. Tidak kisah anda pelanggan saya, Reseller untuk produk saya atau sesiapa pun sahaja anda, anda tidak boleh melakukannya TANPA keizinanan saya dahulu.

Kalau lah begitu mudah untuk mengcopy and paste tulisan seseorang, rasanya tidak perlulah saya bersusah payah bersengkang mata dan meluangkan masa berjam-jam di hadapan komputer untuk menulis. Ya lah, perlu copy & paste sahaja, buat apa susah-susah.

Saya sudah lama memerhatikan fenomena ini. Ia bukan sahaja dilakukan oleh ‘orang-orang baru’ dalam dunia penulisan blog atau perniagaan Internet, malah usahawan Internet yang sudah established pun ada melakukannya. Ia suatu yang amat menyedihkan.

(more…)

Popularity: 45%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Blogger : Jangan Paksa Diri Anda

Friday, September 28th, 2007

Blogger, adalah seorang ‘penulis’ bagi sesebuah blog untuk topik tertentu. Blogger yang akan saya kaitkan di sini ialah blogger yang betul-betul menulis dari diri pemikiran, pengalaman dan pengetahuan mereka sendiri.

Ramai blogger yang tiada masa yang cukup untuk menulis, ketandusan idea, hilang semangat dan motivasi untuk meneruskan usaha blogging dan akhirnya blog akan jadi ‘hidup segan mati tak mahu’.

Jika anda ketandusan idea, saya ada berkongsikan panduan pada satu ketika dulu, link-nya akan saya berikan di akhir artikel ini.

(more…)

Popularity: 53%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Buat Duit Dengan Blog Bukan Perkara Mitos!

Thursday, August 30th, 2007

Saya sekarang lebih fokus kepada perniagaan Internet bermodelkan kepada Ebook yang banyak cabang dan strateginya. Siapa kata Ebook itu hanya untuk untung semata-mata? Ia bukan hanya berkaitan dengan duit semata-mata, tetapi ia lebih dari itu, jika kita mahu memahami.

Namun, saya juga minat dengan ‘blogging’. Buat masa sekarang, saya lebih fokus kepada blog ini dan juga satu blog lagi mengenai blogging dan Wordpress. Tahukah anda (dah tahu pun!), ramai yang menjana pendapatan beribu-ribu ringgit sebulan sama ada RM atau USD dengan hanya menguruskan blog sahaja.

Tidak kisahlah mereka gunakan teknik penulisan ke, video ke, imej ke atau apa sahaja cara, dengan usaha hanya di Internet, setiap bulan mereka mendapat income yang kadang-kadang melebihi gaji bulanan mereka. Sehinggakan kepada satu masa, mereka berhenti daripada kerja makan gaji.

Kalau tak nak berhenti kerja pun tak apa sepertimana yang saudara Shuth kita lakukan. Kerja makan gaji + pendapatan dari Internet yang pelbagai cara dan cabangnya.

(more…)

Popularity: 65%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!