Catatlah…

Errm, apa yang perlu dicatatkan tu Zul? Catat kira-kira ker?

Hehe, kira-kira? Bukanlah.. Bukan catat debit kredit.. Duit masuk duit keluar, tapi idea.. ๐Ÿ™‚

Ya, rata-rata kita tidak bawak pen dan buku (tak kiralah buku 555 ker, kertas ke apa ker), tapi mesti tak ramai yang bawak kan? Jadi, bermula saat anda baca tulisan saya ni, apa kata kita mulakan satu tabiat atau hobi baru? Ya, menulis dan mencatat idea-idea yang tetiba datang tak dijemput. begitulah selalunya kan?

Sebagai contoh, apabila kita melihat sesuatu, tak semena-mena-nya datang idea untuk sesuatu perkara. Tengok kereta orang tersadar tepi jalan sebab tayar pancir. Hmm, kan bagus kalau aku buat servis bergerak repair kereta? Tak percaya? Kat tempat saya ada seorang yang buat servis hanya menampal tayar motor yang bocor! Hanya perlu menghubunginya kalau tayar motor anda pancit.. Saya juga yakin, di tempat anda juga ada.

Saya petik dari sebuah tulisan mengenai menulis idea atau apa yang kita fikirkan:

Tuliskan Apa Yang Anda Fikirkan

Saya tidak kisah berapa baik memori yang anda ada, tetapi mengapa perlu dibiarkan sahaja. Mengapa perlu menanggung risiko jika terlupa sesuatu yang penting? Menulis perkara yang ada di fikiran anda akan menolong melegakan otak anda yang sarat dengan maklumat. Apabila anda menulisnya anda tidak perlu takut jika terlupa pada masa yang diperlukan.

Jika anda mempunyai idea รขโ‚ฌโ€œ tuliskan.

Jika anda mempunyai masalah รขโ‚ฌโ€œ tuliskan.

Apabila anda menulis sesuatu masalah, anda akan dapati bahawa anda boleh berfikir dengan lebih jelas, dan satu masa nanti perkara tersebut dapat diselesaikan. Teknik ini nampak mudah, tapi jika anda mula menggunakannya, anda pasti akan lihat perbezaannya kelak.

Maka, jadikan menulis catatan itu sebagai satu tabiat untuk anda walau di mana anda berada hatta di kedai makan sekalipun.. Anda perlu tahu, inilah antara yang perlu anda ada untuk menjadi orang yang berjaya. ๐Ÿ™‚

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

5 thoughts on “Catatlah…

  1. ๐Ÿ’ก Memang betul idea perlu dicatat. Cuma….. nak tulis kat mana. Saya tambah le . Gunakan diari, pda, organizer atau buku khas yang khusus dan selalu anda baca atau bawa. Kalau catat atas kertas , mungkin hilang atau terbuang . mencatat pun kena ada sistem. kata isteri saya ; follow the system , then you get the momentum. ๐Ÿ˜‰ Faham ke โ“

  2. yea saya faham… baiklah nanti saya catat dengan sebaik mungkin. kat mana2 yang boleh dicatat… catat jangan tak catat.

    semuanya perlukan catatan, takder catatan takkan selesai apa yang ingin kita selesaikan. okeh laa mulakan mencatat mulai hari ini…

    berita faham, roger and out…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *