[Top Secret] Teknik Bernilai Puluhan Ribu Dibongkarkan Secara Percuma!

Hype ke tajuk kat atas? Tak kisahlah. Sekali sekala, nak guna juga tajuk yang menarik sikit.

Tapi ya, kali ini saya akan kongsikan kepada anda beberapa tip yang boleh memberikan anda pendapatan puluhan bahkan ratusan ribu ringgit setahun tanpa usaha yang banyak. Teruskan membaca…

Putus Asa. Tak Nak Buat Servis Lagi…

Salah satu model ebiz ialah perkhidmatan. Ramai yang melakukannya, tapi ramai juga yang bersara. Termasuk saya. 😉

Inilah dilema mereka yang melakukan bidang servis di Internet. Saya tahu perasaan mereka sebab saya juga pernah melakukan perkhidmatan di Internet.

Di dalam servis, biasanya kita perlu kental sikit jiwa dan raga sebab kalau tak kena customer, mereka ni begitu banyak karenah. 1001 macam karenah. Sebab itulah ramai usahawan Internet yang melakukan bidang servis berputus-asa dan akhirnya hentikan usaha tersebut.

stressJika anda salah seorang usahawan yang mahu hentikan bisnes servis anda, tunggu dulu. Pesan saya, jangan terburu-buru mengikut hati dan perasaan. Cuba anda lihat perkiraan berikut:

Jual Servis: Satu customer RM500. Lima customer RM2500.

Jual Produk: Satu produk berharga RM50.00. Nak dapat RM500, kena dapat 10 orang pembeli. Nak dapat RM2500, kena dapat 50 orang.

Di antara RM50.00 dengan RM500.00, yang mana satu lagi banyak? Sudah tentu RM500. Macam mana pula jika 10 orang pembeli produk tadi adalah 10 orang pelanggan servis anda? 10 x RM500 = RM5000. 🙂

Apa yang saya ingin katakan ialah, servis adalah nadi kepada bisnes anda. Cuba lihat kedai komputer. Walaupun mereka ramai pelanggan yang beli barang komputer, untung tak lah besar sangat. Tapi bagaimana mereka survive? Salah satunya ialah melalui servis. Ini kawan saya yang bagitahulah sebab dia jaga bahagian akaun di sebuah kedai komputer.

So, kalau tak ada servis, susah sikit nak berharap pada income jualan produk. Sebab, pendapatan dari servis dan produk beza jauh bak langit dan bumi. Seorang pembeli produk bagi kita untung RM10.00. Seorang pelanggan servis, kita untung RM300.00. Begitu berbeza bukan?

Lagipun, nak dapatkan seorang pembeli produk bukan mudah sebenarnya. Biasanya daripada 100 orang prospek, 1 orang akan membeli. Ini saya cakap untuk perniagaan Internet lah. Ia adalah kadar yang normal. Sebab tu kalau click through link affiliate anda beratus-ratus, tapi komisen sikit (seorang dua sahaja yang beli), maka sebab tu lah iaitu kadar normal tersebut.

Baik, ini yang saya ingin nyatakan kepada anda – Jangan sesekali hentikan servis yang anda buat sekarang. Sebaliknya, fikirkan strategi. Jangan cepat mati akal. Antara perkara yang boleh anda lakukan untuk terus mendapat pendapatan melalui usaha servis anda ialah:

ideaStrategi 1: Hanya terima pelanggan yang serius sahaja

Contoh: Customer tetap saya ialah En. Zamri Nanyan, En. Tazilan, Sham RajaAdsense dan ada lagi lah (masa saya buat servis dulu). Mereka ini adalah usahawan Internet yang serius. Tak banyak karenah.

Tambahan pula, mereka boleh bayar berapa sahaja caj yang anda kenakan. 🙂 Letaklah caj yang tinggi pun, mereka akan tetap bayar. Tapi, kalau anda letak caj tinggi kepada orang biasa, ayat ini yang akan keluar dari mulut mereka:

“Ala, mahalnya. Mintak diskaun leh?”

“Apa? 300 ratus? Kalau 200 boleh?”

“Saya first time ni nak buat ebiz, murahkanlah sikit harga”.

…dan banyak lagi ayat-ayat yang memeningkan kepala.

Tapi tidak untuk usahawan Internet yang serius dan betul-betul bermindakan keusahawanan, mereka tetap bayar walaupun caj anda mahal sebab mereka tahu mereka tak akan rugi punya. Kenapa tak rugi? Hanya jika anda bermindakan keusahawanan sahaja anda akan tahu. 🙂

Jadi untuk tip yang pertama ini, tawarkan servis anda kepada serious customers only. Tapi pastikan sediakan servis yang tip top punya.

Strategi 2: Hasilkan produk berdasarkan servis anda tersebut

Anda keluarkan produk berasaskan kepada kemahiran ilmu bidang servis anda itu. Contoh terbaik ialah Nurul (Luvley), selain dia melakukan servis design, dia juga telah keluarkan panduan grafik.

Jadi, kalau dia mahu berhenti atau mengurangkan kuota order servis, sudah tiada masalah bagi dia kerana dia ada sumber pendapatan yang lain. Ebook atau produk adalah merupakan satu sumber pendapatan yang pasif.

Anda juga boleh menghasilkan produk panduan sama ada ebook, audio atau video yang bertajuk, “Bagaimana Melakukan Servis ________ di Internet” atau apa-apa sahajalah yang sesuai.

Strategi 3: Jadi Trainer

Katakan anda selama ini melakukan servis menulis sales letter laman jualan. Dan tiba-tiba, anda mahu hentikan servis itu kerana ia memakan masa yang banyak. Untuk memastikan anda terus mendapat pendapatan dari kemahiran yang anda miliki itu, adakan seminar, coaching program, bengkel atau personal training untuk mereka yang berminat.

Apa yang anda lakukan hanyalah mengajar mereka bagaimana melakukan bisnes seperti yang anda lakukan.

Strategi 4: Gajikan Pekerja

Cari pekerja dan guide mereka satu demi satu mengenai servis yang anda lakukan. Dan kemudian biarkan mereka yang lakukan servis (kerja) tersebut. Anda? Suka hatilah nak buat apa. 😉

Saya sebut pekerja, BUKAN outsource. Upah orang lain (outsource) bagi saya, bukan jalan yang efektif dan berkesan di dalam mendapat profit yang tinggi sebab kos upah adalah tinggi. Jadi tak berbaloi.

Katakan anda menggaji 3 orang dengan bayaran RM1000 sebulan. Dan dalam sebulan bisnes servis, anda mendapat 20 orang pelanggan dengan setiap satu dicaj RM500. Hasilnya RM10,000. Wow! (Betul ke kiraan ni?)

3 orang staf x RM1000.00 = RM3000.00

RM10,000 – RM3,000 = RM7,000.00 => Inilah milik anda tanpa anda perlu buat kerja sikit pun bagi servis tersebut.

Anda boleh menyewa ruang pejabat atau mereka boleh bekerja dari jarak jauh. Tapi lebih bagus jika mempunyai ruang pejabat sendiri sebab lebih fleksibel dan ada mood kerja.

*Kiraan di atas hanya contoh sahaja. Jumlah gaji yang sesuai, itu terserah kepada anda dan keadaan serta lain-lain perkiraan.

**JANGAN anggap servis di Internet hanya design sahaja ya. Banyak lagi servis lain. 🙂

Namun cara ini saya sarankan jika anda serius dan sudah mempunyai tapak yang kukuh di dalam bisnes. Ya lah, bila dah jadi bos dan dah ada staf, banyak kos-kos lain yang perlu dikeluarkan. Anda juga perlu ada backup dari segi kewangan agar dapat bayar gaji mereka.

So, teknik ke-4 ini hanya untuk yang serius sahaja yang mahu bina perniagaan jangka panjang.

Kesimpulan

Jangan biarkan ilmu di dada anda berkarat begitu sahaja. Dan jangan hentikan servis anda yang bernilai berpuluh-puluh, bahkan beratus-ratus ribu ringgit setahun tersebut. RUGI BESAR kalau biarkan macam tu sahaja.

Saya sejak tahun 2006 lepas telah hentikan satu servis saya. Dan kalau dikira pendapatan sehingga sekarang (jika masih buat), ia dapat memberikan pendapatan yang besar kepada saya. Oh, ruginya. 🙁

Empat idea di atas tak difikirkan oleh saya sebelum ini. InsyaAllah, saya akan laksanakan salah satu idea di atas kelak.

Semoga anda mendapat manfaat daripada idea di atas.

Salam maju jaya!

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

10 thoughts on “[Top Secret] Teknik Bernilai Puluhan Ribu Dibongkarkan Secara Percuma!

  1. em…buat servis ni memang membebankan…
    customer yang cerewet tu, kdg2 naik geram…hehe
    susah2 tolak je…

    tapi servis ni memang keunutngan besar…
    ni yang best…haha

    han

  2. Salam,

    Bidang perkhidmatan memang berpotensi besar
    terutamanya jika kita ada pengetahuan dan
    kepakaran yang berkaitan;p

    Cuma kita perlu bersedia baik dari segi fizikal dan
    mental terutamanya dalam soal melayan kerenah
    dan kehendak pelanggan.

    Tapi saya percaya jika kita ikhlas dalam bekerja,
    melayan pelanggan dengan baik serta berterus-terang
    tentang keupayaan sebenar kita, mereka tentu akan faham:)

    Sekian.

  3. Saya setuju dengan melakukan perkara yang kita tahu. Contohnya saya sendiri pernah bekerja makan gaji dalam bidang Pest Control. Daripada situ saya mula menimba sedikit ilmu hasil daripada pengalaman bekerja.

    Pengalaman dan pengetahuan yang ada itu sekarang saya gunakan untuk cari duit dengan mempromosikan perkhidmatan saya di internet. Sudah hampir setahun lebih saya tidak lagi bekerja makan gaji dan sekarang hanya mengharapkan pendapatan dengan perkhidmatan itu.

    Alhamdulillah selagi cukup makan saya akan teruskan. Perkhidmatan kawalan serangga yang dimaksudkan itu senang ditemui jika menggunakan kata kunci ‘kawalan serangga anai-anai’. Kalau gunakan enjin carian laman yahoo.com ia berada daalam kedudukan no 1.

    Itu pun saya hanya menggunakan hosting percuma jer (geocities.com) Sebelum tu saya belajar cara buat laman web, teknik seo dengan membeli buku-buku sahaja. Belajar dengan menggunakan hosting percuma dulu nanti dah tahu boleh guna hosting berbayar plak….

    Eh panjang plak citer nie..

    1. Hai Asmid,

      Nampaknya Asmid dah berjaya menggunakan kuasa internet untuk menjana pendapatan.

      Rumah aku baru je kena diserang oleh anai-anai. Banyak buku-buku aku hancur.

      Nasib baik CD seminar aku yang berharga berpuluh-puluh ribu ringgit masih terselamat (tapi fail copywriting aku dah kena makan sikit oleh anai-anai)

      Mungkin Asmid boleh bagi sedikit tips untuk mencegah anai-anai. 🙂

  4. Memang tidak dinafikan servis merupakan income kepada IM kan??Sebabnya??Perkhidmatan memang masyuk incomenya..
    Contohnya macam doktor??Ubat ke perkhidmatannya yang check kita sakit apa walaupun bukannya lama bukan??Servis charge hampir RM 50…

    Sama juga seperti kedai komputer…

    kalau ditengok dari sudut sebagai pelanggan kita memang memerlukan servis oleh itu itulah sources income kepada yang lebih pakar.Tetapi janganlah cekik darah sangat 🙂

    P:S Servis bina blog hangat diperkatakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *