Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Cara Cepat ‘Menghasilkan’ Produk untuk Perniagaan Internet

Apa khabar anda semua? Semoga sihat hendaknya.

Baik. Apa yang saya ingin perkatakan pada hari ini, adalah sambungan kepada topik yang telah saya bincangkan baru-baru ini mengenai ‘resell rights’ (RR). Produk RR merupakan satu cara mudah untuk kita menjimatkan masa bagi memulakan perniagaan Internet di mana kita boleh mendapat hak untuk menjual sesuatu produk.

Masa yang mungkin berbulan-bulan untuk menghasilkan produk sendiri, telah dijimatkan dengan mendapatkan produk-produk yang disertakan dengan lesen resell rights, master resell rights atau private lable rights. Biasanya, produk-produk sebegini adalah produk digital seperti ebook, audio dan video.

Namun, anda jangan hanya sebarangan dalam membeli produk resell rights di pasaran Internet. ANDA PERLU melakukan kajian terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli. Antara perkara yang perlu diambil kira adalah:

1. ‘Usia’ Produk Tersebut

Adakah produk tersebut baru diterbitkan/dijual di pasaran Internet oleh pihak pengeluar produk tersebut? Jika ya, maka ia boleh dibeli untuk anda jadikan ia produk perniagaan Internet anda. Namun, jika produk tersebut sudah lama berada di Internet, maka elakkan membelinya. Sila rujuk poin ke-2 ini untuk sebabnya…

2. Kadar Ketepuan Produk

Jika sesebuah produk resell rights sudah lama (mungkin bertahun-tahun yang lepas?) berada di Internet, dan ia juga mempunyai beribu-ribu reseller, maka boleh dikatakan kadar ketepuan produk tersebut sudah berada di kemuncaknya. Elakkan produk yang sudah tepu.

3. Lihat ‘Ketegasan’ Pihak Penerbit

Semasa anda membeli, lihat syarat-syarat yang mereka nyatakan di laman web jualan produk RR tersebut. Adakah ia boleh diberi secara percuma? Adakah reseller boleh meletakkan sebarang harga walaupun 1 sen? Adakah produk tersebut boleh dilelong dengan sebarang harga di laman web lelong (ebay, etc…)?

Jika beberapa perkara tersebut boleh, maka ELAKKAN membeli. Pihak yang menjual produk tersebut yang memberikan lesen RR untuk anda sebenarnya TIDAK TEGAS! Dan mereka menjual dengan syarat-syarat longgar sebegitu adalah untuk kepentingan mereka semata-mata.

Adalah sesuatu yang merugikan reseller jika produk itu boleh disebarkan secara percuma. Nampak benar di sini bahawa mereka hanya mahu mengambil kesempatan di atas usaha anda. Anda beli dan kemudian anda jual, tapi tidak laku. Kenapa? Kerana sudah ada pihak lain memberikan secara percuma produk tersebut.

Ia tidak salah kerana tidak bertentangan dengan syarat-syarat reseller. Akhirnya, anda juga akan mengedarkan produk tersebut secara percuma. Nah, kini yang mendapat manfaat adalah pemilik asal produk tersebut (kalau produk itu ebook, maka penulisnya) yang akan mendapat nama, BUKAN ANDA.

Bagaimana dengan harga? Jika mereka mengatakan reseller boleh letak harga walaupun 1 sen (ikut suka…), sebenarnya ia akan menyebabkan berlaku persaingan tidak sihat dan merosakkan pasaran! Itulah beberapa ciri yang perlu anda perhatikan dalam syarat-syarat reseller mereka.

Jika tidak dipaparkan di laman web jualan produk RR itu, hantar emel kepada penjual tersebut dan tanya akan hal-hal yang berkaitan. Jika syarat terlalu longgar, maka pasaran untuk produk tersebut mudah rosak dan tepu. Sebab itu saya bertegas sangat dengan reseller-reseller saya. :)

Bidang RR hanya menjimatkan masa dari segi penghasilan produk, BUKAN menghasilkan duit dengan cepat. Anda juga perlu usaha juga, cuma tak perlu susah-susah fikir nak jual apa dan tak perlu buat produk sendiri. Jangan salah faham akan bidang RR ini ok. Ia kadang-kadang memerlukan masa untuk mendapat hasil. Ada yang dapat cepat, ada yang lambat sikit. Ia bergantung kepada teknik, strategi dan usaha yang anda lakukan. Jangan putus asa dan teruskan usaha, itu sahaja.

Akhir kata, bidang resell rights merupakan jalan mudah dalam mendapatkan produk untuk anda menjana pendapatan di Internet. Namun ingat, sila semak sesebuah produk resell rights yang ditawarkan. Rujuk ciri-ciri seperti yang telah saya nyatakan di awal tulisan ini.

Sekian.

Ikhlas,

usahawan internet

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan "Wordpress Blogging". Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.

Incoming search terms:

  • cara buka perniagaan
  • cara nak buka perniagaan
  • produk untuk perniagaan
  • komunikasi lim goh tong
  • langkah buka perniagaan baru
  • nak buka perniagaan
  • panduan asas membuka perniagaan
  • panduan membuka perniagaan
  • produk untuk berniaga
  • produk untuk bisnes


17 Responses to “Cara Cepat ‘Menghasilkan’ Produk untuk Perniagaan Internet”

  1. Tq! bertuah menjadi reseller kitblogger zul. Pertama kerana ketegasan zul dalam mengawal produk reseller dan kedua kerana memberikan ruangan support untuk membantu reseller Zul tu.. termasuk saya :-) . Satu yang saya suka pada Zul nie kerana tidak lepas tangan begitu saja pada pembeli produk beliau. Bayangkan saya telah membeli produk zul hampir 4 bulan.. tapi zul masih follow up apa yang saya buat. T’hanks Zul.

    • abdfatah says:

      dah tentunya servis lepas jualan amat penting untuk sebagai kesinambungan perniagaan yang akan datang…

      • Han says:

        memang la abdfatah…
        kalau saya nak beli ebook pun, saya tengok ada support ke tak…
        kalau takde, memang susah lah nak beli…
        jadi support tu penting jika beli ebook…
        kalau buku nyata, tak pe la…hehe

        han

  2. Labanon says:

    Yeah… RR menjimatkan masa kita untuk memiliki produk

    ” RR membantu kita memiliki produk kurang daripada 1jam ” hoho!

    p/s: Boleh baca ebook “Menjana Wang Tanpa Produk” untuk menambah lagi kefahaman :)

    • abdfatah says:

      memiliki produk dalam beberapa jam dan menambah pendapatan dalam beberapa minggu yang akan datang dengan mudah dan cepat lagi segera…

      • Han says:

        produk RR tak boleh tahan lama…
        biasanya kalau kita yang dapat dulu tu akan dapat keuntungan yang lebih banyak…
        tambah pula kalau pemilik tu jualan RR yang tiada had…
        baik jangan bila…
        sebab semua orang ada…

        kalau mcm zul buat terhad 100 je…
        jadi ni boleh lah…
        pasaran takkan tepu…

        han

  3. SmartZuL says:

    Jebat. Thanks. :) Harap2nya berterusan begitulah.

    Semalam, saya set up satu lagi produk RR yg baru keluar di pasaran. Saya terus beli, edit web, setting payment dan upload ke hosting. Siap semuanya tak sampai 1 jam. :)

  4. hapisol says:

    ((Semalam, saya set up satu lagi produk RR yg baru keluar di pasaran. Saya terus beli, edit web, setting payment dan upload ke hosting. Siap semuanya tak sampai 1 jam.))

    peh, hebatnya ilmu zul.

    saya akan berusaha bersungguh2 supaya ilmu ebiz saya hebat spt zul kelak.

  5. hpk says:

    ya zul, spt kata jebat, kita perlu tegas dalam melakukan sesuatu..jika tidak nnti org akan pijak kepala kita..hpk..(“,)

  6. yatie says:

    assalammualaikum..
    saya nie tengah mencari peluang perniagaan internet..saya tahu banyak yang perlu saya belajar…boleh awak bantu saya? :sad:

  7. smartzul says:

    yatie, saya dah banyak tulis panduan ebiz kat blog ni. Mungkin awak perlu ambil masa sikit untuk membaca dan mengkaji.

    - zul

  8. abdfatah says:

    hohohooo… cara cepat lagi nak buat duit. cara cepat yang ini memang berbaloi laa untuk masa yang tercepat. memang cepat untung jugak laa.

    saya belum cuba lagi produk RR nih… hihii

    takleh nak mula lagi… kuikuikui…

    • Han says:

      RR memang dapat duit cepat dan ia juga cepat lepas musim…
      jadi untung tak berpanjangan…
      tambah pula penjual ramai juga…
      pesaingan agak segik…mencabar…seronok tu…hehe..

      tp saya pun belum cuba produk RR ni…
      nanti kita sama2 cuba lah abdfatah…
      kalau nak duit cepat…

      han

  9. susan says:

    minta tolong jawad soalan :
    pendaktaran lesen internet cafe di malaysian berapa lama boleh dapat dan harga lesen berapa?
    terima kasih….

Trackbacks/Pingbacks

  1. Kad Perniagaan | Mohd Suhaimy | Rahsia Ilmu Perniagaan Internet & Jutawan

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)