Soal Jawab: Cara Promosikan Produk Affiliate

Soalan: Assalamualaikum…. Saya selalu mengikuti setiap artikel dari blog anda.. Saya sangat berminat tentang affiliate dan saya bercadang nak buat blog dan senaraikan semua link affiliate yang saya dah join. Saya ingin melakukan affiliate sebagai pasif income. Tapi saya tak tahu nak isi apa dalam blog untuk buat affiliate ini.

Jawapan:

Waalaikumussalam,

Saya cadangkan pilih satu topik sahaja dan buat blog yang berkaitan dengan topik itu. Ini lebih mudah berbanding mempromosi banyak program affiliate sekaligus.

Contohnya, buat satu blog mengenai resipi dan masakan, kemudian promosikan produk-produk affiliate yang berkaitan resipi dan masakan.

Setelah dapat hasil komisen, buat lagi blog yang lain untuk topik yang lain. Lakukan proses yang sama.

Blog SmartUsaha.com contohnya adalah blog mengenai perniagaan internet dan produk yang dipromosikan adalah berkaitan perniagaan internet.

Saya juga mempunyai blog lain seperti http://bloggingsteps.com/tips. Blog itu khas untuk tip-tip blogging sahaja. Di blog itu, saya promosikan produk yang berkaitan dengan blogging. Begitu juga blog http://smartusaha.com/notafacebook, ia untuk topik pemasaran Facebook sahaja dan saya promosikan produk affiliate berkaitan FB Marketing sahaja.

Mulakan dengan satu blog dahulu dan buat sehingga dapat hasil sebelum membina blog-blog yang lain.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

2 thoughts on “Soal Jawab: Cara Promosikan Produk Affiliate

  1. Assalamualaikum saudara Mohd. Zulfadli,

    Terima kasih atas perkongsian yang sangat-sangat bermanfaat. Seperti ulasan buku saudara berkenaan Make Money by Blogging oleh Alan Tan:

    -Jadikan blogging sebagai satu usaha bisnes
    -Berhenti mencari formula ajaib untuk berjaya

    “Izinkan saya tambah sedikit kuncinya, fokus & istiqamah (konsisten) walaupun sedikit”

    Semoga usaha saudara mendapat keredhaanNya di dunia dan di akhirat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *