Cara Mudah Mendapat Jualan

Ramai usahawan internet berasa berat tangan untuk menjawab soalan-soalan mudah daripada bakal pembeli. Dengan andaian, “aku kan dah letak info kat web, baca je lah”.

Tapi tahukah anda, bertanya itu adalah sifat normal yang dilakukan oleh bakal pembeli? Hatta anda sendiri pun tatkala ingin membeli sesuatu, anda juga akan tanya macam-macam. Ya lah, nak beli kena keluarkan duit, jadi kena tanyalah dulu untuk pastikan segalanya jelas.

Berdasarkan kepada hakikat itu, walaupun anda telah meletak maklumat atau soalan lazim (FAQ) di laman web jualan, anda tetap perlu menjawab soalan yang ditanya oleh bakal pembeli.

Saranan saya, jawab secara peribadi dan jangan berikan mereka link ke laman FAQ untuk mereka baca sendiri.

Ya, memang meletihkan, tetapi terkadang, jika bakal pembeli itu seorang yang mempunyai kuasa beli, adalah amat rugi tidak menjawab soalan mereka. Tak jawab, tak ada lah pembelian sebab soalan mereka tak terjawab.

Satu perkara yang perlu anda tahu, ada pembeli yang sedikit ‘bijak’ akan cuba uji para penjual dahulu dengan menghantar emel pertanyaan dengan tujuan untuk melihat sejauh mana tahap respon penjual. Kalau lambat atau tidak memuaskan (apatah lagi tak balas), maka biasanya mereka tak akan membeli.

Saya pernah menjawab soalan mudah daripada seorang bakal pembeli saya. Dan hasilnya tanpa diminta, beliau telah membayar sebanyak RM210.00. Banyak bukan? Itu baru satu emel. Dan saya hanya balas beberapa baris sahaja.

Sejak daripada itu, saya mula ambil serius terhadap apa jua emel yang masuk hatta emel yang bukan bakal pelanggan pun. Jawablah emel mereka dengan ikhlas tanpa ada rasa benci atau bosan di hati.

Mereka sama seperti anda. Kita semua sama sebab kita manusia. Bertanya adalah lumrah walaupun maklumat sudah sedia ada. Mengapa?

Sebab manusia mahukan ‘connection’ atau wujudnya komunikasi (perhubungan) dua hala antara mereka dan penjual.

Anda letaklah diri anda pada tempat mereka. Tanpa ada komunikasi dengan penjual, ada satu perasaan yang amat berbeza berbanding dengan adanya komunikasi dengan penjual. Ini boleh lah dikatakan sebagai ‘dari hati ke hati’.

Bermula dari hari ini, jawablah apa sahaja emel yang masuk. Walau mereka bukan bertanya mengenai produk, sekurang-kurangnya ia adalah satu bentuk promosi yang tidak langsung.

Selamat mencuba.

PS. Tip Tambahan: Jika anda ada list atau blog, hubungi subscribers anda dan buka peluang mereka untuk bertanyakan soalan. Bagi blog, buat satu post untuk membuka peluang kepada pelawat blog bertanya soalan yang berkaitan.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

8 thoughts on “Cara Mudah Mendapat Jualan

  1. wah, 210 tu jawab satu email..saya pun pernah jugak macam tu..last2,pelanggan tu dah jadi pelanggan tetap saya dah skarang.. 🙂

    -business is about networking-your friend is your prospect-

    1. Benar. Kita perlu anggap pelanggan kita sebagai kawan kita. Bukan orang asing.

      So far, saya dah berjumpa dengan beberapa orang pelanggan saya. Nilai persahabatan itu lebih utama berbanding bisnes. Ikhlas dalam perhubungan, bisnes akan dgn datang sendirinya.

  2. Respon penjual adalah perkara yg perlu dititikberatkan, lebih2 lagi kpd yg baru hendak bermula. Tanpa respon yg pantas drp penjual pembeli tertunggu2 dan berfikir dua kali untuk membeli sesuatu produk yg ditawarkan.

  3. Sangat benar, jika anda lihat pada blog saya, setelah menjawab persoalan secara peribada, pelanggan saya sangat berpuas hati, telah membeli produk, dan telah ‘rekomen’ produk saya pada kawan-kawannya.

    The human touch is never replacable.

  4. Saya setuju Zul.

    Memang membantu. 🙂

    Tetapi honestly saya tak jawab semua soalan. hehe…

    Saya hanya jawab soalan yang ditanya oleh orang yang ada “background”. Kalau orang tu nampak macam zero, tanya pasal
    SKO ataupn hosting, saya memang tak jawab. Sbb learning curve
    dia masih panjang dan saya takut dia expect benda yang bukan2. 🙂

    Kalau jawab pun saya akan cakap terus, saya tak recommend untuk
    dia beli. 🙂

    Sabri

    1. Yup, betul. Saya pun mcm tu juga. Tak semua emel saya jawab. Emel yg saya jawab tu bermaksud orang yg bertanya tu memang boleh jadi pembeli yg “Ok”. Mudah cerita tak akan ambil masa kita.

      Kalau orang yg mcm sabri cakap tu, ermm, saya fikir panjang juga sebab yg susahnya kita juga nanti nak “take care” dia. Banyak kali dah saya kena dengan orang yg “zero”.

      Dan seperti Sabri, saya juga akan bagitahu dia apa yg sebenarnya saya tawarkan dan saya tak akan janji yang manis-manis.

      Bisnes bukan sekadar cari duit, tapi kena juga pandai memilih pelanggan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *