Home » Buat Duit di Internet » Cara Buka Akaun Semasa Perniagaan – Maybank

Berikut saya nyatakan secara ringkas, langkah demi langkah bagaimana untuk membuka akaun semasa perniagaan di bank Maybank.

1. Perlu daftarkan perniagaan terlebih dahulu sama ada persendirian, perkongsian atau Sdn. Bhd. Dapatkan sijil pendaftaran SSM dan juga salinan detail yang disertakan.

2. Buat cop perniagaan (rubber stamp). Pada cop ada nama perniagaan dan alamat. Letak no. telefon juga jika mahu. Saya kurang pasti sama ada alamat wajib atau tidak diletak pada rubber stamp tersebut. Rubber stamp perlu dibawa semasa pendaftaran dan semasa mengisi borang (ada ruangan yang perlu dicop).

3. Pergi ke mana-mana cawangan Maybank (digalakkan cawangan Islamik). Minta mereka borang permohonan akaun semasa perniagaan. Borangnya ‘simple’ sahaja.

4. Lengkapkan borang tersebut dan kepilkan bersama dengan satu salinan fotostat sijil pendaftaran perniagaan dan salinan kad pengenalan (termasuk rakan kongsi jika perniagaan perkongsian).

Syarat untuk buka akaun semasa perniagaan adalah perlu ada seorang Introducer yang telah memiliki akaun semasa sekurang-kurangnya setahun. Cari sesiapa yang boleh jadi introducer sama ada rakan-rakan usahawan, adik beradik dan yang kita kenali. Atau, boleh juga rakan kongsi sendiri atau diri kita sendiri (jika ada akaun semasa peribadi).

Kedua, perlu ada deposit RM2000. Deposit ini perlu dimasukkan melalui mesin cash deposit selepas sebaik sahaja akaun selesai dibuka. Mereka akan berikan no. akaun kepada anda.

5. Jumpa pegawai yang bertugas. Mereka akan uruskan permohonan anda. Sebarang pertanyaan dan perbincangan akan dilakukan pada masa itu.

6. Mereka akan mengambil masa 3-7 hari bekerja untuk menyemak status perniagaan anda di SSM. Pihak bank akan hubungi anda untuk memaklumkan status permohonan. Jika tiada masalah, anda perlu datang ke bank untuk selesaikan proses membuka akaun.

7. Semasa hadir ke bank untuk buka akaun, bawa cop perniagaan.

8. Masukkan wang deposit ke dalam akaun semasa anda yang baru saja siap dibuka.

9. Urusan selesai.

10. Buku cek akan diberikan dalam masa tiga hari bekerja, selepas akaun selesai didaftarkan.

Maybank2u Untuk Akaun Semasa

Sudah pasti Maybank2u.com.my amat diperlukan untuk perniagaan internet yang dilakukan. Jika tidak, bagaimana kita mahu menyemak bayaran daripada pembeli. Jadi, kita perlu daftar juga.

1. Perlu isi satu borang lain untuk mendapatkan akses ke akaun semasa melalui Maybank2u.

2. Jika akaun itu berbentuk perkongsian, satu borang perlu diisi dengan senarai no. akaun bank yang boleh menerima transfer (wang) daripada akaun semasa. Bermaksud, no. akaun lain yang tidak didaftarkan tidak dapat menerima transfer daripada akaun semasa (jenis perkongsian) tersebut.

3. Satu surat ber-letterhead perniagaan/syarikat perlu dikepilkan bersama. Mereka berikan contoh format surat yang mereka mahukan. Surat ini adalah untuk akaun jenis akaun semasa jenis perkongsian sahaja. Perlu tandatangan kesemua rakan kongsi.

4. Akaun Maybank2u akan siap terus pada hari kita mengembalikan borang permohonan Maybank2u tersebut.

Segala maklumat di atas adalah setakat sedikit yang saya tahu. Selebihnya, anda boleh bertanya kepada pegawai yang bertugas untuk maklumat yang lebih tepat dan lengkap.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.
Share

133 thoughts on “Cara Buka Akaun Semasa Perniagaan – Maybank

  1. Ali Hanafiah says:

    Tips yang jelas. Akaun semasa memang bagus untuk orang yang buat bisnes bagi memudahkan pembayaran.

  2. hairul says:

    Panduan yang baik untuk mereka yang mahu membuka akaun semasa.Bagi saya akaun semasa ini penting dan perlu bagi mereka yang serius dalam perniagaan.Banyak kelebihan bagi akaun semasa ini untuk kemudian hari.

  3. Hanafi Wawi says:

    Satu panduan yang baik utk sesiapa yang ingin membuka perniagaan dan ini menjadi panduan kepada saya juga sebab saya baru nak merancang membuka akaun semasa utk perniagaan saya.

  4. PakarBuahPinggang says:

    Salam zul,

    Boleh terangkan sikit secara detail apakah kelebihan membuka akaun semasa di Maybank yang tidak akan kita dapat sekiranya membuka akaun yang sama di bank lain?

    1. smartzul says:

      Salam,

      Membuka akaun semasa perniagaan digalakkan oleh pihak bank terutama untuk usahawan yang mempunyai transaksi keluar masuk wang yang banyak.

      Tidak salah menggunakan akaun simpanan biasa, namun jikalau transaksi begitu naik mendadak secara tiba-tiba, pihak bank akan ‘block’ akaun simpanan itu buat sementara dan akan menghubungi kita untuk ‘soal siasat’. Ini adalah prosedur normal mereka bagi memastikan tiada aktiviti haram yang dilakukan. Selepas menerangkan mengenai bisnes online kita, mereka akan buka kembali akaun tersebut, namun menyarankan agar kita membuka akaun semasa perniagaan.

      Kelebihan lain mempunyai akaun semasa, kita tidak akan usik wang di akaun simpanan peribadi kita.

      Sebenarnya, ada akaun SEMASA peribadi di kebanyakan bank dengan deposit RM500-RM1000 sahaja, tanpa perlu introducer. Contohnya, saya memiliki akaun semasa net current-i di Maybank yang memerlukan desposit RM500 sahaja. Cara membuka akaun itu tidak memerlukan dokumen perniagaan, sama seperti membuka akaun simpanan.

      Bagi artikel ini, membuka akaun semasa perniagaan adalah sesuai jika untuk jangka masa panjang dan juga sesuai bagi perniagaan perkongsian / Sdn. Bhd..

      1. paja says:

        salam tuan.
        saya nak tanya kalu kita buat perniagaan online dan tiada dokumentasi spt resit dan sbgnya bagaimana kita nk yakinkan pihak bank melalui transaksi akaun semasa kita tu if kita mahu buat loan dengan mereka?

        satu lagi seperti soalan di atas iaitu jika kita ada personal current akaun dan wat bisnes online atau pasar malam yg tiada ape2 dokumentasi sokongan, bolehkah kita dapatkan loan hanya menyertakan transaksi current akaun kita sahaja?

        maaf atas pertanyaan pjg lebar ini.

  5. dinsblog says:

    kalau kita dah ada akaun semasa individu tapi nak bukak akaun semasa perniagaan kena introducer jugak ke?

