Langkah Mencapai Matlamat

Terdapat dua jenis matlamat (sasaran) iaitu matlamat jangka pendek (kecil) dan jangka panjang (besar). Tidak kisah apa jua jenis matlamat, kita mesti berusaha dengan bijaksana untuk mencapainya.

Berikut adalah cadangan langkah mencapai matlamat:

  1. Berdoa agar kita diberi bimbingan oleh Allah untuk menetapkan matlamat yang bermanfaat. Kita adalah makhluk yang lemah dan kepada Dia sahaja kita memohon bantuan.
  2. Tetapkan matlamat dengan jelas dan spesifik. Tulis dalam buku matlamat agar kita tidak hilang fokus (rujuk selalu).
  3. Tetapkan tarikh (deadline) yang munasabah untuk mencapai matlamat tersebut.
  4. Rancang usaha dan tindakan yang perlu dilakukan dalam tempoh masa sebelum tarikh tersebut.
  5. Sebaiknya, tetapkan pencapaian yang perlu dicapai untuk usaha-usaha kecil yang dilakukan.
  6. Sentiasa mengukur dan memantau perkembangan semasa terutama jarak masa deadline dengan kadar pencapaian semasa.

Hanya semudah itu, tetapi ianya perlu dilakukan dengan ilmu dan kemahiran juga, selain disiplin dan kesungguhan.

usahawan berjayaTip Ekstra:

  • Matlamat besar biasanya tercapai melalui pencapaian matlamat-matlamat kecil.
  • Fokus pada usaha-usaha dan pengisian masa yang dapat membantu matlamat dicapai. ‘Masa adalah emas’.
  • Untuk tempoh setahun, tetapkan 3 matlamat besar sahaja untuk dicapai. Kemudian pecahkan ia kepada usaha-usaha kecil. Tempoh 12 bulan tidak begitu banyak untuk kita lakukan banyak perkara yang besar. Utamakan kualiti, kemudian baru kuantiti.
  • Baca buku, artikel, dengar audio dan tonton video berkaitan cara mencapai matlamat.
  • Ambil peluang berkenalan dan bertanya orang-orang berjaya ‘rahsia’ mereka mencapai matlamat mereka.
  • Fokus, fokus dan fokus. Usaha kita perlu fokus umpama keretapi yang sentiasa berada di atas ‘track’ yang betul. Jika ia tergelincir, bukan sahaja akan lambat sampai ke destinasi, malah banyak nyawa yang dalam bahaya.
  • Tidak perlu tunggu tahun baru untuk berusaha menjadi ‘orang yang baik’, kerana kita tidak tahu tarikh terakhir kita hidup di dunia ini….

Erti kejayaan adalah subjektif. Adakah memiliki harta RM sejuta itu sudah kaya? Mungkin ya, mungkin tidak. Untuk hidup lebih mudah, kita fokus untuk menjadi manusia yang sentiasa mahu melakukan perkara yang baik, tidak kisah apa jua keadaan yang kita lalui.

Berubah 0.1% (jadi lebih baik berbanding semalam) adalah lebih baik daripada tidak ada apa-apa perubahan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

One thought on “Langkah Mencapai Matlamat

  1. matlamat yg kite nk capai perlu jelas.klu tak jelas maknanya halatuju kite juga tak jelas.tp kdg2 w/pun jelas akan ade gangguan yg dtg menguji kite (^_^).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *