Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Blog MotivasiUsahawan.com

Saya mempunyai beberapa buah blog yang dikendalikan sepenuhnya oleh saya sendiri (buat masa ini).

Salah satunya adalah blog MotivasiUsahawan.com.

motivasi usahawan berjaya

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsikan tip-tip motivasi khas untuk para usahawan.

Layari juga Page blog motivasi usahawan ini di Facebook.

Incoming search terms:

  • motivasi usahawan
  • AYAT MOTIVASI USAHAWAN
  • ayat motivasi perniagaan
  • ayat motivasi diri
  • ayat motivasi pekerja
  • ayat motivasi berniaga
  • motivasi diri
  • motivasi perniagaan
  • rahsia kehebatan tiger woods
  • pakar motivasi usahawan

Pakej Istimewa KuasaFTP

Layari laman ini untuk pakej terhad istimewa kepada 14 orang sahaja. Khas untuk mereka yang tidak pernah memiliki mana-mana produk SmartUsaha.com:

KLiK >> http://www.kuasaftp.com/order/tempah-1.html

 

Pakej Video KuasaFTP

Harga pengenalan untuk 30 orang pertama. Terbuka kepada 30 24 orang sahaja lagi.

Produk KuasaFTP adalah sebuah produk panduan dalam bentuk video, mengandungi beberapa modul seperti berikut:

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • belajar cpanel
  • amril muidz
  • asas tutorial ftp
  • belajarcpanel
  • beza ftp filezilla
  • cara membina modul

[Terhad] Pakej Video KuasaFTP – Resell Rights

Produk KuasaFTP adalah sebuah produk panduan dalam bentuk video, mengandungi beberapa modul seperti berikut:

  1. Asas Internet.
  2. Asas Domain dan Hosting.
  3. Asas Cpanel.
  4. Asas FTP (FileZilla).

KuasaFTP

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • produk yang terkini di malaysia
  • artikel berkaitan keusahawanan yang berjaya di malaysia
  • cara buat borang online pembelian dalam blog
  • kuasaftp resell rights

Pakej Kit Blogger Berubah Nama….

Ya, berubah nama, tetapi hanya untuk versi Reseller. :)

Beberapa perkara dan perubahan penting Pakej Kit Blogger adalah:

1. Selepas ini, hanya pihak saya sahaja yang boleh menggunakan nama Pakej Kit Blogger. Bagi sesiapa yang telah guna nama tersebut sebelum ini, tidak mengapa. Abaikan. Tetapi bermula hari ini, gunakan nama “Panduan Lengkap Membina Blog Sendiri, atau boleh juga “Panduan WordPress”.

Jika boleh, gunakan ecover terbaru yang akan saya berikan secara berperingkat. Lihat ecover baru di akhir post ini.

2. Jika sebelum ini panduan ini dinamakan sebagai “pakej”, selepas ini (terutama versi reseller), ia akan dipanggil sebagai “Panduan Lengkap Membina Blog Sendiri“. Panduan ini adalah yang terkini, menggunakan WordPress 3.0 sebagai bahan pelajaran.

Tambahan:

Boleh buat design sendiri, tapi tajuk perlu gunakan tajuk seperti berikut:

Tajuk: Panduan Membina Blog Sendiri, Panduan Blog Dot Com ATAU boleh juga Panduan Bina Blog WordPress atau seumpama dengannya.

Pada design yang dibuat sendiri, boleh masukkan nama & domain anda jika mahu. Cuma ebook, ia tetap hakcipta smartusaha dan tidak boleh direbrand (hanya file PDF yang akan diberikan).

3. Seperti dimaklumkan sebelum ini, saya akan buka peluang buat kali terakhir kepada mereka yang mahu menjadi Reseller untuk Panduan WordPress ini. Hubungi saya jika berminat.

Selepas ini saya tidak akan membukanya lagi buat selama-lamanya. Ini kerana satu perubahan (revolusi) besar akan berlaku terhadap Pakej Kit Blogger.

4. Perubahan lesen: Panduan membina blog versi terbaru boleh dijual dengan harga seminima RM35.00. Kepada reseller sedia ada, ini tip saya: Berikan bonus atau ebook percuma kepada pembeli anda sebelum ini agar mereka rasa berbaloi membeli sebelum ini dengan harga lebih RM45.00.

Namun pemberian produk percuma sebagai timbal balas itu tidak wajib. Sebagai peniaga, kita ada hak menaikkan dan menurunkan harga pada bila-bila masa. Malah, hal ini telah dinyatakan dalam polisi Kit Blogger, iaitu pihak penerbit produk ini berhak merendahkan harga pada bila-bila masa.

5. Pihak SmartUsaha tidak akan lagi berikan support kepada pelanggan Reseller. Reseller sendiri perlu urus hal sokongan termasuk sokongan teknikal pemasangan blog pembeli ebook.

6. Ebook ini akan hanya akan update untuk sekali dua sahaja lagi dan kemudian tidak lagi akan update untuk Reseller. Bagi memudahkan, reseller akan diberi pilihan untuk upgrade kepada versi PLR atau terus menjual versi RR. Hal ini akan saya umumkan nanti.

