Cara Buka Akaun Semasa CIMB

Tempoh hari, saya pergi buka akaun semasa peribadi Islamic CIMB di sebuahcawangan berdekatan dengan rumah saya. Berikut adalah sedikit maklumat:

1. Pegawai bertugas menyatakan, semua jenis akaun semasa peribadi, depositnya adalah RM1000. Tiada lagi yang RM500 (di laman web mereka masih ada maklumat deposit RM500).

2. Tidak perlu apa-apa dokumen untuk buka akaun semasa peribadi. Hanya perlu bawa MyKad sahaja.

3. Seeloknya, akaun semasa dibuka di cawangan bank yang paling dekat dengan tempat tinggal kita.

4. Akaun terus siap pada hari itu juga. Perlu aktifkan dengan depositkan wang di mesin ‘cash deposit’, ataupun melalui ATM Transfer.

5. Seeloknya, ada nombor telefon talian tetap. Jika tiada, gunakan nombor talian tetap pejabat, rakan, saudara dan keluarga. Yang penting ada nombor telefon mudah alih (handphone).

6. Kita akan dapat satu kad ATM dan diberikan pada masa itu juga.

7. Untuk akaun semasa perniagaan, perlu bawa dokumen perniagaan seperti sijil pendaftaran perniagaan. Proses pengesahan paling kurang tiga hari.

8. Buku cek akan diberikan dalam masa tiga hari bekerja selepas akaun aktif. Perlu diambil sendiri di cawangan tempat kita buka akaun semasa itu.

9. Jika mahu buka akaun semasa perniagaan, depositnya juga RM1000. Jika tiada “introducer”, mereka akan buka akaun semasa jenis Islamic.

10. Catat dan simpan nombor akaun kerana tiada apa-apa salinan dokumen hitam putih akan diberikan. Semuanya elektronik.

12. Sebaik-baiknya, buka akaun semasa jenis Islamic. Moga perniagaan lebih berkat dan dirahmati-Nya. 😉

Tip-tip di atas hanya untuk akaun semasa di CIMB sahaja. Di Maybank ada sedikit perbezaan. Secara asasnya, kebanyakan perkara adalah sama sama. Namun, segala maklumat di atas boleh berubah pada bila-bila masa.

DISCLAIMER: Saya tiada kaitan dengan mana-mana pihak bank, bukan staf mereka dan sebagainya. Hanya berkongsi maklumat sahaja. Mungkin ada perubahan dan ketidaktepatan maklumat. Sebaik-baiknya, hubungi pihak bank (terutama cawangan berdekatan) untuk maklumat berkaitan.
Sumber: http://blog.smartusaha.com/cara-buka-akaun-semasa-cimb/

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

3 thoughts on “Cara Buka Akaun Semasa CIMB

  1. Wife saya nak buka personal current account siap nak introducer lagi. Lain pegawai cakap lain.Sorang cakap boleh, sorang cakap tak boleh. Last2 terus tak buka current account.

  2. salam tuan zul dan semua rakam pembaca,

    hari tu saya baru sahaja membuka akaun semasa perniagaan saya.

    mula2 saya nak buka di cawangan permas jaya memandangkan dekat dengan tempat kerja saya. sekali kerani tu kata kena bukak berhampiran dengan rumah. kalau nak bukak kat permas, kena pakai alamat tempat kerja.

    proses pengesahan pendaftaran perniagaan dilakukan pada hari itu juga. saya pakai printed document memandangkan saya daftar perniagaan via online.. semua doc versi softcopy.

    deposit RM1k dibayar di kaunter (masa saya buat saving acc mbb… deposit via CDM)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *