Pakej Web Jualan Evolusi


Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak di'endorse' oleh kami.

Ulasan Produk: Panduan Clickbank

15 07 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Panduan Clickbank (tulisan saudara Mawardee) telah pun dilancarkan. Seperti biasa, untuk mana-mana produk yang saya promosikan, saya akan cuba review setakat yang saya mampu.

panduan clickbank malaysia

Sebelum saya review dan menyatakan perkara yang bagus-bagus, suka saya pesan awal-awal. Apa-apa rujukan atau panduan sekali pun, anda tetap memerlukan asas Ebiz dan sedikit hal teknikal. Ini kerana sebagai contoh, dalam Panduan Clickbank, ia adalah panduan Clickbank, BUKAN panduan buat web, cara guna komputer dan sebagainya. Jadi asas-asas itu, anda perlulah usahakan sendiri.

Pesanan kedua, dapatkan panduan ini setelah anda membuat keputusan yang bijak. Caranya, baca ulasan produk ini dahulu dan pastikan anda memang perlukan panduan ini untuk buat duit di Clickbank. Bukan apa, saya tidak mahu anda beli semata-mata hanya kerana ghairah. Lepas beli, tak buat apa-apa tindakan dan kemudian salahkan orang lain. Jadilah pembeli yang bijak.

Baik, secara keseluruhan, dalam Pakej Panduan Clickbank ini adalah 5 item utama iaitu:

1. Panduan Asas Clickbank

2. Sistem Kajian Clickbank

3. Sistem Trafik Clickbank

4. Video Tips Clickbank

5. Ezine ClickBank Setiap 4 Kali Setahun

Daripada kelima-lima item atau modul di atas, modul 1, 2 dan 3 adalah yang terpenting atau menjadi intipati kepada Pakej Panduan ini. Setelah meneliti dan membaca ketiga-tiga modul itu dalam satu malam, berikut adalah pendapat awal saya:

1. Teknik yang diajarkan ialah cara memilih produk. Seperti biasa, ada dua cara penentuan produk iaitu melakukan kajian pasaran / keyword dahulu atau terus memilih produk. Tapi dalam Panduan Clickbank ini, anda akan diajar bagaimana memilih produk yang bagus dan menguntungkan.

2. Modul yang paling detail ialah modul Sistem Trafik. Setebal 140++ muka surat. Walaupun dinyatakan 9 teknik promosi/pemasaran, tapi penulis ebook lebih banyak memberikan tip dan trik untuk dua teknik iaitu menggunakan Google Adwords dan juga Pemasaran Emel. Teknik-teknik lain hanya disentuh secara seimbas lalu sahaja tanpa begitu detail.

Bagi saya, dua teknik utama itu sudah memadai di dalam melakukan promosi. Saya amat tertarik dengan tip dan trik PPC (Adwords) yang diberikan oleh Mawardee. Salah satunya ialah bagaimana untuk bersaing dengan keyword yang tinggi persaingannya.

Bagi email marketing pula, anda akan diberikan contoh dan kajian kes sekali agar anda tahu apakah teknik yang berkesan di dalam pemasaran emel. Bagi saya, Mawardee sendiri mempraktikkan tip dan trik pemasaran emel yang beliau kongsikan. Masakan tidak beliau Top Affiliate untuk produk Rahsia 10K sebelum ini.

3. Untuk melakukan iklan PPC di Adwords, anda perlukan keyword. Masalah tak tahu nak guna keyword apa tak perlu dirisaukan sebab ada teknik mudah dan simple yang disentuh. Saya pun ketawa sendirian apabila membaca teknik ini.  Bukan sebab ia mudah, tapi sebab terlalu mudah, kita selalu mengabaikannya sampai menyusahkan diri. Padahal yang mudah itulah boleh membantu. :)

4. Walaupun penulis ebook ini amat banyak juga kongsikan tip dan trik Google Adwords, namun anda memerlukan asas Adwords dan PPC. Beliau ada sentuh sikit asasnya, tapi anda tetap perlu ada asas. Di dalam Panduan Clickbank, anda hanya diberikan strategi bagaimana untuk mengoptimasasikan penggunaan Adwords. Jadi, cara guna apa semua tu, kena usaha sendiri seperti merujuk Panduan PPC Percuma.

5. Bagi anda yang sudah biasa dalam Internet Marketing, istilah landing page sudah biasa bagi anda. Jika selama ini anda disogok dengan pentingnya landing page, tapi adakah ia benar-benar perlu? Dalam panduan ini anda akan dijelaskan pro dan kontra penggunaan landing page.

6. Beruntungnya jika anda mendapatkan Panduan Clickbank ini sebab penulis ebook ini adalah ‘anak murid’ kepada Chris X iaitu penulis ebook Day Job Killer dan yang terbaru iaitu Google Nemesis. Dalam Panduan Clickbank, anda akan didedahkan dengan satu teknik mudah untuk memastikan anda hanya target kepada mereka yang betul-betul sedang mahu membeli. Walaupun teknik ini mudah, tapi peratusannya tinggi untuk orang membeli.

7. Bagi anda yang masih baru dalam Internet Marketing dan juga Clickbank, usah risau sebab anda dibekalkan dengan modul satu iaitu Asas Clickbank. Anda akan diterangkan asas-asas yang penting sebelum anda melangkah jauh.

Itu sahaja ulasan saya kali ini. InsyaAllah, jika ada perkembangan terkini, saya akan tambah lagi dari semasa ke semasa.

Dapatkan Sekarang!

Jika berminat, dapatkanlah dengan segera panduan ini. Untuk menjadikan pembelian anda lebih berbaloi, saya akan berikan hadiah secara percuma untuk anda jika anda membeli melalui link affiliate saya.

Klik di sini untuk tindakan anda!

BONUS: Jika anda mahu membeli, apa kata beli melalui link di atas? Sebagai balasan, anda akan mendapat bonus percuma daripada saya. Sila ke laman web berikut untuk mengetahui bonus-bonus tersebut dan cara untuk mendapatkannya:

http://malaysiasoho.com/bonus-pc

Popularity: 55%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Beritahu Artikel Ini Kepada Kawan Anda. Klik Di Sini. Beritahu Artikel Ini Kepada Kawan Anda. Klik Di Sini.

Pakej Web Jualan Evolusi


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5 out of 5)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Sistem DP-Protector Akan Dilancarkan!
  • Buat Duit Dengan ClickBank: Koleksi Panduan Terbaik
  • Dunia IM Malaysia Sana Sini
  • Pendapatan Affiliate 1 Produk : RM2000++ (dalam masa sebulan)
  • Produk Kami
  • Panduan Buat Duit Dengan Google Adsense
  • Perkembangan Terkini Produk SmartUsaha.com
  • Rahsia Newbie: “Pengalaman Seorang 100% Newbie Menjana 4 Angka di Internet. Bermula Dengan Tak Tahu Apa-Apa”
  • Buat Duit Melalui ReviewMe.Com
  • Pelbagaikan Sumber Pendapatan Anda

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    Ada 52 Pendapat Bernas »

    Pendapat oleh pakar clickbank
    2008-07-15 21:19:55

    Saya dah buat bayaran hari pertama pelancaran panduan clickbank ini,sekarang tunggu untuk mendapat link download sahaja,dari surat jualan memang membuat saya terus nak membeli sebab saya ini kaki clickbank,selepas membaca baru aku dapat review ….

     
    Pendapat oleh titan
    2008-07-15 21:50:12

    ehm..macam best. zul, mawardee ada sertakan dia punye payment dari clickbank tak?

    nak beli ke tak ni..

    Pendapat oleh smartzul
    2008-07-16 08:43:55

    Tak ada rasanya. Tak tahulah takut dia kongsi di forum keahlian ke. Dia cuma sertakan case study terhadap 3 orang affiliate sahaja. Tapi aku tak dapat review sebab dia tak bagi case study tu. :p

    Cuma secara overall, kiranya dapat jimat duitlah sebab dia ada beli produk2 Chris X tu. So dia akan kongsi2 tip dan trik yg dia belajar dari Chris X lah. Jadi tak payahlah beli produk Chris X yang mahal2 tu sebab dapat free dari Mawardee.

    Pendapat oleh titan
    2008-07-16 09:40:28

    oh. begitu kah..

    Ehm..

    (Comments wont nest below this level)
    Pendapat oleh smartzul
    2008-07-16 10:40:09

    Tapi tak pastilah bab case study tu. Sebab kalau baca sales letter Mawardee tu, disebut 3 orang akan bongkar teknik2 tu. Mungkin panduan clickbank itu sendiri merangkumi ilmu 3 orang tu ATAU mungkin ada panduan khas case study. Wallahu ‘alam.

     
    Pendapat oleh copernicus Subscribed to comments via email
    2008-07-16 17:06:29

    nampaknya… kita sama-sama kena masuk forum khas tu nanti ya… bolehlah borak-borak dengan ‘tuan rumah’nya nanti… :)

     
    Pendapat oleh titan
    2008-07-17 09:14:20

    apapun. kalau kat forum tu dia ada tunjuk cek clickbank dia, habaq kat sini aa..

     
     
     
     
    Pendapat oleh sham
    2008-07-16 02:04:51

    saya pun still tunggu link download.. cek clickbank suka-suka dapat dekat bulan ogos kot..tak banyak just $xxx je.. saya ada 2 akaun.. ingat nak buka satu lagi akaun guna teknik mawardee tu..

    tunggu je la turn link download dapat..

    Pendapat oleh smartzul
    2008-07-16 10:41:49

    Oklah Sham $xxx tu. Saya semalan ke Maybank deposit cek komisen affiiate. Cuma $xxx jer. Tapi bukan Clickbank lah.

    Satu je best clickbank ni, 2 kali sebulan tu cek. Buatlah dengan serius, memang dah lebih cukup nak tampung duit minyak dan sara hidup. ;)

     
     
    Pendapat oleh nik
    2008-07-16 13:08:14

    Salam…
    Maklumat yang baik, betul apa kata smartzul tu jadilah pembeli yang bijak. Jika beli jer namun tak buat apa-apa tak guna juga. Sekarang kita perlu tumpukan pada satu dahulu jika dah berjaya boleh kembangkan lah..
    Sekian wassalam…

     
    Pendapat oleh mazlie nadzri
    2008-07-16 13:17:26

    Salam..

    Saya belum ada kesempatan nak cuba clickbank dan benda yang lain2 lagi. Mybe kena cuba gak selepas ni :)

     
    Pendapat oleh smartzul
    2008-07-16 14:06:46

    Nik dan Mazlie, fokus. :)

    Kalau dah ada projek yang menguntungkan, fokus yang tu dulu. Jangan yg dikendong keciciran, yang dikejar tak dapat.

    Walaupun saya promote apa-apa produk, saya hanya promote. Dah nama Internet Marketer. Tak promote bukan IM namanya. :p

     
    Pendapat oleh mawardee
    2008-07-16 14:29:04

    50% panduan clickbank merangkumi kesemua ilmu super affiliate tu.

    Baki lagi adalah kajian case, research & penerangan langkah
    demi langkah, serta tool yang sangat membantu dalam
    urusan promosi affiliate.

     
    Pendapat oleh pitt Subscribed to comments via email
    2008-07-16 15:18:10

    mawardee, bila nak bagi link produk PCB ni? tak sabar2 nak baca & buat ni…

     
    Pendapat oleh mazlie nadzri
    2008-07-16 15:54:05

    Betul zul..

    Kadang2 ‘jeles’ tgk orang lain berjaya dgn clickbank, adsense dan sebagainya. Hehehehehe…tapi memang dari awal saya belum lagi tergerak nak cuba benda2 ni..walaupun dah baca, dengar pelbagai komen mengenai ‘penangan’ program2 macam ni..

    Yup..fokus..saya nak buat apa yang saya yakin dgn kemampuan saya dahulu..banyak lagi yang belum belajar..dah kuasai satu..insyaAllah, saya nak beralih kuasai benda yang lain pula :)

    Pendapat oleh smartzul
    2008-07-17 10:02:27

    “Kejayaan yang KEKAL bertahan lama adalah usaha yang berdikit-dikit dan bukan secara mendadak”. Saya pun belum berjaya sepenuhnya. Banyak lagi kena buat.

    Peganglah pepatah Melayu, “Ukur baju di badan sendiri”.

    Jangan sebab nak ikut orang atau teruja, kita yg menanggung rugi.

    Buat masa ni, saya study sikit2 clickbank. Tak fokus sangat lagi.

     
     
    Pendapat oleh ummisofea
    2008-07-16 16:30:05

    heee, terancam juga nak beli pakej ni, tapi projek yang tengah buat ni belum gak selesai sepenuhnya. Kak ummi kena dengan cakap sifu, FOKUS, FOKUS, FOKUS, so buat sementara waktu ni kena tutup mata dulu dengan benda-benda lain.

    Insyaalah bila selesai current project, baru boleh cuba dengan clickbank.

    Pendapat oleh smartzul
    2008-07-17 10:03:21

    Tutup mata boleh, tapi jangan sampai tak nampak jalan lak. Hehe.. Gurau je kak Ummi. Salam sukses.

     
     
    Pendapat oleh copernicus
    2008-07-16 17:16:12

    terima kasih Zul di atas review ini. dan juga bonus-bonus tu… :)

    kepada semua… JANGAN BELI! TETAPI.. melaburlah dengan tepat dan bijak.

     
    Pendapat oleh Habib Subscribed to comments via email
    2008-07-16 20:26:14

    Hang lambat email kawan da, saya dah bayarpun benda tu, tak taulah saya boleh guna ke tidak PCB tu, harap-harap bebaloi, he he

    Pendapat oleh smartzul
    2008-07-17 10:04:40

    Saya sebagai rakan JV hanya boleh start promote malam hari 15 Julai. Maybe Habib beli sebelum saya mula promote.

     
     
    Pendapat oleh pakar clickbank
    2008-07-17 00:58:54

    Hangatnya tentang clickbank ini…aku masih tunggu link download…tak sabar sabar sudah

     
    Pendapat oleh sukri
    2008-07-17 06:13:05

    TQ Zul atas email saudara.

    Saya dah beli dan sudah membuat bayaran pada 14hb Julai lagi termasuk ahli emas, dan rasa saya sdr mawardee telah berjanji untuk menghantar link download sebelum 12tghmalam 16hb Julai, sekarang dah 17hb Julai , saya agak kecewa dengan kata-kata yang tak ditunaikan…

    Pendapat oleh pitt Subscribed to comments via email
    2008-07-17 08:28:07

    Sukri, saya juga berperasaan seperti anda. dari malam 14 Julai lagi (sebelum jam 12 malam) saya menunggu untuk mendapatkan link download tapi sampai ke hari ini masih belum dapat lagi. sudah banyak masa saya dihabiskan menunggu ebook ini. tapi saya rasa saya perlu bersabar jugak kerana dia bakal menjadi sifu saya nanti :)

     
     
    Pendapat oleh smartzul
    2008-07-17 10:07:58

    Sukri dan pitt. Saya wakili dia minta maaf. Kita hanya merancang, tapi selebihnya Allah yang menentukan. Mungkin ada sesuatu yg tak dijangka telah berlaku. Pengalaman saya dalam launch produk, biasanya masalah yang tak terjangka PASTI akan berlaku. Biasanya lah…

     
    Pendapat oleh En Dlie
    2008-07-17 10:46:39

    Seperti yang kita tahu, saudara Mawardee menerima banyak tempahan, saya anggarkan kira2 hampir 300 tempahan dan mungkin lebih (berdasarkan email yang saudara Mawardee hantar kepada saya).

    Beliau telah memaklumkan untuk memberikan link download secara berperingkat-peringkat, maka sebagai pembeli kenalah bersabar.. lagipun dia dah beritahu awal2 untuk beri secara berperingkat..

    Pendapat oleh Rash
    2008-08-09 22:57:13

    proxy dia ke

     
     
    Pendapat oleh rizal Subscribed to comments via email
    2008-07-17 13:40:43

    Saudara Zul!
    Semoga didalam keadaan sihat. Nak tanya sikit. Apa beza ebook ini dengan “Pakej Panduan Lengakap Clikbank” (pengarang Saudara Fai) yg juga saudara Zul review.
    Masalahnyasaya ni newbie….mana yg patut beli dulu mengikut pendapat peribadi Zul.

    Terima kasih.

    Pendapat oleh Fai
    2008-07-18 01:42:50

    Salam Rizal..

    Sebenarnya saya bukan penulis “Pakej Panduan Lengkap CB” tu tapi saya penjualnya.. Maksudnya saya jual produk-produk resell right yang ada kaitan dengan Clickbank je Tapi saya tak tulis mengenai Clickbank dalam BM.. Jangan confius yer.. ;)

    E-Book saudara Mawardee ni merupakan ebook Clickbank pertama (err.. selain ebook Jutacash) dalam bahasa Melayu.. Saya dah pun membayarnya pada 15 Jul 2008 23:27:30.. Opps.. bukan biasa pnya tapi keahlian emas sbb bonusnya best.. rambang mata dibuatnya :lol: tapi saya belum membacanya kerana xdapat link download lagi..

    Berkenaan dengan mana lebih anda perlukan tu bergantung pada anda sendiri sebenarnya.. :)

    PS: Tak tau nak bangga atau nak nangis.. Pertama kali saya membeli ebook tapi lepas 48 jam pun belum sampai lagi bayang link downloadnya.. Saya rasa mungkin busy sgt kot sebab prelaunch yg meletup-letup.. :)

    PPS: Kepada saudara Mawardee kalau terbaca.. Weh.. cepat le hantar link tu.. hohoho! Nak tau jugak cara lain dari cara sifuku ini.. :)

    Pendapat oleh Fai
    2008-07-18 02:47:39

    Yeah! Saya dah dapat juga akhirnya.. Thanks Mawardee.. ;)

    PS: Penantian saya utk tunggu link dah tamat.. Jangan jeles.. :lol:

    (Comments wont nest below this level)
    Pendapat oleh smartzul
    2008-07-18 17:13:37

    Thanks Fai tolong jawab soalan Rizal. :)

     
     
     
     
    Pendapat oleh mazlie nadzri
    2008-07-17 21:44:00

    Salam..

    Kalau tak silap saya, saudara Mawardee belajar lagi kan? Maybe sebab itu dia kelam kabut sikit kot. Harap kepada yang belum dapat lagi link download, boleh bersabar

    Pendapat oleh smartzul
    2008-07-18 17:15:49

    Hmm, yup.

    1) Dia keje sorang diri. Bukan satu produk, banyak produk + servis.
    2) Masih belajar kat U
    3) AKTIF dalam persatuan. Kerap juga ada mesyuarat.
    4) Siang sibuk juga dengan kuliah. So malam lah ada banyak free masa sikit.
    5) Umur 22 tahun. :D

    Perrgh, tabik spring la boleh manage masa.

    Berjaya bisnes, berjaya ebiz.

     
     
    Pendapat oleh zaidi
    2008-07-18 00:51:41

    terfikir gak nak beli , tapi bila baca review dan komen kat sini, kene hold dulu lah. lagi pun banyak sangat bende lain yg tak sempat nak catchup lagi

     
    Pendapat oleh Toman
    2008-07-18 03:36:11

    Saya memang selalu mendapatkan produk-produk dari Mawardee ni,antaranya ialah pakej grafik dan juga koleksi perisian usahawan internet.Tapi untuk panduan clickbank lum lagi,sebab sekarang ni saya lebih fokus kepada google adsence.Mungkin jika ada kesempatan saya akan beli juga nanti.

     
    Pendapat oleh pakar clickbank
    2008-07-18 12:33:55

    Setelah menunggu selama 138 jam ,saya telah mendapat link download untuk produk panduan clickbank yang boleh dikatakan setakat ini adalah produk panduan clickbank Bahasa Melayu yang terbaik di dunia

     
    Pendapat oleh naem
    2008-07-18 21:04:13

    salam….saya sekadar mencelah…

    saya belum lagi beli ebook ni..ada hati..hohoho…apapun saya nak cuba dulu dengan lambakan ebook berkaitan adwords ni…belum pakar…jadi nak kena teroka le…huhuhu

    oh ya, saya nak tinggalkan komen dekat sini sebab terpanggil untuk beri pandangan ttg produk chris X, “google nemesis”..

    Dari apa yang saya baca dan ikuti dari salah satu forum “nakal & hitam”, produk chris yang satu ini mengecewakan terutamanya sebab terlalu hype berbanding input yang diberikan…saya tak pasti sebab saya belum beli pun produk chris ni…ruang forum tu maaf saya tak dapat nak dedahkan sebab tak sesuai untuk org2 baik dalam dunia IM malaysia…

    Lagipun Google Nemesis tu ada produk sampingan yang perrlu dilanggan kan setiap bulan? betul tak?

    Apapun, tahniah buat mawardee..saya tak sangka mawardee boleh keluarkan pakej lengkap macam ni..Memang hebat dan tentu mengambil masa yang lama utk buat ujikaji dan mengumpul info..

    ps: abg zul, trimas utk link ppcpercuma tu..hehehe

     
    Pendapat oleh mawardee
    2008-07-18 22:58:18

    Ya, ‘Google Nemesis’ memang agak kurang. Sangat kurang.
    Saya dah cuba sendiri. Ia tak lebih daripada satu sistem ‘tracking’ + perisian buat laman web.

    Jangan bimbang. saya cancel subscription saya dengan Google Nemesis takkan burukkan nama Malaysia di mata ClickBank. saya ada cara. :)

    Tapi takper. Abaikan Google Nemesis ni.
    Yang penting, kita bertindak sekarang.
    Kalau naem nak belajar sendiri, itu tak ada masalah.

    cara masing2 untuk belajar. :)

     
    Pendapat oleh usri
    2008-07-18 23:37:17

    satu produk panduan clickbank dr rakyat malaysia. apa tunggu lagi…

     
    Pendapat oleh asmid Subscribed to comments via email
    2008-07-19 00:56:24

    Tawaran ni macam best jer! Sebab smarzul bagi banyak bonus tu…
    Tapi masalahnya saya dah beli 3 produk kat internet pada bulan nie.

    1. belajarphp

    2. EZsurvey

    3. eprotect

    kalau tambah 1 lagi panduan click bank dah masuk 4 produk.

    Pening juga kepala sebab 3 produk yang dah beli belum habis
    study. Laman web reseller untuk produk EZsurvey belum sempat pasang.

    Macam mane tu? Tengah fikir dulu. Kalau smartzul boleh bagi semua bonus yang dijanjikan tu, saya fikir beli dulu pun takpelah. Simpan dulu. Nanti ada masa baru boleh study.

    Pendapat oleh smartzul
    2008-07-21 08:38:02

    Bagi saya, ada dua cara untuk tangani keadaan macam ni:

    1) Banyak benda dibeli. Jadi, bahagilah masa (buat perancangan). So tak ada masalah nak guna semua. Contoh: Hari ni fokus produk mana? Esok, produk lain pula. Lusa, produk yang satu lagi. Selang selikan.

    2) Fokus kepada yang sedia ada dahulu. Apa saja peluang lain, lupa dulu kejap. Tapi kalau nak beli dulu dan study kemudian, boleh juga. :)

     
     
    Pendapat oleh mazlie nadzri
    2008-07-19 13:35:05

    Amid..

    Fokus pada satu2 benda dahulu. Nanti awak pening kepala nanti mana satu nak ikut :)

     
    Pendapat oleh Wan
    2008-07-19 14:08:05

    Kalau ada cash lebih apa salahnya beli dulu.. bukan apa, kan dinaikkan harga banyak kali pula kena fikir nak beli masa tu.

    Tapi kalau takde duit lebih elok tangguhkan dulu, lagi pun zaman keperluan hidup meningkat ni (kalau pendapatan pun meningkat ok juga) banyak benda kena settle kan dulu.

    Tapi dari sudut lain, kalau pelaburan kita itu boleh meningkatkan pendapatan kita rasa2 boleh book lah :)

    Pendapat oleh smartzul
    2008-07-21 08:39:57

    Yup. Nak tak salah beli jika ia boleh bagi kita something >> duit, kesenangan, tingkat taraf hidup.

    Cuma syaratnya, kena ada usaha lah. :D

     
     
    Pendapat oleh Abdul Rashid Basar
    2008-07-19 21:47:34

    Tahun ni musim pelancaran produk e book termasuklah Dr Irfan Khairi yang melancarkan ebook Mentor Jutawan semalam.

     
    Pendapat oleh kasimo
    2008-07-21 11:02:07

    tu la pasal….. sekarang ni senag je nak belajar pasal cari duit kat internet ni…. beli jak ebook pastu study…

     
    Pendapat oleh asmid Subscribed to comments via email
    2008-07-22 18:24:44

    Akhirnya saya pesan juga Panduan Click Bank.

    Pembayaran telah dibuat semalam.

    Email pengesahan saya dah hantar baru jer tadi.

     
    Pendapat oleh Nasran
    2008-07-28 19:53:55

    Peluang tambah pendapatan dari rumah melalui internet di Malaysia semakin bertambah…

    So,bertindak je la…

    Alhamdulillah,saya dah mendapatkan panduan ini…

    Sekarang mula study dan mempraktikkannya….

     
    Pendapat oleh Rash
    2008-08-09 22:52:02

    aku dah banyak kali penah kene….mase jual cakap mcm best je dah beli hampeh….samelah jugak….RM 21,000 tu omongan je…sbb dia guna affiliate link nak jual book nikan so kalau dapat jual banyak mesti dapat $$$ banyak….marwadee bukan kaya sbb clickbank tetapi sbb jual buku kat korang …

    Pendapat oleh asmid Subscribed to comments via email
    2008-08-11 10:46:46

    Saya beli ebook nie bukan nak dapat duit banyak atau nak kaya cepat, tapi nak belajar apa yang orang lain buat. Saya pun tahu pasal tu, tapi saya beli juga.

    Macam surat khabar harian tu jugak. Kalau nak tahu apa berita hari nie, beli dan baca. Kalau nak free juga tengok berita kat TV.

    Yang bestnya lepas saya beli saya tak buat apa-apa. Tapi takkan nak salahkan orang lain. Bukan saya malas, tapi saya ada projek lain yang baik yang perlu saya utamakan dulu. Projek yang lebih untung daripada jual ebook di internet.

    Bagi saya projek jual ebook di internet hanyalah sebagai kerjaya sampingan sahaja dan saya tak mengharapkan 100 % kepada pendapatan di internet.

    Dia orang ada list yang besar dan rajin follow up prospek sebab tu dia orang boleh buat duit.

     
     
    Pendapat oleh zizah Subscribed to comments via email
    2008-09-29 12:52:36

    erm..erm..erm..tumpang tanya ye..korang kat sini semua pakar pakar..panduan clikbank ni kan seuai ke untuk newbie tua macam saya ni..tak tau apa apa pun pasal it..bukak tutup e mail itu je saya punya kepakaran..hehehe..boleh tolong beri advise tak?terima kasih ye

    Pendapat oleh smartzul
    2008-09-29 18:28:40

    Semua kaedah jana pendapat di internet perlukan strategi, ilmu, cara dan teknik tersendiri. Jadi kena belajarlah.

    Untuk newbie, clickbank adalah satu cara yg mudah. Tapi untuk dapatkan hasilnya, kena usaha kuat juga lah. :)

     
     
    Name (required)
    E-mail (required - never shown publicly)
    URI
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong> in your comment.



    Terbaik Untuk Anda: