Apabila Segalanya Tidak Lagi Menjadi Rahsia…

Apabila ilmu dan teknik pemasaran Internet tidak lagi menjadi rahsia besar dalam bidang perniagaan online, sesiapa sahaja mampu untuk mendapat hasil yang besar. Tetapi…

Mengapa masih ada usahawan yang tidak mencapai hasil yang memuaskan hati sekurang-kurangnya hati sendiri? Sambutan terhadap perniagaan masih biasa-biasa, jumlah jualan bulanan masih boleh dikira dengan jari (sedikit). Ia tidak menjejaskan orang lain, tetapi hati sendiri pasti sakit melaluinya…

Jadi, di mana kebenaran yang mengatakan tiada lagi rahsia? Andaikata rahsia itu sudah terbongkar dan diketahui oleh ramai orang, mengapa semua orang tidak berjaya dengan hebatnya?

Di sini kita dapat menyimpulkan bahawa, tindakan dan kesungguhan yang konsisten adalah salah satu faktor utama perniagaan akan berkembang maju. Tiga perkataan di situ, iaitu TINDAKAN, KESUNGGUHAN dan KONSISTEN.

Walaupun kita mengetahui banyak ilmu pemasaran internet, malah strategi pemasaran kita juga amat hebat, namun apa guna itu semua jika tidak dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan konsisten.

Usahawan-usahawan berjaya tiada rahsia besar, tetapi itulah sedikit ‘rahsia’ kejayaan mereka di mana mereka juga manusia biasa seperti kita, malah IQ mereka juga tidaklah sehebat mana. Motivasi mereka tidaklah setinggi mana, sebaliknya mereka buat apa yang mereka perlu buat tanpa terlalu memikirkan perkara yang tidak menguntungkan.

Mereka jelas apa yang mereka perlu lakukan, hasil yang mahu dicapai dan mereka bersungguh-sungguh melakukannya dari hari ke hari tanpa sedikit rasa mahu berhenti.

Ilmu dan teknik ‘menuntut’ tiga syarat utama iaitu tindakan, kesungguhan dan konsisten, untuk mewujudkan sesuatu yang disebut sebagai HASIL yang hebat.

.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *