Buat Surat Jualan Cara Mudah!

Surat jualan (sales letter) adalah sebuah laman web yang mengandungi ayat-ayat promosi, imej dan beberapa unsur lain bagi menarik minat pelawat laman web jualan melakukan belian atau tindakan tertentu. Contoh surat jualan adalah seperti di sini.

Di antara banyak-banyak perkara yang menjadi halangan bagi kebanyakan para peniaga Internet adalah surat jualan. Kata mereka, surat jualan amat sukar untuk dibuat, tidak pandai, tidak mahir dan tidak tahu bagaimana untuk memulakannya.

Walaupun pelbagai panduan telah diterbitkan, namun perkara ini seperti belum menemui titik penyelesaiannya. Namun bagi mereka yang merasai kesukaran itu, kini sudah boleh menarik nafas lega sedikit.

Sahabat IM saya, Bearnerd Bondly (dari Sabah), telah menghasilkan satu lagi produk berkualiti iaitu perisian yang boleh menghasilkan surat jualan tanpa perlu menggunakan sebarang perisian lain! Cuma, kita hanya perlu mempunyai maklumat produk sahaja. Selebihnya, kita hanya perlu memasukkan satu demi satu maklumat yang diperlukan sehingga proses siap.

Cuba lihat screenshot perisian yang diberi nama Sales Letter Creator ini:

Hasil surat jualan:

Menarik bukan? Kita hanya perlu masukkan maklumat-maklumat yang diperlukan sahaja seperti nama produk, URL imej (perlu upload dahulu), penerangan-penerangan produk, nama kita, no. akaun bank, kod Paypal (jika perlu), bonus (jika perlu) dan lain-lain lagi.

Kelebihan menggunakan perisian ini adalah kita tidak perlu tahu bagaimana cara untuk merekabentuk sebuah laman web jualan. Semuanya telah diformatkan secara automatik. Kita hanya perlu masukkan maklumat sahaja. File-file laman web seperti index, page thank you dan lain-lain akan dijana secara automatik!

Berita baiknya, bukan hanya satu perisian ini sahaja yang akan anda dapat melalui Pakej Software ini. Antara perisian lain yang turut disertakan adalah:

  1. Landing Page Creator (dipanggil juga Squeeze Page).
  2. Order Form Creator.
  3. Contact Form Creator.

Nah, kini kita sudah boleh menghasilkan satu laman web jualan yang lengkap dengan menggunakan perisian-perisian tersebut.

Bagi perisian Order Form Creator, kita boleh buat halaman borang tempahan (order form) dengan hanya memasukkan maklumat yang diperlukan seperti harga produk, emel dan no. akaun bank. Selepas klik Finish, file-file halaman tempahan dan juga thank you akan dihasilkan secara automatik.

Dengan menggunakan perisian berbentuk Wizard ini (step by step instructions), menghasilkan surat jualan (laman web jualan) yang lengkap bukan lagi satu kesukaran. Anda boleh mendapatkan set perisian ini dengan harga yang amat rendah.

Perlu dimaklumkan, perisian ini tiada dijual di mana-mana laman web sama ada dalam atau luar negara, melainkan hanya melalui Bearnerd Bondly atau Reseller produk ini sahaja. Pakej perisian ini dihasilkan sendiri oleh Bearnerd Bondly. Beliau adalah seorang pengaturcara (programmer) yang boleh menghasilkan pelbagai perisian.

*Anda boleh menjadi Reseller bagi produk ini dengan membeli Pakej Upgrade yang ditawarkan di laman web jualan pakej perisian ini. Selagi kuota masih ada.

Jalan penyelesaian sudah ada. Yang kita hanya perlu tahu adalah maklumat produk yang ingin kita tawarkan sahaja. Dapatkan pakej perisian ini sebelum harganya dinaikkan.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

12 thoughts on “Buat Surat Jualan Cara Mudah!

  1. Salam..

    surat jualan maemang salah satu perkara wajib diketahui dan dipelajari oleh para newbie mcm saya. dengan adanya software ni, so mudah la kerja kita.

    bisnesku.com

  2. Memang mudah bila dah ada software macam ni dan ianya boleh menjimatkan banyak wang daripada mengupah designer di luar sana yang mengenakan caj ratusan ringgit bagi sesebuah laman web jualan.

  3. Assalamualaikum;
    Teman nih pun golongan newbie malah baru belajo berblog. Nampak macam2 software wah mudahan memudahkan keje kalo nak biznes nih.

  4. salam ramadhan tuan smartzul,

    apa kelebihan perisian ini kepada IM jika ia tidak menawarkan produk fizikal, hanya khidmat / servis?

    1. Tuan Edy,

      Perisian ini hanya perlu didownload terus ke komputer seperti mana perisian-perisian lain yang banyak dijual di Internet. Malah untuk check versi terbaru, hanya perlu klik pada satu menu yang disediakan.

      Kalau dijual dalam bentuk CD pun, sama juga kita perlu pasang ke komputer. Jadi lebih baik download secara digital yang lebih cepat dan menjimatkan masa.

      Manakala servis selepas pembelian ada disediakan oleh pembangun perisian ini iaitu Bearnerd sendiri.

    2. Saya rasa saya telah salah faham terhadap persoalan tuan. Setelah dibaca berkali-kali, baru saya jelas. πŸ˜€

      Kalau tuan hanya buat khidmat / servis, tuan juga perlu buat satu page minisite untuk menerangkan khidmat tuan. Itu pun kalau tuan tidak tahu buat menggunakan perisian laman web. Selain satu page penerangan, perisian ini boleh buat contact form yang rata-rata tidak ramai yang tahu buat.

      Pendek kata, bergantung kepada kemahiran masing-masing. Yang sudah tahu/mahir, mungkin tidak perlukan perisian ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *