Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Di Manakah Saya?

Tarikh: 5/3/2010

Artikel ini ditulis khas untuk pembaca blog saya yang tidak mengikuti perkembangan semasa saya melalui Facebook. Saya akui, saya adalah salah seorang pengguna tegar Facebook buat masa ini. Dan saya juga akui, Facebook adalah lebih hebat daripada Twitter. :D

Di Facebook, saya begitu aktif. Boleh dikatakan, saya menulis post-post ringkas minima tiga kali sehari. Itu adalah minimum. Kadang-kadang, ia lebih daripada itu. Segala yang saya lakukan dan ke mana saya pergi, semuanya saya tulis di Facebook. Mengapa Facebook? Kerana kita boleh menulis seringkas mungkin dan dapat dibaca dengan segera oleh ahli Facebook yang lain.

Jadi, jika para pembaca blog saya ini ingin tahu aktiviti saya terkini, di mana saya dan apa yang saya buat, maka saya boleh ‘diakses’ di Facebook.

Akaun Personal Facebook Telah Cukup Kuota

Akaun personal saya telah pun dipenuhi kuotanya, iaitu 5000 ahli sahaja. Saya tidak pasti adakah had ini sudah tiada atau masih wujud. Namun buat masa ini, saya tidak dapat Add Friend atau menyertai mana-mana Fan Page. Namun saya masih boleh menerima Invitation atau Request.

Untuk itu, maka saya telah mewujudkan satu Fan Page khas untuk peribadi saya. Sebelum ini, saya sudah ada Fan Page iaitu Page untuk Smartusaha.com. Namun untuk yang baru ini, ia adalah khas untuk saya secara peribadi.

Berkaitan perkataan ‘Fan’ ini, sebenarnya saya kurang menyukai perkataan Fan kerana saya ini adalah orang biasa sahaja, bukan public figure. Tetapi sudah itu yang digunakan oleh Facebook, maka terima sahajalah.

Personal: http://facebook.com/mohdzulfadli

Fan Page: http://facebook.com/MohdZulfadli.IM

* IM = Internet Marketing dan Inspirasi Maya (nama perniagaan)

Status Projek

Saya tahu, ramai yang menunggu beberapa projek saya yang telah diumumkan dahulu. Jangan risau, kerana saya masih di sini. Saya sama sekali tidak akan keluar dari bidang ini, atau melepaskan tanggungjawab, janji dan amanah begitu sahaja.

Doakan saya agar dapat menyiapkan beberapa buah projek yang belum siap. Segalanya ada hikmah dan saya banyak belajar daripada beberapa kesilapan. Sebaik sahaja projek tertentu siap, saya akan umumkan satu persatu.

Menambah Bidang

Di antara beberapa bidang yang telah saya mula terokai sedikit demi sedikit buat masa ini adalah penulisan buku, menjadi kolumnis majalah dan bidang training. Dan insyaAllah, saya akan melakukan kembali beberapa perkhidmatan Online yang pernah saya lakukan dahulu.

InsyaAllah, sedikit demi sedikit dalam beberapa tahun ini, saya cuba untuk memasuki pasaran yang lebih besar (baca: korporat). Dengan bimbingan beberapa orang mentor buat masa sekarang, semoga saya berjaya memasuki pasaran yang lebih menguntungkan itu berbanding pasaran yang saya ceburi sekarang.

Joint Venture?

Seperti yang saya maklumkan dahulu, saya menutup seketika sebarang bentuk kerjasama terutama bagi sebarang pelancaran sesebuah produk baru di Internet. Artikel tersebut boleh dibaca di sini: Ruang JV Ditutup. InsyaAllah, saya masih boleh bantu promosi melalui satu kaedah yang bakal saya umumkan dalam masa terdekat.

Harap maklum, terima kasih.

PS. Ikuti saya di Facebook: http://facebook.com/MohdZulfadli.IM

.

Peluang Tidak Terduga: DJ SmartZul?

Sebelum ini, teringin juga saya untuk ke udara melalui mana-mana Radio tanahair sebagai “DJ” atau sekurang-kurangnya sebagai seorang tetamu jemputan secara siaran langsung (LIVE). Setakat ini, ia belum terealisasi. Semoga impian saya itu tercapai kelak.

Namun, di dalam menanti perkara itu, datang satu peluang untuk saya mengendalikan satu slot di Radio Internet FuhyooFM (http://www.fuhyoofm.com). Slot tersebut adalah Dunia IE (Internet Entrepreneur) yang akan bersiaran pada setiap hari Khamis, jam 12.00 tengahari. Manakala siaran ulangan pada hari Rabu, jam 2.00 petang.

Pastikan mengikuti siri pertama rancangan Dunia IE pada 7/1/2010 (Khamis) ini, jam 12.00 tengahari. Layari http://www.fuhyoofm.com untuk mendengar siaran rakaman tersebut. Ia adalah edisi rakaman dan siaran LIVE akan dilakukan pada siri yang akan datang.

smartzul-2

Pada Program Countdown 2010, 31/12/2009 di pejabat Fitrah Media

Selain saya, ada beberapa orang lagi yang mengendalikan slot tersebut secara bergilir-gilir iaitu saudara Rohaizad dan juga saudara Zamrin, di samping blogger-blogger dan Internet Marketer yang lain. Di antara segmen di dalam slot Dunia IE adalah seperti Review Produk, Layan Emel, Terjah Blog, Tip dan beberapa lagi. Setiap “DJ” akan membawakan penyampaian masing-masing.

InsyaAllah, selain daripada slot di atas, saya juga akan mengendalikan slot yang lain. Saya akan umumkan kelak. Selain itu, kami juga akan bersiaran langsung (ONLINE) pada masa yang tidak terjangka.

Langkah Pertama…

Permulaan mengendalikan rancangan di radio Internet ini adalah satu permulaan yang begitu mengujakan saya. Walaupun saya tidak pandai berkata-kata, namun ia boleh dipelajari. Yang penting, informasi yang diberikan adalah bermanfaat untuk para pendengar di samping tidak menghilangkan ciri-ciri santai (hiburan).

Selain mengendalikan rancangan di Radio Internet ini, saya juga akan kerap mengadakan mini seminar, mini workshop dan personal coaching di tingkat atas iaitu di Fitrah Media Commercial Centre (FMCC). Pada Jumaat lepas, saya baru sahaja selesai mengadakan satu sesi personal coaching Blog Wordpress. Kiranya, ber”DJ” di samping melakukan kerja-kerja di sana.

FMCC dan FuhyooFM adalah dua projek milik Fitrah Media Entreprise. Bagi pihak yang berdekatan dengan Johor Bahru, ada beberapa buah bilik yang sesuai untuk digunakan bagi melakukan sesi taklimat, seminar atau personal coaching. Hubungi mereka untuk maklumat lanjut.

Walaupun Radio Internet ini tidak dapat menandingi radio-radio gah yang besar, namun yang pasti, matlamat utama pihak FuhyooFM adalah PENDIDIKAN. Ini selaras dengan slogannya, “Lebih Berilmu dan Berinformasi”. Kekuatan Radio Internet ini adalah jangkauannya yang tanpa had dan sempadan.

Maka saya bersama yang lain akan cuba membawakan mesej-mesej yang bermanfaat kepada para pendengar. Semoga kelak radio Online ini akan membina pasaran dan empayarnya sendiri bukan hanya di Malaysia, malah ke seluruh dunia.

Semenjak kami bersiaran pada 31/12/2009 lepas, ramai juga pendengar dari negara lain seperti Singapura dan Indonesia. Malah, ada rakyat Malaysia yang berada di negara lain seperti London, Jepun dan lain-lain juga mengikuti siaran dari FuhyooFM.com. Inilah salah satu kekuatan Radio Online. Jangkauan tanpa sempadan.

mixer

Sedikit Info:

1. Radio Internet FuhyooFM boleh didengari di mana-mana sahaja selagi komputer tersambung ke Internet. Untuk mendengar, layarilah http://www.fuhyoofm.com. Jika mempunyai masalah untuk mendengar, boleh cuba menggunakan Toolbar (hanya untuk browser Firefox sahaja). Dapatkan di sini.

2. Layari ruangan Foto di Facebook saya untuk melihat gambar-gambar di sekitar program bersama Blogger & IM pada 31/12/2009 lepas. Perlu login ke Facebook untuk melihatnya.

ps. InsyaAllah. Saya sekarang akan fokus untuk menulis buku pula di samping menyiapkan beberapa buah produk informasi.

“Hidup terlalu singkat untuk menghabiskan masa kepada perkara yang sia-sia.”

-

Ruang JV Ditutup

Salam ceria untuk para pembaca blog ini dan usahawan internet semua.

Saya menerima banyak emel yang menjemput saya untuk bekerjasama (JV), mendapatkan testimonial, review produk dan pelbagai lagi permintaan. Terima kasih saya ucapkan kerana memberikan kepercayaan kepada saya.

Namun, disebabkan tahun 2009 semakin hampir kepada tirai penutupnya, maka saya tidak dapat lagi menerima sebarang bentuk jemputan atau permintaan buat masa ini sehingga tahun 2010.

Di akhir tahun ini, banyak perkara yang perlu saya lakukan terutama ‘tahun kewangan’ perniagaan saya (bagi tahun 2009) sudah pun cukup setahun. Jadi saya perlu melakukan banyak perkara untuk memastikan perjalanan perniagaan saya lancar pada tempoh yang baru akan datang (2010).

Tip: Untuk lebih maju pada tahun hadapan, lakukan analisa perniagaan untuk satu tahun yang lepas (2009). Senaraikan kelemahan atau kesilapan yang perlu diperbaiki dan senaraikan kekuatan yang masih boleh ditingkatkan. Dan tambah lagi strategi agar pendapatan dapat ditingkatkan beberapa kali ganda.

Selain itu, saya sedang berhempas pulas untuk menyiapkan beberapa produk yang sedang terbengkalai, di samping ada beberapa ‘janji’ yang belum saya tunaikan kepada beberapa orang Internet Marketer seperti review produk, JV dan lain-lain lagi.

Saya seboleh mungkin mahu membantu usahawan-usahawan internet yang lain setakat yang saya mampu. Setakat ini, saya telah membantu ramai usahawan internet dan bilangannya terus bertambah. Saya meletak ia sebagai satu sumbangan ikhlas saya agar usahawan lain turut berjaya di dalam bidang ini, dan saya tidak melihat ia sebagai tujuan bisnes semata-mata. Biarlah Allah yang membalas untuk sumbangan saya itu.

Namun, saya tidak dapat memenuhi semua kehendak orang kerana saya juga perlu fokus kepada usaha saya. Apa pun, saya memanjatkan syukur kepada Allah kerana telah memberikan ruang kepada saya sejak 3 tahun lepas untuk membantu ramai para usahawan internet walaupun sekadar secebis pandangan.

Akhir sekali, maafkan saya jika ada emel yang tidak berbalas kerana entri (makluman) ringkas ini telah menjawabnya. Saya menulis entri ini secara umum agar bakal penghantar emel akan memahami ’status’ saya sekarang.

Saya mohon maaf di atas segala kesulitan ini.

Salam kejayaan kepada semua.

ps. Bagaimanalah saya boleh terlupa… SmartUsaha.com telah pun mencapai usia empat tahun pada September lepas! (September 2005 – September 2009). Ish… Macam mana boleh lupa nih. :D

Percubaan Theme Terbaru

header

Selama dua hari saya bertungkus-lumus meluangkan masa untuk mengaplikasikan blog ini dengan theme yang baru.

Theme terbaru untuk blog ini sebenarnya kemungkinan bukan theme yang akan digunakan untuk jangka masa lama. Saya mahu cuba lihat dahulu sejauh mana theme ini memberikan kepuasan kepada diri saya atau memberikan impak yang terbaik untuk blog ini dan juga kepada pelawat.

Sebenarnya di internet terlampau banyak theme terutama yang berbayar. Ada yang murah, ada yang sederhana dan ada yang mencecah sehingga puluhan/ratusan USD. Hendak pilih satu yang berkenan di hati pun mengambil masa yang begitu lama sebab boleh dikatakan premium theme yang ada semuanya bagus-bagus.

Namun disebabkan saya tidak mahu meluangkan masa yang terlalu lama, maka saya membuat keputusan untuk menggunakan theme ini dahulu sebagai percubaan. Jika ia memuaskan hati, maka saya akan gunakannya untuk satu jangka masa yang lama.

Antara perkara lain yang saya lakukan selain menukar theme:

1. Mengalih kod-kod coding dalam file-file theme yang saya gunakan selama ini dan dimasukkan ke dalam widget. Tak perlu lagi menggodeh file theme melainkan jika perlu.

2. Membuang (delete) berpuluh-puluh kategori post yang tidak perlu. Selain delete, saya convert antara kategori tersebut kepada Tag. Ya, ada fungsi converter jika anda perasan pada bahagian Categories. Saya mengambil tindakan drastik dengan mewujudkan beberapa buah kategori sahaja agar pengurusan blog lebih teratur dan fokus.

Tip: Wujudkan beberapa buah kategori sahaja untuk blog anda. Gunakan fungsi Tag untuk memasukkan sebarang keyword yang berkaitan bagi artikel/post yang ditulis. Tag boleh sebanyak mana pun yang anda mahu.

3. Mengubah bentuk permalink. Sebelum ini saya gunakan bentuk berikut:

/%category%/%year%/%month%/%postname%/

Dan sekarang saya guna bentuk permalink yang ini: /%postname%/

Alasan saya menukarnya kerana bentuk permalink sebelum ini amat panjang.

Cuba bandingkan kedua-dua link berikut:

http://blog.smartusaha.com/teknik-pemasaran/2009/01/kit-blogger-resell-rights/

http://blog.smartusaha.com/kit-blogger-resell-rights/

Sudah pasti yang kedua lagi pendek dan kemas. Sebab itu saya mahu gunakan bentuk yang pendek tersebut.

Mungkin ada yang tertanya mengapa saya menggunakan /%postname%/. Setelah membaca banyak artikel daripada pakar-pakar SEO, maka boleh dikatakan 80% menggunakan bentuk permalink tersebut. Malah Matt Cutt si jejaka hensem orang kuat SEO di Google tu pun menggunakan bentuk tersebut. Termasuklah ramai lagi blogger lain termasuk John Chow. Kita bincang perkara ini di lain kali. Mana-mana bentuk pun sama sahaja asalkan ‘keyword riches’ (mesra SEO).

4. Update plugin-plugin yang sudah ada versi terkini atau tukar kepada yang lain jika perlu. Perkara ini amat penting agar plugin tidak memberikan kesan kepada versi Wordpress yang terkini di samping untuk sekuriti blog. Plugin yang digunakan perlulah compatible dengan versi Wordpress yang digunakan. Jika tidak, blog akan menghadapi masalah.

5. Mula menggunakan plugin WP Cache untuk menambah kelajuan speed blog. AWAS: Kepada yang kurang mahir, hati-hati semasa mengaplikasikan plugin ini kerana ia sedikit teknikal. Saya guna ni pun selepas membaca saranan seorang blogger luar negara.

6. Memasang plugin-plugin yang dapat menjadikan blog ini lebih powerful dan memberikan kadar produktiviti terbaik untuk saya.

7. …dan banyak lagi yang dilakukan.

INFO: Tindakan-tindakan saya di atas dilakukan dengan penuh hati-hati agar pagerank blog ini tidak jatuh iaitu ‘tidak mengganggu-gugat’ SEO blog di Google.

Sepanjang dua hari saya melakukan pengubahsuaian dan penambahbaikan blog ini, banyak pelajaran-pelajaran baru yang saya hadapi. Saya memang suka masalah sebab saya memang ‘otak troubleshooting’. Saya akan cari punca masalah dan penyelesaiannya sampai dapat. Masalah yang dihadapi mematangkan lagi diri saya dalam soal teknikal blog Wordpress. Amat menyeronokkan! :D

Akan Terus Dikemaskini…

Sesebuah blog teramat sukar untuk dibuat perubahan dalam satu masa sekaligus. Jadi, saya akan improve blog ini sedikit demi sedikit dari semasa ke semasa. Dan anda sebagai pelawat dan pembaca, saya berharap theme atau design terbaru ini memuaskan hati anda.

Dan bersempena dengan perubahan theme blog ini, saya juga akan melakukan beberapa aktiviti, ”perubahan’ seperti topik penulisan dan beberapa perkara lagi. Tunggu saja coretan saya di post dalam masa terdekat.

Sekian laporan kali ini.

ps. Anda ada sebarang pendapat, komen atau cadangan? Saya amat mengalu-alukannya.

pps. Untuk melihat paparan yang lebih baik, amat digalakkan menggunakan Mozilla Firefox.

Akan Terbit! Teknik Mudah Affiliate.

Seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini, ebook ini akan diterbitkan pada bila-bila masa sahaja. Terdapat beberapa perkara lagi yang perlu disiapkan sebelum ebook ini dibuka jualannya.

ecover2

Harga:

RM40 untuk 50 orang pertama.

RM50 untuk 100 pembeli seterusnya.

*Jualan dibuka kepada 150 orang sahaja. Siapa cepat, dia dapat.

Konsep Asas Ebook:

1. Lebih berbentuk Case Study dan Manual. Ebook ini bukanlah berpuluh mukasurat, tetapi ia lebih kepada manual apa yang perlu dilakukan. Pembaca terus dapat mempraktikkan teknik mudah kerana “tools” juga disediakan untuk mereka dan mereka juga akan diberitahu produk apa yang sesuai dengan teknik ini.

2. Bukan ebook berbentuk suruh buat, tapi ebook ini akan menunjukkan produk apa yang saya promosikan. Kiranya tiada rahsia. Saya akan kongsikan kesemuanya.

3. Konsep Teknik Mudah ini adalah bagaimana mempromosikan produk affiliate dengan cara tidak mempromosikannya. Bunyinya sedikit pelik, tapi ia adalah benar. Kalau tidak benar, masakan saya begitu mudah dapat komisen untuk satu jenis produk yang susah orang nak beli, tapi orang lain berhempas pulas mempromosi.

4. Teknik ini bukanlah satu rahsia, tapi saya telah menemui cara bagaimana untuk mengoptimumkan hasilnya. Daripada sekitar 2300 pelawat yang klik link affiliate saya, saya memperolehi komisen sejumlah RM1570.00++. Kiranya kadar conversion rate adalah sekitar 68%!! (1570 / 2300). Anda akan ditunjukkan statistik sebenar jika membeli panduan Teknik Mudah Affiliate ini.

5. Duplikasi. Kaedah ini amat mudah untuk diduplikasikan. Syarat asasnya mesti ada “tool”. Apakah tool itu, saya akan dedahkan dalam ebook.

6. Teknik ini bukan teknik blackhat.

Berikut adalah kesemua cek yang saya perolehi sejak tahun lepas lagi:

cek-1

cek-dua-1

cek-2

cek-3

cek-4

Jumlah keseluruhan komisen: RM1571.08

Cek ke-6 dalam proses yang mana komisen terkumpul terkini adalah dalam RM170.00++. Saya boleh request cek pada bila-bila masa sahaja.

Mungkin anda kata komisen yang saya perolehi adalah sedikit dan terkumpul beberapa bulan. Memang betul. Mengapa? Kerana saya promosikan produk yang komisennya hanya 10% sahaja. Paling minima komisen RM6.00 satu jualan. Paling maksima tidak silap saya dalam RM20.00.

Jika anda mahukan jumlah komisen yang besar, saya akan tunjukkan caranya. Ada pelbagai jenis produk yang boleh dipromosikan dengan kaedah saya ini sama ada untuk pasaran Malaysia atau pasaran Internet global.

Terhad. Jangan Lepaskan Peluang.

Jangan lepaskan peluang ini kerana buat masa ini saya hanya membuka peluang kepada 150 orang sahaja untuk mempraktikkan Teknik Mudah ini. Teknik ini sama sekali tidak akan tepu sebab pasaran adalah terlalu luas. Cuma buat masa ini saya mahu terhadkan penjualan kerana ‘tool’ yang saya sediakan adalah untuk market Malaysia. Jadi saya tidak mahu ia terlalu tinggi persaingannya.

Itu sahaja info ringkas yang saya dapat kongsikan di sini. Selebihnya dapatkanlah ebook Teknik Mudah Affiliate. Bayaran anda untuk ebook ini adalah modal untuk mendapatkan komisen yang berterusan selagi anda mahu.

Anda boleh melihat draf surat jualan di sini:

http://smartusaha.com/teknikmudah

Page pembelian belum ready lagi. Saya akan umumkan di blog ini dan melalui emel (jika anda subscriber newsletter saya) setelah ebook ini dibuka jualannya.

Terima kasih.

Makluman Penting: Kepada anda yang akan mendapat ebook ini secara percuma kerana janji bonus saya terhadap beberapa produk usahawan lain, jangan beli ebook ini. Sila tunggu emel makluman daripada saya. HARAP MAKLUM.

ps. Ini adalah ebook pertama saya mengenai “cara buat duit”. Selama ini hanya mengenai IT & Marketing sahaja. Mohon maaf jika ada kekurangan. Tapi saya telah cuba yang terbaik untuk para pembeli. Prinsip saya, “quality first!”.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)