Buka Akaun Google: Emel Percuma + RSS Reader

Tulisan kali ni lebih ‘sempoi’ dan relaks. Saya tak akan memberat-beratkan minda dan pemikiran anda dengan isu-isu yang sudah agak basi seperti sifat-sifat manusia yang suka menjahanamkan orang lain. :)

Kali ini, saya nak tunjuk cara mendapatkan akaun Google yang mana dengan mendaftar akaun Google, anda akan memperolehi akaun emel Gmail dan lain-lain services. Untuk makluman yang belum tahu, semua services macam Google Adwords, Blogger.com dan sebagainya hanya menggunakan satu akaun sahaja. Bermaksud, tidak perlu mendaftar satu-satu secara berasingan tetapi sebaliknya hanya perlu login dengan username dan password akaun Google sahaja.

Mari kita pergi langkah demi langkah:

1. Daftar akaun Google anda di sini:

http://mail.google.com/mail/signup

Masukkan maklumat-maklumat yang diperlukan seperti nama, username pilihan, password dan lain-lain. Kemudian, tekan button Aggreement.

2. Jika tiada sebarang masalah, anda akan dibawa ke satu page pengenalan mengenai akaun emel Gmail:

http://mail.google.com/mail/help/intro.html

3. Login ke akaun Gmail anda melalui URL berikut:

http://mail.google.com

Biasanya dia akan terus automatic login sebab anda baru sahaja mendaftar tadi. Tetapi jika di lain kali atau selepas i dan anda mahu login lagi, paparannya begini:

free email

4. Setelah Login, anda akan terus dipaparkan dengan bahagian Inbox:

Saya tidak akan mengajar cara menggunakan emel sebab saya yakin semua orang tahu menggunakan emel sebab mana-mana aplikasi emel pun, fungsi dia lebih kurang sama. Atau, anda boleh cuba-cuba sendiri.

Di masa akan datang, saya akan menyentuh mengenai aplikasi-aplikasi Google yang lain satu demi satu. Kali ini, saya akan menyentuh secara asas dan mudah mengenai RSS. Apa tu? Saya yakin, masih ramai yang tidak tahu apa itu RSS tapi saya yakin ramai yang sedar akan 3 huruf tersebut, hehe.. RSS. Sebut jer lah. ;)

Apakah Itu RSS? Ia adalah Rindu Sama SmartUsaha…

Jangan tertipu dengan gurauan saya itu. :D

RSS adalah singkatan bagi Really Simple Syndication atau dipanggil juga Rich Site Summary. Apapun panggilannya, itu tidak penting. Yang lebih utama untuk diketahui adalah, apakah kegunaannya? Bagaimana menggunakannya? Tidak perlu saya memberikan penerangan secara teknikal di sini kerana walaupun saya seorang student sains komputer, saya juga kadang-kadang tidak mahu terlalu teknikal. Cukup dahulu tahu apa kegunaannya.

RSS adalah satu teknologi web yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih mudah dan peratus kesampaiannya (delivery) ke emel ‘prospek’ atau pembaca adalah menghampiri 100%. RSS adalah antara cara lain bagaimana mahu mengelakkan emel yang dihantar kepada ‘prospek’ atau bakal pembeli atau pembaca blog kita tidak masuk ke dalam bahagian bulk folder emel (dianggap spam). Ok, cukup di sini sebelum saya terlajak menyentuh teknologi apa yang dia guna. ;)

RSS memang best jika anda menggunakannya. Salah satunya adalah, ia amat berguna bagi anda jika anda banyak buah blog yang perlu anda lawati setiap hari. Katakan anda ada 20 buah blog yang selalu dibaca, maka mungkin sebelum ini anda perlu menaip di browser untuk masuk ke satu-satu blog bagi melihat ada ke tidak artikel baru di blog itu, tetapi dengan RSS anda tidak perlu melakukan cara ‘manual’ itu lagi.

RSS adalah teknologi dan untuk pengaplikasian teknologi ini, maka salah satu aplikasi yang diguna ramai adalah RSS Reader. Ia terdiri daripada dua bentuk iaitu secara Web dan juga pasang (install) di komputer. Terserah kepada anda mahu menggunakan cara mana. Tapi di artikel ini saya akan tunjukkan anda menggunakan RSS Reader Google dan WebClip yang di emel Gmail anda (sambil baca emel, akan keluar tajuk artikel dari blog kegemaran anda di ruang atasnya).

Biar saya memberikan analogi agar anda faham mengapa perlu menggunakan RSS Reader. Katakan sebelum ini anda membeli 3 akhbar sekaligus dan anda membelinya secara sendiri, iaitu pergi ke kedai. Tapi, selepas itu anda telah menggunakan khidmat agen penghantar akhbar terus ke rumah anda. Maksudnya, maklumat yang anda perlukan terus sampai ke rumah tanpa perlu anda pergi mendapatkannya sendiri.

Begitu juga dengan RSS Reader, ia akan memaparkan tajuk artikel terkini dari blog kegemaran anda jika ada. Anda tidak perlu pergi ke satu demi satu blog untuk melihat adakah blogger terbabit telah menulis artikel baru atau tidak. Cukup hanya tunggu RSS Reader memaparkan tajuk-tajuk terbaru terus dari blog kesukaan anda itu.

Di RSS Reader, bergantung kepada setting penulis di blog itu, anda mungkin akan dipaparkan separuh atau seluruh tulisan artikel tersebut. Jika separuh, maka anda perlu pergi juga ke blog tersebut untuk membaca ‘baki’ tulisan yang lain dan begitu juga jika anda ingin memberikan komen, maka anda perlu ke blog itu terus.

Soalnya, bagaimana mahu menggunakan RSS Reader Google? Mudah sahaja…

1. Masuk ke http://google.com/reader

Jika anda telah Login, anda akan terus dibawa ke bahagian aplikasi RSS Reader. Jika belum Login, anda perlu login melalui username dan password akaun Google anda.

2. Klik pada menu Add subscription:

rss reader

3. Masukkan URL RSS Feed bagi blog kegemaran anda.

Ops, bagaimana nak tahu URL RSS atau secara spefisiknya dipanggil Feed URL?

Mudah sahaja, antara caranya adalah, jika blog kegemaran anda itu menggunakan WordPress, maka hanya letakkan /feed di hujung URL blognya. Contohnya blog SmartUsaha ini URL-nya adalah http://blog.smartusaha.com, jadi feed URL adalah http://blog.smartusaha.com/feed. Cara lain adalah, biasanya blogger (tuan milik blog) akan meletakkan button berwarna oren atau link yang menyatakan ‘Subscribe Our RSS’ seperti ini:

smartusaha

Nampak tak button RSS yang bewarna oren tersebut? Klik kanan dan copy link URL RSS di button tersebut. Kemudian, paste ke dalam bahagian RSS Reader anda.

smartzul rss

*Cara lain yang mudah untuk mendapatkan feed URL adalah dengan bertanya kepada tuan punya blog tersebut.

4. Kemudian paste URL feed tadi ke bahagian Add Subscription dan tekan Add:

perisian

5. Secara automatik, jika URL Feed yang anda masukkan tadi betul, anda akan dipaparkan dengan senarai artikel daripada blog tersebut. Anda boleh pilih bagaimana mahu memaparkan senarai artikel sama ada secara expand atau list view:

rss reader tips

Di bawah adalah bentuk List view:

list view

6. Anda boleh cuba Add blog lain dan untuk melihat satu demi satu blog melalui RSS Reader Google ini, gunakan menu di sebelah kiri:

panduan rss

Gmail Web Clip

Bagi anda yang telah ada akaun emel Gmail, perasan tak ada headline seperti iklan di atas bahagian aplikasi emel Gmail tersebut seperti ini:

emel ads

Sebenarnya, itu bukan iklan, tetapi ia adalah headline atau tajuk daripada laman web atau blog yang secara automatik disetkan semasa anda mendaftar akaun Gmail. Anda boleh menentukan laman web atau blog mana yang anda mahu headlinenya terpapar di ruang atas tersebut. :)

Caranya mudah sahaja.

1. Klik pada menu Customize di bahagian kanan headline tersebut:

gmail

*Jika tiada button Customize itu, kik pada menu Setting di atas sekali sebelah kanan dan pilih menu Web Clips.

2. Buangkan (remove) semua laman web atau yang tidak diperlukan. Ya, kebanyakannya tidak diperlukan oleh anda, sebaliknya anda boleh Add blog apa yang anda mahu ia keluar di ruang atas tersebut:

laman web

3. Dah siap ‘remove’ web/blog yang tak perlu, kemudian perhatikan ada satu kotak (box) di bahagian yang sama:

blog

Masukkan feed URL seperti blog.smartusaha.com/feed (tanpa http pun tak apa) dan kemudian tekan butang Search. Anda akan dipaparkan dengan output ini:

rss feed

4. Klik pada butang Add dan URL feed blog itu berjaya di-masukkankan ke dalam Web Clip:

smartusaha

5. Hasilnya, blog pilihan anda itu akan disenaraikan dalam senarai ‘rotation’ bersama dengan blog atau laman web yang lain. Klik pada menu My Clips dan blog yang anda Add akan disenaraikan di bahagian tersebut:

wordpress

gmail web clip

6. Masuk kembali ke bahagian Inbox Gmail anda dan cuba lihat di ruang Web Clip tersebut:

web clip guide

Paparan tajuk (headline) di bahagian itu akan bersilih-ganti secara ‘rotation’ dengan blog-blog yang lain.

Cubalah, ia amat berguna untuk anda sebagai pembaca blog, lebih-lebih jika banyak buah blog yang perlu dibaca setiap hari. Ia bukan hanya untuk mengetahui ada artikel baru atau tidak, malah anda boleh membaca artikel dari blog itu terus di RSS Reader. Seterusnya, saya serahkan kepada anda untuk mencuba-cuba RSS Reader itu secara sendiri. Saya hanya ‘tunjukkan jalan’ sahaja.

Akhir kata, jimatkan masa anda dengan menggunakan RSS Reader! Jadilah pembaca yang bijak. :)
Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

47 thoughts on “Buka Akaun Google: Emel Percuma + RSS Reader

  1. Tips yang berguna untuk saya, sebelum dah pernah cuba but tak berjaya. Anyway, tq so much zul atas perkongsian nie.. :mrgreen:

  2. cuba jangan tak cuba… tak rugi cuba rss nih… informasi terus ke emel anda atau ke komputer anda… gunakan dan manfaatkannya.

    sekian terima kasih…

  3. saya pun dah lama dengar pasal RSS ni. Cuma tak tahu secara terperinci ..hari ni dah tau. Kalau sebelum ni saya banyak menghabiskan masa dengan menggunakan cara manual untuk ke blog favourite. Lepas ni mesti guna RSS.
    Tq zul…walaupun benda ni macam dah lama dan dah banyak orang tau…tapi still berguna untuk newbie seperti saya ni… :roll:

  4. Tujuan lain saya menulis tip / tutorial ni sebab, cuba anda lihat. Ramai blogger meletakkan button RSS tapi tidak educate pembaca mereka. So, apa gunanya hanya meletak RSS function tapi tidak educate pembaca blog untuk subscribe RSS? Kita sebagai blogger perlu mendidik pembaca agar mereka tahu apa itu RSS dan bagaimana cara menggunakan RSS Reader.

    Kepada blogger, RSS adalah salah satu cara marketing dan ia tak akan berguna jika kita tidak educate pembaca mengenai RSS. Begitu juga dengan social bookmark, tak guna hanya meletakkannya di sidebar blog tapi pembaca tak tahu guna. :)

    Apa yg saya perhatikan, pembaca2 blog di Malaysia ni tak tahu sangat cara guna RSS dan social bookmark. Kesannya, blogger akan add sendiri2 blog mereka di social website tersebut. ;)

  5. hm.. zul gmail sekarang takde verification sms ker??
    sbb dulu masa saya daftar gmail kena bagi no h/p..
    n dia anto no verification utk aktif emel gmail..
    tentang rss nie.. terima kasih lah banyak info2 yang berguna…
    selama ni tgk kat blog org byk rss tapi tak berapa pandai guna…
    terima kasih en zul..

  6. Sblm ni sy mmg dh bnyk kali lihat psl rss ni namun secara jujur xpernah pn mempraktikkannya… tp secara basic tu sy mmg lah tahu krn ia memudahkan utk kita mendapat berita artikel terbaru… lagipun sy ni lebih kpd membaca blog n beri komen jarang2 dan bukan seorang yg membuat blog sendiri sbb tu sy bersifat sedemikian (lagipun sy sblm ni hanya fokus kpd blog2 pilihan utama)… mmg betul tu terdapat bnyk fungsi button pd blog namun saya sendiri pn xpernah ambil tahu krn maybe dh terbiasa dgn cara skrg ni… namun akan sy praktikkan tp tgk lah bila dh rs perlu sgt2 klu dh rs terbuka hati (rasa bila dh bnyk blog2 yg menarik) nk buat haha!!!

  7. Zool, itu dulu jer rasanya. Sekarang dah boleh buka terus akaun Gmail tanpa perlu ada verification atau jemputan daripada mana2 orang. Rasanya dulu dia buat begitu sebab masa tu tengah versi Beta kot.

    Tapi spt yg saya tunjukkan tu, dah terus boleh daftar mcm emel Yahoo dan lain2.

    Saya amat rekemenkan emel Gmail sebab ia begitu banyak fungsi yg boleh digunakan.

  8. Terima kasih Zul dengan info ini. Benar kata Zul, RSS ni adalah satu kemudahan yng direka dalam dunia cyber ni, tapi ramai yang tak tahu akan fungsi dan faedahnya. Mozilla Firefox juga ada sediakan fungsi RSS reader.

  9. :razz: a’kum zul !
    zul..terima kasih atas comments semalam kat blog saya! terima kasih sgt!
    hehe terkejut jugak saya…bila zul commetns kat blog saya.. terima kasih sebab melapangkan masa jgk blog saya!
    Juga dengan tips ni! sangat berguna buat kami semua! semoga ilmu yang zul bagi pada kami…dapat kami manfaatkan dan diberkati tuhan! :wink:

  10. sesuatu yang lama, jika refresh mmg bagus

    ilmu kalau sedikit ataupun banyak amat elok jika kita kongsi bersama

    tq bro

  11. RSS – Rindu Sama SmartZul :lol:
    Tak sabar nak jumpa Zul ni, sbb bole bincang byk perkara nanti.

    Satu info cukup berguna. Selama ni saya abaikan RSS ni sbb tak tahu nak guna.
    Tapi skrg saya dah register email dgn pak cik google ni dan nak start guna RSS plak lepas.

    Thanks Zul atas info ini.

  12. Pingback: Apa Dia RSS Button Ini? - leLabu.com
  13. thx zul atas info yg amat berguna ni :wink:
    sy minta izin zul utk post kat blog sy nanti..
    bak kata zul..utk educated pembaca blog kita.
    kredit akan diberikan kpd zul..dun worry :wink:

  14. thx zul atas info yg amat berguna ni :wink:
    sy minta izin zul utk post kat blog sy nanti..
    bak kata zul..utk educate pembaca blog kita.
    kredit akan diberikan kpd zul..dun worry :wink:

  15. Saya dah banyak kali dengar tentang kelebihan gmail dan rss, tapi tak tau nak register dan applikasi. Dgn panduan yang zul bagi dapat saya register terus akaun gmail saya. Pasal RSS tu saya tak aplikasi lagi sbab saya guna pc kat cc. Tima kasih Zul. :wink:

  16. terima kasih zul…..sebelum ni i tak tahu pun function rss dalam gmail…..terima kasih tak terhingaaaaaaaaaaaa

  17. memang bagus rss reader nih sebagai cara menerima maklumat posting dari mana2 blog sebelum kita menjenguk blog trsebut…

    sokaln saya, bolehkah rss reader nih simpan posting penuh kalo yang ada keratan “more” dalam satu2 posting tersebut…?

    nampaknya kena google lagi nih…

  18. akaun google memang bagus…
    banyak kegunaan…
    kalau ada satu akaun google kita dah boleh guna bermacam tools yang google ada…

    han

  19. terima kasih saudara. your comment to educate reader saya amat setuju. Sebabnya ada orang marah di tanya soalan. Kenapa kedekut sangat ? Orang baru perlu ada ‘guru’ atau ‘mentor’. Terima kasih saudara.

  20. RSS adaklah teknologi yang canggih daripada segi kemudahan penyebaran maklumat terus ke pengguna ataupun pembaca. Lebih cepat lebih mudah. saya sendiri pun skang nie sudah menggunakan kemudahan ini di blog saya.

    ======================================
    Bisnes TDTone

    http://bisnestdtone.com/khairul

    “Teknik Paling Mewah & Mudah Jana Wang”
    =======================================

  21. Salam saudara.. nak tumpang tanya sikit tentang RSS ni. Apa bezanya antara widget follower dan RSS ni dari sudut untuk kita mendapat info terbaru dari sesuatu blog yg telah kita follow tu? Maksud saya. apabila kita follow sesuatu blog tu kan kita sentiasa akan tahu jika blog yg kita follow tu di update atau ada posting yg terbaru. Satu lagi nak tanya.. klau kita guna RSS ni info yg kita dapat tu akan terus ke email saja ke? saya letih la nak bukak email, x boleh terus pada blog saya jer ke?

    Sorry saudara klau banyak tanya saya ni.. klau saudara dah catatkan jawapan dari soalan saya nanti boleh tolong inform pada shoutbox blog saya x? terima kasih saudara dari segala ilmu yg ada. wassalam.

  22. Slm…
    pasal RSS ni, kalau kita ada bbrape blog mcm ne kita nk subscribe RSS ni. Blog yg pertama dh subsrcibe tp blog yg ke 2 mcm ne plak? Perlu ke buka gmail account lg??? Harap dpt beri penjelasan…tq

  23. Emm…puas baca blog Zul ni..! macam-macam ada,maksud puas bukan la dah tak nak lagi tapi hati rasa puas.Penjelasan bayaran ceramah dan lain-lain topik yang seolah-olah ingin berulang kali membaca adalah faktor sentuhan penulis sendiri,iaitu Zul dan sesuai la user name ‘SmartZul’Tahniah Zul.

Berikan Komen Anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.