Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Pengumuman Penting: Hak Jualan Produk SmartUsaha.com

Salam sejahtera semua.

Sebelum ini, saya banyak keluarkan ebook Hak Jualan (resell rights), namun daripada beberapa pengalaman saya, ia agak meletihkan juga memberikan hak jualan ini.

Apa yang ingin saya umumkan di sini adalah, selepas ini saya mungkin tidak akan buka lagi sebarang hak jualan terhadap mana-mana produk saya yang lepas dan yang akan datang. Kalau ada pun, mungkin hanya PLR di mana dengan PLR, saya tidak ada kaitan dengan pemegang hak PLR tersebut.

Menjadi seorang penerbit sesebuah produk dan melesenkannya memang nampak mudah. Tapi pemilik produk tersebut perlu melakukan banyak kerja seperti support (pembeli dan reseller) dan update produk. Malah sebenarnya pemilik produk tersebut juga mempunyai risiko yang tersendiri.

Selepas ini, kalau saya buka peluang hak jualan (resell rights), ia mungkin hanya secara tertutup dan mereka yang terpilih sahaja yang layak untuk jadi reseller. Saya sudah merancang dua cara untuk saya memilih reseller secara bertapis dan terkawal dan bukan seperti sebelum ini di mana saya buka kepada semua orang.

Tujuan saya lakukan cara ini agar perjalanan pemasaran bagi produk tersebut berjalan lancar. Dan yang penting, para reseller tidak memberikan sebarang masalah kepada saya. Setakat ini, alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun ada beberapa masalah kecil.

Sedikit perkongsian saya, jika anda ingin melesenkan produk anda, pastikan hanya berikan kepada mereka yang ada asas perniagaan internet dan juga perkara teknikal. Dan yang penting, mereka tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan melalui pemasaran internet. Maksudnya, mereka tahu etika dan undang-undang siber.

Daripada pengalaman saya, ada produk-produk saya dijual secara salah, malah dengan cara yang tidak beretika. Inilah salah satu sebab saya tidak akan berikan hak jualan kepada orang yang saya tidak kenal lagi selepas ini. Saya akan utamakan mereka yang ada pengalaman dalam bisnes internet dan mempunyai rekod yang baik.

Dan berikut adalah beberapa perkara penting yang saya ingin umumkan:

1. Saya tidak akan buka lagi peluang hak jualan terhadap ebook Pakej Kit Blogger. Selama-lamanya. Jadi beruntunglah para reseller sedia-ada. Pakej Kit Blogger merupakan produk saya yang terbaik dan terlaris sejak hampir tiga tahun yang lepas.

2. Ebook Panduan FTP dan Sistem EZSurvey akan terus dikekalkan statusnya iaitu MRR. Ebook Panduan FTP diwujudkan bersama dengan ’sistem EMS’ untuk memudahkan reseller mula menjual. Namun masih ramai yang tidak nampak keunikan pakej ebook yang saya hasilkan ini. Saya akan update ebook ini nanti.

3. Sistem DPP mungkin akan dijadikan sebagai produk PLR di mana tiada lagi istilah reseller. Reseller-reseller sedia ada akan ada hak mutlak terhadap sistem tersebut dan tiada kaitan lagi dengan saya. Namun ini masih dalam perancangan. Saya belum buat keputusan lagi.

Perubahan ini hanya berlaku untuk reseller sedia-ada Sistem DPP sahaja. Dan bermula hari ini, saya telah tutup peluang hak jualan Sistem DPP ini. Saya tidak akan buka lagi.

4. Saya akan lakukan rombakan terhadap beberapa perkara selari dengan perkembangan semasa perniagaan saya. Rombakan ini berbentuk perubahan, pengurangan, ‘penghapusan’ dan juga penambahan (4P).

Kesemua lima perkara di atas dilakukan agar urusan perniagaan saya lebih lancar dan tidak mengalami banyak masalah. Ini juga adalah untuk kepentingan dan manfaat para pelanggan saya juga. Tambahan pula, saya mempunyai ‘blueprint’ terbaru untuk diri saya dan juga perniagaan saya. Selagi beberapa perkara belum selesai, saya tidak dapat melangkah dengan laju untuk capai apa yang saya azamkan.

Sekian, harap maklum.

ps. Kuota untuk hak jualan ebook Kuasa Forum tinggal 34 sahaja lagi. Saya hanya buka kepada 50 orang sahaja. Bila dah cukup, saya akan tutup selama-lamanya. Modal untuk jadi reseller, RM85.00 sahaja. Maaf, harga ini tak boleh dikurangkan dah. Saya dah banyak buat kerja. Kalau saya letak murah, kiranya saya dah menzalimi diri saya sendiri.

pps. Haa, yang ni paling penting. Mana-mana pembeli dan juga reseller yang belum daftar ke list tu, daftar lah ya. Saya dapati, ramai yang tak daftar. Bukan apa, kalau saya ada pengumuman penting, anda tak dapat apa-apa info. Nanti, saya juga yang akan disalahkan. ;) Harap daftarkan diri ya. Link ke page pendaftaran ada dalam emel link download produk yang anda terima. Harap maklum.

Hak Jualan Ebook Kuasa Forum Dibuka – Hanya Untuk 50 Orang Sahaja

Update Terkini: Terbuka untuk 100 27 orang sahaja lagi.

———————————

Berita yang ditunggu-tunggu oleh ramai orang terutama Internet Marketer Malaysia.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini (beberapa bulan lepas), saya akan membuka peluang hak jualan untuk ebook Kuasa Forum.

ecover35

Mengapa anda perlu menjadi reseller untuk ebook ini?

1. Anda boleh tetapkan harga yang anda mahu (selagi ikut syarat).

2. Anda boleh simpan 100% keuntungan jualan.

3. Tidak perlu tunggu sebulan untuk dapat komisen affiliate. Duit akan terus masuk ke akaun bank anda.

4. Tiada orang tengah. Anda niagakan ebook ini seperti produk anda sendiri.

5. Mudah. Laman web, sales letter dan imej produk disediakan. Anda perlu edit sedikit, upload dan mula menjual!

Semua kelebihan-kelebihan ini tidak diperolehi oleh orang lain melainkan hanya reseller sahaja.

Tidak perlu saya ulas panjang lebar kerana saya yakin anda sudah ada asas jualan produk resell rights. Sebelum saya terlupa, jika boleh anda perlu mempunyai asas komputer, laman web dan juga internet marketing. Saya hanya sediakan produk sahaja dan perkara-perkara lain anda perlu sediakan sendiri.

Namun, saya boleh berikan khidmat nasihat kepada reseller untuk perkara-perkara tertentu. Sokongan juga akan diberikan jika ada masalah tertentu.

Ramai yang berminat!

Saya mendapat banyak juga pertanyaan adakah saya membuka peluang resell rights ini, bila dan berapa harganya? Rata-rata semua bersetuju, malah sudah ada yang terus melakukan bayaran. Bukti:

rr-fazli

rr-fazli2

rr-rizal

rr-rizal2

Jadi, anda boleh andai sendiri bakal sambutan versi resell rights untuk ebook Kuasa Forum ini..

Info dan Peraturan Hak Jualan

Segala informasi asas terutama lesen hak jualan ebook Kuasa Forum, anda boleh baca file PDF berikut. Klik kanan dan Save ke komputer anda. Atau klik sahaja untuk membaca secara online.

http://www.kuasaforum.com/Hak-Jualan-Kuasa-Forum-v1.pdf

(pastikan komputer anda dipasang perisian Adobe PDF Reader)

Kit Reseller

Seperti biasa, reseller akan diberikan beberapa bahan sokongan untuk menjual ebook ini seperti:

1. Laman web jualan (termasuk sales letter). Perlukan beberapa minit saja nak “setup” web jualan!

2. Banner promosi (ada lima bentuk)

3. Ecover ebook

4. Template Emel Pembeli

Sebagai sokongan untuk usaha promosi reseller, saya berikan bahan berikut:

1. Viral Ebook (PDF file + URL jualan ebook reseller)

2. Artikel

3. Video Promosi

4. Siri emel newsletter (7 siri) – Akan diemelkan nanti kepada Reseller. Sedang disiapkan.

Harga

Bayaran untuk menjadi Reseller Ebook Kuasa Forum:

RM85.00 sahaja (terbuka lagi untuk 34 orang!)

Dengan harga sebegini, anda jual kepada dua orang, anda sudah dapat kembali modal anda. Jika jual banyak? Anda simpanlah keuntungan yang anda dapat itu. Passive income!

Nota: Kepada yang dah beli ebook ni sebelum ni, anda boleh dapatkan versi Resell Rights ini dengan bayar bakinya sahaja. Contoh: (RM85.00 – RM37.00 = RM48.00). Jadi perlu bayar RM48.00 sahaja.

Berminat untuk jadi Reseller? Sila ke laman web pembayaran berikut:

http://www.kuasaforum.com/resell-rights.html

Persoalan?

Jika anda ada pertanyaan, sila gunakan ruang komen di bawah atau hubungi saya melalui contact form di blog ini.

ps. Jika tidak memahami apa itu resell rights, mungkin boleh download ebook ini (klik di sini).

Ebook dan Video PERCUMA!

Update: Produk Utama Duit Mania telah dilancarkan. Klik di sini.

Ammar Zahar telah melancarkan ebook dan juga video percuma khas kepada anda yang baru ingin memulakan perniagaan Internet atau buat duit di Internet.

freereport-done-med

Ebook percuma ini adalah rentetan kepada pelancaran produk Duit Mania beliau pada 29 April 2009 ini.

Anda boleh download ebook ini dan mendaftar untuk mendapatkan video tersebut di sini:

http://malaysiasoho.com/duit-mania

Status Terkini

Sebagai meleraikan persoalan bagi mereka yang sedang tertanya-tanya ’status’ saya termasuk projek yang saya lakukan sekarang, berikut adalah beberapa perkara yang akan menjawab persoalan tersebut:

1. Saya masih sedang menyiapkan projek Ebook Kuasa Forum. Saya akan umumkan sebaik sahaja ia telah bersedia untuk dilancarkan. Kelewatan projek ini diakibatkan oleh masalah yang tidak dapat dielakkan.

2. Beberapa produk akan disiapkan. Di antaranya:

i. Ebook Kuasa Forum (in progress)

ii. Ebook Teknik Mudah Affiliate (Just simple ebook. Bahan untuk kandungan dah ada.)

iii. Projek CD (www.ProjekCD.com) – Batch pertama akan menerima secara percuma iaitu pembeli Pakej 101

iv. Video Panduan Pemasangan Blog dot Com – Pembeli Pakej 101 akan dapat percuma

Banyak lagi projek yang telah dirancang, tapi saya akan siapkan projek-projek di atas dahulu.

3. Saya juga sekarang dalam “mode” low profile dan bergerak secara “underground”.

4. Sebenarnya salah satu sebab saya agak “slow” dalam sejak dua menjak ini adalah disebabkan masalah kesihatan dan beberapa perkara peribadi. Lumrah manusia biasa tak terlepas daripada masalah/ujian. Namun sebagai usahawan, ia tidak boleh dijadikan sebagai alasan. Sebab itu saya terus berusaha apa yang terdaya. Never give up.

5. Saya juga akan mula melakukan personal coaching dan khidmat konsultansi asas perniagaan internet yang mungkin akan bermula pada Mei ini atau pada masa yang akan diumumkan nanti. Ia adalah face to face (sekitar Johor Bahru)  atau secara online berdasarkan pilihan client.

6. Pihak saya juga akan menganjurkan beberapa sesi seminar. InsyaAllah, bukan seminar perniagaan internet sahaja, tapi ada juga seminar lain yang berkaitan.

7. Peluang JV dengan saya akan dibuka dalam masa terdekat. Saya akan umumkan di blog ini.

8. Bulan April ini di samping sibuk menyiapkan projek, saya juga ada beberapa buah program yang perlu dihadiri.

9. Saya masih di dalam proses penstrukturan perniagaan saya kepada yang lebih tersusun, ‘profesional’ dan lebih ‘keterhadapan’.

Itu sahaja perkembangan saya terkini yang dapat saya kongsikan di sini.

Harap maklum.

*Jom follow saya di twitter. Klik button di bawah:

twitter-smartzul

Sistem DPP Secara Percuma?

Ya, anda sebenarnya boleh mendapatkan Sistem DPP (versi Personal Use) ini secara percuma tanpa perlu membayar RM15.00.

Bagaimana? Anda perlu mendapatkan Ebook Rahsia Newbie dengan harga RM50.00 dan secara automatik anda akan mendapat Sistem DPP ini serta beberapa lagi produk secara PERCUMA.

Tawaran ini akan tamat pada bila-bila masa sebab kuota jualan kedua untuk Rahsia Newbie tinggal 34 lagi.

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

Bagi yang dah terbeli Sistem DPP dan berminat dengan tawaran di atas, sila lakukan pembelian Ebook Rahsia Newbie dahulu dan kemudian maklumkan kepada saya. Saya akan lakukan bayaran semula kepada anda sebaik sahaja saya telah mendapat komisen daripada saudara Ammar.

Tawaran ini hanya sah untuk versi Personal Use Sistem DPP sahaja.

Harap maklum.

ps. Kalau saya jadi anda, saya dah rebut peluang ini. Dapat banyak produk dengan satu harga. :)

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)