    1. smartzul says:

      Kalau akaun semasa individu itu telah lebih daripada setahun, kita dapat jadi introducer kepada diri sendiri. Saya sendiri telah melakukannya.

  6. sham says:

    boleh terangkan mana nak buat akaun company dgn kos rm500…

    1. smartzul says:

      Setahu saya tiada. Paling rendah pun dalam RM1000 seperti bank al-Rajhi.

    2. Syafiq says:

      ada yang mengatakan bahawa CIMB boleh…tapi dengan syarat buka akaun islamik

    3. bray says:

      ambank rm500 + insuran rm180

  7. mhnizam says:

    saya belum buka mana-mana akaun simpanan semasa lagi kena buat cepat ni…supaya lebih efisien

  8. Abumohd says:

    Saudara buka akaun semasa jenis apa di maybank? sya tgk mcm jenis ada.. yg islamic punye dipanggil apa ye..

    1. smartzul says:

      Saya buka akaun semasa peribadi (personal). Namanya Net Current Account. Deposit RM500 sahaja. Rujuk di sini: http://maybankislamic.com.my/c_net-currentacct.html

      Hanya perlu bawa kad pengenalan, deposit RM500 dan kad bisnes jika ada atau maklumat ringkas pekerjaan semasa. Akaun ini siap segera. Deposit boleh dikeluarkan selepas akaun siap jika mahu.

      Lain-lain akaun Islamic boleh rujuk di sini: http://maybankislamic.com.my/consumer.html

  9. zam says:

    saya dah ada akaun semasa individu…cume sekarang saya confuse…adakah kite perlu buka acount semasa perniagaan supaya nampak kite nye financial lebih kukuh? ataupun memadai dengan akaun semasa personal shj….

    matlamat saya supaya next time bile nak buat loan lg mudah….dengan adanya current ac nie…cume beza antara personal & biznes CA ni bikin confuse plak… mohon penjelas tuan. tq

    1. smartzul says:

      Kalau tuan ada modal untuk buka akaun semasa bisnes, teruskan sahaja buka akaun tersebut. Personal current account (CA) hanya untuk mereka yang tidak ada modal mencukupi sahaja atau untuk permulaan. Tapi setakat yang saya tahu, tiada masalah jika guna personal CA untuk buat bisnes.

      Kalau tuan mahu majukan bisnes ke tahap yang lebih besar, memiliki akaun semasa bisnes adalah amat digalakkan agar kelak untuk mohon loan perniagaan, prosesnya lebih mudah (membantu).

      Namun, yang paling penting adalah bagaimana kita urus financial bisnes kita. Tidak guna kalau duit banyak masuk, tapi kewangan bisnes kita kelam kabut. Pihak bank akan lihat bagaimana kita urus wang dan kemampuan kita untuk bayar balik pinjaman.

  10. Lin says:

    Salam zul,

    Saya ada beberapa soalan.

    1. Kalau saya buka Net Current Account bagaimana dengan transaksi yang dibuat daripada akaun maybank (konvensional). Adakah transaksi itu akan terus masuk ke akaun saya ataupun mengambil masa beberapa hari?

    2. Bolehkah akaun Net Current ini dijadikan sebagai bukti transaksi akaun company kita apabila kita ingin membuat loan pada masa hadapan?

    Tq.

    1. smartzul says:

      Salam,

      1. Kalau transaksi itu dari bank yang sama, tidak kira jenis akaun, ia akan terus masuk pada masa ia dilakukan.

      2. Boleh sahaja setahu saya, tapi saranan saya, jika sudah ada modal nanti, buka akaun company dengan deposit RM2000. Agar bisnes kita lebih nampak serius dan profesional.

  11. Fara says:

    Salam,
    Saya nak bertanyakan ,sekiranya nama pemilik black listed dengan kredit card atau mana2 pinjaman di atas nama sendiri,adakah dia masih boleh buat pinjaman atas nama syarikatnya sendiri dengan tujuan pinjaman untuk perniagaan?Adakah pihak bank akan meluluskan atas nama syarikat?

    Terima Kasih

  12. AIMI says:

    SALAM
    BAGAIMANA JIKA TIDAK ADA INTRODUCER BOLEH KE AKAUN SEMASA INI DIBUAT.,ATAU ADA CARA LAIN SLAIN CARA INI..
    BAGAIMANA PLK MMBUAT AKAUN SEMASA UNTUK BANK ISLAM.?

    TERIMA KASIH.

    1. smartzul says:

      Salam.

      Biasanya perlu introducer, terutama untuk akaun semasa perniagaan. Ada satu lagi jenis akaun semasa iaitu akaun semasa peribadi. Yang ini tidak perlukan introducer.

      Mana-mana bank biasanya meletakkan syarat untuk akaun semasa perniagaan. Tapi ada juga yang boleh bertolak ansur terutama cawangan bank yang baru dibuka, di mana mereka ingin meramaikan pelanggan pada peringkat awal cawangan dibuka. Cuba buka di Al-Rajhi Bank. Dahulu mereka ada tawarkan kepada saya akaun semasa perniagaan tanpa introducer, sebab mereka masih baru di Malaysia.

      Cara lain, kalau ada kenalan yang bekerja di bank, mungkin boleh minta bantuan mereka.

  13. mariam says:

    pengalaman dari saya saya ada akaun semasa peribadi maybank, baru2 ne saya buka akaun semasa syarikat, ent. shj. sungguh mudah bawa sijil ssm, ic, cop ent, nama ent dan no.pendaftaran shj di cop tsb, better cop bulat, ne yg maybank minta, introducer saya sendiri, sbb saya dah 4 thn akaun semasa peribadi maybank. cop tak mahal, murah je. saya business so buka c/a ent. utk buat loan kemudian hari.

  14. ilhamic says:

    salam..

    boleh amik terus ke deposit yg kita letak tu?
    lepas dah settle sume..

    dah tanya kat cimb, rm1000 deposit..
    x pyh introducer..mudah2..

    1. smartzul says:

      Salam.. Boleh ambil terus melalui ATM, tapi tinggalkan sedikit baki sebab bank akan caj setiap bulan (lihat pada terma dan syarat bank untuk pengesahan). Seeloknya ada baki yang mana kita boleh lakukan urus niaga dengan lancar.

      1. sal says:

        Boleh tau, berapa banyak bank(MBB/CIMB) akan charge?

        Jika nak buka akaun semasa perniagaan di maybank, perlu ke buka di CIMB juga? Kadang2 customer hanya ada salah satu akaun bank je. Boleh bagi pendapat.
        Terima Kasih.

        1. ammarzahraa says:

          Kalau nak buka current account di CIMB mula2 kena deposit RM1000.00, caj yang dikenakan
          1. smart card charges RM8.(kalau mohon ATM card ( cimb bagi debit card)
          2. service charge RM 15
          3. stam duty 7.50
          semua ni ditolak dlm account semasa.

          Rasanya tak perlu buka banyak2 akaun semasa.. tapi kalau nak buak pun boleh…saya ada kawan yg bual 3 akuan semasa…

          http://ammarzahraa.blogspot.com/

  15. jefri says:

    sy ada 1 soalan….sy nk buka akaun semasa perniagaan tapi belum ada premis perniagaan. bila baca langkah2x diatas perlu buat cop perniagaan (rubber stamp) @ mgkin mksud saudara hnya perlu rubber stamp yg ada nama perniagaan saje ker??

    1. smartzul says:

      Untuk buka akaun semasa, tidak perlu ada premis perniagaan. Alamat rumah sudah memadai iaitu alamat yang didaftarkan di SSM. Tapi kalau guna alamat premis juga boleh (bila sudah ada nanti). Untuk daftar akaun semasa, perlu ada:

      1. Sijil pendaftaran perniagaan SSM

      2. Cop rubber stamp : ada nama perniagaan dan no pendaftaran SSM sudah memadai

  16. nurul hanum says:

    saya nak tanya,suami saya baru 2bln memulakan perniagaan ikan air tawar secara kecil2lan tp amat menggalakkn.tp kami tidak ada simpanan atau tranksaksi keluar masuk jualan harian dan saya x tahu ape nk buat utk cuba kembangkan bisnes ni.kami hanya simpan sendiri.bagaimana tuk permudahkan dan perbesarkan lg perniaagaan ini?

    1. smartzul says:

      Maaf, saya kurang jelas pada ayat “kami hanya simpan sendiri”. Boleh jelaskan lagi?

      Untuk kembangkan bisnes, banyak cara. Tapi pastikan sebelum itu, asasnya kukuh terlebih dahulu seperti perancangan dan proses yang teratur dalam melakukan bisnes tersebut.

      Saya syorkan puan Nurul hubungi mana-mana individu yang berpengalaman dalam bidang penternakan ikan ini, ataupun dapatkan mana-mana buku berkaitan. Pihak penerbit PTS ada keluarkan buku seperti Buat Duit Dengan Ikan Keli.

  17. ixora azura says:

    nice info..jd bleh lh i buka akaun company after this..tq ya

  18. Nor rulhuda says:

    Salam smartzul.. saya nk tanya.. apa beza personal current akaun dgn company current akaun?

    1. smartzul says:

      Salam Nor,

      Personal current account adalah atas nama penuh kita, manakala company current account pula atas nama perniagaan yang didaftarkan di SSM. Kelebihan current account company adalah ia benar-benar untuk bisnes. Andaikata bisnes kita adalah perkongsian, digalakkan buka akaun semasa company agar jika kita/rakan kongsi tidak lagi jadi rakan kongsi, rakan kongsi yang lain atau kita masih boleh terus gunakan akaun tersebut.

      Lihat jadual perbezaan di sini: http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/programAcctList.do?channelId=ACC-Accounts&programId=ACC02-CurrentAccounts&chCatId=/mbb/Personal/ACC-Accounts

  19. Kasih says:

    As salam,
    1)U de mnyatakn dpt buku cek slps proses selesai. Adakh kedua2(semasa peribadi/perniagaan)dpt buku cek?

    2)Buka akaun semasa bermksd nama akaun bank akn mjadi nama syarikat yg sudh di daftrkn ke?

    TQ

    1. smartzul says:

      Salam,

      1. Betul. Kedua-dua jenis akaun semasa peribadi dan perniagaan ada buku cek.

      2. Akaun semasa peribadi = nama kita

      Akaun semasa perniagaan = nama bisnes yang didaftarkan di SSM

      1. Kasih says:

        1)Biz sy hanya menerima duit & bli produk dlm cash. Rasanya mmg x mmrlukn cek. Blh bg pndangan? (Xkn sy nk buang buku cek yg x digunakn & kene byr stamp duty)

        2)Apa beza current account-i/basic current account-i/net current account-i/personal current account/basic current account?

        TQ krn membantu.

        1. smartzul says:

          1. Simpan saja buku cek tersebut (tiada cara lain lagi). :) Mana-mana akaun semasa tetap dapat buku cek. Mungkin satu masa nanti cek lebih sesuai digunakan terutama untuk amaun yang besar dan kita pula tidak sempat ke bank atau transfer melalui online.

          2. Pada asasnya tiada perbezaan, sebab semuanya akaun semasa. Cuma mungkin dari segi kaedah perbankan itu sendiri seperti al-wadiah dan lain-lain. Boleh lihat perbandingan di sini: http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/programAcctList.do?channelId=ACC-Accounts&programId=ACC02-CurrentAccounts&chCatId=/mbb/Personal/ACC-Accounts

          *Yang ada huruf i di depan tu maksudnya itu adalah akaun Islamik.


          Zul

  20. banyak benda yang perlu difikirkan sebelum buka syarikat dan buat blog syarikat tapi..kalau buat sendiri semunya..sedikit banyak akan dapat banyak pengalaman macam saya.

    cara buka current acccount kat CIMB
    http://ammarzahraa.blogspot.com/2012/03/buka-current-accounakaun-semasa.html

  21. fadzil says:

    banyak benda yang perlu difikirkan sebelum buka syarikat dan buat blog syarikat tapi..kalau buat sendiri semunya..sedikit banyak akan dapat banyak pengalaman macam saya.

  22. Info yang berguna.Kalau dah buat akaun semasa ni,pastu nak guna untuk beli kereta boleh tak?sebab sekarang ni kalau tak keja gov susah betul nak beli kereta.

    1. smartzul says:

      Hi Lawrence,

      1. Selepas ada akaun semasa, pastikan jumlah transaksi dalam akaun semasa paling kurang RM3000, paling kurang untuk tiga bulan yang terkini. Ia jumlah transaksi keluar dan masuk, bukan baki di akhir bulan. :)

      2. Pastikan tidak banyak hutang lain sebelum buat pinjaman. Kalau ada hutang, hutang itu dibayar dengan baik. Tapi kalau hutang lain sudah selesai, ia lagi bagus.

      3. Daftar diri dengan LHDN (cukai) walaupun tidak layak buat bayaran cukai lagi.

  23. ct says:

    Salam,
    tima kasih info yang diberi tp saya nak bertanyakan ,sekiranya nama pemilik black listed atau ctos atau CCRIS dengan kredit card atau mana2 pinjaman di atas nama sendiri,adakah dia masih boleh buka account perniagaan nya dengan mana mana bank? Adakah pihak bank akan meluluskan atas nama syarikat?

    Terima Kasih

    1. smartzul says:

      Salam ct. Maaf, saya tidak pasti. Namun daripada maklumat yang saya ketahui, tidak boleh buka akaun semasa jika nama sendiri black list. Manakala jika atas nama syarikat, juga tidak boleh jika dalam syarikat itu ada nama kita.

      Saya sarankan hubungi pihak bank atau terus berjumpa mereka untuk pertanyaan lanjut kerana sesuatu maklumat, ia boleh berubah, ataupun ada yang bergantung pada keadaan. Ada juga yang ada CTOS dan/atau CCRIS, tapi dapat buka akaun semasa. Mereka terus pergi ke bank untuk bertanya dan buat semakan. Itu jalan terbaik.

  24. wardah says:

    salam..info yg sgt mmbantu.sy ada bbrapa pertnyaan.bole ke kita membuka account semasa kpd 2 bank.cth cimb dan ambank,ini utk myenangkan agihan wang krana mempunyai 2 cawangan…

    2- adakah dgn mmbuka current account ini,kita dkenakan cukai…

    3- berkenaan dgn duty setem pd cek,brapa kiraan charge yg akan ditolak dr akaun..

    1. smartzul says:

      Salam. Terima kasih kerana membaca artikel ini.

      Jawapan kepada soalan:

      1. Boleh buka akaun semasa di banyak buah bank.

      2. Buka current akaun tidak dikenakan cukai.

      3. Saya lupa. RM7.50 rasanya. Nanti saya update semula di sini.

      1. afizzi says:

        tumpang tanya..apa details yg maybank nk dari introducer tu??

        1. smartzul says:

          Biasanya nama penuh, no akaun dia dan tanda tangan. Kalau akaun semasa introducer itu adalah akaun semasa perniagaan, perlu cop pada satu borang khas yang disediakan.

    2. ammarzahraa says:

      kalau kat CIMB duty stem adalah RM 7.50.
      Kat sini aku nak war-warkan satu taklimat/seminar yang bertajuk “Taklimat Biz Startup in Malaysia. Berbiznes: Minat? Syok Sendiri. Atau Terpaksa? yang akan di anjurkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Putrajaya dengan kerjasama Rizuwan & Partners untuk lebih maklumat boleh lawat blog saya.

  25. arlyss says:

    salam cik zul….sya dh ada akaun semasa peribadi mbb dh lama dlm 10thn,dan skarang sya ada buat bizz 0n9 kecil-kecillan (ada ssm)..sya nk bkk akaun semasa dgn menggunakan nama ssm tu..tpi transacsion sya tk byk dlm rm20-rm100 sahaja..dlm sebulan tk cecah rm1000 pn…& nk tanya brapa ye pihak bank akan caj dlm sebulan akaun syarikat ni…

    1. smartzul says:

      Salam…

      Akaun yang 10 tahun itu, ia akaun semasa ataupun akaun simpanan? Kalau ia akaun SEMASA peribadi, gunakan saja yang itu sebab ia lebih kurang sama sahaja dengan akaun semasa atas nama perniagaan.

      Jika jumlah transaksi kecil, boleh saja gunakan akaun simpanan. Guna sampai pihak bank suruh guna akaun semasa, atau bila jumlah transaski semakin besar dan kerap.

      Tiada caj bulanan untuk akaun semasa syarikat. Cuma caj untuk buku cek, dan jika jumlah akaun semasa bawah RM1000, sedikit caj akan dikenakan.

      Boleh lihat senarai caj di sini:

      http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/personalDetail04.do?channelId=&cntTypeId=0&cntKey=ACC09.02&programId=ACC09-BankingFees&chCatId=/mbb/Personal/ACC-Accounts/

  26. Jaws says:

    Boleh minta sesiapa jadi introducer utk Maybank? Saya nak buka company account.
    Cuma perlu tandatangan pada card yang dibagi.
    Terima Kasih :-)

    1. smartzul says:

      Saya cadangkan tuan cari introducer yang betul-betul dikenali.

  27. yaya says:

    salam, sy nak tanya, sy dah setahun buat bisnes online, tapi br sy sedr yg bisnes online kena daftar ssm. so dlm bornag A, dalam bahagian tarikh mula perniagaan , sy perlu tulis tarikh sy isi borang ke tarikh tahun lepas masa sy baru mula bisnes.if ulis tarikh tahun lepas( tarikh mula bisnes online, kena denda ke memandangkan sy baru je nak daftar ssm

    1. smartzul says:

      Salam.. Boleh tulis tarikh pada masa buat pendaftaran.

  28. Hafiz says:

    Salam.
    Nk tnya skit. Nk bukak acc company mmg kene guna acc curent je ke. Kalo bukak acc saving tp guna nama company boleh x..

    1. smartzul says:

      Tak semestinya perlu buka akaun current untuk buka company, tapi amat digalakkan sebab ia untuk bisnes. Akaun simpanan biasa pula untuk simpanan peribadi, bukan bisnes.

      Akaun simpanan tidak boleh guna nama company.

  29. Hazli says:

    Salam saudara Zul,
    Post yang amat membantu saya yang baru bergelumang dalam dunia perniagaan. Syukran Jazilan.. Semoga Allah membalas jasa baik saudara di atas perkongsian ini. :)

  30. SITI ZURAINI says:

    Salam En Zul.tadi saya ke Maybank untuk buka akaun semasa perniagaan.pegawai tu maklumkan perlu introducer.saya pula tak ada kenalan yang ada akaun semasa lebih setahun yang tinggal berdekatan dengan saya.lepas baca website tuan,saya terfikir nak buka di Cimb esok.Adakah semua cawangan Cimb bank tak perlukan introducer untuk buka akaun semasa perniagaan? Terima kasih membantu.

    1. smartzul says:

      Bergantung kepada cawangan.. Pernah seorang pegawai CIMB beritahu, kalau tak mahu introducer, buka akaun semasa perniagaan jenis Islamic. Namun bergantung kepada cawangan juga rasanya.

  31. cik abby says:

    Salam En.Zul.
    Banyak ilmu dpt kat sini.. best!
    Sy nak tanya

    1) Sy bercadang nak buka kedai tp perkongsian dua nama.Maaf lari topik, sy nak tanya la perbezaan syarikat enterpise & sdn bhd. Byk sgt pendapat kat internet ni sampai bingung dibuatnya.. Sy ingat nak daftarkan enterprise je. Sbb sdn bhd mcm leceh je nak kena secretary fee lg? ape lebih & kurangnye?

    2) Kalau buka akaun semasa perkongsian, perlu deposit berapa? Dan buku cek tu nanti dua2 dapat atau salah seorang jer yg boleh pegang?

    1. smartzul says:

      Salam.. Saya jawab soalan 2 dulu. Soalan 1 saya jawab nanti..

      Untuk akaun semasa bagi perniagaan perkongsian, deposit dan hal2 lain sama saja. Deposit RM2000 dan buku cek pula hanya satu. Siapa yang pegang itu terserah pada persetujuan ramai. Namun sesiapa pun yang pegang, bila nak keluarkan cek bayaran, semua rakan kongsi yang dinamakan dalam akaun semasa perkongsian perlu turunkan tandatangan. Jika tidak, cek tidak akan sah. :)

  32. faiz says:

    salam mr zul..saya xpasti sama ade soalan sy ni dah di tny atau belum..harap en zul boleh tlg..
    boleh ke sy buat pinjaman perumahan guna kan akaun semasa maybank? boleh en zul explain secara teknikal procedures atau requirement yg akaun sy kne ade untuk Maybank lulus kan pinjaman perumahan sy nanti? TQ

    1. smartzul says:

      Salam.. Amat boleh. Tapi ada cara dan tekniknya. Saya sarankan tuan mendapatkan buku Rahsia Pinjaman yang ditulis oleh rakan saya. Boleh dapatkan di mana-mana kedai buku atau terus melalui laman web ini: http://rahsiapinjaman.com

      Sedikit perkongsian beliau:

      1. Buka akaun semasa. Seeloknya akaun semasa atas nama perniagaan.
      2. Setiap bulan mesti ada transaksi keluar masuk yang aktif.
      3. Setiap bulan sebaiknya ada baki yang baik. Syor beliau adalah RM10,000. Namun ini bukan syarat, cuma satu kelebihan sahaja.
      4. Setelah cukup 6 bulan, pergi ke bank dan mohon pinjaman untuk perumahan.

      Dapatkan buku itu untuk tahu lebih lanjut. Tuan juga dapat hubungi beliau melalui FB: http://www.facebook.com/wahi.rashid

  33. aliff adanal says:

    Apakah syarat umur untuk buat akaun semasa perniagaan Maybank ini?dan umur untuk daftar perniagaan SSM?

    1. smartzul says:

      Salam. Perlu berumur 18 tahun dan ke atas untuk kedua-dua urusan.

      1. aliff adanal says:

        kalau saya baru memulakan perniagaan internet ini,adakah patut saya buka akaun semasa peribadi di Maybank?hujung bulan ni genap umur saya 18 thn.adakah saya dah boleh buka akaun semasa peribadi?

  34. Mustaqim Ahmad says:

    Apa beza current personal dengan saving personal?

    Tuan zul cuba tengok ss ni.. https://dl.dropbox.com/u/93225238/sav.JPG Adakah akaun saya dua dalam satu?

    Kalau akaun tu lebih dari setahun boleh tak digunakan sebagai introducer.

    1. smartzul says:

      Saya tak nampak apa-apa di ss tersebut.

      Sebanyak mana akaun kita di Maybank, kita boleh login ke Maybank2u.com.my dengan satu username dan password sahaja. Tapi setiap akaun adalah berbeza di antara satu sama lain. Kita boleh minta pihak Maybank asingkan login untuk semua akaun kita.

      Kalau akaun semasa lebih daripada setahun, kita boleh jadi introducer untuk diri sendiri dan orang lain.

  35. waniey says:

    Salam mr zul, saya nak tanya b’kenaan pmbukaan akaun bank utk sykt sdn bhd. apakah detail2 dokumen yang perlu sy sdiakan utk membuka akaun bank ini? pendaftaran sykt telah dibuat & borg 9 tlh pon diperolehi. blh trangkan scr jelas detail2 dokumen yg sy harus sdiakan lg, atau just bawa borg 9 SSM & cop bulat company utk pndaftaran akaun company tersebut? minta penjelasan terperici.TQ

    1. smartzul says:

      Salam… Apa yang diperlukan adalah seperti yang saya senaraikan dalam artikel di atas. Namun bergantung kepada cawangan. Saya sarankan cikpuan Waniey pergi ke cawangan bank berdekatan dan tanya mereka. Sebab mungkin ada prosedur yang berbeza, atau berubah dari semasa ke semasa. Namun secara asas:

      1. Sijil pendaftaran syarikat original.
      2. Cop syarikat
      3. Jika akaun itu mahu diletakkan lebih daripada seorang penama, semua orang perlu turut hadir.
      4. Wang deposit: Hanya apabila akaun telah selesai didaftarkan.
      5. Kad pengenalan (myKad) setiap penama. Urusan pendaftaran akan menggunakan myKad.
      6. Introducer. Hanya perlu minta tandatangan dan cop introducer pada borang yang diberikan oleh pihak bank.

      Saya sarankan cikpuan pergi ke cawangan bank terdekat dahulu, dan minta borang. Masa minta borang, mereka akan terangkan atau tanya mereka apa yang diperlukan.

  36. aliff adanal says:

    terima kasih en.tapi encik saya pernah search di googl3
    cara buka akaun semasa perniagaan.disitu ada tertulis
    selain dari sijil SSM ada lagi banyak prosedur. perlu dilakukan.
    boleh tak encik terangkan dgn lbih terperinci bagaimama membuka akaun semasa perniaga
    an dan prosedurnya?saya masih baru dlm dunia perniagaan internet.

    1. smartzul says:

      Salam..

      Prosedurnya adalah seperti yang saya tulis di atas.

      Namun setiap cawangan bank mungkin ada prosedur berbeza. Pergi bertemu pegawai atau staf mereka, dan tanya apakah dokumen dan prosedur yang diperlukan.

      Bergantung kepada keadaan, prosedur mungkin telah berubah dari semasa ke semasa, dan berbeza daripada apa yang saya tulis di atas.

  37. dinda says:

    salam encik
    soalan saya
    1 . apakah fungsi introducer untuk buka akaun semasa syarikat? adakah akan menyusahkan beliau jika syarikat kita mengalami kegagalan kelak?
    2. bolehkah saya tukar akaun simpanan dengan akaun semasa mybank saya, bagi memudahkan saya membuka akaun semasa syarikat?
    3. caj 7.50 untuk cek sahajakan, jika bulan berikutnya kita tak minta buku cek, maka tak kene caj betul?
    4. apakah istilah kompaun dalam ssm? adakah jika saya tak renew lesen, maka saya dikenekan kompaun selama mana saya tak renew? bagaimana jika syarikat tak aktif, adakah tetap perlu renew lesen?

    maaf saya terlalu banyak soalan, harap encik sudi menjawab.

    1. smartzul says:

      Salam dinda..

      1. Fungsi introducer: Salah satunya adalah untuk bank mendapatkan pelanggan yang ‘dijamin’ oleh pelanggan berpengalaman (introducer adalah pelanggan bank yang lebih daripada setahun). Secara logik, pelanggan lama yang ok sudah pasti akan menyokong pelanggan baru yang juga ok (bukan pelanggan yang bermasalah, berniat jahat dan lain2). Introducer tidak akan mengalami apa-apa kerugian jika kita gagal.

      Namun tidak semua bank mewajibkan introducer. Bergantung kepada cawangan masing-masing.

      2. Akaun simpanan tidak boleh ditukar kepada akaun semasa (personal).

      3. Kita dicaj apabila meminta buku cek sahaja.

      4. Kompaun adalah denda lewat memperbaharui pendaftaran. Jika tidak silap, kita didenda RM10 untuk setiap bulan lewat. Syarikat atau perniagaan yang tidak aktif tetap perlu renew pendaftaran. Boleh tamatkan jika tidak mahu teruskan lagi perniagaan.

  38. dinda says:

    terima kasih banyak-banyak encik, kerana banyak membantu….
    1. saya baru mula berjinak-jinak menjual cenderahati untuk koprat dan swasta jika saya ingin mencetak logo koprat dan gambar para menteri di permukaan cawan contohnya, adakah saya perlu mendapatkan sebarang kebenaran bertulis atau lesen?
    2. saya ingin membuat laman web untuk syarikat saya agar kelihatan lebih profesional, boleh tak encik cadangkan saya dimana saya boleh mendapatkan perkhidmatan pereka laman web dalam kos yang agak murah.

    1. smartzul says:

      1. Perlu dapatkan kebenaran pihak yang memiliki gambar itu. Jika jenama, logo atau sesuatu gambar itu di bawah pendaftaran trademark, maka kita perlu meminta izin pemiliknya. Contohnya, logo KFC. Kita tidak boleh cetak sesuka hati. Kita perlu dapatkan kebenaran daripada pihak KFC terlebih dahulu. Jika gambar menteri, sama ada kita ambil sendiri atau kita beli gambar daripada jurugambar.

      2. Laman web banyak jenis. Ada jenis minisite dan ada jenis korporat. Saya cadangkan hubungi rakan saya, saudara Mazlie melalui website http://www.virtualniaga.com dan bincang dengan beliau jenis website yang sesuai untuk bisnes tersebut.

  39. Volcom says:

    Salam, situasi saya sekarang :saya hanya ada saving acc maybank

    Soalan saya: boleh kah saya buka lagi satu acc maybank? Dan jenis acc apakah yang saya boleh@layak buka?

    1. smartzul says:

      Salam. Boleh buka akaun lain, selagi tak sama dengan akaun sedia ada.

      Jenis akaun bergantung kepada keperluan. Banyak jenis akaun yang ada di sesebuah bank.

      1. Volcom says:

        Kalau just nak bukak saving acc juga boleh kan?

        1. smartzul says:

          Boleh utuk permulaan bisnes, atau untuk transaksi yang tidak terlalu banyak.

  40. Akhi Joe says:

    masyallah. sgt2 aktif dan mmbantu artikel ni. tq tuan Zul. Baik, hal sy begini.

    1. Sy bbrp tahun lalu ada mmbuka akaun semasa perniagaan utk company partnership dgn seorang rakan. Sy nk tahu adakh ada level antara partner yg ada? yalah, dia yg byk mengruskn & namanya terlebih kehadapan dlm pengurusan acc dll. jd adakah sy ni spt secondary level bbanding dia di dlm pmilikan syarikat & akaun?

    2. Kerana dr hal ini, sy nak tahu, sy sbg rakan kongsi adakah blh menjadi introducer jika sy nak buka akaun semasa perniagaan sy sendiri? atau saya perlukan rakan sy tadi (krn dia yg lbh berkuasa di dlm syarikat)?

    3. Jika syarikat lama telahpun ditutup (tak renew), adakah akaun semasa juga akan ditutup? perlu renew ke akaun semasa syarikat ni?

    4. Dan jika dlm situasi no 3 (syarikat & akaun dahulu telah ditutup), adakah sy tetap blh menjadi introducer kpd akaun semasa syarikat sy yg baru ini?

    5. Apakah maklumat yg diperlukan sebagai seorang introducer? Nama sahajakah? atau no akaun semasa yg dimiliki dll?

    Maaf atas pertanyaan yg pnjg. Sbb semua soalan saling berkait. :)

    1. smartzul says:

      Salam, terima kasih. ;)

      1. Tiada level antara partner yang diletakkan sebagai penurun tanda tangan untuk mengeluarkan cek. Untuk dalam company, saya rasa siapa yang lebih ‘tinggi level’ ditentukan oleh perjanjian antara partner. Jika ia company Sdn. Bhd., bergantung kepada jawatan masing-masing. Kalau dia CEO, maka tinggilah levelnya, berbanding (contohnya) kita hanya sebagai Marketing Manager. ;)

      2. Untuk jadi introducer, sesiapa pun boleh jadi. Tiada sebarang syarat dalam hal ini. Syaratnya hanya satu, iaitu ada akaun semasa (personal atau perniagaan) lebih dari setahun di bank tersebut.

      3. Akaun semasa tidak akan ditutup jika perniagaan telah ditutup. Namun saya tidak pasti, andaikata perniagaan telah lupus sepenuhnya di SSM, maka saya berpendapat akaun bank tersebut perlu ditutup, atau dikemaskini datanya kerana maklumat perniagaan yang didaftarkan untuk akaun tersebut telah tidak wujud. Hubungi bank untuk langkah yang perlu dilakukan.

      4. Kita boleh jadi introducer bila-bila masa sahaja dan kepada sesiapa sahaja, termasuk untuk diri sendiri tanpa ada sebarang kekangan, walaupun kita masih ada syarikat atau akaun lain.

      5. Maklumat untuk jadi introducer: Nama penuh, cop (tidak wajib), tanda tangan, no akaun semasa yang dimiliki dan nama cawangan bank akaun semasa itu dibuka.

      1. Akhi Joe says:

        Terima kasih Tn. Zul. :) Sy berkira2 nak mencari introducer sebenarnya. Sy cuba tny pd rakan niaga nnt. Jazakallah.

      2. Akhi Joe says:

        Utk step 7: slps 3-7 hr,hadir seorang shj ke perlu dtg bsama introducer?

        Utk permohonan m2u acc semasa,blhkah dimohon pd hr yg sama kita buat acc semasa tu?

        1. smartzul says:

          Masa daftar dan masa selepas 3-7 hari tu, tak perlu bawa introducer pun. Cukup tandatangan dia sahaja. ;)

          Akaun M2u adalah sekali dengan permohonan akaun. Melainkan kalau kita tak nak. ;)

  41. muktasim says:

    info yang sangat berguna.. terima kasih.. :)

  42. fir fredinand says:

    Bagaimana ingin membuka akaun semasa peribadi melalui maybank2u ?

    1. smartzul says:

      Boleh daftar akaun semasa peribadi secara online.

      Klik di sini untuk daftar: https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/opennewaccount/m2uOpenNewMaybankAccount.do

      Pilih net Current Account-i.

      Setelah isi dan submit maklumat di situ, tunggu 3 hari dan kemudian pergi ke cawangan yang dipilih dalam borang online tersebut. Bawa deposit sebanyak RM500 (tapi standby RM1000). Jumlah deposit bergantung kepada cawangan.

  43. Kamil says:

    Salam Tuan,

    Saya pernah daftar syarikat enterprise perkongsian bersama seorang rakan. Sebelum itu syarikat tersebuat adalah syarikat tunggal dan telahpun mempunyai akaun semasa. Tetapi setelah syarikat tersebut di tukar kepada perkongsian (setelah nama saya didaftarkan sbgi partner), akaun semasa tidak ditukar kepada perkongsian dan masih mengekalkan nama pemilik asal seorang sahaja. Setelah beberapa lama pemilik asal memberi alasan bahawa nama saya tidak dapat didaftarkan sebgi penama kedua untuk akaun semasa dan beliau hanya menggunakan nama beliau untuk akaun tersebut.

    Soalan saya:
    1. Adakan salah atau tidak jika tidak menukar penama akuan tersebut kepada 2 penama (rakan kongsi)? Jika ‘Ya’ perlukan saya membuat aduan kepada pihak SSM dan bank?
    2. Saya telahpun menarik diri daripada aktiviti syarikat tersebut tetapi nama saya masih lagi tertera sebagai rakan kongsi. Adakan sebarang aktiviti akaun semasa tersebut akan melibatkan liabiliti kepada saya nnti?
    3. Saya cuba untuk menarik diri daripada syarikat tersebut tetapi sukar untuk mendapatkan tandatangan rakan kongsi di Borang 4B. Adakan prosedur lain yang membolehkan saya menarik diri dari syarikat tersebut?

    Sekian, terima kasih.

    1. smartzul says:

      Salam,

      1. Tidak salah, namun bergantung kepada perjanjian rasmi hitam putih. Jika semua ahli setuju guna akaun atas satu nama, maka tidak ada apa-apa kesalahan. Yang salah jika sesuatu bertentangan dengan perjanjian dan persetujuan.

      2. Jika akaun semasa itu atas nama orang lain, maka hanya individu itu sahaja yang bertanggungjawab. Cuma katakan beliau mempunyai hutang, masalah dan sebagainya atas nama perniagaan (perkongsian), tuan juga akan terlibat sama walaupun sudah tidak aktif. Jadi saya sarankan tuan keluarkan nama tuan secepat mungkin di SSM. Namun untuk keluarkan nama, semua rakan kongsi perlu hadir ke SSM.

      3. Saya tidak pasti cara lain tanpa kehadiran mereka. Hubungi SSM untuk pertanyaan. Mungkin tuan boleh buat surat rasmi / aduan kepada SSM. Semoga mereka dapat membantu.

      1. Kamil says:

        Ok terima kasih atas maklumat tuan. Mohon pencerahan:

        Adakah penama pertama boleh membuat sebarang pinjaman atas nama syarikat dengan menggunakan akuan bank tersebut tanpa pengetahuan atau tandatangan saya?

        Saya sedang cuba menghubungi beliau untuk urusan penarikan diri tetapi gagal dijejaki kerana telahpun menukar no phone. Terima kasih atas makluman tuan lagi sekali.

        1. smartzul says:

          Sukar untuk menjawabnya. Ada kemungkinan boleh, melainkan pihak bank memerlukan tandatangan semua rakan niaga. Selain pinjaman, hutang berbentuk lain ataupun pinjaman selain bank (along?), kemungkinan untuk melakukannya adalah boleh tanpa tandatangan/persetujuan rakan niaga yang lain.

          Jika beliau enggan untuk memberikan kerjasama, berikan beliau notis 3 – 7 hari untuk memberikan kerjasama. Jika tidak, (maklumkan kepada beliau) tuan boleh ambil tindakan undang-undang ke atasnya. Jika tuan melakukan begitu (menakutkannya), insya-Allah beliau akan ringan kaki untuk memberi kerjasama.

          Mungkin tuan boleh dapatkan khidmat nasihat daripada pihak yang lebih arif apabila melibatkan isu-isu berasaskan undang-undang sebegini.

  44. dealova says:

    salam.nk tanya kwn saya bukan rakyat malaysia, dan dia ingin membuka akaun maybank.apakah requirement yang diperlukan bagi kawan saya itu untuk membuka akaun di mana2 bank pn.

    1. smartzul says:

      Dokumen yang diperlukan adalah dokumen-dokumen sokongan yang mengesahkan diri individu tersebut. Saya cadangkan terus merujuk kepada mana-mana cawangan Maybank untuk prosedur yang lebih tepat.

  45. ahmad says:

    Salam..

    Saya ingin bertanya..kalau bukak syarikat gune personal akaun boleh ke tanpa buka akaun syarikat? Kirenye duit masuk dlm personal akaun..dan bank akan lepaskan x klo saya ingin buat loan kenderaan atau lain2 suatu hari nanti?

    Terima kasih :)

    1. smartzul says:

      Salam,

      Saya sarankan akaun semasa jenis personal yang lebih ok berbanding akaun simpanan. Itu sudah ok walaupun bukan akaun syarikat.

      Baca juga tulisan rakan saya di sini: http://www.wahi-abd-rashid.com/812/akaun-semasa-vs-akaun-simpanan/

      1. ahmad says:

        Ok..ade lg 1 soalan dr mak sy, dia sudah ada kad akaun simpanan cimb, boleh ke kalau dia nak bukak akaun semasa personal guna kad atm akaun simpanan tu jgk? Kirenye 1 kad tu kite boleh tgk untuk akaun simpanan dgn semasa…boleh ke? Atau pun kena bukak 1 akaun lain juga? Terima kasih..

        1. smartzul says:

          Boleh. Masa isi borang tu, ada pilihan untuk “link” ke akaun sedia ada. Atau maklumkan kepada staf yang berurusan dengan kita. Jadi kita hanya guna satu kad sahaja untuk urus dua akaun.

      2. ahmad says:

        Terima kasih..

        Kalau buka current aCcount, deposit dalam rm1000-2000 kn..duit deposit tu mmg x boleh keluar balik or boleh keluarkn semula?

        1. smartzul says:

          Boleh dikeluarkan semula pada bila-bila masa, termasuklah sebaik sahaja selepas masukkan duit tersebut. :)

  46. Liza says:

    Salam,
    Sy nk apply loan maybank utk beli kenderaan, sekiranya saya menggunakan statement dr bank yang berlainan selain maybank layak tak?

  47. zul says:

    Salam, saya baru buka akaun semasa. Macam mana saya nak check baki akaun semasa? Kalau akaun simpanan kita boleh check dengan debit card. Akaun semasa ni saya hanya dapat buku cek sahaja..

    1. smartzul says:

      Ada apply sekali akaun Maybank2u.com.my? Hubungi atau pergi ke cawangan tempat buka akaun tersebut dan beritahu tuan mahu satu akaun Maybank2u untuk akaun semasa tersebut. Kita boleh semak baki secara online.

  48. hafizah says:

    Salam,
    kebetulan saya tengah nak buka current acc dgn maybank.. tapi saya masih ragu-ragu samada nak buka saving acc dulu atau terus buka current acc.
    taska sy baru operasi bulan ni, so, sy tak pasti keperluan untuk buka current acc dlm masa terdekat. tp ada yg mencadangkan utk terus buka current acc. lg 1, intoducer tu perlu ada current acc juga atau saving acc pun ok?

    1. smartzul says:

      Pada asasnya, untuk perniagaan memang digalakkan buka akaun semasa. Kalau ada modal, buka terus akaun semasa.

      Introducer perlu ada akaun semasa di Maybank sekurang-kurangnya satu tahun.

  49. fadhli says:

    Salam

    Info yang sgt menarik. Saya baru menjalankan perniagaan dan telah mendaftar di SSM. Saya nak tanya beberapa soalan:-

    1. Akaun semasa peribadi boleh guna untuk buat pinjaman kenderaan tak?

    2. Jika transaksi berlaku di luar negara boleh tak saya menggunakan cek?

    terima kasih.

  50. fadhli says:

    Soalan tambahan:-

    3. Antara Akaun semasa Personal Maybank mana yang terbaik dgn deposit bawah 1k?

    TQ.

  51. lee says:

    salam,

    kalau buka akauan semasa peribadi:

    1)apa soalan yg biasa diajukan oleh pegawai bank?

    2) akaun semasa peribadi boleh guna maybank2u juga ke?

    1. smartzul says:

      Salam,

      1. Tiada apa-apa soalan. Hanya perlu isi borang sahaja. Namun bergantung kepada pegawai / cawangan jika mereka mahu bertanya sesuatu.

      2. Akaun semasa peribadi juga boleh guna Maybank2u.

  52. ZURA says:

    sy ni buat bisnes kecilan jual brgan kanak2..sy dh buat ssm.untuk yg kecilan cam sy ni mna lg elok ye..buat akaun semasa personal ke atau akaun bisnes.sbbnya kotle byk sgt chrgenye bila wat akaun bisnes sy ni income dlm lingkungan 2k je sebulan.kalo kita wat deposit 2000 leh kuarkan x lepas d masuk..

  53. ZURA says:

    lagi satu skang mmg sy guna akaun simpanan untuk jalankan perniagaan dan dah 2x kena blok..uuhu..tp sekiranya sy guna akaun semasa peribadi tu..mmg x akan di blok ke atau kemungkinan di blok jugak tu ada?

  54. ZURA says:

    maaf ye byk soklan sy ni..
    lagi satu kalo kita skang pkai akaun simpanan boleh x kita nk tukar pada akaun semasa guna no akaun yg sama?

  55. Liyung says:

    Salam, saya sudah ada acount semasa perbadi sejak dua bulan lalu(Bank Rakyat),pemindahan wang saya lakukan dengan guna online dan ia amat mudah bagi saya untuk membuat pemindahan wang sehinga dalam sehari saya boleh memindahkan wang dalam 1 ribu hingga 4 ribu.
    soalan saya apakah acount penyata online ini boleh d terima pakai apa bila saya memohon pinjaman di lain bank.Terima kasi

    1. smartzul says:

      Salam,

      Boleh digunakan.

  56. Ani_Girlz says:

    Saya dh start bisness (enterprise) dlm 3 tahun dan hanya guna saving account jer…x pernah apply current account lagi samada personal@company sebelum nie..akaun simpanan ni aktif dan transaksi duit keluar masuk selama ni cantik belaka..sy berniat nk mohon loan antara 30-50k, blh ker? Atau sy perlu buka current account company dulu dan perlu tunggu 6 bulan baru blh mohon?kalau saya buka akaun semasa nie,adakah sy perlu byr income tax?

    1. smartzul says:

      Boleh cuba submit loan menggunakan akaun simpanan.

      *Income tax tiada kaitan dengan jenis akaun. Apabila income tahunan capai jumlah tertentu, kita wajib membayar cukai. Rujuk pihak LHDN untuk lebih jelas.

    2. Alfian says:

      Saya baru balik dari Maybank..soalan Ani_Girlz adalah antara soalan yg saya tanya…menurut pegawai bank, akaun saving dan semasa personal tidak boleh digunakan utk tujuan perniagaan kerana transaksi keluar masuk duit dipantau melalui system dan akaun akan di block automatik. Mmg ramai yg buat tapi belum terkena lg katanya. Kalau kena block kena justify. Lepas itu akan kena block lg jika masih terus berniaga guna akaun personal. Lgpn katanya, guna akaun saving/semasa personal, jika hendak apply loan under company, tak lepas. Sebab bank tgk akaun under personal..bukan company punya akaun..jadi bank tak dapat nak tgk transaksi perniagaan (duit keluar masuk) cantik ke tak…

      1. smartzul says:

        Terima kasih tuan untuk perkongsian.

  57. Mohd Zuhairi Bahanuddin says:

    Salam Tuan,
    Saya ada daftarkan nama isteri saya untuk Syarikat Enterprise bcoz saya Penjawat Awam ( xleh guna nama saya )..Tetapi,saya yang banyak menguruskannya..Insaallah nanti kami akan daftar Akaun Semasa Perniagaan Maybank dan juga Maybank2u..
    Soalan saya : Akaun Semasa Perniagaan Maybank nanti akan didaftarkan atas nama isteri saya ke?buku cek juga?maknanya,segala urusan pengeluaran Akaun Semasa Perniagaan Maybank dan juga mengesahkan cek tersebut hanya isteri saya?
    Terima Kasih Tuan

    1. smartzul says:

      Salam Tuan,

      Sebaiknya begitu.. Nama akaun bank adalah atas nama perniagaan, dan cek pula hanya disahkan oleh isteri tuan.

      Dalam kes sekarang, tuan ‘tidak boleh’ terlibat secara hitam putih…

      1. Mohd Zuhairi Bahanuddin says:

        Salam Tuan,
        Terima kasih diatas maklum balas yang diberikan..Minggu lepas saya ada menghadiri taklimat dari SME Bank yang beralamat di Menara Tabung haji, Damansara..disana taklimat tersebut bertujuan memberikan pakej2 bantuan pembiayaan dari SME dengan syarat perlu di dafrarkan dengan pihak SME Bank dengan yuran pendaftaran sekitar RM5000..selepas selesai bayaran,pihak SME Bank akan membantu didalam bantuan kewangan ( SME Bank + MBSB ) dengan mengeluarkan dana ( nilai yang cukup besar )melalui surat sokongan ( kementerian kewangan )setelah berjaya mendapatkan tender..apa yang tuan boleh kongsikan berkaitan hal ini mengikut pengalaman tuan sekiranya berkaitan.

        Terima Kasih sekali lagi :-)

  58. Shiela Mustaffa says:

    Salam Tuan,

    Saya dah register SSM August 2013 lepas, tapi br sekarang berkesempatan nak pergi buat bisnes current account. Soalan sy perlukah saya print sijil SSM yg terbaru atau boleh guna sijil SSM yg dapat masa register bulan August lepas? Cop semua dah ada.

    Thanks Tuan.

    1. smartzul says:

      Salam,

      Maaf baru balas.

      Sijil SSM dah ada kan? Hanya perlu buat satu salinan fotokopi untuk diberikan kepada pihak bank.

  59. Azrul says:

    Salam..nak tnya, adakah deposit tu mesti kekal dlm akaun atau boleh dikeluarkan..?

    1. smartzul says:

      Boleh dikeluarkan. Tapi perlu tinggalkan sedikit baki, jika tidak akaun tidak akan aktif.

  60. yusri says:

    Salam tuan,soalan saya:
    1. Adakah buku cek mybnk rm7.50 sebuah?
    Sekiranya sudah habis, kita kene bayar dgn hrga yg sama ke,kalau nk lagi?
    2. Adakah ada caj2 yg tersembunyi jika kita mggunakan buku cek ini?
    3. Kalau kita buka acc current personal,ada tak apa2 caj yg akn dikenakan sepanjang setahun pertama?seperti caj debit kad etc.
    4. Berapa lama kita boleh pegang buku cek tersebut

    1. Salam tuan,

      Tidak semua saya dapat jawab soalan di atas. Tuan perlu hubungi pihak bank untuk jawapan yang lebih tepat dan terkini.

      1. Tuan perlu tanya pihak bank. Saya tidak tahu caj terkini.
      2. Jika sudah habis, perlu request. Dan ya, kena bayar.
      3. Tiada caj tersembunyi. Tapi kena tanya pihak bank terutama berkaitan terma dan syarat.
      4. Kad debit tiada kaitan dengan akaun semasa. Caj akaun semasa adalah seperti caj bulanan. Rujuk pihak bank untuk tahu kadar cajnya.
      5. Buku cek boleh dipegang sampai bila-bila. Ia adalah “hak” kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

CommentLuv badge

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.