Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Cabaran 3 Hari Perniagaan Internet

Seperti yang saya janjikan, kita akan sama-sama pelajari secara ‘live’ bagaimana membina sebuah perniagaan internet dengan mudah dan cepat dalam masa 3 hari. :)

3 hari?? Ya. Saya ‘mencabar’ diri saya dan anda semua untuk membina sebuah perniagaan dalam masa sesingkat ini dengan 4 langkah termasuk proses marketing tanpa kos. Perlu diingatkan, kita membina dan bukan terus mendapatkan hasil (tapi kalau dapat sale itu petanda yang baik!). Proses promosi dan pemasaran perlu dilakukan sebaik mungkin dan kadang-kadang memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan hasil. Namun, adalah tidak mustahil jika anda melakukan promosi dan pemasaran yang efektif dan konsisten, hasilnya akan datang dengan ‘cepat’.

Namun begitu, ingin saya memesan, jangan lihat kepada $$$$, tetapi fokus kepada usaha untuk membina sebuah perniagaan yang berdaya saing dan fokus kepada usaha pemasaran yang berkesan. Duit akan datang sendiri.. Jika anda hanya inginkan duit, maka jalan terbaik adalah pergi membuat pinjaman sahaja di bank atauuu dengan along? (jangan ekk!) ;) Dalam perniagaan, kita memerlukan sedikit masa. Proses pengurusan laman web, meningkatkan mutu sales letter dan melakukan promosi yang efektif, perlu dilakukan sebaik yang mungkin. Apa yang akan saya tunjukkan adalah benda-benda asas yang boleh kita lakukan dalam masa 3 hari dan yang diperlukan. Lain-lain perkara, perlu dilakukan di lain masa.

Saya menyatakan hal ini awal-awal kerana tidak mahu anda melakukan ‘kesilapan’ di awal-awal proses pembinaan perniagaan internet. Jika di awalnya sudah ada kesilapan penetapan matlamat dan fikiran, maka di dalam usaha pembinaan dan semasa pengurusan perniagaan, anda akan KECEWA.

Jadi, apa yang akan kita lakukan dalam masa 3 hari ini adalah PEMBINAAN. Bukan terus mendapat hasil ok.. ;) Dalam 3 hari bermula Selasa ini, anda cuma perlu ikuti (pelajari) apa yang saya buat. Dalam ‘kursus’ ini, saya akan menggunakan paypal.com untuk tujuan pembelian produk dan juga payment processor untuk pembayaran. Atau, anda juga memerlukan kad kredit atau kad debit untuk melakukan apa-apa pembelian di internet. Haa, saya dah cakap dulu, nak jadi usahawan internet, anda perlu ada sekurang-kurangnya kad debit! Mudah nak beli sesuatu di internet termasuk untuk mendaftar akaun paypal. Kalau tak ada, daftar segera yang mungkin.. Agak sukar tanpa adanya kad debit. Tak tahu? Download ebook panduan paypal percuma di sini: http://smartusaha.com/news.

Seperti yang saya maklumkan di tulisan sebelum ini, kita mulakan esok – 23/1/07, selasa. -. Harap semua catat nota dan ruang sedikit masa untuk pelajaran kita ini. Tak cuba, tak tahu & mencuba adalah lebih baik daripada tak buat apa-apa.

Jumpa esok yer.. :)

PS. Tak nak jumpa esok, jom jumpa saya di UKM Bangi Sabtu ini, 27/1/07. Klik di sini. :)

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan "Wordpress Blogging". Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.

Incoming search terms:

  • cabaran pemasaran perniagaan


8 Responses to “Cabaran 3 Hari Perniagaan Internet”

  1. hapisol says:

    kata2 zul;
    (Harap semua catat nota dan ruang sedikit masa untuk pelajaran kita ini. )

    baik cikgu, nanti saya ambilkan pen dan kertas. ok?

  2. Syia says:

    Waa..best ni.. boleh la syia join sama ya ;) bz..bz pun Zul ada masa nk buat cabaran ni hhehe..

  3. pak_aen says:

    Zul, sy dah ready :) … Sy nak tahu gak mcm mana nak membina sebuah perniagaan dalam masa 3 hari :? …..

  4. JimieRay says:

    Isyaallah, saya akan sahut cabaran ini.
    Mari kita yg newbiz ni sama2 sahut cabaran dari SmartZul…
    W/pun beliau sebok, beliau mampu lakukan utk membantu kita.

    -JimieRay-

  5. along_vtx says:

    saya nak cuba jugak,sibuk tetap sibuk.zul nyer blog x lupa nak lawat.saya tunggu esok!!!

  6. Aziz says:

    Wah, LUARBIASA tu. New bie macam saya ni tak patut lepaskan peluang ni. Trima kasih Zul. Sibuk tak per, kata Dr Fadzilah Kamsah, jangan jadi penyibuk jer :) . Harap-harap saya tak ketinggalan esok.

  7. ijoi7007 says:

    tak sabar nak jadi student smartzul ni. Apa pun agar kita semua mendapat kejayaan dlm setiap usaha..

  8. ktom says:

    Jeles…jeles..jeles….sebab x dpt join…jauh sgt ler Zul….buat ler kat kg ni….bukan tak boleh pi Sabtu ni ..tp ada byk kekangan la…..keje pun kena pi hari Sabtu ni…anak2 sekolah pulak…

    Ini tak adil….dia org dpt pi….ktom tak boleh…… (ha…ha…jgn marah…nak lepas geram je…)

    Lain kali buat kat Kelate deh…kito buat survey dulu la….if berbaloi boleh buat kat sini ok.

    Anyway…Pak_Aen, Hapisol, Jimie….kongsi2kan dgn ktom ya……SELAMAT MENGHADAPI CABARAN TERSEBUT….

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)