7. -saya akan maklumkan perubahan lain jika ada-

…dan inilah yang anda mahu lihat bukan? Ecover baru. :)

Semua Reseller sedia ada dan yang baru akan diberi design baru ini. Ecover, buy button, 5 buah banner pelbagai size, minisite lengkap dan juga salesletter. Berbaloi bukan? ;)

buat blog

Ebook versi 3 ini menggunakan WordPress 3.0 (lebih kurang sama dengan versi 3.1) sebagai panduannya.

ps. Peluang Resell Rights untuk produk ini buat kali terakhir dibuka HANYA kepada 38 orang sahaja. Jualan akan dibuka pada bila-bila masa. Bagi anda yang mahu terus bayar dahulu, klik di sini untuk keterangan sebelum ini.

Incoming search terms:

  • reseller panduan wordpress

PLR Panduan Paypal Dibuka Lagi…?

Terkini: 31/1/2011: Jualan telah dibuka. Layari:

http://blog.smartusaha.com/terhad-plr-ebook-paypal/

Dibuka kepada 18 orang sahaja! (tinggal 10 sahaja lagi)

Setelah memikirkan, saya membuat keputusan akan membuka lagi peluang PLR Panduan Asas Paypal. Saya tidak akan keluarkan Resell Rights kerana selepas ini saya tidak mahu lagi menanggung sebarang komitmen seperti yang saya lakukan hampir 4 tahun lepas. Masa untuk ‘berehat’. :)

Dengan PLR, sebarang kemaskini perlu dilakukan oleh pemegang lesen PLR, bukan oleh saya. Berbeza dengan Resell Rights, pengeluar produk perlu bekerja keras mengemaskini jika ada sebarang perubahan.

Walaupun sebelum ini saya ada menyatakan saya akan buka hak jualan dalam bentuk Resell Rights, namun saya telah membatalkan cadangan tersebut. Ini kerana, jika saya buat dalam bentuk Resell Rights, saya perlu memberi sokongan dari sudut ubahsuai dan sebagainya. Jadi lebih baik buka PLR dan saya tiada komitmen atau terlibat dengan pemegang lesen PLR. Mereka bebas ubahsuai.

Berbalik kepada PLR ebook ini, disebabkan ramai yang terlepas peluang dan bertanya akan hal ini, maka saya akan membuka beberapa slot sahaja lagi. Tidak boleh banyak agar pasaran tidak terlalu bersaing.

Saya berharap, sesiapa yang berminat boleh ambil peluang ini kerana Malaysia sekarang sudah makin menjadi tumpuan pihak gergasi Internet seperti Google, Facebook dan termasuklah Paypal. Paypal sudah bekerjasama dengan beberapa pihak seperti MOL (Kad Debit MOL-Paypal), Maxis dan juga RHB Bank.

Seperti yang sedia maklum, Paypal telah pun membuka cawangan mereka di Malaysia sebagai hub support untuk Asia Pasifik. Perkembangan ini menunjukkan bahawa potensi penggunaan Paypal yang amat meluas bakal berlaku dengan lebih hebat.

Maka dari situ kita dapat melihat potensi yang luas berkaitan Paypal. Dan mana-mana yang menjual Panduan Asas Paypal ini, akan mempunyai pasaran yang luas dan berpanjangan. Cuma sahaja tugas kita adalah mendidik lebih ramai rakyat Malaysia menggunakan akaun Paypal. Salah satunya melalui ebook Panduan ini.

Terkini (30/1/2011): Jualan telah dibuka terhad kepada 18 orang sahaja. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Tunggu pengumuman dalam masa terdekat ini.

Terima kasih.

ps. Saya juga akan buka peluang Resell Rights dan PLR untuk Pakej Kit Blogger. PLR untuk Kit Blogger hanya untuk 13 orang sahaja. Untuk makluman, kerja-kerja kemaskini ebook ini sudah hampir siap.

*Jom sertai Page Panduan Asas Paypal di Facebook.

Hak Jualan Pakej Kit Blogger v3

Saya sedang dalam usaha menyiapkan Pakej Kit Blogger versi 3. Seperti biasa, kemaskini adalah lebih menumpu kepada kandungan utama pakej ini iaitu ebook Panduan WordPress dengan menggunakan WordPress versi paling terkini, iaitu 3.0.

kit blogger

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Reseller (bagi yang belum sahaja), hubungi saya melalui Contact Form blog ini dan sertakan nama, emel dan No. Tel. Saya akan hubungi apabila kemaskini siap sepenuhnya.

Boleh baca mengenai peluang hak jualan bagi versi sebelum ini di sini.

Harga untuk pakej versi 3 ditetapkan sebanyak RM180.00. Peluang ini akan dibuka secara terhad kepada 38 orang sahaja.

Kepada Reseller sedia ada, tunggu maklumat daripada saya melalui emel. Kepada pembeli versi personal use, anda akan mendapat salinan percuma.

Harap maklum, terima kasih.

Incoming search terms:

  • belajar buat chicken chop
  • blog jualan
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)