Cara menyemak expired date domain name

1. Masuk ke http://whois.domaintools.com

2. Pada bahagian whois lookup, masukkan nama domain.

3. Klik pada butang SEARCH.

4. Tunggu sehingga hasil carian dipaparkan.

5. Lihat pada bahagian Dates. Ada dinyatakan tarikh expired. Contohnya: Dates Created on 2013-03-06 – Expires on 2015-03-06.

6. Jika tarikh itu sudah lepas, domain itu telah expired. Perlu lakukan bayaran secepat mungkin. Domain yang tidak di-renew dalam masa 30 hari, tidak boleh diperbaharui lagi melainkan perlu tunggu selama 90 hari (3 bulan), atau perlu membayar ratusan dollar untuk dapatkan ia sebelum cukup tempoh 3 bulan itu.

7. Hubungi pihak yang mendaftarkan nama domain itu untuk mengetahui cara bayaran dan proses pembaharuan. Biasanya hanya perlu lakukan bayaran sahaja. Proses seterusnya akan dilakukan oleh pihak yang mendaftarkan domain itu.

8. Jangan biarkan domain anda luput tanpa sedar dan jangan biarkan ia didaftarkan kembali oleh orang lain, lagi-lagi nama domain jenama bisnes anda. Ia adalah aset bernilai.

checkwhois

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

One thought on “Cara menyemak expired date domain name

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *