Cara buat duit di Internet untuk pekerja sepenuh masa

Bekerja sepenuh masa dari jam 8 pagi hingga 5 petang, bahkan ada juga yang over time (OT), terkadang menuntut tenaga yang lebih. Balik sahaja dari kerja, badan sudah penat dan perlukan rehat ataupun terus tidur.

Begitulah hari demi hari bekerja, rutin yang dilalui adalah perkara yang sama. Jadi di manakah ruang masa untuk kita “cari duit tambahan” melalui Internet?

Pertama sekali, mahu tidak mahu kita perlu peruntukkan satu masa yang khas untuk kita ‘setup’ blog ataupun laman web jualan.

Di antara model perniagaan ataupun cara buat duit yang sesuai untuk pekerja sepenuh masa adalah:

  • Produk digital. Dapatkan produk PLR untuk hasilkan produk dengan cepat.
  • Program affiliate
  • Pengiklanan melalui blog

Kaedah promosi yang sesuai adalah kaedah berbayar kerana kita tidak perlu menggunakan masa yang banyak untuk menghadap komputer bagi melakukan promosi. Antara kaedah itu adalah:

  • Facebook Ads dan Google Adwords
  • Advertorial berbayar di blog yang bertrafik tinggi
  • Email marketing
  • Affiliate marketing

Salah satu kaedah percuma yang boleh anda gunakan adalah SEO. Jika website ataupun blog kita berada di senarai pertama di enjin carian bagi buying keyword, ia adalah satu peluang yang menguntungkan.

Tip Penting:

  1. Pilih satu model atau cara dahulu sehingga mendapat hasil sebelum melakukan cara lain.
  2. Gunakan hari tidak bekerja (seperti Sabtu dan Ahad) untuk belajar dan melaksanakan perancangan.
  3. Peruntukkan paling kurang sejam sehari untuk memantau laman web dan statistik pelawat.
  4. Fokus pada promosi/pemasaran, iaitu dapatkan trafik ke laman web atau blog.
  5. Elakkan cara buat duit atau model bisnes Internet yang menuntut masa yang banyak. Contohnya servis.
  6. Rancang automasikan sebahagian besar proses operasi dan pemasaran agar kita tidak menggunakan banyak masa untuk memantau perniagaan.
  7. Baca juga artikel ini: Usahawan Internet part time

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

2 thoughts on “Cara buat duit di Internet untuk pekerja sepenuh masa

  1. Usahawan yang bekerja sepenuh masa memang banyak memerlukan pengorbanan dari segi masa. Saya sendiri terpaksa menghabiskan sehingga pukul 1-2 pagi untuk bisnes internet setiap malam. Bagi saya, cara terbaik adalah outsourcekan segala kerja-kerja kita supaya kita tak habiskan banyak masa untuk buat sesuatu kerja.

  2. a ah … kena pandai bahagikan masa , jangan guna masa dipejabat untuk bisnes online. tidak keberkatan dalam bekerja . Gunakan hari weekend. atau waktu malam. selepas anak-anak tido..hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *