Bagaimana meraih kejayaan dengan cepat dan mudah pada tahun ini (2012)

Berikut adalah formula ringkas, bagaimana untuk meraih kejayaan dengan cepat dan mudah bagi tahun 2012 ini:

  • Lakukan sesuatu yang sudah kita ketahui dan kuasai sebelum ini. Contohnya jika saya, kekuatan saya adalah menulis dan menerbitkan produk informasi. Elakkan melakukan sesuatu yang baru, di mana ia pasti akan menyebabkan kita mengambil masa yang lama untuk belajar dan menguasainya.
  • Gunakan apa sahaja platform yang telah kita miliki. Contohnya saya mempunyai blog perniagaan internet ini, Facebook Page (yang kini sudah lebih 3000 Like) dan juga mailing list.
  • Gunakan pemasaran berbayar seperti iklan dan Pay per Click (PPC). Pemasaran berbayar lebih cepat hasilnya berbanding cara percuma yang biasanya mengambil masa.
  • Gunakan “Email Marketing”. Ini adalah wajib dan mandatori. Ia bukan lagi satu pilihan.
  • Outsource kerja-kerja teknikal yang memakan masa walaupun kerja itu kita tahu melakukannya. Upah orang lain melakukan kerja-kerja teknikal seperti design grafik, website dan seumpamanya. Kerja-kerja yang memakan masa itu amat merugikan kita di mana kita boleh melakukan kerja produktif yang lain. Contohnya: Saya boleh fokus pada penulisan, marketing dan content.
  • Jual produk atau perkhidmatan yang betul-betul mempunyai potensi dalam pasaran (ada permintaan). Jadi perlu luangkan sedikit masa membuat kajian dan pemerhatian.
  • Lupakan model bisnes yang lain dan apa sahaja perkara yang tidak berkaitan sehingga kita meraih hasil yang amat membanggakan terhadap usaha yang sedang kita lakukan. (FOCUS – Forget Other Commitment Until Success)
  • Bekerjasama (joint venture) dengan usahawan lain. Ya, kerjasama adalah salah satu ‘rahsia’ untuk kita berjaya dengan pantas.
  • Rancang sesuatu untuk bertindak. Rancang tindakan, bukan hanya sekadar merancang sahaja. Bersama rancangan itu, tetapkan masa dan cara untuk melaksanakannya.
  • Buat rancangan penuh untuk tahun 2012 dan laksanakan rancangan itu dengan sepenuh hati!
  • Fokus pada menjual dan menghasilkan ‘profit’ (untung). Perlu berani menjual produk dan perkhidmatan kita tanpa sedikit pun rasa tidak yakin dan ragu.
  • Lakukan sahaja apa yang telah dirancang tanpa ada rasa ragu-ragu. Katakan TIDAK kepada perasaan mahu menunda tindakan.
  • Hargai pelanggan sedia ada (seperti memberikan diskaun dan sebagainya). Mereka lebih mudah diyakini berbanding pelanggan baru.
  • “Tiru” orang-orang berjaya. Belajar teknik dan strategi yang terbukti berkesan daripada sesiapa sahaja yang telah mendapat hasil kejayaan. Contohnya, jika kita mengetahui usahawan A berjaya melancarkan produk sehingga meraih puluhan ribu dalam masa 30 hari, segerakan hubungi dirinya dan katakan kita mahu belajar strategi beliau. Tetapi, ia tidak semudah itu. Lakukan dengan cara yang profesional seperti ada perkongsian timbal balik yang diberikan kepadanya. Setelah belajar, segerakan untuk mempraktikkannya.

Kesimpulan: Tetapkan produk/perkhidmatan yang pasti ada permintaan + Rancang tindakan setahun penuh + Lakukan pemasaran yang berkesan + Bertindak sepenuh hati + FOKUS!

Apa pendapat anda mengenai formula di atas? Atau mungkin anda ada tambahan yang lain. 🙂

Terima kasih kerana membaca.

Ingin memulakan perniagaan Internet sendiri? Dapatkan konsultasi terus daripada smartzul. Dalam masa 1 jam 30 minit, segala kebuntuan anda akan terhapus! Diskaun RM50 untuk 10 orang pertama! Klik di sini sekarang.

.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

10 thoughts on “Bagaimana meraih kejayaan dengan cepat dan mudah pada tahun ini (2012)

  1. Apa yang Zul cakap memang benar, Ia menekankan bagaimana menggunakan kebolehan yang ada, ilmu dan kemahiran yang dan digilap, menjadi emas yang bernilai. Buat apa yang anda tahu sebaik mungkin, lakukan dengan bersungguh-sungguh

  2. Terima kasih Smartzul. Memang tips yang diberikan sangat berguna dan mengingatkan kita tentang kebolehan yang kita ada patut di optimumkan sebaik mungkin.

  3. terima kasih atas paparan yg menarik..sememangnya gagal merancang adalah merancang utk gagal..renung diri dan gunakan segala kekuatan yg ada…insya Allah kejayaan milik kita 🙂

  4. Pingback: Bagaimana meraih kejayaan dengan cepat dan mudah pada tahun ini (2012) | Motivasi Usahawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *