Kaedah Penerimaan Bayaran Secara Online

Ada beberapa kaedah untuk menerima bayaran melalui Internet, iaitu online banking dan juga kad kredit.

Untuk online banking, saya yakin semua orang sudah ada. Manakala untuk menerima wang melalui bayaran kad kredit pelanggan, ada beberapa pilihan seperti:

1. Paypal – Pendaftaran percuma. Caj untuk setiap jumlah yang diterima. Sekarang Paypal sudah ada pejabat urusan di Malaysia. Syarikat-syarikat seperti Maxis dan pawagam juga gunakan Paypal sebagai salah satu kaedah bayaran.

2. ipay88, MOLPay (dulu dikenali sebagai NBePay) dan Webcash. Mereka juga lebih kurang sama dengan Paypal, cuma yang tiga ini adalah 100% dari Malaysia. Kaedah caj juga lebih kurang sama. Cuma duit kita biasanya akan dikreditkan ke akaun bank kita pada tempoh tertentu (Saya tidak pasti jika sudah ada prosedur baru. Rujuk web mereka untuk maklumat terkini).

Kelebihan yang tiga ini berbanding Paypal adalah, pelanggan akan terus dapat bayar melalui akaun bank mereka ataupun kad kredit/debit mereka dengan mudah. Boleh dikatakan tiga perkhidmatan ini menyokong bank-bank tempatan.

3. Online Merchant oleh pihak bank seperti Maybank. Ini memerlukan kos yang amat tinggi dan beberapa syarat ketat.

Komen saya: Seperti biasa. Sekarang sudah banyak kemudahan untuk bisnes SOHO kita. 🙂

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

One thought on “Kaedah Penerimaan Bayaran Secara Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *