Bagaimana Mendapatkan Trafik dan Membina Jenama dengan Mudah

Adakah anda sedang mencari cara untuk mendapatkan trafik dan mengembangkan jenama perniagaan ataupun jenama diri anda sendiri?

Tidak kira sama ada anda seorang blogger ataupun usahawan, mendapatkan trafik ke laman web ataupun blog adalah perkara paling penting. Dengan trafik itu, jenama anda akan mula dikenali ramai.

Soalnya, bagaimana cara mendapatkan trafik ke blog kita?

Salah satu cara adalah dengan menjadi penulis di mana-mana blog yang membuka peluang sebegini. Ia juga dipanggil sebagai “guest blogger”, ataupun penulis jemputan.

Tidak banyak perkara yang perlu dilakukan. Kita hanya perlu menulis artikel dan serahkan ia kepada pengendali blog tersebut. Mereka akan urus dan terbitkan artikel kita di blog mereka itu.

Kebanyakan blog yang bertrafik tinggi, sudah pasti mempunyai pembaca setia, selain dilawati oleh pengguna-pengguna Internet yang mencari maklumat melalui enjin carian. Sebaik artikel anda diterbitkan, pembaca blog itu akan membaca artikel anda dan di akhir artikel, mereka akan membaca sedikit penerangan mengenai diri anda.

Kemudian, mereka akan klik link blog ataupun laman web pada bahagian penerangan ringkas itu untuk mengetahui lebih lanjut mengenai diri anda, produk ataupun bisnes yang anda miliki.

Berapakah kos untuk melakukan kaedah ini?

Biasanya, ia adalah percuma sahaja. Tiada kos yang perlu dikeluarkan, sebaliknya kita hanya perlu menulis artikel sahaja untuk blog tersebut. Perkara penting di sini adalah, artikel itu haruslah asli (original) dan tiada diterbitkan di mana-mana.

Adakah anda ingin melakukan cara ini sekarang?

Anda boleh lakukan teknik ini sekarang juga melalui laman blog 1Artikel.com. Laman 1 Artikel.com ini diwujudkan untuk menyebarkan artikel-artikel dan maklumat yang berinformasi kepada rakyat Malaysia khasnya. Anda boleh baca lebih lanjut tentang mereka di sini.

Selain mereka menerbitkan sendiri artikel sebegitu, mereka juga membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk menulis bersama pihak mereka, dengan syarat-syarat mudah berikut:

  • Menulis topik yang berilmiah. Maksudnya, topik yang berilmu, berinformasi ataupun berfakta. Mudah cerita, ia bukan topik hiburan.
  • Artikel ditulis dalam bahasa Melayu yang betul dan lengkap. Bukan ditulis dalam bahasa rojak dan bahasa pasar. Artikel dalam bahasa Inggeris juga diterima.
  • Hantarkan artikel itu kepada admin 1Artikel.com ke admin(at)1artikel.com [ tukar (at) kepada @ ]. Boleh juga hubungi mereka melalui laman Facebook rasmi 1Artikel.
  • Sertakan biodata anda seperti nama, alamat blog atau laman web dan sedikit maklumat mengenai diri anda.

Sebagai balasan, pihak 1Artikel.com akan memberikan slot pengiklanan ‘banner’ bersaiz 125×125 untuk tempoh dua minggu secara percuma. Banner iklan itu perlu disediakan sendiri oleh pihak penulis.

Nota: Artikel itu tetap milik anda (hakcipta). Anda hanya terbitkan di blog mereka sahaja.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

4 thoughts on “Bagaimana Mendapatkan Trafik dan Membina Jenama dengan Mudah

  1. Menarik ni. Tak perlu fikir pasal seo. Satu perkongsian yang cukup mudah difahami dan senang dipraktikkan. Kalau ada masa, nak cuba juga nanti. ;p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *