Cadangan Topik Buku Asas Perniagaan Internet

Entri ini boleh dikatakan sebagai kaji selidik ringkas saya.

Saya bakal mula menulis buku yang pertama. Cadangannya berkaitan ASAS perniagaan Internet dan ia adalah dalam bentuk teori dan konsep sahaja, bukan teknikal. Saya memerlukan cadangan tuan puan semua, apakah di antara topik atau perkara yang perlu saya masukkan (tulis) ke dalam buku tersebut? Jika boleh, perkara paling asas yang masih belum atau mahu difahami.

Saya mahu menulis buku asas kerana masih ramai lagi yang tidak memahami asas-asas perniagaan internet. Setiap hari, boleh dikatakan saya menerima pelbagai soalan-soalan yang asas. Jadi saya semakin merasakan, jalan terbaik adalah menulisnya ke dalam buku agar setiap kali saya ditanya soalan asas, saya boleh mencadangkan buku tesebut untuk mereka beli dan baca, sebagai bacaan pertama sebelum bertindak memulakan sebarang bentuk atau model perniagaan internet.

Keduanya, saya mahu menyusun sebuah penulisan secara tersusun dan mudah dibaca (sudah pasti melalui buku). Walaupun saya sudah banyak menulis di blog ini, namun tidak semua orang mempunyai masa yang banyak untuk membaca di internet. Dengan harapan, buku berbentuk asas dan ‘teori’ ini boleh dibaca di mana-mana sahaja.

Ketiganya, saya telah mengkaji banyak buah buku, dan saya melihat ada beberapa ‘kekosongan’ atau bahagian yang boleh saya isi. Buku-buku sedia ada sudah bermanfaat, namun saya yakin, dengan kehadiran buku saya kelak, ia sedikit sebanyak melengkapkan rujukan-rujukan sedia ada. Kiranya, buku saya ini bukan untuk meyaingi buku-buku tersebut, tetapi adalah untuk melengkapkan dan menambah jumlah rujukan buku Internet Marketing di dalam Bahasa Melayu, yang kini masih belum banyak di pasaran.

Untuk itu, seperti yang saya nyatakan di atas, saya memerlukan cadangan daripada tuan puan semua mengenai topik yang mungkin boleh dimasukkan ke dalam buku tersebut. Tulis seberapa banyak cadangan atau permintaan pada ruangan komen di blog ini.

Apakah topik atau perkara yang dirasakan perlu untuk masukkan ke dalam buku tersebut? Jika boleh, perkara paling asas yang masih belum atau mahu difahami.

Kemudian, saya juga menghargai jika tuan puan para pembaca membantu saya memenuhi ‘Survey’ ringkas di sini:

Kaji Selidik Pengisian Buku Asas Perniagaan Internet

Saya menerima cadangan daripada sesiapa sahaja sama ada mereka yang baru mahu (berminat) melibatkan diri dalam perniagaan internet, sudah lama atau yang baru bermula. Semoga buku ini kelak dapat memberi manfaat kepada semua pihak.

Kepada yang memberi cadangan dan pandangan, saya ucapkan terima kasih sebanyak-banyaknya.


Mohd Zulfadli bin Suddin a.k.a SmartZul
Penulis Blog Perniagaan Internet

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

54 thoughts on “Cadangan Topik Buku Asas Perniagaan Internet

  1. Buku ASAS perniagaan Internet telah banyak dipasaran. Bagi saya buku terbitan Dr. Irfhan Khairi adalah diantara buku asas perniagaan internet yang terbaik dan praktikal pernah saya baca.Saya dapati ramai yang keliru diantara Internet business dan juga internet marketing…Saya tidak fikir, tajuk ASAS itu akan menarik minat orang ramai untuk membelinya…Ianya perlulah merangkupi pelbagai aspek terutama:1. Apa?2. Dimana?3. Siapa?4. Bila?5. Bagaimana?6. Berapa banyak?Semua itu perlu dikupas satu persatu dengan bahasa yang mudah difahami dan mampu menarik minat untuk membacanya, lagi dan lagi. Terutama penggunaan bahasa inggeris kepada bahasa Malaysia.Sesebuah buku itu akan lebih menarik apabila, ianya, mempunyai proses atau flow yang lengkap dan praktikal, langkah demi langkah yang terbukti berkesan untuk orang ramai membaca dan mempraktikkannya secara terus. Ada contoh-contoh dan juga satu atau dua case study yang boleh dibincangkan didalamnya.Tidak banyak bezanya diantara perniagaan internet dengan perniagaan conventional… Internet hanyalah sebagai platform untuk para peniaga mencari market mereka. Yang mana market diinternet lebih besar dan tiada sempadan. Manakala laman web perniagaan tersebut adalah sebagai kedai mereka di internet. Perlu dijelaskan juga, ciri-ciri laman web yang bagaimanakah yang terbaik untuk menarik minat pelayar mengunjungi laman web tersebut.Perlu ditekankan mengenai ethic perniagaan internet.Apakah mind set yang perlu diterapkan sebelum mereka memulakan perniagaan internet.Bagaimanakah sesebuah perniagaan internet mencari target market mereka (Target Market)?Bagaimanakah sesuatu produk atau perkhidmatan ditempatkan didalam pasaran internet (Product positioning)?Process exchange and transaction yang lengkap bagi sesebuah perniagaan internet perlu diperjelaskan.Core marketing system sesebuah perniagaan internet.Apakah system2 yang wajib ada didalam sesebuah perniagaan internet.Dan bagi saya, yang paling menarik, apabila anda boleh menceritakan bagaimana seseorang peniaga internet itu boleh membuat analisa permintaan diinternet. Itu yang paling penting.

    1. Buku ASAS perniagaan Internet telah banyak dipasaran. Bagi saya buku terbitan Dr. Irfhan Khairi adalah diantara buku asas perniagaan internet yang terbaik dan praktikal pernah saya baca.Saya dapati ramai yang keliru diantara Internet business dan juga internet marketing…Saya tidak fikir, tajuk ASAS itu akan menarik minat orang ramai untuk membelinya…Ianya perlulah merangkupi pelbagai aspek terutama:1. Apa?2. Dimana?3. Siapa?4. Bila?5. Bagaimana?6. Berapa banyak?Semua itu perlu dikupas satu persatu dengan bahasa yang mudah difahami dan mampu menarik minat untuk membacanya, lagi dan lagi. Terutama penggunaan bahasa inggeris kepada bahasa Malaysia.Sesebuah buku itu akan lebih menarik apabila, ianya, mempunyai proses atau flow yang lengkap dan praktikal, langkah demi langkah yang terbukti berkesan untuk orang ramai membaca dan mempraktikkannya secara terus. Ada contoh-contoh dan juga satu atau dua case study yang boleh dibincangkan didalamnya.Tidak banyak bezanya diantara perniagaan internet dengan perniagaan conventional… Internet hanyalah sebagai platform untuk para peniaga mencari market mereka. Yang mana market diinternet lebih besar dan tiada sempadan. Manakala laman web perniagaan tersebut adalah sebagai kedai mereka di internet. Perlu dijelaskan juga, ciri-ciri laman web yang bagaimanakah yang terbaik untuk menarik minat pelayar mengunjungi laman web tersebut.Perlu ditekankan mengenai ethic perniagaan internet.Apakah mind set yang perlu diterapkan sebelum mereka memulakan perniagaan internet.Bagaimanakah sesebuah perniagaan internet mencari target market mereka (Target Market)?Bagaimanakah sesuatu produk atau perkhidmatan ditempatkan didalam pasaran internet (Product positioning)?Process exchange and transaction yang lengkap bagi sesebuah perniagaan internet perlu diperjelaskan.Core marketing system sesebuah perniagaan internet.Apakah system2 yang wajib ada didalam sesebuah perniagaan internet.Dan bagi saya, yang paling menarik, apabila anda boleh menceritakan bagaimana seseorang peniaga internet itu boleh membuat analisa permintaan diinternet. Itu yang paling penting.

  2. Buat satu tajuk yang niche… Seperti; Bagaimanakah seseorang perniagaan internet membuat analisa permintaan (Demand estimation analysis)?

  3. sy cadangkan buku berkaitan perniagaan internet utk produk perkhidmatan… x byk buku bercerita ttgnya… ramai yg cerita pasal produk fizikal sahaja… sekadar cadangan…

  4. Antara halangan utama online biz ni adalah traffics,..Traffics mesti tinggi. Untuk dapatkan traffic tinggi mesti ada strategy, mesti ada RM untuk promosi…Walau sehebat mana produk, kalau traffic tak ada macam mana nak menjual.

  5. Pengalaman saya, pernah deal dengan satu GLC company yang mempunyai kepakaran develop online mall yang agak advance. Malah mereka juga mempunyai database yang cukup besar, namun kerana kurangnya info/pengalaman berkenaan IM. Projek mereka telah ditutup pada awal tahun 2010. Mereka mempunyai lebih dari 1 juta database client.

  6. Latest, senalam sembang dengan my team pasal redmegastore.com (Air Asia) akan dilancarkan dalam masa terdekat.Komen: 1. RedMegastore berupaya mendapatkan tarffics yang tinggi dan pada masa yang sama potential customer yang bersedia untuk membayar secara online.2. Page presentation tak boleh nak touch/force customer untuk membeli.

  7. Salam Zul,
    Ini pandangan saya,
    1) Maksud sebenar perniagaan internet
    2) Cabang-cabang perniagaan internet
    3) Beza perniagaan internet dan perniagaan biasa
    4) Langkah memulakan perniagaan internet
    5) Sumber rujukan perniagaan internet

    Terima kasih.

  8. Bagus…dengan buku asas perniagaan internet ini tak ramai la yang akan salah anggap terhadap perniagaan internet lagi…
    saya akan nantikan buku fizikal Tuan..

    Cadangan:Keperluan asas sebelum memulakan perniagaan internet

  9. Saya rasa salah satu bab boleh dimasukkan ialah senarai checklist. Boleh juga masukkan dalam appendix. Macam pelan tindakan sama ada kita telah faham setiap peringkat penerangan yang telah diberikan.

  10. Saya cadangkan buat seksyen yang bagi asas guid untuk pembaca terus mula berniaga di internet sebaik je abis baca buku tu.

    Contohnya boleh bagi guide untuk jual di ebay. Ataupun bukak kedai online mereka secara percuma di Lot.my.

    yang penting kena guide mereka untuk terus berniaga time tu jugak. kalau lambat-lambat nanti dah sejuk. dua contoh yg saya bagi tu bagus sebab dia percuma dan berkesan.

  11. Pendapat sy la, perlu dimasukkan dengan persiapan minda sebelum memulakan perniagaan internet tu. Ramai org nak mulakan e-biz ni kerana mereka fikir ia cara cepat utk dapat income banyak. Tp bila dah start, ramai yg kantoi. Jadi elok en Zul ajar apakah mindset yg perlu ada kepada seseorang yang ingin memulakan e-biz ni..

    Sekadar cadangan sy.

    TQ

  12. salam smartzul..
    saya rasa asas PERNIAGAAN mungkin sudah dikupas dalam buku irfan khairi…
    tapi asas asas PEMASARAN, saya rasa agak kurang didapati dalam bentuk buku, lagipun, asas pemasaran ruang lingkupnya lebih besar, dan setiap satunya perlu difahami dengan mendalam untuk mendapat hasil yang optimum, dan kurangkan risiko rugi..
    sekadar cadangan…

    1. Terima kasih saudara Madlut.

      Sebahagian komentar, telah saya reply pada komen saudara Syukri. Selebihnya, saya nyatakan pada entri di atas.

      Mengenai buku pemasaran, ia sudah ada dalam perancangan saya. Cuma buat permulaan, saya akan menulis buku asas dahulu sebagai buku pertama.

  13. salam generasi usahawan
    Saya rasa walaupun buku mengenai perniagaan internet dah ada dipasaran tapi masih ramai lagi yang tidak betul-betul faham dan jelas.Jadi kalau ada lagi satu buku versi melayu yang dikeluarkan,ini perkara yang baik.Mungkin tajuk kena tukar sedikit..Skim cepat kaya Vs Perniagaan internet..orang fobia sikit dengar skim cepat kaya tapi selalu jugak terkena..Jadi boleh masukkan elemen untuk memberi kesedaran mengenai perbezaan kedua-duanya..
    sekadar cadangan

  14. Terima kasih Tuan Rushdi. Apa yang akan saya lakukan adalah, menulis buku asas dahulu dan kemudian diikuti dengan buku-buku yang spesifik. Ia sudah dirancang dan dibincangkan bersama pihak penerbit.Selain itu, disebabkan saya seorang IM dan menjadi rujukan ramai, serta ada komuniti sendiri, maka saya perlu ada bahan yang amat asas yang boleh saya cadangkan kepada mereka. Kemudian baru dicadangkan mana-mana rujukan yang spesifik, sesuai dengan model bisnes yang mahu mereka lakukan.Saya tahu sudah banyak buku di pasaran, tetapi saya melihat masih ada ruang kekosongan yang boleh saya isi. Jadi saya akan tetap menulisnya, insyaAllah. Itu pun jika pihak penerbit telah memberikan lampu hijau.Apa yang saya dapati, kebanyakan buku sedia ada terus memberikan solusi atau ubatnya, tetapi tidak memberi PILIHAN terlebih dahulu. Itu yang saya nampak sejak dahulu.Terima kasih.

  15. Mengenai judul buku, ia belum ditentukan. Asas yang saya maksudkan adalah isinya. Judulnya pula akan ditentukan oleh penerbit.

  16. Assalammualaikum,

    Saya sering mendapat email dari pembaca blog saya dan juga kaji selidik yang saya buat mengenai masalah untuk memulakan perniagaan internet (pakai ezysurvey). Oleh itu saya rasa en. Zul patut:

    1) Menerangkan mengenai model perniagaan yang boleh di jalankan melalui internet.

    2) Selain itu juga perlu di tekankan mengenai “mind set” bahawa mereka boleh menjalankan perniagaan melalui internet.

    3) Idea perniagaan yang boleh di jalankan melalui internet.

    4) Asas membuat halaman web di samping jenis-jenis halaman web.

    5) Asas pemasaran. Bagaimana untuk mempromosi halaman web.

    Antara kelima-lima tersebut, saya rasa model perniagaan melalui internet perlu di beri penekanan yang lebih kerana masih ramai yang keliru antara perniagaan internet dan skim cepat kaya di internet.

  17. Saya setuju bangat cadangan Rushdi Baharum dan madlut… sebab sekarang ni sudah banyak buku-buku asas perniagaan internet dan rata-rata hampir sama.. buat la satu kelainan dan penambahan.. cadangan saya buat satu buku bermulanya seorang yg kosong dengan perniagaan internet hingga menjadi seorang internet marketer yang berjaya.. Langkah demi langkah untuk berjaya.

    1. Terima kasih En. Syukri. Ini adalah penerangan yang saya tulis di ruangan komen Notes di FB saya:

      Apa yang akan saya lakukan adalah, menulis buku asas dahulu dan kemudian diikuti dengan buku-buku yang spesifik. Ia sudah dirancang dan dibincangkan bersama pihak penerbit.

      Selain itu, disebabkan saya seorang IM dan menjadi rujukan ramai, serta ada komuniti sendiri, maka saya perlu ada bahan yang amat asas yang boleh saya cadangkan kepada mereka. Kemudian baru dicadangkan mana-mana rujukan yang spesifik, sesuai dengan model bisnes yang mahu mereka lakukan.

      Saya tahu sudah banyak buku di pasaran, tetapi saya melihat masih ada ruang kekosongan yang boleh saya isi. Jadi saya akan tetap menulisnya, insyaAllah. Itu pun jika pihak penerbit telah memberikan lampu hijau…. See More

      Apa yang saya dapati, kebanyakan buku sedia ada terus memberikan solusi atau ubatnya, tetapi tidak memberi PILIHAN terlebih dahulu. Itu yang saya nampak sejak dahulu.

      Terima kasih.

  18. Salam Semua,

    Kalau “mailing list ” sdr bukan yang terkini, saya berpendapat , rata rata mereka kini dah “advance” dan tidak memerlukan sangat buku panduan yang bersifat asas.

    Saya dah melanggan melalui emel beberapa IM tempatan yg kini masih lagi menghantar perkara perkara asas sehinggakan rasa “jemu” pun ada.

    sbg contoh masih menceritakan…”mendapat pendapatan rm 10k dalam masa seminggu pelancaran buku e book berkaitan..”

    Dah 2 tahun berlalu tapi masih menceritakan kenangan tsb tetapi kalau hanya minggu tu saje kaut RM1OK tapi selepas itu tiada pendapatan sebanyak itu lagi ,maka jadi lah spt pemain / peminat bolasepak England yg sentiasa optimis setiap kali piala dunia kerana masih mengembar gemburkan kenangan 1966 waktu mereka menjadi juara dulu..

    @ Smart zul..ngape pulak “warning” pembaca supaya jgn klik iklan google yg tertera pada borang kajiselidik tu ?
    tak kan sdr tak nak bgi “kredit” pd sykt yg memberi peluang pd sdr buat kaji selidik berkenaan ?

    1. Terima kasih di atas pandangan. Saya menerima dan menghargainya.

      Mengenai kenangan lama itu, ia bergantung kepada pilihan masing-masing. Untuk pengetahuan, ada yang sudah 2 tahun ambil tahu mengenai IM, tetapi belum dapat apa-apa hasil hatta RM1.00. Jadi tidak salah untuk IM menghantar emel mengenai teknik-teknik berkaitan kepada mereka. Kedua, jika saudara sudah tahu perkara itu, elok kiranya mem-forwardkan kepada rakan-rakan yang belum tahu. Atau, boleh hubungi IM berkenaan untuk minta tip yang saudara mahu. Jadi, tidak perlulah menunggu mereka menghantar perkara yang saudara mahu kerana mereka tidak tahu apa yang saudara mahu itu. Maka jalannya, minta. Tidak boleh menunggu. Kelak, terjadilah salah menyalahkan atau kritikan yang kurang membina.

      Mengenai iklan adsense itu, tidak ada pula saya kata jangan klik. Saya hanya kata abaikan sebab ia bukan sebahagian daripada kandungan Survey saya. Kalau diklik, ia akan bawa ke bahagian lain, dan tidak semua orang tahu untuk kembali ke Page Survey. “Abaikan” itu terlalu subjektif maksudnya. Selebihnya, kalau mereka mahu klik, saya tidak sama sekali menghalang. Kedua, jika saya tidak mahu bagi kredit, sudah pasti saya tidak akan gunakan servis mereka yang ada iklan tersebut, termasuk logo mereka. Malah, “kredit” itu terlalu luas skopnya, bukan pada klik iklan adsense sahaja. Tidak begitu? 🙂 Kiranya, saya mahu memberi kuasa sepenuhnya kepada responden sama ada mahu klik iklan itu atau tidak. Akhir sekali, menggunakan servis mereka pun sudah satu cara mempromosikan servis mereka tersebut.

      Semoga saudara jelas dengan penerangan ringkas saya ini dan saya mohon maaf jika ayat-ayat saya membuat saudara tersalah faham. Terima kasih.

  19. Tahniah kepada En. Zul.. Kerana anda telah pun menjadi rujukkan ramai dan mempunyai komuniti anda sendiri…Ramai diantara kita yang minat untuk berniaga diinternet. Tetapi malangnya, ramai juga diantara mereka yang tidak tahu apa yang mereka tidak tahu… Bagaimana dengan pandangan En. Zul..? Oleh itu, mendapatkan hasil dari kaji selidik dan respond yang jitu dan sahih dari mereka adalah agak sukar.. Tetapi tidak mustahil…

  20. Jika buku dah ada dipasaran nanti, war-warkan segera En. Zul.. Saya juga adalah salah seorang yang menantikan kelahiran buku sulung En. Zul itu. Syabas diatas usaha anda itu.

  21. Saya ingin mencadangkan sdra. kumpulkan artikel sdra. yang pernah diterbitkan di blog sdra. untuk dijadikan sebuah buku. Catit semua judulnya yang berkaitan dengan perniagaan internet. Kemudian susun mengikut judul yang bersesuain iaitu bermula dengan asas perniagaan internet dan seterusnya. Artikel sdra. itu wajar dijadikan buku kerana saya ada juga terlepas mengikuti artikel yang telah sdra. tulis. Rasanya itu lebih baik. Terima kasih.

  22. salam..zul, saya juga dalam proses untuk keluarkan buku tentang internet business basic, tapi masih lagi dalam bentuk ebook (digital) dan akan saya edarkan secara PERCUMA. kalau untuk keluaran buku, belum lagi rasanya. maybe zul juga boleh beri penerangan tambahan yang bertajuk perniagaan internet vs perniagaan konvensional.Tajuk ni salah 1 topik yg saya sentuh, tapi zul juga boleh sentuh topik ni untuk komuniti zul. supaya mind komuniti dapat kita buka dan menarik minat mereka dalam online biz ini. so, bila kita ubah mindset komuniti, kita dapat meriahkan lagi industri perniagaan internet di Malaysia khususnya.Ebook yang ingin saya edarkan nanti tujuannya untuk beri penerangan ringkas berkaitan internet business kepada semua masyarakat dan dalam bahasa melayu. Tujuan sebenar juga adalah untuk membantu masyarakat dalam proses untuk menambah ilmu dan dapat jana wang secara sampingan atau sepenuh masa.

  23. Salam Tuan Smartzul,

    1. Saya memang nak tungu-tunggu buku pertama bro.
    2. Sungguh ringkas survey itu. Saya hanya klik 1 kali saja.
    3. Saya setuju kalau asas-asas, konsep, pandangan overview, plan of action di cover dalam buku… Kalau teknikal dan sebagainya, dah banyak yang tulis… Juga boleh terangkan seperti mana yang kita pernah bincangkan dulu sewaktu berayam penyet…iaitu konsep bisnes blogging dan blogging untuk bisnes.

    Tapi kan…sebenarnya, byk tak tau…cabang2 yang ada…so, secara kasarnya kena terangkan apa yang ada seperti blogging, affiliate, HYIP, MLM, forex…so, orang tak confuse atau tertipu yang mana asas perniagaan…

  24. Ramai di luar sana yang menyangka menjalankan bisnes internet ni mudah. Buat hari ni, esok dah jana income pendapatan ribu-ribu, tapi pada realitinya tidak.

    Untuk mulakan bisnes internet sama juga macam nak mula bisnes offline perlukan mindset yang betul, modal, produk, rintangan, halangan, cabaran, dan memerlukan cara-cara dan teknik-teknik yang betul.

    Saya rasa itulah asas yang patut ditekankan dalam buka pertama yang tuan nak tulis.

    Dan ramai juga yang keliru antara Perniagaan Internet dan Progrem Buat Duit Di Internet.

  25. Salam…..

    Saya setuju dengan cadangan En. Smartzul untuk mengeluarkan buku asas perniagaan internet. Bagi saya, saudara boleh memberikan perbandingan antara perniagaan internet dengan perniagaan konvesional dengan memecahkan kepada topik-topik yang berasingan contohnya :-

    1. Pengenalan kepada perniagaan internet
    2. Pengertian perniagaan internet
    3. Perkara asas yang perlu ada sebelum, semasa dan selepas dalam perniagaan internet.
    4. Kaedah mempromosikan ( kena lebihkan topic nie )
    5. Kisah kejayaan perniagaan internet
    6. Pelan tindakan memulakan perniagaan internet
    7. Resipi kejayaan perniagaan internet

    itulah antara beberapa topik yang saya boleh berikan untuk dipertimbangkan oleh saudara.

  26. Salam Zul.. 🙂

    Apa kata Zul masukkan sekali live cara-cara jual di internet dari kosong selain dari masukkan perkara2 asas..

    maksud dari kosong ni, zul bangunkan satu projek baru (zul kan byk projek.. hehe) dan tunjukkan langkah yg zul buat & hasilnya..

    Selalu org luar buat dlm bentuk video je.. Sbb mudah tp kat Malaysia ni ramai peminat buku.. 🙂

    Dan namakan buku ni sbg “Bisnes Internet DIY”..

    ps: DIY = Do It Yourself.. 🙂

  27. saya bercadang saudara Smartzul dapat menerangkan asas perniagaan internet dalam bentuk guide “step by step” kerana buku bisnes internet yg berada di pasaran terlalu umum, mungkin saudara smartzul dapat menunjukkan item-item yang diperlukan, kos memulakan perniagaan internet. Cara “step by step” ni memudahkan pembaca mengikuti satu persatu dari mula hingga siap proses yg diperlukan, gaya bahasa yang mudah, serta tersusun, memudahkan proses pembaca melaksanakan bisnes internet ni, terima kasih.

  28. Salam Smartzul.
    Pendapat saya masih ramai tidak tahu asas bisnes di internet. Masih ramai golongan dewasa terutama peringkat 40 ke atas mahu pun peringkat 40 ke bawah tidak tahu cara memulakan bisnes di internet tetapi mahu membuka bisnes atau mengembangkan bisnes secara online. Buku pertama Smartzul seharusnya membuka minda orang ramai dahulu cara berbisnes di internet.
    Dalam buku tersebut Smartzul boleh berikan tentang:
    1. Asas bisnes di internet.
    2. Perbezaan bisnes offline dan online.
    3. Bagaimana mengelak daripada melakukan SPAM
    dalam pemasaran di internet.
    4. Bagaimana membina kredibiliti usahawan di
    internet.
    5. Bagaimana memasarkan produk secara efektif.

    Ini pendapat ikhlas saya kerana tanggungjawab sosial kepada masyarakat di luar sana dalam penghasilan buku juga di utamakan bagi membuka minda rakyat Malaysia tentang kelebihan Internet terutamanya yang ingin membuka dan mengembangkan perniagaan mereka.

    Semoga Smartzul berjaya dalam penghasilan buku pertama ini.

    Ikhlas,
    Faizul Noor

  29. Salam semua. Amat bagus topik kali ini. Sedikit cadangan sebagai selitan.

    Bagi saya perkara asas adalah Mind Setting. Jika ada asas dan betul (mind setting), maka menjadilah ia.

    Kedua, asas juga melibatkan persediaan. Apa keperluan dan material untuk memulakan perniagaan internet.

    Ketiganya, adalah risiko dan kesilapan yang boleh berlaku dalam perniagaan internet.

    Sekadar pandangan sebagai pemerhati dunia IM.

    -MY-

  30. Pada pandangan saya topik asas perniagaan Internet apa yang boleh dimasukan adalah.

    -Pengertian perniagaan Internet
    -Perbezaan perniagaan Internet dengan scam Internet.
    -kos minimum perniagaan Internet.
    -penerangan tentang semua jenis perniagaan Internet yang ada.
    -langkah memulakan perniaagaan Internet.
    -mungkin boleh masukan tips sebab mengapa seseorang untuk gagal dalam perniagaan.
    -apa kata masukan sedikit cara pendapatan Internet dlm jangka masa pendek yang memerlukan modal yang sedikit atau tiada modal lansung spt affiliate dan juga sedikit penerangan pdptn jangka panjang Internet spt membina list.

    Rasanya ada banyak lagi yang boleh dimasukan tapi idea dah kering…setakat ini aje.

  31. Saya amat tertarik dengan projek yang dilakukan oleh En.Zul..saya harap ia bakal menjadi rujukan kepada semua newbie2 terutamanya untuk memulakan bisnes internet..

    Terima Kasih..

    Salam Jutawan..

  32. Salam sdr. Zul
    Kalau boleh sdr Zul ceritakan juga tentang transaksi internet seperti cara nak bayar,download,kredit kad,debit kad,TAC,atau apa saja tentang hal tersebut kerana ramai yang rasa tertipu apabila berurusan dalam internet.

  33. baik idea tu..saya ingin memberi cadangan..jika sesuai silalah masukkan dalam buku tu tentang..permasalahan 'network' dan 'coverage' sebagai panduan dalam mengendalikan permasalahan internet.harap blh faham.,saya ni tidak juga pandai sangat dalam bidang ni..semoga berjaya..

  34. Hai sdr Zul,

    Berkenaan penerbitan ebook asas ni, saya rasa ianya mmg idea yg bagus krn saya sendiri juga sering ditanya para subscribers: “Macamana Nak Mula?”

    Nah, mungkin sdr boleh mendpt ilham melalui soalan tersebut:)…kalau asas tu, yg penting ialah :

    1. Persediaan dari segi mental & fizikal
    2. Pengetahuan tentang asas internet spt website, emel dsbgnya
    3. memilih produk atau perkhidmatan yg sesuai
    4. Kaedah pemasaran (percuma atau berbayar)

    Selebihnya, saya fikir akan dtg kemudian…spt autoresponder, affiliate …

    Itu pandangan saya, jika ada kekurangan saya mohon maaf..

    salam maju jaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *