Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Contoh caj oleh Paypal

Secara asasnya, jika kita membuat bayaran melalui Paypal, kita tidak akan dikenakan sebarang caj. Sebaliknya jika kita menerima bayaran, Paypal akan mengenakan caj dengan formula berikut:

1. Bayaran daripada pembeli dari dalam negara: 3.4% + $0.30

2. Bayaran daripada pembeli luar negara: 3.9% + $0.30

Formula di atas adalah untuk transaksi dalam matawang USD.

Contoh 1: Katakan kita menerima bayaran sebanyak $10 USD daripada pembeli dari Malaysia.

Caj = (3.4% x $10.00) + $0.30 = $0.64

Contoh 2: Terima bayaran sebanyak $10 USD daripada pembeli luar negara.

Caj = (3.9% x $10.00) + $0.30 = $0.69

Seperti yang kita sedia maklum, Paypal telah menyokong nilai Ringgit Malaysia. Bermaksud, kita boleh menerima bayaran melalui nilai RM. Apakah pula formula kiraan cajnya? Ianya sama sahaja seperti formula sebelum ini, cuma nilai tetap tambahan adalah RM2.00:

1. Bayaran daripada pembeli dari dalam negara: 3.4% + RM2.00

2. Bayaran daripada pembeli luar negara: 3.9% + RM2.00

MAKLUMAN: Caj akan berubah mengikut jumlah bayaran yang diterima. Peratusan akan menurun mengikut julat jumlah bayaran yang diterima. Klik di sini untuk melihat kadar caj di laman web Paypal. Untuk senarai panjang, klik di sini.

paypal fee malaysia

Pentingkah mengetahui caj transaksi?

Dengan mengetahui caj yang akan dikenakan, kita boleh melakukan perancangan untuk perniagaan kita:

  • Boleh menganggar atau menetapkan jumlah keuntungan yang akan diperolehi. Ini amat penting agar jumlah caj transaksi yang akan dikenakan tidak mengganggu keuntungan jualan.
  • Mudah untuk meletak harga pada produk jualan. Harga yang diletakkan telah dikira sekali dengan kos yang terlibat.
  • Jika ada kaedah lain untuk menerima bayaran daripada pembeli di mana cajnya lebih murah berbanding Paypal, mungkin boleh menggunakan kaedah tersebut.

Pengumuman

Dapatkan ebook Panduan Asas Paypal untuk memudahkan proses pemilikan akaun Paypal tanpa perlu mencari sendiri maklumat di Internet.

-

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan "Wordpress Blogging". Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.

Incoming search terms:

  • caj paypal
  • paypal fees
  • paypal fees malaysia
  • paypal fee malaysia
  • caj terima duit paypal
  • paypal fee
  • cas paypal malaysia
  • siapa yang bayar fee paypal 3 4% rm2 00 myr
  • kadar caj paypal
  • cas dikenakan paypal


12 Responses to “Contoh caj oleh Paypal”

  1. imran says:

    Kadar caj ni kena tengok selalu sebab ianya bukan fixed.

  2. sufian says:

    sekadar cadangan: perbandingan caj paypal, alertpay, moneybookers

  3. Zaki says:

    Dalam bisnes, setiap caj walau sekecil mana sekalipun tetap kena ambil kira.

  4. Rahman Basri says:

    Menarik info ni..

    PS. Pasti meletop ebook Panduan Paypal tu, sb ramai juga yg bertanyakan ttg penggunaan paypal ni..

  5. aimanahmad says:

    paypal sekarang dh tak macam dulu.. sekarang lebih mudah.. duit pun senang nk caskan tanpa cas macam dulu.. terima kasih smartzul atas perkongsian ini :)

  6. At least mesti ada 2 account Paypal

  7. zool says:

    Paypal pun ada USD 20 je..
    mungkin info ni boleh membantu saya di masa hadapan..
    mana tau nak serius buat bisnes online. buat masa ni belum lagi

  8. another good info today. :)

  9. braderxgon says:

    baru je dapat akifkan akaun paypal punya laa seronok :P lama juga dok cari info pasal paypal baru tau ada cas yg dikenakan setiap transaksi… mudah apa yg diusahakan bertambah maju…

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)