Caj-caj di SSM dan Info Semasa

Caj-caj (bayaran) yang berkaitan di SSM:

1. Pendaftaran baru – RM60.00 jika guna nama trade/jenama/bisnes dan RM30.00 jika guna nama sendiri.

2. Pembaharuan pendaftaran – Sama seperti di atas bagi setiap jenis nama.

3. Denda lewat pembaharuan – RM30 untuk bulan pertama, dan RM10 untuk bulan-bulan seterusnya.

*Denda RM30 tetap dikenakan walaupun pembaharuan dilakukan lewat 1 hari dari tarikh tamat. šŸ™‚

*Boleh buat pembaharuan tiga bulan sebelum tarikh tamat sijil akuan pendaftaran.

4. Penukaran / penambahan maklumat (pemilik, alamat perniagaan dan jenis/aktiviti perniagaan) – RM30.00

Info semasa:

Jika dahulu SSM akan berikan satu sijil akuan pendaftaran yang tebal dan logo berwarna, kini mereka hanya berikan cetakan pendaftaran dalam bentuk kertas A4 biasa sahaja dan hitam putih. Namun masih mengenakan bayaran yang sama. šŸ™‚

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. Dengar cerita dia yang color2 punya sijil pendaftaran dia jual pulak.. tapi boleh pilih design lagi… Hehehe… @ dia belajar tips buat duit dengan jual sijil ler tu.. Huhu…. Nice blog.. šŸ™‚

  2. assalammualaikum tuan,
    tuan ada tak jual ebook macammana nak setting
    meta keyword dalam web yang telah kita bina

  3. Saya baru sedar SSM saya dah tamat tempoh ari ni 26.5.16 ..nak pergi renew dah lewat,
    adakah cara lain untuk mengurangkan atau menggelakkan denda…RM30 kalau saya pergi renew esok pagi.
    2016 bukan 2015

  4. jika saya mahu menambah ahli dalam ssm macam mana…dari 2 jadi 3 org….sebab dalam borang B cuma ada 2 ruangan sahaja