Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Ebook Panduan Mudah FTP, Bukan Sebarangan Ebook!

17 11 2007

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Mungkin ada sebahagian orang yang masih mempersoalkan akan kandungan Ebook Panduan Mudah FTP. Biar saya ceritakan sedikit kandungan Ebook tersebut agar tidak berlaku salah tanggapan.

Walaupun Ebook tersebut bertajuk “Panduan FTP”, namun di dalam Ebook ini saya juga menyentuh beberapa perkara yang tidak ramai orang menerangkan secara mudah. Antara perkara yang saya terangkan ialah apa itu Internet, Server, HTML, domain name dan juga Hosting. Selama ini, kebanyakan orang hanya tahu guna sahaja.

Dalam mana-mana buku atau Ebook, apa yang biasanya diterangkan hanya pada permukaan sahaja mengenai perkara-perkara itu, tetapi tidak diterangkan “how it works”. Atau mungkin hanya menyuruh pembaca membeli Hosting dan menyuruh mereka Upload. Hanya itu..

Tapi di dalam Ebook FTP saya ini, saya terangkan tanpa menggunakan banyak istilah teknikal yang amat menakutkan pembaca yang bukan golongan teknikal. Sebaliknya, saya gunakan konsep analogi. Apabila menyebut nama domain dan Hosting, saya bagi analogi untuk memudahkan pemahaman mereka. Apabila saya menerangkan apa itu Internet dan bagaimana ia berfungsi, saya juga terangkan dengan cara analogi dan bergambar.

Walhasilnya, pembaca akan tahu apa yang mereka lakukan. Kalau sebelum ini mereka hanya tahu Upload laman web tetapi tidak tahu ke mana mereka Upload dan tak tahu apa itu Server, tapi selepas membaca Ebook FTP saya ini, mereka akan faham, apa itu Server, apa itu Hosting, apa kaitan dengan nama domain dan di mana Server itu berada. Kefahaman asas beginilah yang perlu mereka kuasai agar mudah di kemudian hari.

Saya juga menerangkan, sebelum sesebuah laman web terhasil, apa yang sebenarnya berlaku sebelum ia dapat dilayari. Ini pun tidak banyak disentuh dalam mana-mana Ebook atau buku. Bukan saya katakan bahan rujukan lain itu tidak bagus, tapi Ebook saya ini datang untuk memenuhi ruang-ruang kekosongan yang ada.

Jika anda hanya melihat pada tajuk, memanglah anda memandang sinis Ebook ini. Tetapi ia hanya sekadar tajuk untuk keunikan Ebook ini. Sebaliknya, sebelum topik FTP disentuh, pembaca ‘dihidangkan’ dahulu mengenai Server, nama domain, Internet dan lain-lain sebab semua itu berkaitan dengan FTP.

Hmm, saya rasa keterangan di atas sudah memadai untuk menerangkan kandungan Ebook Panduan Mudah FTP. Itu pun baru sebahagian Ebook. Ada lagi yang lain. Itu tidak sentuh lagi mengenai peluang perniagaan Internet yang didatangkan bersama dengannya. Laman web, grafik dan juga sistem.

Semuanya hanya RM20.00. Memang tidak wajar harga semurah ini sebab kos nampak dan tak nampak lebih daripada itu, mencecah ratusan. Tidak dikira lagi dengan masa dan tenaga yang saya peruntukkan. Tapi saya tidak mahu hanya memikirkan untung, sebaliknya saya juga mahu membantu orang ramai melakukan perniagaan Internet sebenar dengan cara yang mudah.

Kalau ada orang ‘mengutuk’ projek saya ini, saya teramat pelik, apa lagi yang mereka mahukan? Kenapa tidak berusaha menghapuskan skim-skim cepat kayap yang begitu banyak di Internet sekarang? Mereka yang suka mengondem usaha orang lain ini hanya tahu berkata-kata, tapi satu pun tiada usaha sumbangan untuk bangsa dan agama. Mereka ini dalam istilah yang lain, “hanya aku yang betul”.

Itu tidak sebut lagi mengenai salah faham mengenai bisnes Ebook. Saya amat yakin, ramai yang tidak faham dan mengerti mengenai model perniagaan Ebook ini. Sebaliknya, ramai yang berfikiran menjual Ebook ini adalah menjual ilmu. Fikiran mereka dangkal dan mereka bercakap sesuatu yang mereka tidak faham.

InsyaAllah, saya telah merangka beberapa siri artikel untuk menjelaskan hakikat perniagaan Ebook ini. Ramai yang tidak tahu hakikat sebenar model perniagaan Ebook..

Baiklah. Artikel ini panjang sebenarnya. Setelah difikirkan, saya akan sambung bahagian yang seterusnya pada hari esok.

Bersambung ke siri kedua…

Sekian.

ps. Kepada rakan-rakan JV saya, tunggu respon daripada saya untuk projek-projek kerjasama kita nanti. Kepada yang meminta testimoni dan review produk anda, jangan katakan saya lupa yer, saya akan balas Emel anda selepas ini.

pps. Siapa kata buat Ebiz ni relaks? Tak semudah itu sebenarnya…

Pengumuman: Lawati Blog khas untuk produk FTPCaraMudah.com!

blog smartusaha

http://ftpcaramudah.com/blog

Rujuk juga: http://bloggingsteps.com/tips/

Perhatian kepada Reseller Ebook FTP: Anda tidak dibenarkan mengambil segala hasil tulisan di blog ini dan juga di blog SmartUsaha.com tanpa kebenaran saya terlebih dahulu. Harap maklum.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • 2 E-Book (report) Percuma RajaAdsense
  • Ebook Percuma : Panduan Pengaktifan PayPal
  • [Siri 2] Ebook Panduan Mudah FTP, Bukan Sebarangan Ebook!
  • Panduan Pengiklanan Banner Dilancarkan!
  • Ketahui 27 _____ + 7 _____ Untuk Melipat Gandakan Pendapatan Ebiz
  • Ebook Percuma
  • Testimonial Pembeli Ebook Kuasa Forum
  • Membina Perniagaan Internet : Hari 1 Bermula
  • Penerbitan Ebook Cara Mudah
  • Ebook Percuma: Perniagaan ‘Resell Rights’

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    10 Comments »

    Comment by Han
    2007-11-18 12:28:03

    slmt tgh hari zul,
    wah blog panduan ftp dah siap…
    testimoni Sabri tu memang power lah…

    zul, mcm mana sabri boleh jual dgn harga rm67 tu?
    rm20 pun susah nak jual…

    han

    Comment by smartzul
    2007-11-18 12:38:30

    Tambah bonus. Dalam bisnes, pandai2 lah buat deal dgn bakal customer. ;)

     
     
    Comment by ambsmart
    2007-11-18 15:56:41

    Fahami TOS. Gunakan hak anda sebaiknya. Hehe…

     
    Comment by SyedHafidz
    2007-11-18 16:00:53

    :razz:
    tak sangka masih ramai lagi yg nak mempertikaikan ye,…
    apa yang sebnarnya dorang fikirkan ek?
    :?:

    Comment by smartzul
    2007-11-18 16:12:18

    Biasanya mereka ni tak faham mengenai sesuatu tapi mahu juga bercakap juga pasal tu. Sebab mereka melihat tanpa kefahaman, maka hasilnya pandangan mereka salah. :) Tu yang salah komen. Tapi sekadar bagi pendapat no problem.

     
     
    Comment by starline
    2007-11-18 19:30:45

    Salam sejahtera Zul,

    Sape yang mempertikaikan tu?Mungkin diorang dengki,tak boleh tengok orang berjaya.Kalau dengki pastu berusaha lagi kuat x pe la jugak,ni dengki nak menjahanamkan orang.tu yang x syok tu.Biasa la tu.Dalam dunia ni banyak orang camtu.kena sabor..

    Anyway,tahniah Zul atas pelancaran ebook ni :razz:

     
    Comment by nizam
    2007-11-19 09:01:03

    Hi zul, tahniah & terima kasih dengan produk ni…

    Tak pernah rasa begitu teruja tunggu produk kat internet sampai isteri pun merajuk masa psl saya balik lambat ptg zul lancarkan produk ni. Tak sabar2 saya nak lancarkan kat web saya lak…

    Kesilapan saya sebab terlalu tergesa2…sebab mmg saya dah tahu apa yang ada dalam ebook tu…tp x semua kita ingat..ebook yang baik ingat dan faham kembali ilmu yang dah lupa. beberapa kali tukar web jualan. sesuatu yang x bagus kot bagi seorang usahawan…sebab macam x prepare betul….so untuk rakan2…biar lambat asal kita betul bersedia untuk bermula. jgn buat kesilapan macam saya.(jangan terlalu teruja dan tergesa2) ..
    he..he..he… apa2 pun alhamdulillah dah dapat modal dan untung…

    Yang komen pasal jual ebook itu menjual ilmu, itu realiti dunia sekarang.. start dari sekolah dulu pun, buku teks pun kena beli…sebab yang percuma susah org nak hargai…pendapat sahaja…;)

    Cuma ada pendapat kat sini tapi jgn ambil kisah sgt…Panduan Mudah Ftp tu macam x sesuai kot…just pandangan….he…he…he…

    Apa2 pun tq 4 zul , sebab produk ni bagi idea baru untuk saya…mungkin boleh buat JV ngan zul kot…;)

    Comment by smartzul
    2007-11-19 13:32:22

    Tak sesuai mcm mana tu ye Nizam?

    Comment by nizam
    2007-11-19 14:05:50

    maksud saya tajuk nya saje….

    sebab kandungannya lebih dari itu..mungkin kalau org yang dah biasa dengan ftp dan tidak melihat pada web jualan dia beranggapan ebook ni biasa jer…just panduan http://ftp…tapi isi sebenarnya lebih dari itu…

    sebab ekspresi pertama seseorang pada saya ialah nama/tajuk sesuatu produk….

    sebagai contoh saya sendiri…bukan nak kata saya hebat..tidak lah..sebab saya bekerja dalam bidang it ni penggunaan ftp ni mmg sangat perlu…

    tp mungkin org ukur buku dari kulitnya…
    tp kalau tiada tarikan org pun xkan baca….just pendapat..

    tp keseluruhan ebook ni mmg bagus…100% dan membuka minda saya dan mungkin org lain bahawa 1 ilmu yang sedikit ni harganya tak ternilai…sebab saya mengguna ftp hampir setiap hari tapi x pernah terfikir ramai lg yang tidak tahu tentangnya dan panduan penggunaan tersebut boleh buat duit .

    (Comments wont nest below this level)
    Comment by nizam
    2007-11-19 14:09:08

    pembetulan ayat : :)

    tp mungkin org ukur buku dari kulitnya…

    sebenar nak taip

    tp mungkin org kata don’t judge the book by it’s cover…(mcm ni kot ejanya..saya x pandai BI ni…;))

     
     
     
     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: