Cara untuk FOKUS

Banyak cara untuk fokus. Antaranya:

1. Pastikan rehat dan tidur yang cukup. Badan memerlukan kesihatan yang baik untuk berfungsi dengan baik. Kurangkan juga minuman berkafein. Minum air secukupnya setiap hari.

2. Senaraikan perkara yang perlu dilakukan sahaja. Patuh kepada senarai itu. Kita perlu berdisiplin, malah perlu memaksa diri tatkala kita rasa lemah dan kalah.

3. Perancangan yang jelas. Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang perlu dilakukan. Hilang fokus biasanya disebabkan oleh tiada perancangan. Perancangan harian, mingguan, bulanan dan tahunan.

4. Jadikan “fokus” sebagai amalan setiap hari tanpa putus selama 40 hari untuk melatih diri kita menguasai fokus. Kita mahu ia menjadi ‘darah daging’ kita (tabiat/perlakuan tanpa perlu lagi dipaksa).

5. Keinginan diri untuk mempunyai kekuatan fokus.

6. Tunaikan solat 5 waktu tanpa melengah-lengahkannya. Solat pada awal waktu juga adalah satu latihan untuk kita berdisiplin.

7. Berdoa agar diberikan daya fokus dan disiplin yang tinggi.

Andaikata tidak berjaya fokus juga, perlu dapatkan pandangan doktor kerana mungkin kita mempunyai penyakit kurang daya fokus seperti ADHD (mudah hilang fokus). Doktor akan lakukan diagnosis untuk mengesahkannya.

Lihat juga persekitaran kita (keluarga, masalah di tempat kerja, kebersihan, dan lain-lain…) yang boleh merosakkan segala perancangan dan usaha kita walau sehebat mana kita pun. Kawal semua itu sebaik-baiknya agar tidak menjejaskan diri kita.

Segalanya dengan izin Allah.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

One thought on “Cara untuk FOKUS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *