Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Catatan Impian TIGA Tahun

Dalam kebanyakan buku yang saya atau anda baca, biasanya akan dikatakan, catatlah sesuatu yang kita mahu, impikan, atau yang kita cita-citakan. Tidak kisahlah ia kemahuan di dunia ini atau untuk dunia akhirat nanti.

Saya memulakan perniagaan Internet sepenuh masa pada tahun 2005 lagi. Namun pada masa itu, saya masih lagi dalam proses percubaan, pencarian, kajian dan pembelajaran. Pada masa itu, bidang perniagaan Internet di Malaysia belum lagi berprestasi tinggi seperti sekarang.

Baik, bukan itu yang saya mahu bicarakan. Tetapi saya hanya mahu kongsikan catatan saya pada tiga tahun yang lepas iaitu bertarikh 26/10/2006 di sebuah laman web (43things.com). Jika dikira sehingga 26/10/2009, genap tiga tahunlah catatan saya itu.

Impian

Klik pada imej untuk paparan lebih jelas.

Nota: Saya menulis catatan itu setelah setahun melakukan perniagaan internet.

Anda boleh melihat catatan ini di laman web berikut:

http://www.43things.com/person/smartzul

Dan saya juga ada menulis dua entri yang berkaitan dengan cita-cita:

1. Dialog si penulis blog (20/2/2006) – Ini paling dahulu sebelum yang di atas.

2. Perniagaan Internet dan Anda : Di Manakah 3 Tahun Lagi? (21/5/2007)

Namun saya akui, perjalanan di dalam bidang ini selama 4 tahun bukanlah satu tempoh yang agak lama. Ia baru semalam… Saya masih mentah, masih banyak yang perlu dipelajari, saya belum berpuas hati apa yang dicapai, banyak lagi yang perlu diperbaiki, diperelok dan dipertingkatkan.

Yang pasti, perjalanan saya masih panjang di dalam melaksanakan tanggungjawab yang saya pikul ini. Hanya redha Allah yang saya harapkan dan kepadaNya jua saya memohon kekuatan.

Apakah tujuan saya menulis entri berkaitan hal ini? Hanya empat:

1. Hidup perlu ada matlamat, cita-cita dan impian. Barulah kita dapat hidup dengan terarah.

2. Matlamat dan impian perlu dicatat agar kita dapat FOKUS dan konsisten. Setiap kali ‘hilang arah’, baca catatan tersebut.

3. Impian tanpa usaha adalah SIA-SIA.

4. Indahnya hidup berjuang untuk kejayaan walaupun mengharungi 1000 kepahitan. Kelak bukan kesenangan yang kita pandang, tetapi sejarah perjalanan kita.

“Segala di dunia ini adalah milik ALLAH, namun yang dikurniakan kepada kita itu, untuk apa? Sudah pasti untuk digunakan ke jalan kebaikan dan kejayaan, dunia dan akhirat.”

Hari ini, 15/1/2010, saya akan bercuti penuh satu hari untuk muhasabah diri dan perniagaan. Semoga hari Jumaat yang mulia ini, Allah SWT memberikan saya kekuatan untuk terus melangkahkan kaki ini ke hadapan dan menjadi insan yang diredhaiNYA.

-

Mohd Zulfadli bin Suddin a.k.a SmartZul
Internet Marketer, www.smartusaha.com
2005-2009

ps. Inilah blog pertama saya: http://smartbiz.tblog.com. I LOVE it so much! Kepada Termin, jika anda membaca tulisan ini, saya ucapkan terima kasih kepada saudara. Termin adalah satu-satunya pembaca dan penyokong setia saya pada permulaan saya dahulu. Namun, kami tidak pernah bersua.

Ya, perjalanan saya ‘bermula’ dari blog itu juga. Jika mahu melihat perjalanan usaha saya, bacalah blog tersebut dan kemudian blog smartusaha.com ini dari awal hingga sekarang. Itulah serba sedikit sejarah saya di dalam bidang Internet Marketing ini.

Abaikan ‘style’ penulisan saya dahulu yang pelbagai bentuk. Al-maklum, belajar sambil buat. Mahu berjalan, perlu merangkak dahulu. Jadi banyak kesilapan.

pps. Cerita saya, bahagian 1.

ppps. Masih jauh perjalanan ini. Dan ia semakin mencabar…………………

TERIMA KASIH SEMUA!

Facebook comments:

30 Responses to “Catatan Impian TIGA Tahun”

  1. Amir says:

    Untuk berjaya,setiap hari kite perlu belajar dan terus belajar kerana ilmu takkan habis sampai bila-bila.

  2. Abu Jarir says:

    Bila baca entri ini, baru saya teringat tentang komen saya hampir 3 tahun lalu dalam entri ‘Dimanakah anda 3 tahun dari sekarang’.

    Saya dah update komen tersebut. Tak sangka pulak blog Zul ini jadi tempat mencatat kronologi perkembangan perniagaan internet saya.

    Saya ‘berguru’ dengan blog ini, saya tidak mengatakan yang saya dah berjaya, tapi yang pasti, saya telah mendapat sedikit hasil dari usaha yang dilakukan sejak hampir 3 tahun lalu dan berjaya mengeluarkan diri dari kelompok 90% newbie yang gagal dalam perniagaan internet. Alhamdulillah. Terima kasih Zul. Hanya Allah swt yang boleh balas jasa tuan.

  3. Jmay says:

    Alhamdulillah…memang manis menuai hasil penat lelah jika matlamat disertai dengan usaha dan planning yang betul.. tahniah bro zul..anda memang IM yang disegani :)

  4. Salam,

    Betul tu, tanpa fokus dan matlamat, kita akan hilang arah. Kata orang “Shoot for the moon. Even if you miss, you’ll land among the stars”. Kudos.

  5. Suri says:

    Tahniah atas pencapaian saudara Zul. Pencapaian saudara ini akan menjadi sumber inspirasi ramai orang termasuklah saya.

  6. donnyien.com says:

    salam zul,
    3 tahun lalu saya belum ada blog..sayang sekali katak dibawah tempurung.. :(

    untuk 3 tahun akan datang,target atau impian ialah ingin memiliki blog yang ‘mantop’ mcm blog zul.. dan..

    perbaiki tulisan BI kot..

  7. aizatkamal says:

    3 tahun bro Zul dapat menempah nama seperti sekarang sudah cukup hebat.
    lagi 3 tahun akan datang semakin hebat la bro Zul. :)

  8. Tahniah bro Zul.

    Saya kagum dgn perjuangan anda di dalam bidang usahawan internet di Malaysia ini.

  9. Zairi Zaidi says:

    Saya dapat rasakan sesuatu dari entri ni. Thanks bro

  10. Smartusaha.com sudah habis saya baca untuk pusingan pertama :) . Saya akan mengulangkaji lagi nanti jika ada berkesempatan. Sementara Smartbiz.tblog saya akan mulai malam ini. Pasti, juga penuh liku dan pengajaran..

  11. kejayaan akan dtg dgn usaha yg bersungguh2…:)

  12. Saya sangat suka artikel ini. Membakat semangat! Terima kasih dan juga tahniah buat Tuan Zul. Syabas! :)

  13. hairul says:

    Artikel ini memberikan semangat kepada saya untuk terus menulis.Saya dah baca blog awal smartzul memang ketara perubahan yang dilalui saudara zul.makin mantap penulisannya.saya pun belajar dari blog smartusaha ni..sebab semua entry tidak hanya fokus kepada perniagaan tetapi juga melibatkan motivasi.Tahniah smartzul.

  14. NayanMohd says:

    Tahniah Zul…Semoga Zul terus berjaya..

    Saya mula kenali Zul dari tahun 2006 melalui blog http://smartbiz.tblog.com

    Artikel-artikel Zul adalah rujukan saya dalam ber’blogging’…

  15. MohdZamrii says:

    Tahniah Saudara Zul,

    Blog ini menjadi mentor saya untuk mengejar impian saya. Semua info dan panduan yang saudara zul kongsikan akan saya manfaatkan dengan sebaik mungkin.

    Salam ukhwah.

  16. UstazCahaya says:

    Tahniah Zul. Semoga anda dan saya lebih berjaya pada masa akan datang, Amin.

    Sedar tidak sedar, sudah lebih dua tahun saya menjadi peminat Zul, boleh ke minta autograf kat baju ni;-) Gurau2 ya’

  17. 3 tahun pertama dalam perniagaan merupakan tahun-tahun yg paling mencabar. Sy sendiri di tahun pertama masih dalam proses pembelajaran, duit banyak keluar macam air keluar.

    Tp sekarang sy dah mula take action..memang perjalanan saya pun masih jauh lagi dan sy tak sabar nk jadi mcm Zul, masih boleh bertahan dlm perniagaan sehingga tahun ke-4.

    • smartzul says:

      Bagi saya, tiga tahun itu adalah tempoh merangkak. Kemudian baru dapat berdiri. Dalam bisnes, sekadar dapat duit banyak, itu tidak semestinya bermaksud bisnes kita sihat dan berjaya. Banyak lagi aspek lain yang perlu diperkirakan.

  18. Rizman says:

    Saya merupakan seorang Newbie dan usaha saya lebih terarah kepada promosi di personal blog. Sekiranya En Zul sendiri pun mengambil masa hampir 3 tahun untuk berada di tahap sekarang, apatah lagi saya yang baru bermula. Harap En.Zul teruskan menulis dan mmemberi tips yang berguna kepada Newbie2 yang ada di luar sana

  19. Kimizo says:

    Tahniah
    Semoga berterusan dengan kejayaan
    di masa akan datang

  20. Serba salah says:

    Salam,
    nak tanya pendapat lah..
    Sy ada buat biz online sket..baru je start..tapi ramai org yg tanya mana saya dapat supplier..jadi saya konfius lah nak bgtahu direct atau camne?? Lagi2 yg tanye tu kawan sendiri, risau plak dia kecik hati..tapi kalau dia buat biz yg sama ngan kita, nnt jadi saingan kita pulak..serba salah jadinya..kalau tak bgtahu rasa mcm kedekut/tamak pun ye pula. Boleh Zul bg pendapat sikit tak dalam hal macam ni? Terima kasih..

    • smartzul says:

      Salam,

      Terserah.. Pepatah ada mengatakan, “bisnes tetap bisnes, kawan tetap kawan”. Elakkan menjaga hati orang lain, kelak merana diri. Dia mahu merajuk atau kata kita tamak, itu terserah pada dia lah. Yang penting, kita ada hak untuk merahsiakan. Tapi kalau mahu bagitahu juga, jangan beritahu semua. Kalau ada 5 supplier, bagitahu satu. Atau, berikan syarat padanya agar dia jaga rahsia tersebut…

  21. rahsiasiber says:

    Tahniah.Saya amat kagum dengan semangat saudara.

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)