Bagaimana mencapai kejayaan pada tahun 2012?

Bermula 1 Januari 2012, kita mempunyai 365 hari untuk mencipta sesuatu kejayaan ataupun hasil dalam tahun 2012 ini. Ia bukanlah satu jumlah yang banyak mahupun sedikit, tetapi ia satu jumlah hari yang cukup untuk kita lakukan sesuatu.

Jadi, persoalannya adalah bagaimana cara kita untuk mencapai impian pada tahun 2012 ini, ataupun melaluinya dengan penuh sukses? Tidak ada sesuatu yang mustahil selagi kita mahu dan berusaha dengan cara yang betul.

Apabila ditanya apakah rahsia kejayaan, secara ringkas dapat saya katakan tiga perkara berikut:

  • Rajin (disiplin)
  • Cara yang betul
  • Konsisten

Rajin dapat juga kita katakan sebagai bersungguh-sungguh dan bekerja keras tanpa memikirkan untuk berputus asa. Tanpa kerajinan, kita semua tahu sesuatu impian, matlamat dan juga usaha yang dilakukan tidak akan dapat dicapai. Malah hasil juga suam-suam kuku dan kita mudah jatuh ke lembah kegagalan.

Kemudian, cara yang betul adalah kita lakukan sesuatu dengan cara yang berkesan, sebaliknya bukan secara membuta tuli. Sebab itu perlu ada ilmu dan kemahiran, dan perlu belajar daripada orang lain. Salah satu sebab kita sukar mendapat hasil adalah kita melakukan pemasaran dan bisnes tanpa berdasarkan ilmu, teknik berkesan dan perancangan yang baik.

Kemudian perkara ketiga, adalah konsisten. Konsisten juga bermaksud fokus yang berterusan. Fokus ini ada dua maksud:

  1. Fokus melakukan sesuatu perkara, tugas, aktiviti dan tindakan. Contohnya fokus semasa menulis ebook: Menulis dengan fokus selama 30 minit.
  2. Fokus pada model bisnes (bentuk perniagaan) yang dilakukan, sama ada satu ataupun banyak. Contoh: Fokus menjadi seorang Internet Marketer yang fokus pada kepakaran SEO.

Kesimpulan

Untuk memastikan tiga perkara itu memberikan hasil, maka dalam bisnes, sebaiknya usahawan tidak mudah makan hati, atau dalam bahasa mudahnya, terlalu lemah semangat.

Tidak kisahlah ada orang mengkritik, ataupun kita sendiri ada kekurangan, ataupun melalui kegagalan, teruskan sahaja usaha yang dilakukan tanpa memikirkan apa-apa yang membuatkan langkah kita berhenti.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

11 thoughts on “Bagaimana mencapai kejayaan pada tahun 2012?

  1. Selamat kembali. Rasanya ini adalah kali pertama saya memberi komen sejak membeli ebook membina WordPress pada tahun 2008.

    Berbaloi pelaburan membeli ebook tersebut kerana sehingga sekarang ebook yang dibeli masih lagi relevan walaupun ada perubahan dari versi WordPress. Saya mendoakan bro supaya di kurniakan kesihatan dan murah rezeki untuk tahun 2012 ini. 🙂

  2. salam en zul.

    semoga anda kekal dalam kesihatan yang baik.

    rasanya sudah 3 atau 4 tahun saya membeli e book anda.Alhamdulilah semeuanya berjalan lancar.Dapatlah juga saya membina laman web walaupun tak secanggih mana namun ia memang menjana income untuk saya selain dapat berkongsi maklumat tentang subjek yang menjadi fokus saya tika ini.

    Disamping saya juga diupah untuk membina beberapa laman web untuk beberapa syarikat2 kecil dan ngo’s.

    Teriama kasih banyak2 ilmu yang anda curahkan dalam bentuk penyampaiaan yang amat ringkas dan mudah difahami.

    Assalamualaikum

  3. salam en.zul
    lame rasenyr saya follow bnde nie..p xde satu tindakan pn yg saya buat sbb tkt x menjadi n bnde nie tpu belaka…nk tnye kengkwn p xde sowg pn kengkwn yg join..kot tnye pn mgkin dowg akn ckp cmnie “sume bnde nie tpu je ko jgn la cye sgt.klu btol pn suatu ari t dye akn tpu gak”.erm…xde pndorong smgt tuk saya berjaya walopn ati tringn sgt nk mencube…hope en. zul bleh le tlong ye..thankz

    1. Salam piqa.. Tiada satu perkara yang sempurna di dunia ini, termasuk manusia. 🙂

      Lakukan saja dengan ilmu dan berharap kepadaNya. Selebihnya kita serahkan kepada Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *