SmartZul pun Menulis Buku Juga…
Huuh? SmartZul pun menulis buku juga ke? Ya, satu masa nanti.
Gurau sahaja. Keinginan tu ada, tetapi tidak buat masa sekarang.
Apa yang saya mahu kongsikan di sini ialah, sahabat seperniagaan Internet saya, Mohd Suhaimy atau dikenali sebagai Shuth, telah pun menulis buku bahkan sudah siap pun. Buku itu akan berada di pasaran dalam masa terdekat.

Saya tidak mahu menulis banyak kerana anda boleh ke laman web berikut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai buku tersebut:
http://www.rahsiablogger.com/buku
Apapun, saya mengucapkan tahniah kepada Shuth, Zamri Nanyan, Irwan Dahnil dan juga Osman Affan kerana telah mempunyai koleksi buku sendiri. Mereka adalah sahabat-sahabat saya yang amat saya kagumi.
Tahniah dan semoga terus maju jaya.
ps. Jika anda mahu melihat koleksi gambar saya bersama mereka, sila ke akaun friendster saya di sini: http://www.friendster.com/smartzul
pps. Nantikan artikel saya: “bagaimana menambah senarai kawan ke akaun friendster dengan mudah”.









Salam,
Wah lama tak tinggalkan komen
apa khabar Zul? Selamat berpuasa. Oh ya, saya tak sabar nak dapatkan buku tu
pasti best.
insya’Allah zul, semoga cita2 zul akan tercapai nanti.. sama2 kita doakan..
slmt ptg semua,
dah dekat dengan masa buka puasa ni…hehe…
buku yang menarik utk blogger ni…
mesti kena dptkan nya…
han
Shuth dalam diam kalau anda tak tahu, dia dah lama berkecimpung dalam Adsense. So kini masanya utk dia kongsi-kongsi ilmu pulak.
Oh! terima kasih zul sebab tolong promote buku nie kat blog zul. Apa-apa pun, sukalah untuk saya maklumkan kepada pembaca-pembaca blog zul nie.. actually buku tu basic je…. buku tu ditulis khas untuk capture “offline market”.. iaitu khas untuk orang2 yang baru nak kenal dunia blogging dan tak tahu apa itu blog.. so.. kalau yang dah ada blog tu.. rasanya buku nie tidaklah banyak sangat rahsia kepada mereka.. cuma kalau nak jadikan buku tersebut koleksi peribadi tu.. boleh lah juga dapatkannya..
salam, oh ini rupanya senior nadiaz skudai yang mencari maklumat mengenai usahawan IT
, utk bro shuth, nak tanya mcmana proses nak buat buku nie? boleh kongsi ke? dari segi modal, tulisan, percetakan, mana la tau nanti saya nak tulis buku “kaedah berkawad kaki yang betul “
Tahniah lah
kepada shuth kerana dpt menghasilkan satu buku panduan internet dalam versi bahasa melayu.Dapatlah kami yang masih baru dlm bidang ini untuk dapatkan tips2 terkini mengenai blog..Bila ye nak akan dijual di kedai buku?
hahaa… buku sudah dilancarkan dan dapatkannya dengan harga diskaun yang menarik… selepas ini kita akan tunggu pulak buku fizikal keluaran zul pulak. buku untuk pasaran umum demikian memang patut ada di kalangan IM untuk mendapatkan income sambilan secara tak langsung. kalo dapat sikit royalty pun sekurang2nya buku tersebut akan menjadi sebutan dan permintaan ramai…
sekian terima kasih…
Wow!Buku panduan blogger dalam bahasa Melayu.Saya akan promote kat satu kampung.Terima Kasih.:D
ni buku yang shuth tulis…
dah dapatkan belum?
kalau belum boleh dapatkan di blog shuth…
han
sayapun nak tulis buku jugak laa. nanti la satu hari nanti saya akan kuarkan sebuah buku novel yang berkaitan dengan IM malaysia… hiahahahahaaaa…