Bagaimana Cara Untuk Lebih Keterhadapan Berbanding Pesaing Anda
Untuk terus kekal berada di hadapan berbanding orang lain:
- Jika usahawan lain bekerja 8 jam sehari, anda sanggup bekerja selama 10 jam sehari (iaitu 2 jam ekstra!)
- Jika orang lain hanya mahu bergerak 1 kilometer sahaja dari rumah, anda rela bergerak lebih 1000 kilometer!
- Jika orang lain hanya sanggup baca sebuah buku sebulan, anda baca sebuah buku seminggu dan terus mempraktikkan apa yang dibaca.
- Jika orang lain berat kaki untuk beriadah (bersenam), anda pula paling kurang bersenam 3 kali seminggu. Ya, kesihatan fizikal adalah penting!
- Jika orang lain tidak mahu menulis blog malah tidak mahu ada blog, anda pula konsisten menulis di blog!
- Jika orang lain buat promosi ala kadar, anda pula amat agresif dan bersungguh-sungguh.
- Jika orang lain bekerja keras berdasarkan kudrat semata-mata, anda bekerja keras secara bijak.
- Jika orang lain takut untuk memberi ucapan di atas pentas, anda pula tidak sabar-sabar untuk memegang mikrofon.
- Pendek kata, apa yang orang lain tidak buat, anda pula melakukannya.
Tip-tip di atas bukanlah mengenai mengalahkan pesaing kerana mengalahkan pesaing tidak diajar dalam Islam. Sebaliknya, tip-tip di atas adalah mengenai momentum kita agar terus menjadi terunggul dalam bidang kita.
.
Incoming search terms:
- artikel pesaing perniagaan
- seminar 2012 di putrajaya
- pesaing dan usahawan
- CARA CARA MENAMBAH PENDAPATAN SELAIN DARI BERNIAGA JAJAN
- Cara apa supaya bengkel saya ramai tidak sepi
- bisnes dan pesaing
- bagaimana maybank kekal bersaing
- bagaimana cara untuk berniaga
- baca 2 buku seminggu
- usahawan-mengapa tidak mahu bekerja dengan orang lain?












terima kasih zul…mmg betul apa yg saudara cakapkan…kita kena sentiasa berusaha jika nak ke hadapan lebih drp pesaing kita….