Home » Perniagaan Internet » Cara Meningkatkan Jualan Produk?

Cara Meningkatkan Jualan Produk?

Ini adalah soalan cepu emas di kalangan usahawan internet. Soalan bagaimana untuk meningkatkan hasil jualan sesebuah produk merupakan satu persoalan yang sering difikirkan oleh mereka.

Sehinggakan pada satu tahap, mereka tercari-cari apakah formula sakti bagaimana untuk memecah kebuntuan perkara ini.

Jika anda salah seorang daripada mereka, hentikan sahaja pencarian anda itu. Kerana di dalam Internet Marketing, hanya ada dua cara yang perlu anda fokus untuk meningkatkan jualan produk, iaitu:

1. Trafik

2. Conversion Rate

Itu sahaja. Tak perlulah anda menyenaraikan 1001 cara yang lain andaikata dua perkara tersebut anda belum memenuhinya secara maksima. Sefemes mana anda, sehensem mana anda, sehebat mana pun produk anda, tapi kalau kedua-dua perkara tersebut hanya ala kadar sahaja, maka tiada gunanya..

Formula Meningkatkan Jualan

Jualan Besar = Trafik Tinggi x Conversion Rate Tinggi

Contoh:

Keadaan 1 – Katakan jumlah trafik ke laman web anda pada setiap bulan ialah 200 orang sahaja dan conversion rate laman jualan produk anda ialah 1%. Maka berapa orangkah yang membeli dengan kadar penukaran (conversion rate) tersebut? Ya, hanya dua orang sahaja. :)

Keadaan 2 – Setelah anda tingkatkan promosi laman web dan membaiki struktur laman jualan (termasuk copywriting), maka trafik bulanan yang anda dapat ialah sebanyak 3000 orang sebulan dan kadar penukaran ialah sebanyak 2%. Maka jumlah pembeli ialah sebanyak 60 orang.

graf keuntunganTengok, perbezaan hasil jualan adalah amat ketara dengan hanya mengubah dua pembolehubah tersebut sahaja iaitu jumlah trafik dan nilai conversion rate laman jualan.

Jadi, fokuslah pada promosi laman web iaitu mendapatkan trafik yang targeted dan sedikit demi sedikit tingkatlah kadar penukaran (conversion rate) laman web jualan anda kepada yang lebih tinggi.

Jelas, tiada rahsia besar di dalam persoalan ini. :)

Sekian.

* Tak tahu cara kira conversion rate? Tak tahu macam mana saya dapatkan jumlah pembeli untuk contoh di atas? Haa, apa kata anda cuba kira-kira dulu. Sekali sekala panaskanlah otak bahagian kiri tu. Hehe.. Nanti ada masa saya tulis satu artikel khas pasal kira-kira ni.

.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

commentscomments

  1. cik ahmad says:

    Salam Zul,

    Saya nak book salah satu tempat untuk RR Upgrade WordPress.Jauh ni book.Hihi

  2. nuwa says:

    Saya juga berminat nk dapatkn RR nie.. kena berguru ngan Zul utk convert pelawat kepada pembeli..

  3. Han says:

    slmt pagi zul,
    saya tak suka sangat kalau kira conversion rate dengan peratus…
    saya lebih suka guna 1/200…
    contoh ada 200 orang dpt 1 pembeli…
    ni cara saya kira…
    bagi saya kira dengan cara per ni lebih tepat berbanding peratus…hehe

    zul,
    bukan ke video upgrade blog tu semua pembeli panduan wordpress dapat?

    han

  4. Muaz says:

    Sama jer guna 1/100 x 100 atau guna 1/100 . Tak da beza sangat , kalau traffic juta-juta , pastu jualan skit tak sama tu baru nampak beza tu pun takat beza zero zero point something lah .

  5. code7 says:

    cara nak kira CR mungkin berbeza bagi setiap IM.. mungkin berbeza antara bisnes local & global.. bagi saya apa yg penting ialah bagaimana anda naikkan CR di samping targetted traffic yang berkualiti.. itu lebih penting.. sbb kalo kita tak naikkan CR dan targetted traffic sukar utk naikkan jualan dan keuntungan berkaliganda… cara nak wat seme tu kenelah baca artikel di atas then cari info lagi berkaitan SEO, viral marketing, high-octane marketing dan byk lagi… apapun seme ni antara taktik2 marketing..

  6. Galadriel says:

    Salamz Zul,

    Firstly, happy belated birthday!
    Sorry terlambat … Kak G kurang sihat sikit minggu ni. Also busy dgn macam-macam hal.

    Yup, CR ni boleh kira dalam berbagai cara. Yang penting ialah gambaran yang diberi dan kita boleh gunakan CR tersebut sebagai kayu ukur sejauh manakah bisnes internet kita dah berjaya atau tidak atau masih di takuk lama.

    Tapi sebaik-baiknya, gunalah teknik pengiraan CR yang sama untuk setiap projek bisnes yang kita ceburi agar ia dapat dijadikan panduan dan perbandingan untuk sekarang dan pada masa akan datang.

    • smartzul says:

      Thanks kak G. Memang kalau cuba cari pasal CR ni, banyak sangat cara kiranya. Tapi saya hanya guna simple formula je. Walau ia bukan kiraan yg tepat, tapi at least ia menjadi petunjuk untuk kita.

      BTW, semoga kak G sembuh dari sihat tu. :)

  7. sham says:

    yang paling penting ialah promosi & sales letter yang power…tu je yang akan meningkatkan jualan sesuatu produk…

    trafik yang banyak,kalo orang tak beli sesia jugak..kalo sales kurang,cuba tanya kawan adalah site kita tu killer ke tak…kalo tak,perbaiki..

  8. starline says:

    Bagi saya salesletter kena timbulkan minat untuk pembaca.Kena bagi keyakinan dan ikhlas.Fakta kena tepat dan jangan terlalu hype.Kepercayaan customer pada salesletter akan timbulkan kepercayaan mereka pada penulis/penjual.

    Ikhlas + tepat + padat + membantu customer = jualan

    sekadar pandangan…

  9. titan says:

    Traffic = Duit. Senyum Selalu!

  10. ammbiz says:

    salam zul ,

    saya amat bersetuju dgn pendapat zul , nak tarik traffic targeted tu kena dengan cara yg betul . saya melalui masalah yg sama utk tarik traffic ni. harap dpt tips-tips dari zul lepas nie … maksud saya tips yg berkesan samada berbayar atau tidak .

  11. ammbiz says:

    salam zul ,

    satu pertanyaan saya , adakah website e-dagang perlu juga salesletter ? Jika perlu bentuk bagaimana yg sesuai berserta contoh .

    thanks

    ammbiz.com

  12. asmid says:

    betul tu zul, kena buat promosi giler2 sikit. kalau setakat
    duduk dalam senarai enjin carian belum tentu produk yang kita jual akan laku.

    saya pernah baca satu laman web usahawan gayapos malaysia yang dikenali ramai yang mendedahkan tatik berkesan untuk menarik
    trafik ke laman web dengan membuat follow up melalui list jer.

    kaedah ini lah yang saya sedang perhatikan sekarang. memang segaja
    saya mengitip mana-mana laman web atau blog orang lain untuk mengetahui rahsia sebenar.

    sekadar belajar melihat sahaja kemudian lakukan lagi dan lagi dan lagi.

  13. [...] Semestinya kita semua ingin menambahkan jualan di website kita. Jadi, tajuk artikel kali ini adalah berkenaan bagaimana cara untuk menambahkan jualan kita. Artikel ini dipetik daripada laman blog usahawan internet yang terkenal, iaitu Saudara Smartzul. [...]

  14. [...] Semestinya kita semua ingin menambahkan jualan di website kita. Jadi, tajuk artikel kali ini adalah berkenaan bagaimana cara untuk menambahkan jualan kita. Artikel ini dipetik daripada laman blog usahawan internet yang terkenal, iaitu Saudara Smartzul. [...]

  15. http://jutawanrolutionmalaysia.blogspot.com/

    memang susah nak dapatkan terafik datang lawat website kita..
    tp kalo sanggup kluar modal.. mmg senag dapat trafik

  16. [...] memeriksa statistik pelawat (trafik) ke laman web jualan, sehingga tidak tahu apakah conversion rate (kadar penukaran) jualan. Sekurang-kurangnya perlu tahu berapa orang yang masuk ke laman web dan [...]

  17. Amim Blog says:

    betul tu . trafik tu penting . sebab tu kena tengok pada conversation rate sekali .

  18. [...] Dalam erti kata lain, meningkatkan kadar penukaran adalah juga bermaksud meningkatkan kadar jualan produk. [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

CommentLuv badge

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.